DUNIA BATINKU

By MiszJupiter

122K 2.5K 244

Aku Maya. Nama penuhku Maya Sari Gabrielle. Seorang yang cantik, seksi dan menjadi dambaan bagi setiap kaum A... More

CHAPTER 1- LUQMAN HAKIM
CHAPTER 2- GOT SOME FOOD.
CHAPTER 3- PUAS
CHAPTER 4-CIUMAN HANGAT
CHAPTER 5: LAMARAN
CHAPTER 6- PERTEMUAN PERTAMA
CHAPTER 7-DATIN TIARA
CHAPTER 8- RASA SEDAP
CHAPTER 10-CLUB X
CHAPTER 11- RATU NAFSU
CHAPTER 12- TERIMA KASIH, ARIMA
Chapter 13-PERJUMPAAN PERTAMA
CHIT CHAT
CHAPTER 14-LIDAH
CHAPTER 15- RANCANGAN
CHAPTER 16- SYARAT ARIMA
CHAPTER 17-RUH WENGI
CHAPTER 18-SEMPURNA
CHAPTER 19- MAK CIK YAH
CHAPTER 20-LAYAKKAH AKU?
CHAPTER 21- MOHAMMAD ZAKRI
CHAPTER 22- SANTAPAN KEDUA

CHAPTER 9-PERTEMUAN

5.5K 89 0
By MiszJupiter

Aku bangun dari tubuhnya dan mula menjauhinya. Nafasku berombak menahan rasa sakit dan derita yang terpendam. Aku menarik rambutku kuat.

"ARGHHHHHH!!!!!!" Aku menjerit sekuat hati.

"KENAPA KORANG BUAT AKU MACAM NI! KENAPA KORANG SIKSA AKU!"

Aku melulu ke arahnya semula.

"APA SALAH AKU? CAKAP! APA SALAH AKU?!"

"AKU BENCI KORANG SEMUA! AKU BENCI! AKU SUMPAH AKU AKAN HANCURKAN KORANG SATU-SATU. AKU BERSUMPAH!"

Luqman memandangku dengan wajah ketakutan. Dia cuma terdiam seribu bahasa.

"ARGHHHHH!!!!"

Aku terduduk ke lantai dan menarik-narik lagi rambutku kuat. Rambut sudah kusut-masai dan ada juga yang tertanggal dari kepala dan memenuhi celah jari-jariku.

Aku terdiam seketika. Nafas aku aturkan semula. Setelah itu aku bangkit dan mula merapikan rambut. Luqman yang sudah ketakutan di atas katil aku dekati dan duduk disampingnya. Senyuman semanis mungkin aku berikan. Dia semakin menunjukkan muka seram apabila melihat aku tersenyum begitu.

"Untuk kali ni I maafkan you. Sebab mungkin you tak sedar lagi dengan kesalahan you. Satu masa nanti, bila you dah sedar dengan semua kesalahan you pada I, you akan rela jadi tebusan I kat sini. You akan rela nak temankan I sampai bila-bila."

"I tak nak you mati. I nak you teman I. Nanti I akan ajak semua kawan-kawan you datang sini, and semua boleh teman I macam sekarang ni. Kita sama-sama... macam dulu. Cuma mungkin, dulu I yang hiburkan you. Tapi sekarang ni, I nak you dengan kawan-kawan you yang hiburkan I. Boleh, kan?" Aku tersenyum lagi.

"Aku... aku dah sedar kesalahan aku. Aku mintak maf. Tolong lepaskan aku..."

Aku terus mengelus lembut pipinya hingga ke lehernya. Wajahku cumalah seinci dari wajahnya.

"Sokay, sayang. I dulu pun mula-mula stress macam you sekarang ni. And for now, I mandikan you, okay. You dari semalam tak mandi lagi. I tak suka tau busuk-busuk," sambungku lagi. Kali ini bibirnya pula aku usap perlahan. Aku renung bibir yang merah itu.

Luqman terdiam tatkala aku mengelus lembut bibirnya. Pandangannya mula redup. Matanya mula jatuh pada belahan dadaku yang terdedah dan aku memang sengaja untuk lekatkan dadaku ke dadanya yang tak berbaju itu. Pandangannya naik semula ke bibirku dan kembali turun ke dada.

"You tahu tak? Kawan I suka you tau."

"Kawan? Siapa?" Suaranya kembali perlahan. Mulutnya sudah separuh terbuka dan nafasnya mula berombak tatkala aku mengusap bibirnya berkali-kali.

"Yang tidur dengan you malam tu. Dia kata you memang best. You pandai sangat atas katil."

"Ha? Ap.. apa maksud kau?" Luqman menayang muka blur. Wajahnya ditarik dari tanganku. Aku tersenyum melihat wajahnya yang bingung itu.

"Arima. Kawan I," jelasku.

"Muka dia sama dengan muka kau ke?"

"Hihi..." aku tergelak kecil.

"Dia nak dengan you lagi malam ni. Make sure layan dia cukup-cukup tau."

"A...aku tak faham. Siapa dia tu? Kenapa muka dia sama macam muka kau?"

Aku tersenyum penuh makna.

"And one thing, you kena hati-hati dengan dia. Kalau dia nak apa je, atau style apa je, you kena bagi. Kalau you tak memuaskan hati dia, dia boleh bila-bila je ambik nyawa you. And for your information, dia dah booked jantung you untuk dia. Kalau you tak memuaskan hati, lagi cepatlah you hilang jantung," sambungku lagi. Dadanya aku elus perlahan.

Kali ini Luqman mula menarik nafas cemas.

........

Setelah memandikan Luqman, aku meninggalkan dia keseorangan di dalam bilik dan turun ke tingkat bawah. Sebelum memandikannya, aku menyuntik ubat agar dia tak banyak melawan saat aku memandikannya. Aku tak nak dia tak sedar langsung. Aku cuma melemahkan sebahagian anggota tubuhnya saja. Aku memang baik. Bagi dia makan, bagi dia minum, mandikan dia.

Sempat ekor mataku mengerling jam yang melekat di dinding. Pukul 7.30 malam. Tiba-tiba terdengar satu jeritan dari tingkat atas. Refleks mataku terus memandang ke atas. Ahh, biarkanlah. Arima dah mula untuk 'bekerja'. Atau erti kata lain, melampiaskan nafsu serakahnya. Aku tergelak kecil tatkala suara keras itu berubah menjadi lolongan meminta tolong.

Aku sangat beruntung mempunyai sahabat sebaik Arima. Dari dulu, dialah sahaja yang selalu bersama aku. Dialah yang membantu aku dan membawa aku lari dari pondok usang tu. Dialah yang memulihkan aku. Dan sekarang, dialah yang akan membantu aku menunaikan segala hajat dan dendam yang terbuku sekian lama di hati.

Handphone milik Luqman yang berada di atas meja aku capai dan aku belek seketika. Sempat aku buka tv dan meninggikan volume bagi menutup bunyi-bunyi lolongan itu. 113 panggilan dan 599 mesej?! Wow, banyak betul. Aku terus bukak aplikasi Whatapps miliknya.

'Sayang, call me back please.'

'Where are you, sayang? Banyak kali I call you.'

'Honey, let's hangout tonight.'

'You, kenapa tak angkat call I. I risau sangat-sangat ni. Period I dah 2 minggu lambat. Please jangan buat I macam ni.'

Dan banyak lagi mesej-mesej yang malas aku nak baca. Kebanyakannya dari perempuan-perempuan. Ada juga dari group whatapps, seperti group family, group kawan-kawannya dan group untuk pejabat.

Tapi mataku lebih tertarik ke satu group whatapps ini.

'Geng, jom jumpa'.- Darius.

'Partyla kat rumah kau.' -Hans.

'Nak mampus? Bini aku ada kat rumah.' - Darius.

'Club X jom. Aku lama tak jumpa awek.' - Zakri

'Ok cun jugak. Aku pun bosan gila sekarang ni. Malam ni la.'- Matt

'Seriuslah malam ni. Bisinglah bini aku tu nanti.' -Darius.

'Kau ajak jumpa lepastu bising pasal bini pulak.'- Zakri.

'Entah. Sembang je lebih.' - Hans.

'Alaa. Macam tak tahu bini aku tu macam mana.'- Darius.

'Ahh, tak kira. Kau yang ajak, sekarang kau pulak yang tak nak, kan?'- Matt.

'Aku ajak lepak mamak ke apa ke. Kang kalau bini aku tahu aku pergi club malam ni, mampuslah aku.'- Darius.

'Alaa, pandai-pandailah kau auta bini kau. Janganlah bendul sangat bagitahu bini kau pergi club. Itu pun nak aku ajar ke?'- Hans.

'Emm tengoklah macam mana nanti.'- Darius.

'Sorrylah, geng. Aku tak boleh datanglah. Esok aku ada mesyuarat penting.' -Amri.

'Alaa.. kau tu tak habis-habis kerja. Chillah. Ada masa kerja ada masa kita enjoylah.'- Hans.

'Kau bolehlah enjoy-enjoy macam dulu. Aku ni dah kahwin.'- Amri.

'Aiii... perli nampak..'- Darius.

'Ahahahaha bukanlah. Aku cuma sibuk sangat ni. Next time kita jumpa okay.'- Amri.

'Iyela kau. Nanti batang hidung kau jugak yang tak timbul-timbul. Kau sebenarnya nak jauhkan diri dari kitorang kan? Dah lama aku perasan.'- Hans.

'Bukan macam tulah. Aku betul-betul busy sekarang ni. Sorrylah.'- Amri.

'Iyalah, dah jadik businessman terkenal, kan? Lupala member.'-Hans.

'Aduhh, apa ni? Kat sini pun korang nak gaduh ke?'- Zakri.

'Tak. Aku memang dah lama perati dia. Lepas dia kawen, mana ada dia nak hang out dengan kita lagi. Iyalah dapat bini, bini lindungan kaabah kan. Dah tak ingat kita ni.'- Hans.

'Sorrylah, Hans. Aku bukan sengaja. Mana boleh aku lupa korang. Korang je kawan aku sejak sekolah. Cuma sekarang aku memang busy. Ok, aku janji next time kita hangout sama-sama. Okay?'- Amri.

'Haaa, dahlah tu, Hans. Amri janji dah nak lepak dengan kita. - Matt.

'Okay, aku nak tengok sejauh mana janji dia tu.'- Hans.

'Dahlah, Hans.'- Zakri.

'Entah kau ni. Chillah.'- Darius.

'Ok, guys. Malam ni pukul 10 kat Club X tau. Jumpa sana.'- Zakri.

'Onz.'- Matt.

'Emm.. yela.'- Hans.

'Okay, onz.'- Darius.

Aku mematikan semula handphone itu dan meletakkannya di atas meja. Senyuman manis aku simpulkan. Nampaknya malam ni mereka akan berjumpa. Ada peluanglah aku nak tengok muka mereka.

Continue Reading

You'll Also Like

166K 1.9K 25
Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus...
33.6K 1.7K 59
Cerita ini mengisahkan tentang cerita benar. Jangan fikir bila hijab terbuka ini seronok sedikit pun tidak ianye hanyelah menyeksekan. Korang kalau n...
73.9K 4.1K 78
Hai Assalamualaikum kembali lagi kita ye. Maaf kepada sesiapa yang menunggu terlampau lama story baru aku. Okay kali ini aku nak ceritakan kisah bena...
337K 32.3K 58
Leslie dan Sean sudah dinyatakan lulus dari Grandes High School. kini mereka tengah menuntut ilmu di sebuah universitas. Awalnya kehidupan mereka ber...