๐“๐ก๐ž ๐Œ๐š๐Ÿ๐ข๐š

By MrHazReyz

93.6K 7.2K 2.7K

[๐‚ ๐Ž ๐Œ ๐ ๐‹ ๐„ ๐“ ๐„ ๐ƒ] โ™ก ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Œ๐ซ๐‡๐š๐ณ๐‘๐ž๐ฒ๐ณ โ™ก โ˜…๐’๐ž๐œ๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐จ๏ฟฝ... More

Sepatah dua kata MrHazreyz
Prolouge
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67 (END)

Bab 12

1.3K 160 5
By MrHazReyz

     Wajah Miya yang kelihatan bahagia menikmati makanan direnung tanpa lepas. Gadis itu sudah tidak peduli tentang belakang tapak tangannya yang sakit akibat jarum tadi. Mengapa begitu mudah rasa gadis itu berubah?

     Sesekali mata mereka bertentang, Miya menayangkan senyuman yang begitu manis buat Freddy. Perut sudah terisi disebabkan lelaki yang berada di hadapannya ini.

     "Saya rasa awak patut makan sekali sebab muka awak nampak macam lapar. Awak tak perlu cakap apa-apa sebab saya ni pandai tau baca wajah orang terutamanya awak."

     Sudu yang berisi makanan disuakan ke arah Freddy. Sebenarnya apa yang dikatakan tadi adalah alasan supaya Freddy menerima suapannya kali ini.

     "Aku tak makan benda manis macam ni." Freddy menggeleng kecil.

     "Janganlah macam ni, kalau saya merajuk siapa nak pujuk saya? Saya bukannya pandai pujuk diri sendiri. Makanlah sikit, sikit aje untuk alas perut awak yang kempis ni, tapi kempisnya, dah berapa lama awak tak makan?" Dengan rasa yang tidak malu, tangannya menyentuh perut Freddy. Freddy menepis lembut tangan Miya.

    "Makan tapi sikit." Jawab Freddy tenang.

    "Sekarang makan banyak, order lagi boleh? Kesian kat awak." Miya membalas renungan Freddy bersama mimik wajah yang penuh berharap agar lelaki itu bersetuju dengan soalannya.

     "No, habiskan makanan. Aku ada kerja kejap lagi. Rumah kau dekat...?" Sengaja dia bertanya tentang tempat tinggal Miya.

     "Nanti saya tunjuk, awak hantar tau sebab saya takutlah naik bas atau teksi. Ramai orang jahat macam yang kejar kita tadi." Miya berwajah polos menjawab dengan tenang.

     Ada sesuatu yang lain terhadap gadis ini iaitu dia tidak normal seperti Mikayla ataupun gadis-gadis lain. Oleh kerana inilah dia mahu Firaz mendapatkan rekod kesihatan Miya dengan kadar yang segera.

     Kereta dibelok memasuki kawasan perumahan bertaraf sederhana. Rumah yang ditunjukkan Miya dilihat dengan perasaan aneh. Rumah setingkat itu nampak seperti sudah lama tidak berpenghuni. Semak samun di merata-rata, biar betul perempuan ni?

     "Kejap, kau tinggal sini ke?" Freddy menahan lengan Miya yang ingin melangkah keluar.

     "Ya, kenapa Fred? Awak tak percayakan saya? Ni kunci," Miya mengeluarkan kunci daripada kocek seluarnya. Freddy hanya melihat kunci tersebut tanpa menunjukkan sebarang reaksi.

     "Awak risaukan saya? Saya dah lama tinggal kat sini, sejak kecil lagi. Dah, bye Fred. Nanti kita jumpa dan awak belanja saya makan tau, terima kasih." Miya bertindak mengucup pipi Freddy sekilas sebelum dia melangkah keluar.

     Freddy terkedu setelah menerima kucupan sekilas itu, dia mula rasa lain macam. Mengapa dia langsung tidak terfikir tentang gadis itu selama ini? Gadis yang telah mengucup pipinya beberapa bulan yang lalu di Terengganu adalah Miya?

     Dia melangkah keluar daripada kereta dan terus mengatur langkah memasuki pagar rumah Miya. Tombol pintu dipulas, tidak berkunci.

     "Miya," Nama gadis itu diseru Freddy sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah.

     Freddy mencari suis lampu tetapi tidak jumpa. Flashlight telefon bimbitnya dipasang, lampu itu dihala ke sekeliling ruang dalam rumah, kosong. Dia mula rasa tidak sedap hati.

     Pintu bilik pertama dibuka, juga kosong. Langsung tiada perabot, televisyen mahupun meja. Susah untuk dia percaya yang gadis itu tinggal di dalam rumah ini.

     "Aku benci hidup aku...isk..."

     Freddy menoleh ke arah bunyi suara itu, ianya datang dari arah dapur. Kaki terus diatur mengekori arah bunyi itu.

     "Apa kau buat kat sini?" Soal Freddy ingin tahu.

     Dia menghampiri Miya yang sedang memeluk lutut di atas lantai dapur. Miya langsung tidak mengangkat muka, dalam keadaan gelap sebegini menampakkan gadis itu seperti hantu.

     "Apa yang awak buat kat sini Fred?" Soal Miya kembali, dia mula mengangkat wajah. Air mata dikesat sebelum dia berdiri.

     "Apa yang kau buat kat sini?" Freddy akan mengulangi soalan sama selagi gadis itu tidak menjawab pertanyaannya.

     "Tt...tak tahu tapi tadi saya menangis. Jom ikut saya masuk bilik." Miya terus menarik lengan Freddy.

     Freddy rasa hairan melihat ruang bilik kecil itu. Mengapa semua ruang cahaya di dalam rumah ini seperti tingkap ditutup dengan kain bewarna hitam?

     "Kau cakap kau takut gelap." Freddy masih ingat tentang kata-kata gadis itu. Walaupun dia layan acuh tidak acuh tetapi dia tetap mendengar.

     Freddy meluru ke arah sebuah komputer, wayar berselirat di belakang komputer di atas meja itu. Ruang bilik Miya hanya mempunyai sebuah katil bujang, meja dan komputer semata-mata.

     "Takut, takut sangat. Taklah gelap sangat, tu cahaya. Saya takut yang gelap gelita." Miya menunjuk tingkapnya yang telah ditutup dengan kain bewarna hitam.

     "Kau nampak lain. Perempuan yang cium aku hari tu nampak comot dan serabai. Aku langsung tak cam muka kau."

     Pakaian dan comot di wajah nampak seperti gadis itu seorang gelandangan tetapi kini, selekeh gadis itu sudah hilang. Miya termati kata, apa yang perlu dia jawab?

     "Mana ayah kau?"

     Ayah Miya pernah menjemput gadis itu di rumah Hezrick sewaktu gadis itu datang melawatnya. Di mana lelaki itu?

     "Ayah tak ada kat sini, tak tahulah pergi mana. Fred, boleh tak saya tinggal dengan awak aje? Saya pun takut duduk rumah seorang tanpa kawan, kerja, duit dan kasih sayang." Miya menunduk wajahnya, perlahan saja suara gadis itu berkata.

     "Jom." Freddy ingin melangkah keluar tetapi ditahan.

     "Jangan tinggal komputer kesayangan saya." Kata Miya bernada sayu.

     "Nanti aku suruh anak-anak buah aku angkut. Cepat, aku ada kerja ni."

     Giliran Freddy pula menarik lengan gadis itu. Dia sendiri yang akan membawa gadis ini tinggal bersamanya, mungkin jawapan yang dicari akan diperoleh dengan lebih cepat, siapa tahukan?

     Miya tersenyum penuh makna, rancangan keduanya berjaya dalam sekelip mata sahaja. Freddy nampak keras di luar tetapi di dalam? Lelaki itu nampak begitu baik dengannya.

     Beg milik Herith diraba bagi mencari pendrive milik lelaki itu. Kata Herith, pendrive miliknya berada di dalam beg ini, tetapi tiada pula.

     "Bodohlah dia ni." Beg tersebut dicampak kasar ke atas lantai sebelum dia melangkah keluar.

     "Wei bodoh, pergi cari sekarang. Aku nak buat kerja ni." Ujar Enrique bernada kasar. Muka serabut ditayangkan kepada Herith.

     "Kaukan banyak pendrive?"

     "Aku nak yang kosong, cepatlah!" Enrique mula menjerit.

     Sudahlah kepala berserabut dengan Asniya yang berada di dalam makmal miliknya ketika ini. Gadis itu sering bertanya dan menyibuk hal orang lain membuatkan Enrique berasa tertekan.

     Asniya meletakkan tapak tangan ke atas alat yang diarah Enrique. Dia tahu lelaki itu ingin mengambil cap jarinya.

     Tet!

     "Passcode babi apa pulak ni?" Enrique menggaru-garu kepalanya yang terasa gatal, penat berfikir. Dah ada cap tapak tangan pun kena ada passcode juga ke?

     "Apa yang awak nak tahu tentang saya, Enrique?" Soal Asniya berterus-terang. Enrique nampak tertekan kerana mencari identity miliknya.

     "Entahlah, kau ni datang dari celah bumi mana?" Soal Enrique bernada kasar, matanya menikam tajam wajah Asniya.

     "Sa..."

     "Perempuan mana pulak kau bawak masuk rumah aku ni?" Sampuk satu suara yang datangnya dari arah belakang mereka.

     Enrique merengus kasar. Ada je babi yang menganggu kerjanya, sikit lagi untuk dia mengorek rahsia. Dia sudah tidak sabar hendak mengelar leher gadis yang berada di hadapannya ini.

     "Perempuan gila." Jawab Enrique bersama mata yang diputarkan ke arah Hezrick yang berdiri di muka pintu.

     "Yup, gila sikit. Ada nampak Kayla? Kayla mana? Dia isteri awakkan?" Asniya yang masih tidak bertemu dengan Mikayla mengajukan soalan yang sama.

     "Kau nak apa dari isteri aku?" Soal Hezrick, kedua-dua belah lengan disilangkan ke bawah dada. Aneh gadis ini.

     "Kan dah cakap Kayla tu Ricky's wife! Awak ni sengaja nak bergaduh dengan saya, kan? Rindulah tu." Asniya tersenyum-senyum memandang wajah bengang Enrique terhadapnya.

     "Sebelum aku cekik kau lebih baik kau lepaskan lengan aku." Enrique merenung tangan mereka yang sudah bersatu, nak mati betul perempuan ni.

     Asniya terus melangkah keluar daripada makmal itu tanpa kata. Hezrick bergerak mengelakkan diri daripada terus dilanggar Asniya, laju sungguh gadis itu berjalan.

     "Kenapa dengan isteri aku?" Hezrick mengerutkan dahi.

     "Tak tahu, kau pergi tengok-tengokkan isteri kau tu. Aku rasa Asniya ni pembunuh upahan yang tengah cari Kayla dengan Hez." Kata-kata dari Enrique membuatkan Hezrick terus melangkah pergi mengekori Asniya.

     "Tapi aku tipu je bro." Sambung Enrique bernada perlahan agar tidak didengari Hezrick sebelum dia tergelak kecil, senang betul diperdaya.

     "Wait." Hezrick menahan Asniya daripada terus ke dapur mencari Mikayla.

     "Ya? Mana isteri awak?" Soal Asniya lagi. Dia tidak akan berhenti bertanya sehingga jawapan ditemui.

     "Siapa perempuan ni?" Soal satu suara.

     "Awak mesti Kayla kan? Cantiknya, mesti Enrique akan tergoda dengan awak. Boleh tak jauhkan diri daripada dia?" Asniya menayangkan senyuman manis. Matanya merenung ke dalam anak mata Mikayla.

     "Enrique tak berminat dengan perempuan, awak jangan risau tu." Jawab Mikayla bernada lembut.

     "Okay, jom masak makan malam?" Asniya menarik lengan Mikayla ke dapur.

     "Tak boleh jadi ni." Hezrick yang risau akan keselamatan isterinya mula mengekor mereka dari belakang.

     "Awak pernah dengar cerita tentang keluarga Enrique?" Soal Asniya kepada Mikayla yang sedang membasuh sayur-sayuran.

     "Tak, saya tak pernah kenal keluarga dia yang lain selain Zieymo." Mikayla menoleh ke arah Ansiya sekilas sebelum dia menyambung tugasnya.

     "Rasa macam ada orang sebut nama aku tadi. Kau dengar tak?" Soal satu suara garau menyampuk perbualan mereka. Mikayla hanya menggeleng kecil, dia sudah pandai menipu sekarang.

     "Keluarga Enrique baik tak?" Soal Asniya kepada Zieymo.

     "Kau tengok aku baik ke tak? Family Enrique semua berperangai sama. Duduk aje kat rumah, jangan pelik kalau setiap malam ada yang bertumbuk." Jelas Zieymo sebelum dia tersenyum sinis.

     "Teruknya." Kata Mikayla yang mula memandang Zieymo.

     "Teruk tahap gila babi, nasib baiklah abang ni penyabar orangnya. Susah nak handle tapi nak buat macam mana, terpaksa." Celah Hezrick sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi.

     "Penatnyalah!"

     Kedengaran suara Herith menjerit semakin hampir dengan dapur membuatkan semua menoleh ke arah bunyi tersebut. Kelihatan Herith sedang merenggangkan otot bersama wajah baru lepas bangun tidur.

     "Penat buat apa?" Soal Zieymo bersama senyuman sinis.

     "Penat tidur, bosanlah hidup ni. Tak ada benda yang menarik untuk dibuat ke?" Soal Herith kepada mereka yang berada di ruang dapur itu.

     "Tolong masak ni. Tidur aje tahu, perempuan bukan hamba awak semua." Ujar Asniya bernada tinggi tanpa menoleh ke arah Herith. Mikayla tergelak kecil.

     "Boleh jugak." Herith meluru ke arah singki, tangannya dibasuh sebelum dia merampas bekas sayuran di tangan Mikayla.

     "You duduk diam-diam, biar I buat semua ni." Herith terus mencampak sayuran itu ke dalam air yang telah direbus Mikayla.

     "Hancurlah dapur ni hahaha..." Zieymo tergelak besar melihat Herith menggaul sayuran itu bersama wajah yang biasa.

     "You tahu masak ke tak ni?" Soal Mikayla ingin tahu.

     "Jangan tanya dia sayang, dia tak pernah berguna." Celah Hezrick bersahaja. Herith hanya diamkan saja, ada betulnya kata-kata Hezrick.

     "At least dia mencuba, dah awak tu? Sama aje macam semua lelaki kat luar sana." Kata-kata Asniya membuatkan Hezrick menoleh ke arah gadis itu sekilas, malas hendak melayan, lebih baik dia melayan Mikayla, ada juga faedahnya.

     "Fuck." Tiba-tiba mereka terdengar bunyi satu suara garau yang mencarut.

     Freddy meletakkan plastik makanan ke atas meja, semua hairan melihat lelaki berwajah tegang itu.

     "Kenapa ni? Bergaduh dengan awek ke?" Hezrick menegur Freddy yang nampak berserabut.

     "Awek kepala otak kau." Freddy menjeling tajam wajah Hezrick.

     "Siapa ingat aku dah isi garam ke belum dalam sayur ni?" Soal Herith secara tiba-tiba.

     "Dah." Jawab Miya yang sudah berdiri di tepi Herith, sudu dikembalikan kepada lelaki itu. Dia baru saja selesai rasa masakkan tersebut.

     "Rasa macam sayur rebuslah. Isi telur lepas tu cuka sikit, lagi sedap." Sambung Miya lagi bersama senyuman lebar.

     "Takkan rebus sayur rasa kambing pulak." Kata Herith bersahaja membuatkan Miya tergelak kecil.

     "Awak ni kelakarlah, mesti ikut Fred, kan?" Miya mencuit bahu Herith.

     "Awak demam ke Miya?" Mikayla menyentuh dahi Miya menggunakan belakang tapak tangan. Hairan dia melihat gadis yang terlebih ceria ini.

     "Demam cinta dengan Fred. Mana Hez? Saya nak main dengan Hez, dia tidur kat mana? Saya dah lama tak main dengan budak sebab budak-budak tak nak kat saya." Miya menggeleng kecil. Wajah Mikayla direnung dengan renungan yang penuh berharap.

     "Budak-budak tak nak kat awak ke awak yang tak nak dekat dengan budak-budak?" Soal Asniya bernada sinis.

     "Tak tahulah, kita belum berkenalan lagi, saya Miya." Miya menghulurkan tangan untuk bersalam.

     "Asniya." Asniya menyambut tangan itu. Mata mereka bertentangan buat seketika sebelum Miya membuka plastik di atas meja.

     Wajah Freddy berona merah disebabkan oleh Miya. Gadis itu nampak tidak tahu malu menyuap Freddy di hadapan mereka semua. Bukannya bercinta pun tetapi Miya melayan Freddy seperti Freddy itu suaminya yang sah pula.

     "Kenyang." Freddy menolak lengan Miya yang ingin menyuapnya lagi.

     "Makan."

     "Makan."

     Enrique dan Miya berpandangan sesama sendiri, mereka berdua seperti mempunyai persamaan pada kali ini.

      "Endahkan dia, makan ni sampai habis." Miya masih menyua sesudu nasi ke mulut Freddy.

     "No," Freddy terus berdiri meninggalkan gadis itu.

     "Alaa Fred..." Wajah Miya kelihatan muram melihat Freddy melangkah pergi.

     "Suap I." Herith menganga mulut membuatkan Miya tersenyum manis, sudu diletakkan ke dalam pinggan sebelum pinggan itu ditolak ke arah Herith.

     "Bye nak pergi tidur." Miya terus bangun dan melangkah pergi.

     "Oh pilih kasih ya kau." Kata Herith geram. Dia hanya mencuba nasib, tak mengapa sekiranya gadis itu tidak mahukannya.

Continue Reading

You'll Also Like

549K 27.2K 70
Lelaki Untuk Nellya. Nellya hanyalah seorang gadis biasa yang mempunyai crush bad boy Jimmy. Satu sekolah tahu perangai lelaki itu..bad boy yang kera...
530K 20.1K 28
Sebut sahaja nama Danial Spark, orang akan terbayang wajah beku tanpa perasaan miliknya. Dia dijolok sebagai dewa kematian. Dia adalah dark devil. Ti...
1.4M 40.2K 84
LOVE AND EGO CAN NEVER EXIST TOGETHER Hani Annisa Dia seorang gadis yang sangat cantik dan baik.Ibunya telah meninggal dunia.Tidak berapa lama selepa...
1.2M 45.7K 73
"Kau hanya milik aku. Tubuh kau hanya untuk aku. Jadi jangan biar lelaki lain sentuh tubuh kau" - Matheo. Segalanya berubah apabila Aeris tersalah ha...