OO6

4.5K 563 176
                                    

Secara langsung, Doyoung menghentikan langkahnya dan menghadap tuan empunya suara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Secara langsung, Doyoung menghentikan langkahnya dan menghadap tuan empunya suara. Mata aku berkelip saat memandang gerangan tersebut. Di hadapan aku ialah Taeyong, pelancar pameran fotografi untuk hari ini dan juga merupakan bekas pelajar di Seuli. Sekolah yang sama seperti aku. Tapi percayalah, aku tak pernah lihat dia walau sekalipun dekat sekolah. Anak orang kayakan, biasalah. Dia menayangkan satu senyuman yang menawan, jawline tajamnya jelas kelihatan, bertuksedo dan dua butang baju t-shirt oxford putih yang paling atas tidak dibutang.

Disebabkan terlalu memerhatikan Taeyong, aku tak sedar tangan suam Doyoung tidak lagi ditempatkan pada pinggang aku sehinggalah aku berasa dingin di kawasan itu.

"Kenapa aku perlu dengar daripada Jaehyun yang kau ada dekat Austria?" Kening Taeyong terangkat sewaktu menanyakan hal itu.

"Aku tak beritahu ramai orang yang aku nak ke sini, memandangkan sebab utama adalah atas urusan kerja." Doyoung mengerling aku.

"Lari daripada kehidupan sibuk kau?" Taeyong ketawa.

"Kau boleh kata macam tu. Kerja buat aku tertekan jadi aku ambil keputusan untuk bercuti di sini." Hujung bibir Doyoung ternaik. Taeyong tersenyum dan menoleh kepada aku.

"Dan siapa dia?" soalnya sambil perhatikan wajah aku determinedly. Aku hampir terdorong ke belakang bila matanya pandang aku begitu tapi aku cepat membetulkan postur badan dan melakukan yang sama sepertinya.

"Ini Kang Sohee. Kalau kau masih ingat, dia bersekolah di Seuli dulu." Taeyong menyengetkan kepalanya sewaktu mendengar nama sekolah lamanya.

"Oh?"

"It's a pleasure to meet you," kata aku dan tersenyum segan.

"The pleasure is all mine, Sohee," dia tersengih pada aku.

Taeyong meminta kami menyesuaikan diri di majlisnya sebelum beredar untuk melayan tetamu yang lain. Seorang lelaki muda yang dalam lingkungan 20-an membawa sebuah dulang yang mempunyai gelas-gelas tinggi yang diisi champagne diseimbangkan di tangannya. Doyoung mengambil salah satu gelas daripada dulang tersebut sebelum menoleh kepada aku.

"Would you like one?"

Aku angguk. Dia beri aku segelas dengan tangan kirinya. Ianya berlaku dengan cepat; seorang lelaki berjalan laju melanggar aku, membuatkan tubuh aku terdorong ke belakang secara paksa dan hampir jatuh sebelum tangan kanan Doyoung menyambut aku. Aku dapat dengar ucapan maaf daripada lelaki tu dengan kelam kerana dia berjalan dengan pantas. Gayanya seperti mengejar seseorang. Aku langsung pedulikannya sebab ada sesuatu yang lebih penting pada waktu ini.

Tangan Doyoung, tangannya menyentuh di bahagian belakang aku yang terdedah. Aku jadi flustered sebab tak biasa rasakan sentuhan tanpa berlapik di kawasan itu.

"Woah there, nasib baik kau tak jatuh," dia tertawa dan menstabilkan kedudukan aku. Muka aku tiba-tiba rasa panas disebabkan pergerakan tangannya di badan aku.

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now