OO1

8.3K 792 321
                                    

Jam di tangan kiri aku kerling sebelum menoleh ke arah Doyoung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam di tangan kiri aku kerling sebelum menoleh ke arah Doyoung. Menunjukkan pergelangan tangan yang memakai jam, jari telunjuk kanan menyentuh beberapa kali di atas permukaan kacanya tanda meminta dia mempercepatkan meeting yang sedang berlansung.  Doyoung menangkap perbuatan aku lalu mempercepatkan proses tersebut, kemudian kedua aku dan dia beredar dari bilik berdinding kayu oak itu.

"Kita ada apa selepas ni?"

Mata aku tertancap pada bibirnya. Menyedarkan diri aku, cepat aku mengalihkan mata dan menjawab pertanyaannya.

"Meeting dengan Encik Seo berkenaan pengubahsuaian perpustakaan, Encik Kim," aku menghidari daripada memandang matanya dengan melihat skrin iPad yang berada di tangan.

Sejak daripada awal aku berkerja, iaitu dua bulan yang lepas, aku masih tidak dapat membiasakan diri untuk bertentangan mata dengan lelaki ini. Mungkin kerana dia adalah orang atasan aku, mungkin, tapi aku tahu itu bukan menjadi penyebabnya. Aku tak percaya dengan emosi yang ditunjukkan melalui mata kerana ianya boleh dipura-purakan, iya, walaubagaimanapun pandangan mata Doyoung ketika memandang aku membuatkan aku berfikir yang sebaliknya.

Matanya yang tidak bergetar mengentarkan aku, kerana rasanya seperti dia cuba menanggalkan lapisan perlindungan aku daripadanya.

"Ah, ya."

Kini aku berada di dalam kereta, bersebelahannya, untuk ke tempat meeting seterusnya berlangsung. Aku membuang pandangan ke luar tingkap, tangan berada di atas peha. Ekspresi muka dikawal sepenuhnya dengan memaparkan wajah yang kontra untuk menyembunyikan perasaan aku ketika ini.

Aku berkhidmat untuk CEO syarikat Kim Conglomerate iaitu Kim Doyoung, yang juga merupakan crush aku ketika di zaman persekolahan. Mengejutkan, aku tahu tu. Siapa sangka yang aku akan berjumpa dengannya setelah enam tahun?

Janggal rasanya bila difikirkan semula.. Macam mana kalau suatu hari dia tahu yang dia adalah crush aku sewaktu di sekolah dahulu? Ee, malunya!

Aku mencuri-curi untuk melihatnya dan seperti dahulu, dia masih kelihatan tampan, masih dingin, dan juga masih boleh membuatkan aku berasa tenang ketika melihatnya. Cepat mata aku dialihkan kehadapan bila tersedar apa yang aku cakap ni. Tahi, aku tak boleh ada perasaan pada majikan aku sendiri. Itu salah. Benar-benar salah.

"Setiausaha Kang? Ada sesuatu menganggu kau?"

Ah, tengoklah itu. Mengapa dia terlalu kasual apabila bersama dengan aku? Jarang sekali aku mendengar dia menggunakan panggilan kasual itu pada pekerja lain. Mata aku dipejamkan seketila sebelum menoleh ke arahnya.

"Saya? Uh.. Saya okey sahaja? Kenapa Encik Kim tanya macam tu?" Dia sedikit menyengetkan kepalanya ke kanan.

"Kau nampak gelisah."

"Oh mana ada?" Mulut aku secara automatik menunjukkan senyuman kepadanya tanda aku baik-baik sahaja dan dia hanya mengangguk perlahan.

"Mhm.. Kalau itu yang kau katakan."

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now