O19

2.6K 338 106
                                    

Sudah seminggu aku duduk di rumah omma dan hari ni aku akan pulang rumah aku sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah seminggu aku duduk di rumah omma dan hari ni aku akan pulang rumah aku sendiri. Seminggu ini aku hanya dapat mengingati bagaimana hidup aku di universiti. Mungkin sebab universiti tersebut berdekatan dengan rumah omma jadi setiap kali aku bersiar-siar, serba sedikit aku dapat mengembalikan ingatan aku. Waktu di universiti juga aku gunakan jalan yang sama jadi semakin banyak ingatan aku pulih.

Dan appa kata aku patut duduk di rumah aku pula untuk dapatkan ingatan berkenaan pekerjaan aku.

Aku melambai omma yang berada di dalam kereta di tempat duduk sebelah pemandu setelah menghantar aku pulang. Selepas kenderaan tersebut hilang daripada pandangan, aku masuk ke dalam rumah. Kata laluan pintu rumah pun aku tak ingat tapi nasib aku baik sebab Mina hafal kata laluan tersebut. Ianya 9876. Kedengaran pabo tapi aku tak akan menukarnya.

Mata aku meneliti setiap pelusuk rumah. Rumah aku.. Tapi aku sendiri rasa begitu asing. Aku buat keputusan untuk baring di atas katil sambil merenung siling. Nafas aku hela. Bila aku boleh ingat sepenuhnya?

Telefon aku menghasilkan bunyi menandakan ada notifikasi dari aplikasi Kakao Talk. Aku kemam bibir sewaktu baca mesej daripada Mina.

MINA
aku tak boleh teman kau
lah harini 😭 ahjumma
aku dari pohang tiba²
melawat

MINA
sorry tau!! aku nak kena
kemas rumah ni 😔

Aku tergelak sendiri. Ah, Kang Mina memang tak berubah.

Tiba-tiba aku menerima satu panggilan daripada Doyoung.

"Kau dah balik, kan?"

"Iya. Kenapa?"

"Mina kata dia tak dapat temankan kau buat beberapa hari ni jadi dia minta aku jaga kau-"

"Eh tak apalah! Saya boleh jaga diri sendiri."

"Kau pasti?"

"Seratus peratus."

"....Bagaimana kalau kau sakit kepala lagi?"

Itu membuatkan aku mengetap bibir.

"Kan. Aku datang rumah kau petang nanti."

"Awak akan bermalam di sini?"

Krik krik sebentar.

"Kalau itu yang kau mahu."

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now