O26

2.6K 359 149
                                    

Bunyi deringan daripada telefon buatkan aku tersentak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi deringan daripada telefon buatkan aku tersentak. Meletakkan bakul yang dipenuhi pakaian bersih yang baru aku angkat ke tepi katil, aku mencapai telefon untuk mejawab panggilan.

"Hello?"

"Bersiap. Aku datang ambil kau."

Panggilan dimatikan tanpa sempat aku menjawab. Aku menjeling nama yang terpapar di skrin. Teman lelaki aku memang suka begini, ya? Suka hati saja buat keputusan tanpa bertanya kepada aku dahulu. Mengeleng kepala, aku terus bersiap seperti yang disuruhnya.

Selesai bersiap, sengaja aku keluar awal dari rumah untuk ke bawah. Ketika aku membuang pandangan ke pemandangan kawasan perumahan sewaktu menuruni tangga apartmen yang terbuka, aku menangkap bunyi tangisan kucing dan itu membuatkan aku menunduk. Kucing berbulu pendek berwarna kelabu berada di sebelah kaki aku, mengunakan kepalanya untuk mengesel di bahagian kaki aku yang terdedah kerana aku memakai gaun floral berwarna merah jambu lembut yang terhenti di bahagian atas betis.

"Kiyomi lapar ke?" Aku mengangkat kucing berspesis british shorthair yang berbadan gempal itu kepada ketinggian paras muka sambil ianya mengomel kecil. Bunyi getaran manja daripadanya mula kedengaran. Aku letakkan Kiyomi di atas tembok apabila dia mula bergerak-gerak tidak selesa di tangan aku. Dia duduk di tembok itu dengan senyap sambil anak mata hitamnya dibesarkan tanda meminta makanan dan itu membuatkan aku menggosok kepalanya suka dengan sikap comelnya.

"Omi minta makan buat kali keberapa hari ini?" tegur jiran aku yang berada beberapa tangga di bawah setelah terlihat aku bersama kucing peliharaannya. Menjatuhkan tangan daripada kucing tersebut aku ketawa kecil lalu menoleh ke arah Akane yang sedang menaiki tangga ke arah aku.

"Baru balik dari mana?" soal aku ketika menyedari pakaian pramugari yang dipakainya berserta bagasi kecil disampingnya.

"Manhattan," jawabnya sambil mata meneliti aku. "Awak nak pergi mana pula?"

Bunyi hon kereta dari hadapan sana memotong percakapan aku terlebih dahulu. Aku menoleh ke arah bunyi itu dan ternyata kereta Audi hitam yang sangat aku kenali berada di situ. Akane juga melihat ke tempat yang sama lalu sebelah alisnya terjongket ke atas.

"Boyfriend?"

Aku sengih. "Ya."

Sebelum aku menjauhi, Akane sempat berterima kasih kepada aku atas sebab memberi Kiyomi makan sewaktu ketiadaannya. Aku hanya mengangguk dan mengatakan ianya hanyalah hal kecil. Aku suka berkawan dengan Akane, perempuan kelahiran Jepun ini sentiasa penuh dengan adabnya.

"Tak malu ke ajak anak dara orang keluar senja-senja macam ini?" Itu yang aku kata sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta. Senyuman mengejek aku dibalas dengan senyuman nakalnya.

"Tak mengapa. Isteri aku juga nanti."

O-oh, haha. Aku tidak berhak diserang seawal ini.

Doyoung mula memandu ke destinasi yang tidak aku ketahui manakala aku masih.. Ya.. Fikiran aku mula bertindak seperti ini '!!!' dan kata hati aku pula seakan mahu menjerit. Aku mengetap bibir, cuba menahan senyuman daripada kelihatan. Aku tidak tahu sekiranya dia sedar akan reaksi aku tetapi melihat hujung bibirnya ternaik, aku tahu jawapan kepada kekeliruan aku itu.

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now