๐“๐ก๐ž ๐Œ๐š๐Ÿ๐ข๐š

By MrHazReyz

93.6K 7.2K 2.7K

[๐‚ ๐Ž ๐Œ ๐ ๐‹ ๐„ ๐“ ๐„ ๐ƒ] โ™ก ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Œ๐ซ๐‡๐š๐ณ๐‘๐ž๐ฒ๐ณ โ™ก โ˜…๐’๐ž๐œ๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐จ๏ฟฝ... More

Sepatah dua kata MrHazreyz
Prolouge
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67 (END)

Bab 8

1.5K 164 10
By MrHazReyz

     Botol arak disusun menjadikan satu baris lurus di atas meja vvip dalam sebuah kelab malam. Bunyi irama lagu yang rancak diendahkan, matanya masih tertumpu pada botol tersebut.

     Sambil menunggu kehadiran Zieymo di situ, dia bermain-main dahulu untuk menghilangkan rasa bosan. Sesiapa yang melalui ruang vvip itu pasti ditegur ramah dan diakhiri dengan makian kerana dia hanya ajak bergaduh, bukan untuk berkawan.

     Tidak lama kemudian, dua orang lelaki berdiri di tepi mejanya. Enrique menoleh sekilas ke arah mereka berdua. Riak wajah tidak suka ditayangkan.

     "Boss wa dah lama perhati sama lu mah," Ujar salah seorang daripada mereka yang bernama Shin Zeng.

     Enrique hanya diam, mood bergaduhnya hilang begitu saja setelah bergaduh dengan lelaki yang hampir menumbuk wajahnya sebentar tadi. Mengapalah si Zieymo ni lambat sangat?

     "Kau jangan buat hal kat kawasan boss aku, tadi kau bergaduh sampai hancur meja sana tu dan kau langsung tak bayar apa-apa. Ini amaran terakhir," Kata lelaki yang bernama Kashah pula.

     Dia masih diam dan memekakkan telinga bersama tangan yang ligat menyusun botol arak. Susunan diubah-ubah sehingga tepat tetapi bunyi dentingan kaca berlaga kaca semakin kuat kedengaran kerana Enrique menghentak-hentak geram botol itu. Dia cuba mengawal marahnya.

     "Ini kawasan boss aku, kau jangan nak kurang ajar!" Tengking Kashah lagi setelah terlihatkan Enrique hanya diam tanpa memberi sebarang reaksi kepada mereka.

     "Shh shuh shuh" Enrique membuat tangan seperti menghalau tanpa memandang mereka berdua.

     "Lu mau mati ka?!" Shin Zeng mula melibas lengan kanannya tetapi disambut tepat oleh tangan kasar Enrique.

     Tanpa melepaskan tangan Shin Zeng, dia berdiri bersama mata yang merenung tajam wajah Shin Zeng. Tiba-tiba dia menampar wajah lelaki itu.

     Pang!

     Bukan tamparan yang biasa-biasa, Shin Zeng jatuh terjelupuk di atas lantai. Telinga lelaki itu mula mengeluarkan darah sebagai bukti yang menunjukkan ketulenan kelakian Enrique, eh?

     "Aduh! Tangan aku yang sakit! Kau boleh tak jangan ganggu aku? Aku tunggu kawan aje ni sebab nak habiskan duit dalam kelab malam boss kau, manyak untung woo." Enrique sengaja menunjukkan dia lemah kerana dia tidak mahu dedahkan personalitinya yang satu itu.

     Dia lebih gemar orang lain mengenalinya dengan perangai gila seperti ini kerana tidak mahu orang lain tiba-tiba rasa takut untuk mendekatinya.

     "Kau pukul kawan aku!" Dengan pantas Kashah meluru ke arah Enrique sebelum kaki dilayangkan.

     "Nak kena lawan ke ni? Nak lawan ke tak? Nak lawan ke tak? Fikir Enrique fikir!" Enrique terus mencapai kerusi kecil yang digunakan untuk meletak kaki sebelum kerusi itu dibaling ke arah Kashah.

     Buk!

     Prang! Prang!

     Kashah terandas ke belakang menghempap almari kaca kecil yang terisi botol arak dan beberapa gelas kecil sehingga pecah. Air arak pelbagai jenis warna terpercik di ruang tersebut. Kashah terbaring mengerang kesakitan, belakang badannya sudah pun luka.

     "Alaa bukan aku yang buat, siapa suruh kau hempap barang-barang tu, jangan lupa bayar, okay?" Enrique kembali melabuhkan punggung di atas sofa tempatnya tadi bersama riak wajah biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.

     "Anjing tak guna!" Dengan pantas Shin Zeng meluru ke arah Enrique untuk membelasah lelaki itu.

     "Tak nak gaduhlah!" Enrique terus berlari bersembunyi di belakang Zieymo yang baru tiba.

     "Zieymo, kau tengok tengkorak manusia ni nak bergaduh dengan aku! Pukul dia Zieymo, tunjukkan kekuatan kau sebagai seekor semut jantan!" Jerit Enrique kuat sebelum belakang tubuh Zieymo ditolak ke hadapan.

     "Aku fail lah bab-bab lawan ni, tapi tak apa. Kita boleh cuba." Zieymo menahan layangan tangan Shin Zeng yang ingin menumbuk wajahnya sebelum satu tumbukkan dilepaskan tepat mengenai perut lelaki cina itu.

     "Wow dah lama rasanya tak pukul orang," Zieymo terus menerus menumbuk perut Shin Zeng sehingga tiada ruang untuk lelaki itu membalas serangannya.

     Shin Zeng ditendang jatuh menghempap Kashah yang sudah bangun untuk melarikan diri sebelum mereka berdua kembali terjatuh di atas lantai kelab.

     "Pastikan dah tukar tulang kepada besi barulah boleh nak lawan aku," Ujar Zieymo bernada sinis.

     Shin Zeng dan Kashah berlari menyelamatkan diri mereka kerana serik dipukul. Mata Zieymo diliarkan ke sekeliling melihat keadaan ruang vvip itu sudah nampak seperti kandang kambing yang mempunyai kaca dan botol arak pecah di merata-rata tempat.

     Baru sekejap saja dia menyuruh Enrique menunggunya di sini. Jika dia tidak datang tadi? Boleh meletup satu kelab malam dek kerana perangai Enrique yang suka mencari masalah dengan orang lain.

     "Kenapa tak sudahkan?" Zieymo mengambil tempat di sebelah Enrique yang sudah mula bermain-main dengan botol arak.

     "Penat. Agak-agak kalau aku bekalkan pelbagai jenis arak kat kelab malam, semakin maju tak perniagaan dadah aku?" Soal Enrique yang cuba mengambil pendapat Zieymo.

     Mereka berdua mempunyai tahap pemikiran yang luas walaupun disalahguna, mereka tetap akan menjadi diri mereka yang sebenar. Kata Enrique 'untuk apa kita jadi hipokrit baik kalau boleh serlahkan kejahatan yang sebenar?'

     "Aku tak hisap dadah sebab tu aku tak beli, bukannya aku tak nak support kau. Tapi kalau kau jual arak, aku beli kut, itu pun kalau ada duitlah"

     "Aku tanya lain kau jawab lain, bijak ke ada otak macam tu?" Enrique menoleh ke arah Zieymo sebelum matanya kembali melekat pada botol arak.

     "Maju punyalah, kenapa? Jualan dadah kau dah semakin jatuh ke?" Soal Zieymo bernada biasa.

     "Tak, aku kena hire pekerja untuk urus semua ni sebab aku nak urus diri sendiri pun tak sempat. Dah berapa hari tak mandi, busy getting money hahaha..."

     "Tu bukan busy tapi tu gila sampai tak mandi. Penipu! Aku kenal sangat dengan muka penipu kau yang ada iras-iras anjing ni. Rambut tu nampak dah macam bulu anjing, sepadanlah," Zieymo tergelak kecil.

     "Ni rambut original ya, rambut kau? Coklat? Sejak bila keturunan Scilert ada rambut warna coklat? Mak kau curang dengan ayah kau ke?" Enrique menayangkan senyuman sinis.

     "Entah, iye kut. Malas ambik peduli tentang semua benda tu sebab dia orang pun tak pernah ambik tahu fasal aku. Kita semua membesar dengan grandpa aje dari kecik. Dia hidup lagi tak eah?" Sejak dia keluar daripada rumah agam milik Beaton Scilert, dia sudah tidak ambil tahu tentang mereka semua.

     "Boleh tebang pokok kira gagah lagilah tu." Jawab Enrique bersahaja, matanya terpandangkan jam tangan yang menyala bewarna merah secara tiba-tiba menandakan ada sesuatu yang akan berlaku.

     "Tunduk!" Dengan pantas Enrique mengarah Zieymo.

     Bang! Bang! Bang! Bang!

     Berdas-das tembakkan dilepaskan ke arah mereka berdua membuatkan Enrique dan Zieymo menunduk bersembunyi di bawah meja kayu.

     "Tadi tangan free, sekarang guna gun. Dia belum kenal aku siapa," Enrique menarik kepala besi dua butir bom tangan secara serentak sebelum bom itu dicampak ke arah mereka yang menyerang.

     Supp!

     Pssssssssss!

     "Oh shit! Bom asap rupanya!" Enrique tersalah membawa bom dari rumah membuatkan Zieymo menepuk dahi dengan kuat. Sial apamamat ni?

     Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! 

     Bunyi tembakkan semakin menghampiri mereka berdua, Zieymo menarik lengan Enrique yang hanya membulatkan mata sejak dari tadi ke arah tangga untuk naik ke rooftop.

     "Kalau kau nak mati sekalipun, jangan dengan mata aku!" Zieymo terjerit-jerit membuatkan Enrique menutup telinga menggunakan kedua-dua belah jari telunjuk.

     "Bukan mati punlah, tembakkan kedua tu sebenarnya backup kita," Enrique mengambil tempat di salah sebuah bangku atas rooftop itu.

     "Backup kepala otak kau! Menyusahkan aku lepas tu cakap besar macam dunia ni kau yang punya," Tiba-tiba kedengaran satu suara garau yang datangnya dari sebalik dinding.

     "Salah, dunia ni Allah yang punya,"Jawab Enrique bersahaja. Walaupun dia jahat, dia masih tahu tentang hal itu.

     "Fred? Kau keluar masuk kelab jugak ke? Wow tak sangka, nampak baik tapi sama-sama syaitan rupanya," Zieymo tersenyum lebar memandang Freddy yang melangkah ke arah mereka.

    "Aku datang sebab dia beri isyarat emergency! Kau ni memang sengaja tak nak tengok aku senang sikit, kan?!" Freddy menengking Enrique yang hanya beriak tenang sejak dari tadi.

     "Aku tertekanlah, lupa nak cancel. Dah alang-alang kau on the way tu baik teruskan aje demi selamatkan kesayangan-kesayangan kau." Jawab Enrique bersahaja.

"Nak buat apa-apa, guna ni," Freddy menunjukkan kepalanya sendiri.

     "Otak aku tak ada, tertinggal kat rumah. Otak kau ada dengan kau tak, Zieymo?" Enrique mula menoleh ke arah Zieymo.

     "Ada dalam laci meja make up, Shira simpan. Nantilah, kalau aku nak pakai aku ambik." Zieymo dan Enrique menganjing Freddy. Walaupun tidak kelakar tetapi cukup membuatkan hati Freddy panas.

    "Pergi mampus!" Freddy terus beredar dari situ tanpa memandang belakang.

    I"Dia suruh kita mampus, jom pergi terjun dalam laut yang banyak shark?" Zieymo memandang Enrique yang hanya menggeleng kecil.

     "Aku tak akan bazirkan masa aku dengan binatang yang tak best macam tu. Ada benda yang tak kena pada Fred," Enrique berwajah serious memandang belakang leher Freddy yang mempunyai kerlipan bewarna merah berbentuk bulat.

     "Okay aku nampak," Zieymo mengangguk kecil, matanya juga melekat pada kerlipan lampu merah tersebut.

     Mereka berdua tiba di rumah setelah penat 'bermain' dalam kelab malam. Hezrick dan Mikayla yang sedang berbual di ruang tamu ditegur mereka berdua.

    "Bau minyak wangi perempuan bercampur arak, buat hal lagi?" Soal Hezrick bernada tenang.

     Zieymo menggeleng laju tetapi apabila terpandangkan Shira yang berdiri di tangga, dia mengangguk dengan lebih laju daripada tadi. Dia mahu gadis itu melihatnya sebagai seorang lelaki jahat.

     "Minyak wangi perempuan yang aku tendang tadi kut. Gila betul nak raba punggung aku, dia ingat tangan dia tu suci sangat?" Enrique mengambil tempat di kerusi bertentangan Hezrick dan Mikayla.

     "Awak pukul perempuan?" Soal Mikayla pula.

     "Bukan pukul, tendang sikit aje bagi dia serik." Jawab Enrique bersama mata yang memandang wajah Mikayla. Mikayla hanya mengangguk bersama dahi berkerut, bukan pukulkah jika begitu?

     "Aku nak bukak bisnes baru. Bisnes jual perempuan dan aku nak Mikayla jadi duta pakaian gadis-gadis seksi tu nanti," Enrique tersenyum jahat memandang Mikayla. Mikayla membuntangkan mata, biar betul Enrique ni?

     "Fuck, aku bunuh kau. Kau nak buat masalah dengan hidup kau, jangan libatkan bini aku," Hezrick mula bersandar pada penyandar sofa.

     "Bolehlah, please please please. I cium kaki you if you follow my order." Enrique memujuk Mikayla tanpa memandang Hezrick.

     "Pergi jahanam seorang diri, fuck you!" Hezrick masih mencarut.

     "Hey jangan mengarut," Mikayla menyentuh lengan suaminya agar lelaki itu tidak terus melatah. Macam tidak kenal pula perangai Enrique.

     "You yang paling sesuai untuk jadi duta perniagaan I. Body shape you sangat-sangat menarik perhatian lelaki di luar sana, sampai bila you nak terperuk dalam rumah Ricky yang tak ada apa-apa ni? Think about your future, Kayla." Enrique masih lagi bernada memujuk.

    "Kau ni memang nak kena!" Hezrick berdiri sebelum kolar leher Enrique dicekak kasar. Sakit telinganya mendengar kata-kata Enrique berkaitan Mikayla.

    "Eh aku bergurau ajelah" Enrique tersenyum lebar melihat wajah merah Hezrick. Sengaja ingin menaikkan marah lelaki ini.

    "Macam tu kau cakap gurau? Bini aku yang kau cakap macam-macam tu! Cuba kalau lelaki lain cakap tentang bini kau pulak, apa yang kau rasa?!" Tengking Hezrick yang marahnya sudah berada di tahap tertinggi.

     "Cakap ajelah, tak kisah pun." Enrique masih tenang seperti tadi, dia langsung tidak menunjukkan reaksi takut.

     Hezrick yang ingin melayangkan tumbukkannya ditahan Zieymo. Budak dua orang ini sama saja, suka menganjing dan membela sesama sendiri.

    I"Kan dah cakap bergurau tadi, tak jalan jugak ke? Ricky, bini kau yang cantik ada kat sebelah tu," Zieymo menoleh ke arah Mikayla dan cuba mengusik gadis itu. Mikayla hanya diam tanpa menunjukkan sebarang reaksi.

     "Ada apa ni? Best nya bergaduh tak ajak aku." Herith yang sedang mengendong Hezrif berjalan ke arah mereka. 

     Hezrick bertindak melepas kolar leher Enrique dengan kasar, wajah Enrique direnung tajam. Mengapa dia layan lelaki-lelaki gila yang mempunyai perangai sama ini?

     "Anak kau kena culik dengan Herith bro!" Tiba-tiba Enrique berlakon menjadi terkejut.

     "Tak kelakar," Hezrick menggeleng kecil membuatkan Zieymo melepaskan tawa besar.

     "Teruk, aku main dengan anak saudara aku dari tadi lagi tak ada masalah pun. Kau dari mana?" Soal Herith kepada Enrique yang sedang membetulkan duduknya.

     "Fred, dia kena culik," Jawab Enrique menggunakan nada tenang.

     "Jangan nak menipulah sial, kau dengan otak kau boleh pergi terjun laut," Hezrick tidak mempercayai kata-kata Enrique.

     "Eh! Kau fikir aku main-main ke?! Tengok ni!" Enrique mengeluarkan telefon bimbitnya, skrin dihalakan ke arah Hezrick. Hezrick hanya diam melihat peta yang mempunyai setompok tanda merah.

     "Tak mungkin Fred kena culik, dia lelaki keras dan penuh dengan susun atur strategi," Herith mula berfikiran panjang.

    "Strategi dia hancur sekelip mata selepas dia diperdaya oleh seekor syaitan. Fred tak adalah keras sangat, aku nampak alat pengesan belakang leher dia. Tak percaya tanya Zieymo." Enrique menoleh ke arah Zieymo yang sejak dari tadi merenung Shira tanpa memberi sebarang reaksi.

    Pak!

     Paha Zieymo dipukul kuat oleh Enrique membuatkan lelaki itu tersentak hebat. Herith dan Mikayla melepaskan tawa kecil manakala Hezrick hanya diam memerhati sesuatu yang tidak kelakar seperti itu.

     "Ha! Ya, betul ada sesuatu pada belakang leher Fred. Err alat penge..." Kata-kata Zieymo pantas dipotong Enrique.

     "Nampak tak? Macam mana benda tu boleh ada pada Fred kalau dia seorang lelaki keras? Dah jelas-jelas tunjuk yang Fred tu sebenarnya lembut mengalahkan pondan yang mintak dirogol," Kata Enrique panjang lebar membuatkan Hezrick menghela nafas panjang.

     "Zieymo..." Shira mula memanggil Zieymo yang hanya duduk merenung ke arahnya. Tetapi apa sebenarnya yang lelaki itu renungkan?

     Zieymo menjongketkan sebelah kening menandakan 'apa?' Shira memberi isyarat tangan yang mengarah Zieymo datang kepadanya.

     "Pergi ajelah, kau pandang-pandang apa? Kesian Shira tunggu kau balik dari petang tadi lagi, bini kau tu bukan bini orang lain," Hezrick menendang-nendang kaki Zieymo bagi menyedarkan lelaki itu.

     Zieymo menghela nafas kasar sebelum dia bangun dan meluru ke arah Shira di tangga. Lengan Shira ditarik naik ke atas.

     "So, bila nak pergi selamatkan Fred?" Soal Herith ingin tahu.

     "Tak perlu, dia boleh selamatkan diri-sendiri." Jawab Enrique sambil bermain-main dengan rambutnya sendiri.

     "Sebab nilah aku cakap kau penipu. Muka penipu macam kau ni memang bawak banyak bala dalam rumah," Hezrick tersenyum sinis tetapi senyumannya mati setelah melihat Enrique bangun dan meluru ke arah pintu utama.

     "Nak pergi mana?" Soal Herith lagi.

"Pergi selamatkan Fred," Jawab Enrique sambil membuka pintu utama.

     "Tadi cakap pandai selamatkan dirilah apalah, perangai lelaki ini memang mintak penumbuk," Hezrick meraup kasar wajahnya. Mengapa Enrique menjadi semakin menyakitkan hati?

    "Sabar-sabar," Mikayla bertindak mengusap-usap dada suaminya.

     "Tak boleh sabar dah ni sayang." Hezrick bertindak memeluk tubuh isterinya. Wajah disembamkan pada permukaan dada gadis itu.

     "Eee tutup mata Hez." Herith menutup kedua-dua belah mata Hezrif menggunakan tangan budak itu daripada terus melihat kegedikkan Hezrick.

Continue Reading

You'll Also Like

312K 17.5K 50
watak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tuna...
60K 2.5K 38
Tuan Airel. Jika lelaki lain bermulut manis, berbeza pula dengan dia yang bermulut puaka. Apa saja yang keluar dari mulutnya pasti terasa sehingga ke...
3.3M 7.9K 2
M1 Adam Morris x Diana Fayree And even if I still love you, I still wanna kill you. Because you broke my heart Versi lama: DEC 2018 Versi reedit: 10...
5.9K 914 1
Coming soon