๐“๐ก๐ž ๐Œ๐š๐Ÿ๐ข๐š

By MrHazReyz

93.4K 7.2K 2.7K

[๐‚ ๐Ž ๐Œ ๐ ๐‹ ๐„ ๐“ ๐„ ๐ƒ] โ™ก ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Œ๐ซ๐‡๐š๐ณ๐‘๐ž๐ฒ๐ณ โ™ก โ˜…๐’๐ž๐œ๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐จ๏ฟฝ... More

Sepatah dua kata MrHazreyz
Prolouge
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67 (END)

Bab 4

2.1K 180 19
By MrHazReyz

     Jari menekan-nekan skrin telefon bimbit, sesekali matanya menoleh ke arah gadis yang sedang vacuum ruang tamu. Gadis itu seperti sengaja ingin menarik perhatiannya, lenggok tubuh gadis itu benar-benar membuatkan dia rasa meluat.

     "Fred, tengok aje? Sinilah tolong saya," Gadis yang lebih dikenali sebagai Miya mula melangkah ke arah Freddy yang duduk di sofa.

     "Malas." Freddy bersuara, matanya kembali melekat pada skrin telefon bimbit.

     "Tak boleh malas-malaslah, tak sihat untuk tubuh badan," Miya menarik lengan Freddy tetapi lelaki itu langsung tidak terkesan dengan tarikkannya.

     "Kau ni siapa? Aku tak kenal kaulah." Freddy meleraikan genggaman tangan Miya.

     "Betul ke ni? Saya kenal awak tapi kenapa pulak awak tak kenal saya? Saya tahu semua benda, semua sekali! Habis tu, jom kenal-kenal nak?"

     Miya membalas renungan Freddy sebelum pipi lelaki itu diusap lembut. Freddy hanya diam merenung Miya, anehnya gadis ini.

     "Nak saya ajar tak? Awak perlu sediakan sebentuk cincin yang cantik bersinar-sinar sebelum awak bawak saya makan malam kat hotel lapan bintang. Itulah cara orang barat mengenali hati budi masing-masing! Boleh?" Miya menggoyang-goyangkan lengan berurat Freddy.

      Freddy masih lagi diam, tangan Miya sudah tidak lagi ditepisnya kerana perangai keras kepala gadis itu membuat dia berasa rimas. Jika dia tepis dan gadis itu mencapai tangannya lagi, risau ada yang mati di dalam rumah ini pula.

     Ada sesuatu yang pelik terhadap Miya, Freddy langsung tidak dapat membaca identity sebenar gadis itu walaupun telah memakai lens yang dikhaskan untuk mengetahui profile pengenalan diri manusia. Adakah gadis ini salah seorang daripada musuhnya?

     "Fred? Awak tak bisukan?" Tanpa segan silu bibir Freddy diusap lembut. Freddy bertindak memegang tangan gadis itu.

     "Siapa kau ni?" Soal Freddy bernada tegas. Dia mula berdiri menghadap Miya.

     "Manusialah, apa lagi? Awak fikir saya alien? Alien tak ada hidung dan bibir macam ni," Jari telunjuk Miya menunjuk ke arah hidungnya sendiri kemudian beralih pula pada bibir nipis miliknya.

     "Okay blah sekarang," Freddy terus beredar dari ruang itu tanpa menunggu jawapan Miya.

     "Tapi kenapa kena pergi? Saya tak buat apa pun, Fred! Sinilah, saya nak mintak tolong awak angkat sofa tu, beratlah Fred!" Miya terus menerus mengejar langkah Freddy yang meluru ke arah kolam.

     Bush!

     Freddy bertindak menolak tubuh kecil Miya jatuh ke dalam kolam yang agak dalam. Matanya merenung kosong ke arah Miya yang terkapai-kapai tanpa ada rasa untuk menolongnya.

     "Matilah kau dalam tu, perempuan gila." Freddy terus melangkah pergi.

   "Hurm Fred..."

     Miya yang sudah terapung mencebik bibir, belakang tubuh Freddy dipandang lama. Nasib baiklah dia pandai berenang, dalam juga kolam kecil ini.

     Rambutnya yang panjang sudah dibasahi air. Dia keluar dari air dan terus melangkah ke arah lif  untuk naik ke tingkat atas. Riak wajah kosong ditayangkan kepada Enrique yang juga melangkah masuk ke dalam lif yang sama.

     "Macam mana awak didik kawan awak ya? Dia sangat-sangat degil, macam kucing hutan. Kalau dia nak saya jadi singa, saya boleh aje tapi saya risau dia bunuh saya pulak, macam mana nak buat?" Air yang membasahi baju dibiarkan menitik di atas karpet.

     "Kau bebel kat aku ke?" Soal Enrique yang mula merenung sisi wajah Miya.

     "Iye, kenapa? Awak pekak ke? Saya tahu macam mana tak nak bagi pekak, awak kena pakai alat yang dalam hospital untuk orang kurang upaya tu. Apa namanya eak?" Soal Miya tanpa ada rasa takut melihat Enrique yang merenung tajam ke arahnya.

     "Hurm mesti tak dengarkan? Tengok muka awak yang buruk ni pun dah tahu awak tak faham. Susahlah macam ni,"

     Ting!

     Miya yang ingin melangkah keluar ditahan Enrique. Miya terus menepis tangan Enrique yang melekat pada lengannya.

     "Janganlah! Saya tak suka orang pegang-pegang saya. Lelaki tak guna! Awak fikir saya ni perempuan murahan ke, huh?!" Tengking Miya, wajah Enrique direnung tajam. Jika boleh, ingin saja dia menyiat-nyiat kulit lelaki ini.

     "Bingitlah setan! Kau yang ganggu hidup aku, cakap banyak macam orang gila. Semak tahu tak?!" Enrique juga membalas dengan tengkingan.

     "Tak tahu dan tak nak pun tahu! Awak dah salah didik Fred dan awak kena bayar semua kos kerosakkan otak dia!" Jari telunjuk Miya ditunding ke arah wajah Enrique.

     "Belum ada perempuan yang berani tinggikan suara dengan aku." Kata Enrique perlahan tetapi kedengaran cukup tegas, jari telunjuk Miya dipegang dan dipulasnya sedikit sehingga gadis itu mengerang kesakitan.

     "Sakit...isk awak ni jahat, lelaki jahat! Fred tak patut jadi macam awak! Saya perlu selamatkan Fred, bye nak pergi selamatkan Fred!"

     Miya menyeka air mata yang sudah bertakung sebelum tangannya dilambai kecil ke arah Enrique. Miya membuka langkah dengan cepat keluar dari lif.

     Belakang tubuh Miya direnung lama, emosi gadis itu yang sangat mudah berubah-ubah membuatkan Enrique dapat menangkap sesuatu tetapi hairan kerana gadis itu tidak habis-habis menyebut nama Freddy.

     "Siapa perempuan liar ni? Terlepas dari kandang babi yang mana?" Soal Enrique sendiri.

     "Apa yang kau dah buat sampai perempuan tu jadi gila, Fred? Tak akanlah sebab ciuman hari tu kut? Okay bukan masalah aku, settle sendiri dan pergi mampus semua." Mata Enrique kembali melekat pada skrin telefon bimbit miliknya. Malas guna otak pada cuaca sejuk seperti ini.

     Miya melihat Freddy duduk bersantai seorang diri di taman bunga yang terletak di belakang rumah agam. Kakinya terus diatur ke arah lelaki itu. Belum sempat tapak tangannya menekup kedua-dua belah mata Freddy, Freddy lebih pantas memegang lengannya.

  I  "Awak pegang lengan saya, Fred?! Wow! Saya rasa sayalah perempuan paling bertuah dalam dunia ni." Miya mengambil tempat bersebelahan dengan Freddy.

     "Bertuah ke tak bermaruah?" Soal Freddy bernada sinis.

    I"Bezanya apa? Mestilah bertuah, sayakan istimewa untuk awak, kalau tak mesti awak dah tembak saya sekarang ni, betul?" Wajah Freddy direnung dengan penuh minat. Senyuman lebar masih tidak lekang di bibirnya.

    "Salah," Kata Freddy sepatah sebelum dia berdiri, pistol yang terselit di belakang seluar dicapai lalu diacu tepat ke arah wajah Miya.

     "Fred..." Miya menjebik bibir sehingga kelihatan melengkung. Wajahnya sudah bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Sampainya hati lelaki ini.

     "Malas cakap banyak."

     Bang!

     Satu das tembakkan dilepaskan mengenai pasu bunga yang terletak di belakang Miya.  Air mata gadis itu sudah mengalir membasahi wajah membuatkan Freddy menghela nafas kecil. Apa yang serabut sangat gadis ini?

     Freddy memaling tubuhnya ke belakang untuk beredar dari situ. Langkahnya terhenti mendengar kata-kata Miya.

     "Pandai tak saya berlakon? Dulu masa kecik-kecik, saya selalu berangan nak jadi pelakon. Tak sangka, bijak jugak otak saya ni," Miya yang sudah berdiri mula melangkah mendekati Freddy.

     "Jangan ganggu akulah!" Freddy terus melangkah dengan laju ke hadapan.

     "Biasa dalam filem hindustan, hero akan toleh ke belakang." Miya hanya merenung belakang tubuh Freddy dan ya, lelaki itu menoleh ke arahnya sekilas.

     "Yeah saya betul! Klise betul lelaki ni, mesti selalu tengok filem cinta. Bye Fred, nanti jumpa lagi!" Tangannya tetap dilambai walaupun Freddy sudah tidak memandangnya.

     Sudah lama dia impikan untuk berjumpa lelaki idamannya, Freddy. Tidak sangka impiannya telah tercapai sejak semalam. Sungguh bahagia hidupnya jika setiap hari dapat bertemu lelaki kacak itu.

     Miya melangkah ke arah pintu pagar belakang rumah, tetapi yang hairannya dia tidak membuka pintu tersebut malah terus memanjat pagar batu lalu keluar dari kawasan rumah agam.

     Seseorang yang berada di balkoni tingkat atas hanya merenung perlakuan Miya. Kepala digeleng kecil sebelum kakinya diatur ke arah pintu. Gadis tadi benar-benar aneh, siapakah dia? Persoalan ini menjadi tanda tanya kepada mereka semua.

     "Herith jom ikut aku kejap," Hezrick mencapai kunci kereta yang tergantung pada dinding.

     "Aku nak ajak Enrique sekali, mana jantan tu? Kejap, biar aku pergi panggil dia." Herith terus melangkah pergi.

     Hezrick dan Herith hanya diam melihat kawasan sekeliling sebaik sahaja tiba di tempat parkir kereta di sebuah hotel bertaraf lima bintang.

     Enrique masih dengan telefon bimbit, entah apa yang lelaki genius itu sedang lakukan. Hezrick menghela nafas panjang, gadis itu sudah hilang dari pandangan mereka.

     "Biarkan aje perempuan tu, dia tak akan berani bertindak," Kata Enrique memecah kesunyian dalam kereta, mata masih melekat pada skrin telefon.

     "Aku cuma nak pastikan dia ada kaitan dengan kes bini aku ataupun tidak," Mata Hezrick masih diliarkan ke sekeliling.

     "Tak ada, perempuan tu cuma sejenis babi berbadan manusia." Enrique menjawab dengan tenang tanpa menoleh ke arah Hezrick.

     "Oh macam tu..." Herith mengangguk tanda mengerti walaupun dia tidak tahu tentang siapa yang mereka bincangkan.

     "Bukan kau ke babi tu?" Soal Hezrick bernada sinis.

     "Eh Ricky, kau nak dengar cerita tak?" Enrique mula memandang wajah Hezrick yang duduk di tempat pemandu. Hezrick mengangkat sebelah kening.

     "Entah, dah lupa," Mata Enrique kembali melekat pada skrin telefon bimbit.

     "Fuck you." Carut Hezrick bengang sebelum handbreak diturunkan.

     "Malas," Kata Enrique secara tiba-tiba.

     "Huh?" Herith mengerutkan dahi, malas apa pula ni?

     "Nothing," Jawab Enrique sepatah.

     "Mana pergi mulut burung murai kau tu? Dah mampus ke?" Soal Hezrick sambil memandu.

     "Malas," Jawab Enrique menggunakan perkataan yang sama.

     "Huh?" Sekali lagi Herith mengerutkan dahi.

     "Nothing" Enrique masih menggunakan jawapan yang sama seperti robot. Hezrick dan Herith langsung tidak dipandangnya.

     "Apa masalah kau ni?!" Hezrick mula bengang dengan jawapan Enrique yang hanya sepatah kata keluar dari mulut Enrique.

     Enrique tersenyum kecil, bagi lagi soalan yang bukan-bukan. Sengaja ingin melihat Hezrick tertekan kerana sudah lama dia tidak melihat serabut yang ada pada wajah lelaki itu.

     "Okay jangan jawab." Hezrick seperti baru tersedar yang dia sudah melakukan kesilapan besar.

     "Malas," Jawab Enrique bersahaja menggunakan nada suara tenang seperti tadi.

     "Fuck! Diam, sial! Diam!" Kemarahan Hezrick sudah berada di tahap yang berbahaya bagi mereka bertiga. Apa masalah syaitan bertelinga kucing ni ulang jawapan yang sama?!

     "Malas," Enrique menjeling wajah Hezrick.

     "Sabar Ricky, kau boleh handle si bangsat jahanam ni." Hezrick cuba bertenang.

      Nafas panjang ditarik kemudian dihembus kembali. Dia mengulangi hal yang sama beberapa kali sehingga marahnya berkurang. Jika dilayan, hancur kereta ini kerana berlanggar dengan kereta-kereta lain di atas jalan raya.

     Air hot chocolate yang telah siap dibancuh diletakkan ke atas meja hadapan Firaz. Punggung terus dilabuhkan ke atas paha lelaki itu, Firaz memeluk pinggang rampingnya. Air itu dihirup sedikit sebelum skrin telefon bimbit milik Firaz yang terletak di atas meja ditekan-tekan.

     "Abang, Ferliy nak yang ni dan yang ni tapi yang ni pun nak jugak." Ferliy menunjuk gambar beberapa helai baju blouse yang berlainan warna dan jenis kepada Firaz.

    "Hm okay," Jawab Firaz dengan penuh kemalasan.

     Ferliy meletakkan telefon itu ke atas meja sebelum dia memusing tubuhnya menghadap Firaz. Kedua-dua belah pipi lelaki itu dipegang.

     "Nak anak lagi," Kata-kata Ferliy membuatkan Firaz memegang kedua-dua belah tangan Ferliy yang melekat di wajahnya.

     "No," Jawab Firaz sepatah.

     "Ish nak jugak,"

     "Yalina pun awak tak pandai jaga, lepas tu nak anak lagi? Yalina kecik lagikan, dear? Kena buat persiapan sebelum ada anak kedua," Kepala Ferliy diusap lembut.

     "Tengoklah, Ferliy tak nak makan pil perancang." Ferliy menggeleng-geleng kecil sebelum dia membetulkan duduk setelah melihat kelibat Enrique

     "Bagi ajelah, apa yang susah sangatnya? Atau kau nak mintak tolong aku tidur dengan dia? Aku tak ada masalah pun nak buat macam tu tapi tengok Ferliy lah okay ke tidak sebab aku tak suka paksa-paksa orang," Enrique yang sedang membuka peti mencelah perbualan mereka berdua.

     "Tak naklah!" Ferliy menjeling Enrique yang mengambil tempat di kerusi bertentangan dengan mereka.

     "Hey aku yakin aku lebih gagah dari...hmph! Sial!" Enrique menepis tangan Freddy yang menekup mulutnya.

     "Mulut tu jaga sikit," Freddy mengambil tempat di sebelahnya.

     "Kenapa aku nak kena jaga? Ferliy pun dah banyak kali kena hen...hmph! Babilah!" Carut Enrique bernada kuat, tangan yang menekup mulutnya ditepis dengan kasar sebelum dia berdiri menghadap Hezrick yang berada di belakangnya.

     "Kau nak mati ke?" Mata Enrique menikam tajam wajah Hezrick.

     "Kau tu belum kahwin, tak boleh bersembang tentang ni." Kata Hezrick bernada tenang.

     "Puncanya Firaz, dia yang tak nak bagi anak untuk Ferliy. Kau patut bunuh dia Fred, dia dah seksa batin adik kau!" Punggung Enrique kembali dilabuhkan ke kerusinya tadi.

     "Tak bagi anak, seksa batin? Apa kau merepek?" Soal Herith yang terdengar perbualan mereka.

     "Tak tahu apa-apa tentang berkahwin, diam," Firaz membela dirinya.

     "Semua penyibuk." Ferliy terus bangun dari riba Firaz sebelum dia beredar dari ruang dapur yang besar itu.

     "Ek eleh perempuan ni, kau tu menumpang ajelah!" Enrique menayang riak wajah tidak berpuas hati terhadap Ferliy.

     "Boleh tak jangan ganggu bini aku? Sakat ke menganjing ke, jangan." Firaz merenung tajam wajah Enrique.

     "Jangan nak ajar aku sebab aku memang tak akan ikut. Aku adalah aku, sini Ferliy kau tu biar aku basuh dia cukup-cukup, manja sangat macam budak aje." Enrique bermain dengan hiasan buah-buahan palsu di atas meja makan.

     "Bini aku memang budak, apa masalah kau?" Soal Firaz bernada tenang.

     "Nanti sambung bergaduh, aku kena pergi." Enrique terus berdiri, skrin telefon dilekapkan pada telinga.

     Mereka hanya melihat Enrique yang sedang melangkah sehingga lelaki itu hilang dari pandangan. Tidak lama kemudian, Enrique kembali mengambil tempatnya di kerusi tadi.

     "Pergi ke tak esok?" Soal Enrique ingin tahu. Hanya Hezrick dan Freddy yang mengangguk manakala Firaz mengerutkan dahinya.

     "Pergi mana?" Soal Firaz ingin tahu.

     "Neraka." Enrique tersenyum jahat. Hezrick dan Freddy tersenyum kecil melihat kerutan dahi Firaz.

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 55.5K 76
๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ญ๐ž๐ | ๐‡๐Œ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
867K 48.8K 61
-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit...
957K 36.6K 22
Adrian Naufal Nur Arissa Sharil Adam Nur Anissa ___ Air mata berguguran apabila hati sudah terluka .. Arissa terpaksa paksa menikahi seorang lelaki...
939K 25.1K 81
Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang dibeli oleh seorang Mafia kerana ayahnya yang gagal membayar hutang . Pada mulanya perasan benci membua...