[S3] Keluarga Lee - NCT

By Ann_Darl

33.8K 3.8K 4.9K

Nampaknya Keluarga Lee masih lagi mempunyai cerita kerana bilangan ahli keluarga yang makin bertambah. Apaka... More

Pt. 1
Pt. 2
Pt. 3
Pt. 4
Pt. 5
Pt. 6
Pt. 7
Pt. 8
Pt. 9
Pt. 10
Pt. 11
Pt. 12
Pt. 13
Pt. 14
Pt. 15
Pt. 16
Pt. 17
Pt. 18
Pt. 19
Pt. 20
Pt. 21
Pt. 22
Pt. 23
Pt. 24
Pt. 25
Pt. 26
Pt. 27
Pt. 28
Pt. 29
Pt. 30
Pt. 31
Pt. 32
Pt. 33
Pt. 34
Pt. 35
Pt. 36
Pt. 37
Pt. 38
Pt. 39
Pt. 40
Pt. 41
Pt. 42
Pt. 43
Pt. 44
Pt. 45
Pt. 46
Pt. 47
Pt. 48
Pt. 49
Pt. 50
Pt. 51
Pt. 52
Pt. 53
Pt. 54
Pt. 55
Pt. 56
Pt. 57
Pt. 58
Pt. 59
Pt. 60
Pt. 61
Pt. 62
Pt. 63
Pt. 64
Pt. 65
Pt. 66
Pt. 67
Pt. 68
Pt. 69
Pt. 70
Pt. 71
Pt. 72
Pt. 73
Pt. 74
Pt. 75
Pt. 76
Pt. 77
Pt. 78
Pt. 79
Pt. 80
Pt. 81
Pt. 82
Pt. 83
Pt. 84
Pt. 85
Pt. 86
Pt. 87
Pt. 88
Pt. 89
Pt. 90
Pt. 91
Pt. 92
Pt. 93
Pt. 95
Pt. 96
#1yearwithKeluargaLeeS3

Pt. 94

392 31 69
By Ann_Darl

Hendery mendukung anaknya keluar dari katil lalu mengucup anaknya sekilas dan menatap wajahnya dengan lama.

"Anak appa ni comel sangat, mama tengah tidur tau, Isaac jangan menangis. Nanti mama terbangun " Ujar Hendery lalu cium dahinya dan letak semula di katil.

Kemudian Hendery pergi ke isterinya lalu cium dahinya dengan lama lalu berhenti.

"Saya pergi keluar sekejap tau" Ujar Hendery pada isteri yang sedang tidur selepas kepenatan.

Hendery keluar daripada bilik dan bertentangan mata dengan Ji Ran dan Xiaojun serta ahli keluarga yang lain.

"Ummi dah hubungi daddy, pandai-pandai lah kamu nak jawab dengan dia dan ahli keluarga yang lain" Ujar Ji Ran sambil memegang tangan Hendery.

"Hendery tahu semua terkejut dan marah sebab Hendery kahwin senyap-senyap tak bagi tahu sesiapa" Balas Hendery dengan nada rendah.

Ji Ran menampar wajah Hendery sehingga ahli keluarga yang lain terkejut besar.

"Ummi, kenapa ummi tampar hyung? " Yangyang menarik Ji Ran supaya jauh daripada Hendery, takut ada pergaduhan besar bakal berlaku.

"Memanglah ummi marah, kamu tu anak sulung ummi faham tak? Ummi pun nak tengok kamu bergelar suami depan mata macam anak-anak tiri ummi yang lain tahu tak? Tahu tak dah berapa lama ummi tunggu untuk tengok kamu kahwin? Tapi ummi tak paksa kan walaupun ummi sedih? Lepas tu pula tahu-tahu kamu dah kahwin, isteri dah sarat mengandung" Ji Ran memukul dada Hendery berkali-kali.

Hendery hanya biarkan Ji Ran memukulnya kerana dia tahu apa kesalahannya.

"Hendery minta maaf sebab buat ummi dan yang lain kecewa atas perbuatan Hendery. Niat Hendery baik sebab nak selamatkan isteri Hendery daripada dikejar ahlong" Hendery melutut dan memegang tangan Ji Ran dengan menangis tersedu-sedu.

"Ummi tak peduli dari mana asal-usul isteri kamu tapi kenapa kamu rahsiakan perkahwinan kamu berbulan-bulan lamanya?!  Ummi taknak marah kamu depan isteri kamu tapi sekarang biar ummi marah kamu sepuas hati ummi nak!!! " Ji Ran menampar wajah Hendery sekali lagi dengan kuat.

"Ummi jangan biarkan kemarahan tu menguasai ummi. Ummi ada tekanan darah tinggi kan? Ummi masih ingat kan? Maafkan jelah Hendery, dia dah nikah tapi dia masih belum bersanding. Nanti ummi boleh tengok Hendery bersanding dengan Lucas sekali " Pujuk Xiaojun.

Kun dan Lucas yang berada disisi mereka hanya senyap kerana mereka takut mahu masuk campur. Kerana takut makin bertambah buruk jika mereka masuk campur.

"Jom balik, nanti ummi terkena strok pula kalau asyik marah kat hyung" Ujar Yangyang lalu bawa Ji Ran pergi.

"Nanti lama-lama ummi boleh terima lah tu, cuma sekarang tengah kecewa sebab kau sorokkan perkahwinan kau. Kitaorang balik dulu, jaga Aminah dengan Isaac baik-baik. Suap Aminah makan, tukar lampin Isaac kalau dah penuh" Xiaojun menepuk bahu Hendery lalu memberikan nasihat kepada Hendery sebelum pulang.

Kun dan Lucas pula datang kepada Hendery dan berbual-bual sedikit sebelum pulang.

"Kun hyung taktahu nak cakap apa, tapi hyung nak ucapkan tahniah atas kelahiran anak kau. Cuma hyung nak pesan, jaga perkahwinan kau ni elok-elok ya" Ujar Kun sambil menepuk bahu Hendery.

"Baiklah hyung, Hendery ingat pesanan hyung sampai bila-bila. Majlis perkahwinan hyung dengan Chenle dah nak siap kan? Semoga semuanya berjalan dengan lancar, jangan lupa cakap dengan Chenle sekali ya?" Kata Hendery dengan senyum lebar.

"Ha'ah, seminggu je lagi kitaorang nak kahwin. Nanti hyung bagitahu Chenle pasal tu" Ujar Kun.

"Solat jangan lupa, jangan lupa juga mendoakan untuk semua orang. Berdoa supaya semuanya selesai dengan cepat" Ujar Lucas pula.

"Insya-Allah , aku akan ingat pesanan kau dan aku harap masjid yang bakal kau dirikan dengan Jaewon akan berkekalan sampai ke anak cucu dan hingga ke jannah . Jangan gemuruh sangat, nanti tak boleh sebut nama Jaewon betul-betul masa akad nikah" Ujar Hendery kepada Lucas.

"Insya-Allah, aku dah bersedia daripada segi mental dan fizikal. Aku balik dulu ya, Assalamualaikum " Ucap Lucas lalu beredar.

"Waalaikumsalam" Balas Hendery dan melambai ke arah mereka berdua, kerana yang lain sudah turun ke bawah.

"Lucas! "

Lucas menoleh dan memandang Hendery yang memanggil namanya.

"Aku nak buat majlis cukur jambul Isaac bila hari ketujuh dia, tapi aku tak tahu nak buat apa dan nak siapkan apa " Soal Hendery.

"Nanti aku tanya kat Doyoung hyung pasal tu. Aku balik dulu, bye bye!" Lucas melambai-lambai pada Hendery dan Hendery balas semula lambaian tersebut.

Selepas mereka berdua hilang daripada pandangan mata, Hendery memulas tombol pintu untuk masuk ke dalam bilik tetapi matanya menangkap beberapa figura manusia yang semakin hampir dengannya.

"Lee Hendery! " Panggil seseorang. Hendery sudah agak yang ahli keluarga yang lain akan datang selepas Ji Ran beritahu yang dia kahwin senyap-senyap.

"Daddy tahulah daddy dah tua, tapi janganlah buat daddy hampir mati, dada daddy sakit lepas tahu kamu berkahwin senyap-senyap dan isteri kamu dah bersalin " Jerit Sooman yang datang bersama Taeil dan Taeyong, Sooman datang padanya dan terus tampar wajahnya.

"Dda-daddy" Hendery memegang wajahnya yang baru ditampar beberapa saat tadi.

"Sedap kan? Biar daddy tambah lagi " Sooman cuba menampar Hendery lagi tetapi Taeil segera halang dan Taeyong melindungi Hendery.

"Ini kan hospital, ramai orang tengok. Kita selesaikan kat rumah jelah daddy. Tak molek orang tengok kita timbulkan kekacauan kat sini" Ujar Taeil lalu mengusap belakang badan Sooman.

"Kan Taeyong dah kata jangan marah-marah bila sampai sini. Nanti daddy pengsan, siapa yang susah? Kesian lah Hendery ni, rambut dia baru je kena tarik dengan isteri dia masa bersalin, lepastu kena tampar dengan ummi, lepastu kena tampar dengan daddy lagi. 3 kali dia kena tanggung kesakitan " Kata Taeyong kepada Sooman yang tidak dapat mengawal kemarahan.

"Hyung, macam mana hyung boleh tahu yang ummi tampar dan isteri Hendery isteri tarik rambut masa bersalin? " Soal Hendery yang terkejut dengan kata-kata Taeyong.

"Rambut kau tu kusut sangat, macam hyung kena dulu masa Yesung bersalin. Lepastu kat pipi belah kanan ada kesan tamparan, siapa lagi kalau bukan ummi" Balas Taeyong dan mereka berjaya meredakan kemarahan Sooman.

"Hendery, daddy ada sesuatu nak tanya secara baik-baik ni. Kamu dah mengandungkan isteri kamu dulu ke sebelum kahwin sampai terlalu berahsia dengan kami?" Soal Sooman dan Hendery menggeleng kerana apa yang dikatakan tidak benar.

"Dah tu, kenapa kau terlalu berahsia sangat sampai macam ni? Mujur Xiaojun ikut kau sebab kelakuan kau kat balai lain semacam. Kalau tak kantoi, sampai kau ada dua tiga anak pun kitaorang taktahu kau dah kahwin" Kata Taeil kepada Hendery.

"Sebelum Hendery jelaskan semua yang berlaku ni, masuk lah bilik dulu. Nanti orang luar terdengar masalah keluarga kita" Ujar Hendery dan mereka mengganguk setuju.

"Tetapi isteri kau tak terganggu ke? " Soal Taeyong.

"Dia tengah tidur sebab kepenatan, lagipun korang mesti nak tengok anak Hendery kan? " Kata Hendery sambil membuka pintu bilik.

Mereka berpandangan sesama sendiri dan ikut melangkah masuk ke dalam bilik. Mereka pandang Aminah yang sedang tidur dan pergi ke katil anak Hendery.

Hendery keluarkan Isaac dengan berhati-hati daripada katil supaya tidak terbangun dari tidur dan berikan kepada Sooman.

Sooman tersenyum lebar dan hatinya berbunga-bunga melihat cucunya yang baru lahir tidak sampai sehari.

Kemudian Taeil dan Taeyong pimpin Sooman duduk di kerusi kerana kaki Sooman sudah bergetar-getar akibat berdiri terlalu lama.

"Cucu aku~ " Sooman senyum lebar dan cium pipi serta dahi cucu lelakinya.

"Comelnya dia, muka sama dengan apa dia" Ujar Taeyong dan cium anak saudaranya dan tersenyum lihat pipi tembamnya.

Taeil juga cium pipi dan dahi sekilas kerana tidak tahan melihat kecomelannya walaupun sedang tidur.

"Namanya siapa? " Soal Sooman sambil mengusap ubun-ubun cucunya.

"Isaac Lee Han, Hendery sendiri yang pilih sebab Aminah taktahu nak beri nama yang sesuai untuk dia" Balas Hendery dan duduk di kerusi yang masih ada.

"Nama isteri kamu Aminah?, dia islam? " Soal Sooman kerana Ji Ran tidak memberitahu tentang nama menantu mereka.

"Ha'ah, Hendery mualaf juga macam Doyoung hyung dengan Lucas" Balas Hendery dengan senyuman tawar kerana Sooman memandangnya dengan pandangan tajam.

"Sebenarnya daddy dah tak marah lagi selepas tengok muka cucu daddy. Kamu jangan salah faham dengan pandangan  daddy tadi, muka daddy memang garang sejak dulu" Balas Sooman sambil bermain dengan rambut Isaac yang lebat.

Hendery menarik nafas lega kerana akhirnya ramai yang memilih selesai secara baik.

"Tadi Hendery kata nak bagitahu kenapa Henset kahwin senyap-senyap dengan isteri " Kata Taeil mengingatkan.

Hendery mengambil kerusi dan duduk berhadapan mereka berempat (1+ Isaac)

"Aminah ni daripada keluarga bermasalah dan ibubapa dia dah meninggal dunia sebab kesalahan mengedar dadah dan kemudian dia hidup dengan nenek dan atok dia. Nenek dan atok dia dah lama meninggal dunia tapi dia baru tahu yang mereka berdua berhutang sebab ada konco-konco Ahlong datang masa pengebumian dan bagi amaran.

Aminah merayu-rayu supaya beri masa dan diorang  setuju lalu bagi masa tiga bulan untuk bayar. Aminah kerja macam gila semata-mata untuk bayar semula tapi dia cuma berjaya kumpul RM2000 je, terlalu sikit daripada jumlah yang dia nak kena bayar.

Masa Hendery kenal dia pun, tinggal 3 minggu je sebelum tarikh akhir. Hendery tawarkan diri nak tolong dia lari, tapi dia tolak sebab kami bukan mahram dan tak boleh berkedudukan. Hendery tak fikir apa, Hendery ajak dia kahwin dan masa tu dia pun terdesak nak larikan diri daripada Ahlong, konco-konco Ahlong bagitahu kalau Aminah tak boleh bayar, diorang akan jual dan jadikan dia pelacur. Dia tak mahu berakhir begitu"

Hendery bercerita panjang lebar tanpa sedar airmatanya turut mengalir deras semasa bercerita. Sooman turut menitiskan airmata kerana simpati dengan apa yang berlaku.

"Macam mana korang berdua berkenalan? " Soal Taeyong setelah Hendery berhenti bercerita untuk ambil udara seketika.

"Dia buat laporan polis dengan harapan polis boleh tolong tetapi polis tak boleh buat apa-apa. Banyak kali dia datang sebenarnya dan masa Hendery buat laporan dia, sebenarnya itu 15 kali dia buat laporan, belum kira kat balai lain"  Balas Hendery sambil mengesat airmata yang tidak berhenti mengalir.

"Berapa banyak arwah atok dan nenek dia berhutang? " Soal Taeil kepada Hendery, Hendery menunduk malu dan ambil masa untuk balas semula.

"RM50,000. Masing-masing berhutang RM25,000" Balas Hendery dan mereka terkejut dengan jumlah tersebut.

"Hendery sekali lagi nak minta maaf sebab buat keputusan terburu-buru tetapi kalau Hendery tak buat macam ni, nanti diorang apa-apakan Aminah. Hendery tak sanggup biarkan dia kesusahan seorang diri. Hendery cuma boleh tolong dia bersembunyi je tapi Hendery tak mampu untuk bayar hutang tersebut. Hendery kalau boleh tak mahu korang terlibat dengan hal ni "

Ujar Hendery lagi dan menutup muka dengan tangan kerana tidak mahu mereka lihat mukanya ketika menangis.

Taeyong dan Taeil bangun daripada kerusi lalu memeluk Hendery serta menenangkan mereka.

Sooman memandang Isaac yang sedang tidur lena dan memandang Hendery yang sedang menangis.

"Biar daddy bayarkan hutang tu semua, kesian kamu berdua dan anak kamu jika dihantui oleh konco-konco tu semua. Kamu takkan selamat sekali hutang tu tak dibayar" Ujar Sooman.

"Daddy tak rasa daddy menyusahkan diri sendiri ke nak tolong kami? " Soal Hendery setelah dengar kata-kata Sooman.

"Biar daddy bantu kamu, lagipun Aminah tak bersalah langsung dalam hal ni, arwah nenek dan atok dia meninggalkan hutang pada dia. Niat kamu pun baik, kamu nak tolong dia daripada diapa-apakan oleh konco-konco Ahlong tersebut" Balas Sooman dan memandang Isaac yang terbangun.

Isaac bergerak-gerak tidak selesa didalam kain bedung lalu membuka matanya, Isaac mengerutkan dahinya kerana tidak pernah suara mereka selain suara ayah dan ibunya semasa dalam perut.

"Hendery, anak kamu dah bangun, Han bangun" Ujar Taeyong lalu Sooman berikan kepada Taeyong untuk dukung.

Hendery senyum lalu biarkan mereka bermain dengan anaknya kerana mereka juga selalu sibuk dengan hal masing-masing. Bila masa lagi mereka boleh melawat lama-lama.

Sebenarnya sudah pukul 4 pagi tetapi mereka dapat melawat kerana Pengarah Hospital adalah kenalan Sooman.

"Chagi.. " Aminah membuka matanya dan mencari keberadaan suaminya. Hendery mengesat sisa airmata terlebih dahulu lalu pergi ke Aminah.

"Sayang dah bangun " Hendery mengusap-usap rambutnya lalu kucup dahinya sekilas. Hendery duduk di kerusi dan genggam erat tangan Aminah.

"Saya haus sangat-sangat " Ujar Aminah tanpa sedar abang ipar dan ayah mertuanya turut ada.

Hendery bangun lalu ambilkan air kemudian berikan kepada isterinya. Aminah habiskan dalam masa sekejap dan matanya tertumpu pada beberapa figura yang sedang duduk.

"Chagi, itu kan daddy dengan abang-abang awak daripada mak berlainan?" Soal Aminah kerana Hendery pernah tunjukkan gambar mereka kepada Aminah.

Hendery mengganguk kerana apa yang dikatakannya adalah betul. Hendery menunjuk pada Taeil dan Taeyong dan kenalkan mereka.

"Yang duduk belah kanan tu, nama dia Taeil, dia anak pertama daddy saya. Yang duduk belah kiri tu pula Taeyong, anak ketiga daddy saya" Ujar Hendery dan letakkan cawan di meja semula.

Aminah bangun dan turun daripada katil dengan berhati-hati dan duduk melutut hadapan Sooman.

Aminah memegang tangan bapa mertuanya lalu cium tangan Sooman sehingga Sooman terkejut.

"Mungkin daddy tak berapa kenal saya lagi sebagai menantu daddy. Saya Aminah dan saya nak minta maaf sebab menyebabkan Hendery diherdik dan dipukul bila perkahwinan kami terbongkar. Saya lah penyebab hubungan kamu semua renggang" Ujar Aminah dengan airmata mengalir.

Sooman menyuruh Aminah duduk di katil kerana perempuan baru bersalin tidak boleh duduk bersila kerana harus jaga luka supaya tidak terbuka.

"Hendery dah ceritakan semuanya pada kami tentang apa yang berlaku dan kami menyesal atas perbuatan kami sebab tak siasat lebih dahulu" Ujar Sooman kepada menantunya.

"Tapi, saya menyusahkan ramai pihak sebab masalah saya" Balas Aminah.

"Sayang, selepas ni kita akan hidup dengan selamat tanpa kerisauan lagi" Ujar Hendery, Aminah memandang Hendery dengan pandangan tidak percaya.

"Mma-macam mana? Awak ada jalan penyelesaian ke? " Soal Aminah.

"Daddy akan bayar semua hutang tu, daddy takkan biarkan anak menantu daddy hidup dalam ketakutan. Aminah, bukan salah kamu dalam hal ni tapi atok dan nenek kamu berhutang sehingga menyusahkan kamu" Balas Sooman.

"Daddy, macam mana saya nak balas budi baik daddy? Saya perlu bayar balik hutang tersebut atau bekerja tanpa gaji untuk daddy ? " Soal Aminah, Sooman menggeleng.

"Tak payah risau, daddy tak mengharapkan balasan. Nanti beri butiran pasal Ahlong tu dan daddy akan suruh pembantu daddy untuk cari orang tu " Ujar Sooman.

Taeil melihat jam di tangan dan bangun, Taeyong juga bangun daripada kerusi dan berikan Isaac kepada Hendery.

"Kami balik dulu, dah pukul 5 pagi ni, nanti ada apa-apa. Bagitahu daddy je" Ujar Sooman dan keluar bilik tersebut.

Hendery dan Aminah melambai-lambai pada mereka bertiga dan duduk di kerusi semula. Hendery berikan Isaac kepada Aminah untuk disusukan.

Ketika Isaac menyusu, Aminah menepuk-nepuk pehanya supaya tidur semula.

"Chagi, keluarga awak sangatlah baik dan mempunyai hati yang tulus. Beruntung awak lahir dalam keluarga yang penyayang, tak macam saya. Asyik ada masalah je" Ujar Aminah kepada suaminya.

Hendery memegang wajah Aminah lalu memeluk isterinya dengan erat serta menghadiahkan ciuman di kedua belah pipi Aminah.

"Kita akan lalui semua kesusahan dan kesenangan bersama ya? Takmo lah sedih-sedih lagi, Isteri Lee Hendery kan comel " Ujar Hendery dan berjaya buat Aminah tersenyum.

"Apa kata saya masakkan sesuatu hidangan untuk mereka sebagai tanda berterima kasih sebab dah membantu kita? " Soal Aminah.

"Boleh je tapi awak nak masak apa?" Soal Hendery semula tanpa melepaskan pelukan.

"Nasi lemak jelah, sebab itu yang paling mudah nak buat dalam masa sekejap " Balas Aminah.

"Tapi keluarga saya ramai tau, larat ke nak masak tu semua? " Tanya Hendery lagi.

"Insya-Allah , awak pun kena bantu saya memasak. Tak pandai masak pun takpe, tolong potong-potong bahan pun dah okay" Ujar Aminah lagi.

"Boleh, takde masalah" Kata Hendery dan cium pipi isterinya berkali-kali.

++++

Jaemin keluar daripada bilik dan pergi ke bilik Minyoo untuk meminta sesuatu daripada ibunya.

Orang Melayu panggil bodek.

"Mommy, Jaeminie datang" Jaemin membuka pintu dan nampak Minyoo sedang sapu minyak urut pada kaki.

"Mommy sakit kaki lah, kesian mommy" Bisik hati Jaemin dan dia merasa kasihan melihat ibunya.

"Jaeminie, tolong mommy boleh tak? " Tanya Minyoo kepada anak bongsunya, Jaemin mengganguk kepala dan duduk di tepi katil.

Jaeminie ambil minyak urut tersebut lalu mengurut kaki Minyoo dengan perlahan-lahan. Minyoo terkejut kerana Jaemin terus lakukannya kerana dia belum habis cakap.

"Jaeminie, mommy belum habis cakap sebenarnya ni, mommy nak kamu pergi ke farmasi untuk ambilkan ubat darah tinggi dan kencing manis mommy. Mommy tak suruh kamu urut kaki mommy" Ujar Minyoo kepada Jaemin.

"Jaemininie datang nak minta duit sebab nak pergi kedai. Tapi tengok mommy sakit kaki dan tak larat.
Jaeminie kesian tengok mommy dan Jaeminie insaf " Balas Jaemin tanpa berhenti mengurut kaki Minyoo.

"Anak mommy ni dah besar lah. Mommy terharu tengok kamu " Ujar Minyoo sambil mengusap rambut Jaemin.

"Memanglah Jaeminie dah besar, kalau tak besar nanti pembesaran terbantut. Nanti Jaemin kecil je macam budak baby" Balas Jaemin selamba.

"Pergi basuh tangan, nanti ambil RM100 kat dalam dompet, lepastu pergi farmasi ya? Ni preskripsi ubat yang doktor bagi, nanti bagi kat ahli farmasi. Duit selebihnya, Jaeminie beli lah jajan-jajan yang Jaeminie nak" Ujar Minyoo kepada Jaemin.

Jaemin segera bangun lalu basuh tangan dan segera kembali ke Minyoo.

Minyoo berikan RM100 kepada Jaemin, Jaemin mengambilnya lalu masukkan ke dalam poket seluar. Kematian cium pipi Minyoo berkali-kali.

"Jaeminie sayang mommy " Ujar Jaemin lalu cium Minyoo sekali lagi.

"Mommy pun sayang Jaeminie juga, pergi kedai elok-elok tau. Jangan ikut orang asing" Pesan Minyoo padahal Jaemin sudah besar panjang.

Jaemin mengangguk kemudian keluar daripada bilik Minyoo dan melangkah ke pintu rumah.

Jaemin ternampak kad jemputan kahwin yang akan diedarkan kepada tetamu tidak lama lagi, Jaemin pergi ke meja tersebut dan ambil satu kad jemputan kahwin.

"Jaeminie! " Panggil seseorang di belakang, Jaemin menoleh ke belakang dan tersebut.

"Kenapa Hansolie panggil Jaeminie?" Soal Jaemin kemudian duduk untuk memakai kasut.

"Jaeminie nak keluar kan? Hansolie pun nak ikut sekali" Balas Hansol sambil ambil satu kad jemputan senyap-senyap lalu masukkan dalam hoodie.

"Boleh temankan Jaeminie sekali, Hansolie nak pergi mana? Jaeminie nak pergi farmasi ambilkan ubat mommy lepas pergi kedai" Tanya Jaemin yang sudah selesai pakai kasut.

"Samalah, Hansolie nak kena ambilkan ubat mama dengan daddy kat farmasi. Lepastu nak pergi kedai haiwan, nak cari hamster takpun guinea pig " Balas Hansol lalu pakai kasut.

"Daddy dengan mama dah bagi izin kan? Kalau macam tu, jom pergi sekarang. Takut farmasi tutup " Ujar Jaemin lalu menarik tangan abang tirinya.

Mereka berjalan bersama-sama sambil berpegangan tangan. Mereka hiraukan pandangan pelik orang yang melihat mereka berdua.

"Jaeminie, Jaeminie sukakan seseorang tak? Hansolie suka tapi tak tahu lah kalau dia pun nak dengan Hansolie" Ujar Hansol dengan suara perlahan.

"Jaeminie pun ada orang yang Jaeminie suka tapi kita taktahu sama ada dia sukakan Jaeminie atau tidak, kita kan penggangur berjaya" Balas Jaemin.

"Takpe, kita luahkan perasaan kat diorang dulu. Kalau diorang tak suka kita balik, anggap lah bukan jodoh kita dan mereka" Ujar Hansol dan tidak sedar mereka sudah sampai di farmasi.

"Kita dah sampai farmasi, jom kita masuk " Ujar Jaemin dan melepaskan tangan Hansol.

Mereka masuk dan pergi ke kaunter untuk beli ubat-ubatan yang dipesan.

"Cik, kami nak ambil ubat, ini preskripsi ubatnya" Ujar Jaemin, mereka berdua hulurkan kertas kepada ahli farmasi yang bertugas.

"3 Ubat darah tinggi, 3 kencing manis, 1 asma, sekejap ya" Ujarnya dan pergi ambil stok baru.

"Hansolie, siapa yang asma? " Soal Jaemin kerana hairan.

"Itu untuk mama, mama memang ada asma tapi tak teruk selagi ambil ubat dengan terkawal" Balas Hansol dan ubat-ubatan yang mereka mahu telah sampai.

"Semuanya RM150" Ujarnya dan mereka gabungkan duit bersama.

Mereka keluar daripada farmasi dan pergi ke kedai haiwan pula, tidak lama. Hanya 5 minit daripada farmasi.

"Kalau nak beli haiwan peliharaan tu nanti-nanti jelah, cuma nak tengok haiwan dulu. Sebab duit Hansolie dah habis " Kata Hansol kepada Jaemin.

"Okaylah, Jaeminie tunggu kat luar, ubat-ubatan tu biar Jaeminie jaga" Ujar Jaemin dan duduk di kerusi yang disediakan.

Hansol masuk dan mencari sesuatu, bukan haiwan tetapi seseorang. Hamster dan guinea pig hanyalah sebuah alasan.

Mata Hansol tertumpu pada sebuah figura di sebelah kiri. Hansol menepuk bahunya kemudian dia menoleh.

"Awak? " Soalnya pelik, dia berhenti lalukan kerja kerana Hansol.

"Awak ingat saya lagi kan? Kita yang tertukar telefon dulu" Ujar Hansol, gadis tersebut mengganguk.

"Mestilah ingat, kenapa awak cari saya kat kini? " Soal gadis tersebut, atau namanya Jinna.

Hansol keluarkan kad jemputan dalam baju dan berikan kepada Jinna. Jinna mengambilnya dengan ragu-ragu kemudian baca apa yang tertulis.

Jinna tersenyum lalu simpan kad jemputan kahwin tersebut didalam poket baju.

"Terima kasih jemput saya, tapi tengoklah dulu kalau saya ada masa ke tidak" Ujarnya.

"Saya jemput sebab 3 abang saya kahwin sekaligus. Saya berharap sangat yang awak akan datang majlis tersebut" Ujar Hansol dengan tersenyum tawar kerana bimbang.

"Okaylah kalau awak nak saya datang, saya sambung kerja dulu ya" Balas Jinna, tiba-tiba tangannya dipegang oleh Hansol.

"Ssa-saya, dah lama sukakan awak, Shin Jinna.."

Jinna menggeleng kepala kerana tidak percaya dan mengundur ke belakang. Hansol masih memegang tangannya erat.

"Kenapa awak sukakan saya? Banyak lagi perempuan kat luar sana yang jauh lebih cantik daripada saya, kenapa mesti saya yang awak pilih?" Jinna melepaskan tangan Hansol daripada dipegang.

" Saya tak pandang rupa paras awak, saya pandang hati awak yang tulus. Saya betul-betul cintakan awak dan saya ikhlas nak jadikan awak sebagai isteri saya, saya tahu saya bukanlah kaya tapi saya mampu bahagiakan awak" Ujar Hansol dengan lantang.

Jinna terkesima mendengarnya lalu menitiskan airmata kerana terharu dengan apa yang Hansol katakan.

"Tiada siapa pernah melamar atau katakan pada saya bahawa mereka sukakan saya. Tapi awaklah orang pertama yang berani luahkan isi hati awak pada saya. Sememangnya, awak lah yang sesuai untuk jadi bakal suami saya dan ayah kepada anak-anak kita nanti " Balas Jinna lagi.

Hansol tersenyum lalu memeluk Jinna, Jinna membalasnya dengan lebih erat.

Manakala Jaemin yang menunggu di luar sudah naik angin kerana Hansol melihat hamster dengan sangat lain.

"Korok (kepala) bapa dia lah, lambat aku tunggu dia. Dia tengok harga hamster ke tengok hamster tengah disenyawakan? Baik aku luahkan isi hati aku kat pujaan hati aku" Jaemin ambil barang-barang tersebut dan pergi ke kedai serbaneka yang ambil masa 5 minit.

Jaemin masuk dan tersenyum melihat pujaan hatinya sedang jaga kedai seorang diri, tanpa ada pekerja lain.
Senanglah Jaemin nak buat kerja jahat.

"Hai awak! " Jaemin pergi ke kaunter dan menyapanya. Dia tersengguk-sengguk kerana mengantuk kemudian terbangun kerana suara angelic Jaemin.

"Hai Jaemin, awak nak beli barang ke?" Soal Yoonha, gadis idaman Jaemin lalu tutup mulut kerana menguap.

"Takdelah, saya nak bagi kad jemputan, minggu depan 3 abang saya berkahwin" Ujar Jaemin lalu serahkan kepada Yoonha.

"Wah, abang-abang awak kahwin, awak pula bila kahwin? " Soal Yoonha lalu simpan kad kahwin tersebut di laci bawah meja.

"Saya memang nak kahwin pun tak lama lagi, pengantin perempuan ada je kat depan saya ni" Balas Jaemin sambil mengenyitkan mata kepada Yoonha.

Muka Yoonha berubah kepada kemerahan selepas mendengar ayat mengurat Jaemin. Yoonha cuba bertahan daripada senyum depan Jaemin.

"Oh, okay. Saya pun nak kahwin juga tak lama lagi, pengantin lelaki baru je sampai ni" Balas Yoonha dan Jaemin menutup muka kerana geli hati.

"Saya dah lama sukakan awak sejak awak kerja kat sini. Awak pun suka saya juga ke? " Soal Jaemin dengan serius. Yoonha mengganguk perlahan dan sembunyikan wajah yang kemerahan disebalik baju.

"Sebab saya taknak bertepuk sebelah tangan, saya hiraukan je apa yang awak buat selama ni, mengurat semua tu tapi saya nampak awak berusaha untuk ambil hati saya. So, apa salahnya saya buka hati untuk orang lain?" Balas  Yoonha.

"YESS AKU BERJAYA! DADDY! JAEMINIE NAK KAHWIN!"

"Awak ni , malulah CCTV rakam perbuatan awak yang tak senonoh tu" Yoonha menepuk dahi melihat Jaemin menari Poco Sita.

"Awak, bila kita nak start couple? " Soal Jaemin dengan mata bersinar-sinar bak mutiara.

"1 minit yang lepas " Balas Yoonha sambil angkat kening, mulut Jaemin ternganga besar lalu menjerit-jerit sekuat hati seperti monyet dapat buah.

"WUHOO AHAHAHAHA AKU BERJAYA I DID IT WUHOOOOO GUE BAKALAN NIKAH WKKKKKKK!! "

"ADUHHH! " Jeritan Jaemin terhenti apabila sebuah kasut terbang pada kepalanya. Yoonha curi-curi ketawa melihat Jaemin usap kepala akibat kesakitan.

"Jaeminie, jom kita balik, dari luar Hansolie dah boleh dengar jeritan padu pondan. Jom balik, mama dah called suruh balik" Ujar Hansol lalu mengheret Jaemin keluar daripada kedai.

"Eh wait, Jaeminie tak bagi nombor telefon kat bakal isteri aura19 Jaeminie! " Jaemin selepaskan diri dari Hansol lalu kembali ke Yoonha.

"Ini nombor saya, bye bye cayunk saya AH-ADUHHH " Telinga Jaemin dipiat oleh Hansol, kemudian mereka keluar daripada kedai.

Akhirnya Yoonha ketawa terbahak-bahak kerana tidak tahan melihat Jaemin kena marah dari tadi.

++++

Selepas seminggu berlalu, akhirnya hari yang ditunggu telah tiba, iaitu hari dimana tiga ekor (orang) anak bujang Sooman iaitu Kun, Lucas dan Chenle akan tamatkan zaman bujang mereka dan bakal menjadi bakal ayah di masa hadapan.

Disaat semua sibuk bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, Saera sibuk membetulkan tali leher Chenle di bilik belakang dewan.

"Chenle lepas dah kahwin nanti, jaga isteri Chenle elok-elok macam mana bapa dia jaga dia sejak kecil. Jangan buat dia sedih, kena gembirakan dia setiap masa, kita tak boleh buat dia sedih " Saera menasihatkan anaknya dan telah selesai membetulkan tali leher Chenle.

"Chenle akan jaga Yeoreum seperti mana daddy dia jaga dia sampai sihat gemuk macam sekarang. Eh, kenapa mama menangis? Ada orang potong bawang kat dalam bilik ke? "  Chenle mengesat airmata Saera dengan ibu jarinya, Saera menghentikan Chenle dan menggeleng kepala lalu tersenyum lebar.

"Mana ada mama menangis, mama cuma terharu sebab anak kesayangan mama dah besar dan nak kahwin pun. Dulu kamu kecil je, tak macam sekarang, dah besar panjang" Ujar Saera lalu mengesat sisa airmata yang ada.

"Mama jangan tipu, Chenle tak suka tengok mama tipu. Mama janganlah menangis, menangis bila Hansol dah kahwin je. Chenle tak mahu tengok mama sedih-sedih, nanti hyungdeul kata Chenle anak derhaka. Kang diorang sumpah Chenle jadi dolphin kering baru tahu" Chenle memeluk Saera dengan erat yang mungkin dan kucup pipi Saera.

"Macam mana mama tak menangis, kamu nampak kacak dengan baju pengantin ni. Yeoreum dah sampai belum? " Saera meleraikan pelukan tersebut dan membetulkan rambut Chenle yang sedikit kusut.

"Dah lama sampai, tengah berborak dengan Namjoo dan Jaewon noona" Balas Chenle, Saera hanya mengganguk dan tersenyum manis semula.

"Mama, mula-mula Kun hyung kahwin lepastu Chenle, baru akad nikah Lucas hyung kan?" Soal Chenle kerana tidak yakin dengan jadual.

"Ya, kamu pergilah depan, mama nak pergi duduk kat depan tau" Ujar Saera, tetapi ditahan oleh Chenle.

"Biar Chenle hantar mama ke depan ya? " Ujar Chenle lalu membantu Saera untuk ke depan walaupun Saera mampu berjalan tanpa bantuan sesiapa.

Di dalam dewan, mereka sudah bersiap cuma belum ada ramai tetamu kerana masih awal berdasarkan jam.

"Oppa, oppa dah nak kahwin dah hiks hiks" Jungwoo memeluk Kun dengan Lucas dengan erat seperti tidak mahu lepaskan.

"Kitaorang cuma kahwin je, tapi hubungan dengan adik takkan terputus. Adik tak boleh sedih-sedih, adik kan masih dalam pantang lagi. Nak kena bentan ke? " Lucas cuba memujuknya tetapi dalam masa yang sama, kejam.

"Kau ni kan, pujuklah cara elok-elok. Ada ke mengharapkan dia bentan. Sini dengan oppa, oppa sayang Jungwoo cup cup " Kun mencium Jungwoo berkali dan memujuknya dengan lemah lembut.

"Kun oppa jaga Namjoo baik-baik tau, dia tu kawan baik Jungwoo, KSSM Jungwoo (Kawan Sejati Sampai Mampus) " Jungwoo berikan amaran kepada Kun dan Kun berjanji takkan berani apa-apa pada Namjoo.

"Sayang, jom kita duduk, Jeonghan pun taknak berenggang dengan eomma dia" Hanbin datang sambil mendukung Jeonghan.

Kun dan Lucas ambil Jeonghan daripada Hanbin kemudian mencium-cium pipinya mengambil berkat supaya mereka dikurniakan zuriat dengan awal.

"Ya Allah, ingin aku gigit budak gemok ni! " Lucas mengetap gigi supaya bertahan daripada tidak melakukan sesuatu di luar kawalan.

"Jeonghan sekarang kat majlis kahwin Pakcik Kun, iya , Jeonghan nak sepupu baru ya? " Kun berborak dengan Jeonghan seolah-olah Jeonghan balas pula sedangkan dia masih tidur.

Junghae datang bersama Miyeon kemudian menarik kain sampin Lucas pakai berkali-kali, mujur tidak londeh.

"Kembalikan adik Junghae atau tidur kat luar rumah nanti malam " Kata Junghae dengan suara garang.

"Uyatan adik Yeonyeon! (Pulangkan adik Miyeon) " Giliran Miyeon pula yang marah pakcik-pakciknya.

"Kejap, bagi kami cium Jeonghan sekejap " Ujar Kun kemudian cium Jeonghan berkali-kali sebelum serahkan kepada Junghae.

Mereka berdua senyum lebar melihat anak-anak saudara mereka yang comel dan gebu. Mereka rasa dalam masa yang singkat, mereka akan dapat berita gembira.

Hendery dan Aminah datang setelah Aminah dan anak mereka dibenarkan keluar daripada hospital, mereka melangkah masuk ke dalam dewan dan menghampiri Lucas serta Kun yang sedang berborak sesama sendiri.

"Wau, cantiknya inai kat tangan" Puji Hendery ketika Lucas menyilang tangan di dada.

"Kalau Jaewon tak pujuk aku, manakan aku nak pakai. Seram aku bila tengok tangan aku sendiri " Balas Lucas sambil menggeleng kepala.

"Aloh, sekurang-kurangnya orang yang crush kat kau tu nanti fikir dua kali bila nampak tangan kau" Balas Hendery dengan tersengih kambing. Aminah berikan Isaac kepada Kun lalu duduk di sebelah biras yang lain.

"Comelnya Han, aku rasa nak makan budak ni pula" Kun mengesat airmata yang keluar.

"Jangan makan anak Hendery, makanan kat rumah masih mencukupi, hyung! " Ujar Hendery apabila Kun bergurau kasar.

"Aku tahu, budak ni comel sebab muka dia ikut isteri kau. Kalau ikut muka kau,  dua tiga kali juga aku fikir nak panggil dia apa" Balas Kun dengan kejam.

"Oh mai, wa yu sei laik dead? Ai kannot lah" Hendery menggeleng kepala.

"Dahlah, taknak bersedia nak kahwin ke? Karang aku berpoligami pula " Lucas menepuk bahu Kun dan meninggalkannya. Kun pulangkan semula Isaac kepada Hendery dan ikut Lucas dengan terkedek-kedek.

Chenle yang telah berada atas pentas hanya mampu menepuk dahi melihat abang-abang tiriya sempat bergaduh di bawah pentas sedangkan mereka akan kahwin.

Kun telah berada di pentas satu, manakala Lucas di pentas ketiga. Chenle di pentas kedua.

Doyoung yang telah duduk di kerusi di atas pentas hanya menggeleng kepala perlahan. Doyoung tidak tahu sama ada dia patut teruskan sebagai saksi Lucas atau berhenti.

"Sekarang siapa yang kahwin ni sebenarnya? Pening kepala aku" Doyoung membuka songkok lalu urut kepala.

"Eh, Ya Allah, aku kan saksi Lucas juga" Hendery ambil beg baju dan berlari masuk ke dalam bilik salin baju.

Doyoung menepuk dahi lagi kerana Hendery pula yang terlupa, mujur tok kadi belum datang.

"Ya Allah, patut ke aku ruqyah sekor-sekor ni. Nak pecah kepala aku rasa" Doyoung bersandar pada Lucas.

"Bawa bertendang , majlis hampir mula" Lucas mengusap-usap bahu Doyoung.

Sementara di bilik pengantin perempuan, ketiga-tiga pengantin dalam keadaan cemas dan risau.

Mintty membuka pintu dan jenguk keadaan di luar sebelum tutup semula pintu.

"Pengantin lelaki dah bersedia, tapi paderi dengan tok kadi belum sampai" Ujar Mintty melaporkan.

"Ya Allah, mampu ke Lucas sebut nama aku betul-betul ni. Aku risau benar " Jaewon yang sudah lengkap berpakaian nikah mengusap-usap dada supaya hilangkan cemas.

"Bukan Jaewon je, kami pun risau benar kat sini" Ujar Yeoreum yang masih sapu bedak supaya nampak sempurna.

"Saya takut Kun tak boleh lakukan je" Ujar Namjoo sambil gigit kuku.

"Makcik janganlah risau, makcik kan pengantin baru. Semuanya akan berjalan dengan lancar " Ujar Minhae, anak Ten dan Mintty.

"Eh, macam mana kamu ada kat sini? Pho (ayah) mana?" Mintty mendukungnya dan bawa keluar daripada bilik pengantin.

"Minnie ikut kakak Sarasorn masuk tandas, tapi kakak hilang. Minnie nampak mae (mak) kat dalam" Balasnya. Mintty mengucup dahinya kerana lega, sekurang-kurangnya Minhae tidak hilang walaupun Sarasorn cuai sebagai kakak.

Hendery duduk di sebelah Lucas setelah selesai menukar baju kepada baju melayu.

"Siot betul perangai" Ujar Lucas perlahan dan orang yang mereka tunggu telah tiba.

Setelah lama menunggu, ketiga-tiga pengantin dibawah keluar daripada bilik. Hyejin adalah pengapit kepada Yeoreum, Yeri pula pengapit Jaewon dan Riana pula adalah pengapit kepada Namjoo.

Walaupun perut mereka bertiga sudah sedikit besar, tetapi tidak menghalang mereka untuk menjalankan majlis. Adik-beradik pengantin hanya mahu menyaksikan perkahwinan saja.

Mereka dibawa ke setiap pentas yang berlainan. Mereka memulakan majlis bermula dengan Kun dan Namjoo.

"Saya menerima Kim Namjoo sebagai isteri saya, saya sesekali tidak akan pernah meninggalkan dia"

Ketika Kun menyebutkan kata-kata bahawa dia menerima Namjoo sebagai isterinya. Manda,Jungwoo dan Namjoo menitiskan airmata pada masa yang sama.

"Kawan baik aku dah kahwin " Jungwoo menangis kerana terlalu terharu, Hanbin terpaksa memujuk isterinya sementara mereka beralih ke Chenle.

Kemudian Chenle dan Yeoreum pula yang akan berkahwin. Chenle dan Yeoreum memegang tangan kemudian mendengar sedikit kata-kata daripada paderi.

"Adakah awak menerima Lee Chenle sebagai suami awak? "

"Ya" Balas Yeoreum lalu menunduk kerana malu.

"Adakah awak menerima Bae Yeoreum sebagai isteri awak? "

"Ya" Balas Chenle dengan yakin.

"Kamu berdua telah sah sebagai suami isteri ,sila sarungkan cincin dan sila cium pengantin anda "

Chenle melepaskan tangan Yeoreum lalu mengambil cincin dan sarungkan di tangan Yeoreum. Yeoreum melakukan hal sama pada Chenle.

Chenle membuka veil Yeoreum dan mendekatkan wajah pada wajah Yeoreum.

"Budak-budak tutup mata! " Ujar Sooman tapi mereka sudah tutup ketika  Chenle buka veil.

Chenle memegang tangan Yeoreum dan ciuman tersebut berakhir. Chenle dan Yeoreum senyum lebar kerana mereka telah sah jadi suami isteri.

Dan terakhir, Lucas pula, mereka mendengar tazkirah terlebih dahulu untuk beberapa minit.

Mata Yangyang terpandang pada salah seorang tetamu ketika semua orang khusyuk mendengarkan takzirah.

"Cantiknya ciptaan tuhan" Yangyang menggeleng kepala perlahan-lahan kerana takjub.

"Yangyang nak kenal dia ke?" Tanya Aminah kepada Yangyang.

"Noona kenal ke?" Soal Yangyang dengan berdebar-debar.

"Dia tu kawan kepada Jaewon, tadi kami ada berborak sebelum majlis bermula. Jaewon kata kawan dia doktor verterinar" Balas Aminah.

Yangyang tersenyum-senyum melihat mukanya sehingga tidak sedar yang akad nikah akan dimulakan.

Mereka mulakan dengan percubaan dahulu, memandangkan Lucas dapat menyebut namanya dengan betul. Mereka tidak perlu risau.

Lucas dan Tok kadi berjabat tangan dan menarik nafas terlebih dahulu sebelum memulakannya.

"Muhammad Lufti Lee Wookhee bin Abdullah, Aku nikahkan kau dengan Mayuni Kim Jaewon binti Malik dengan mas kahwin RM2,5119.99sen tunai" Ujar Tok kadi sambil menggoncangkan tangan Lucas.

Doyoung dan Hendery rapatkan mikrofon supaya semua dapat dengar suara Lucas dan semua ahli keluarga mereka mula merakam video.

"Aku terima nikah Mayuni Kim Jaewon binti Malik dengan mas kahwin RMRM2,5119.99sen tunai"

"Sah semua? " Tanya tok kadi kepada saksi.

"Sah" Doyoung dan Hendery mengganguk.

"Alhamdulillah " Mereka menadah tangan dan mula berdoa. Jaewon menitiskan airmata ketika berdoa kerana dia telah jadi isteri kepada seseorang yang dicintainya.

Selepas selesai majlis, mereka bergambar-gambar dan makan apa yang disediakan.

Taeil ambilkan makanan untuk Junghee kerana dia tidak larat berjalan sebab kehamilannya.

"Sayang~" Taeil letakkan pinggan berisi makanan depan Junghee tetapi Junghee sibuk mengusap-usap perutnya dengan perlahan.

"Kenapa ?" Soal Taeil kerana hairan.

"Tadi kamu bergerak " Junghee mengusap-usap perutnya lagi dengan harapan anak mereka akan bergerak.

Kerana Taeil hairan dengan kelakuan isterinya, Taeil memegang perut isterinya dan terkejut kerana dapat rasakan satu tendangan didalam perut Junghee.

"Aa-anak appa dah pandai menendang? " Tanpa sedar, Taeil menitiskan airmata  kerana terharu lalu kucup perut Junghee tanpa melepaskan tangan di perut Junghee.

Dung!

Taeil merasakan satu lagi tendangan didalam perut Junghee. Taehan dan Hansung duduk di meja makan dan melihat ibubapa mereka dengan pelik.

"Kenapa appa menangis? " Soal Taehan kerana Taeil asyik menempel pada perut Junghee.

"Adik kamu menendang buat kali pertama " Ujar Junghee kerana Taeil terlalu gembira dengan tendangan tersebut.

Taeil beralih dan berikan peluang kepada anak-anaknya untuk merasai tendangan adik bayi mereka.

Mereka meletakkan tangan pada perut Junghee dan menunggu untuk adik mereka menendang.

Dung! Dung! 

Mata mereka membulat kerana adik mereka tendang sebanyak dua kali.

"Eomma, appa, adik tendang lah" Ujar Hansung yang takjub. Taeil memandang Doyoung yang berada di meja sebelah, juga tersenyum kerana kandungan Yeri menendang buat kali pertama.

Bukan mereka saja, kandungan Hyejin, Yesung dan juga Riana menendang pada hari dan waktu yang sama.

+++++

Setelah majlis tersebut telah selesai, mereka pulang membawa ahli keluarga yang baru.

Yeoreum ikut Chenle di rumah pertama. Jaewon dan Namjoo ikut Lucas dan Kun di rumah kedua.

Selepas sampai di rumah, mereka membawa barang-barang keperluan masuk ke dalam mereka terkejut melihat bilik mereka sangat cantik.

"Abang, cantiknya bilik abang" Ujar Namjoo kerana tidak pernah masuk bilik lain selain bilik Jungwoo.

"Abang tukar cadar katil ni semua demi sayang. Nanti awak tak selesa pula duduk dalam bilik yang kejantanan sangat " Ujar Kun lalu masukkan baju Namjoo dalam almari.

"Mesti awak habis banyak duit sebab saya " Kata Namjoo dengan suara rendah.

"Takdelah, sikit je, lagipun saya tak mahu awak rasa tak selesa. Sayang pergilah mandi, abang nak kemaskan baju sayang " Ujar Kun sambil menyusun baju dalam almari. Namjoo turun dari katil dan ambil pijama tidur serta pakaian dalam sebelum masuk bilik air.

Selepas Namjoo selesai mandi, Kun pula yang mandi untuk bersihkan badan. Tetapi tiba-tiba Namjoo seperti lain macam.

Namjoo cuba berpura-pura seperti biasa tetapi dia tetap ketakutan. Kun keluar daripada bilik air lalu memeluk Namjoo.

"Hiks.. hiks.. " Namjoo tiba-tiba menangis sehingga Kun terkejut.

"Kenapa sayang menangis? " Kun membelai rambut Namjoo dan cuba untuk menenangkan isterinya.

"Saya takut.. "

"Takut apa sayang? "

"Saya takut kehilangan awak" Ujar Namjoo, Kun tersenyum lalu memeluk isterinya.

"Abang kat sini, buat apa takut yang saya hilang? Takut sebab saya pergi mandi dan tinggalkan awak seorang diri? " Soal Kun, Namjoo mengganguk.

Kun memeluk isterinya dan biarkan Namjoo bertenang. Betul apa yang dikatakan oleh mak Namjoo sebelum berkahwin, Namjoo seseorang yang amat manja dan sensitif.

"Awak, saya.... saya.. saya suka baby" Namjoo bercakap dengan nada suara amat perlahan tapi Kun masih boleh dengar.

"Betul ke nak baby?" Kun senyum sinis kemudian Namjoo pukul badannya.

"Eiii, habistu saya suka babi? Mestilah saya suka baby" Ujar Namjoo.

"Jangan takut eh" Kun cuba menakutkan isterinya.

Muka Namjoo sudah kemerahan dan tiba-tiba Namjoo cium Kun supaya Kun tak banyak cakap.

Mata Kun membulat kerana terkejut, Namjoo berhenti dan pandang Kun dengan pandangan tajam.

"Jangan ganas tau"
.
.

.
.
.

.
.
.

"Ouchhh!! Slow lah! "

.
.
.
.

"Duck, gelojoh gila diorang" Jungwoo jauhkan telinga daripada dinding dan masuk ke dalam bilik sendiri.

Entah apa yang dia buat kat bilik Kun.

++++

Manakala di bilik sebelah, iaitu pasangan sama pekerjaan sama hospital iaitu Jaewon dan Lucas sibuk berbincang tentang kerja.

Orang lain sibuk bincang berbulan madu, diorang bincang pasal hospital.

"Dalam banyak-banyak pesakit sepanjang awak bekerja kat hospital. Ada tak yang meninggal dunia masa pembedahan? " Soal Jaewon sambil mengunyah kerepek kentang.

"Masa pembedahan tu tak pernah lah tapi selalunya pesakit luar yang meninggal. Masa diorang hantar pun memang dah mati. Saya tak boleh buat apa, cuma boleh sahkan kematian je" Kata Lucas dan makan kerepek kentang yang disuap oleh Jaewon.

"Habistu waris keluarga ada maki awak tak? " Soal Jaewon lagi.

"Maha dasyat juga saya kena maki sebab tak mampu selamatkan ahli keluarga mereka. Mereka kata saya makan gaji buta" Balas Lucas sambil mengenang kembali memori yang tidak dapat dilupakan.

"Eii beraninya diorang maki doktor yang tak berehat semata-mata nak selamatkan nyawa orang. Itu yang awak dapat? Orang tu sakit atau apa? " Soal Jaewon sambil merenyukkan plastik kerepek kentang.

"Lumba haram" Balas Lucas selamba.

"Salah diorang lah sebab tak halang si mati daripada join lumba haram. Geram pula saya " Jaewon makan semua kerepek yang dihancurkan tadi.

"Dahlah, si mati pun dah lama mati, kita tidur ya. Bukan selalu kita boleh tidur awal sebagai doktor dan jururawat" Ujar Lucas sambil menarik selimut paras dada.

"Awak taknak berbincang pasal berbulan madu ke? " Soal Jaewon sambil menunjukkan risalah pakej percutian.

Lucas menggeleng kepala dan mula berdengkur. Jaewon baring sebelah Lucas dan peluknya dengan erat.

++++

Chenle memandang Yeoreum seperti mahu terkam sehingga Yeoreum yang sedang baca majalah terganggu.

"Awak ni dah kenapa? Kalau lapar pergi makan kat dapur, bukan saya" Yeoreum letakkan majalah di tepi dan tarik selimut.

"Awak faham-faham lah suami isteri selalu buat apa " Chenle tersenyum sinis dan merangkak ke Yeoreum.

"Takmo,tak nak mengandung awal! " Yeoreum menggeleng-geleng kepala dengan laju.

"Aloh, saya nak main dengan awak" Chenle gigit pipi Yeoreum. Yeoreum menjerit-jerit dengan kuat tapi tiada siapa yang hirau.

"Saya janji sekali je, lepastu kita berhenti. Saya nak main PAPGI je dengan awak. Jangan salah faham " Ujar Chenle dengan mata kesian.

"Dasar miang! " Yeoreum ambil telefon dan buka aplikasi di telefon.

"ID sayang? Saya nak add" Ujar Chenle yang pegang telefon juga. Yeoreum yang tunggu game sedang loading berfikir sejenak kemudian ingat.

" CloudyHawau, awak pula?" Soal Yeoreum.

"BetterThanJisung , chicken dinner nanti kita kongsi boleh tak? Rezeki elok dikongsi bersama" Soal Chenle dan kepalanya dihempuk oleh Yeoreum.

Selepas dihempuk oleh Yeoreum, Chenle memilih untuk diam dan sambung bunuh orang demi sesuap chicken dinner.

"Awak nak tahu tak?" Kata Chenle ketika mereka bermain-main.

"Apa dia?" Yeoreum dengar tapi tidak pandang muka Chenle.

"Sebenarnya, ni bilik abang tiri saya dengan isteri kedua dia tapi isteri dia dah mati. Selepas dia mati, abang saya duduk kat bilik isteri pertama dia. Bilik ni mama yang suruh saya pindah, sebab dia tak mahu saya kepit dengan dia. Sampai sekarang saya tak berani kacau barang-barang milik mendiang" Ujar Chenle dengan fokus menembak.

Yeoreum berhenti bermain kemudian menatap wajah Chenle.

"Jom kita tengok barang peninggalan dia" Ajak Yeoreum, Chenle menggeleng kerana takut Betty akan masuk dalam mimpi kerana menggangu barangnya.

"Awak penakut lah, biar saya yang tengok. Kat mana barang mendiang?" Soal Yeoreum yang tidak sabar. Chenle menunjukkan bawah katil.

Yeoreum turun daripada katil dan duduk di bawah lantai, Yeoreum menarik kotak yang disimpan dan buka.

Yeoreum terbatuk kerana banyak habuk dan sarang labah-labah. Chenle hanya perhatikan di sebelah, melihat isterinya sedang lakukan aktiviti paranormal yang tidak bermoral.

Yeoreum menyelongkar kotak-kotak tersebut tetapi hanya banyak gambar perkahwinan. Baru Yeoreum mahu menarik nafas kecewa, tangannya terpegang sesuatu dan segera ambil.

"Sayang, nota harian lah" Ujar Yeoreum lalu meniup habuk yang ada pada buku kecil tersebut.

"Nota?" Chenle membulatkan mata kerana terkejut. Yeoreum berikan kepada Chenle untuk baca semua isinya.

Chenle mengambilnya dan membaca setiap helaian dengan serius. Semakin lama baca nota tersebut, nafas Chenle semakin tidak teratur dan wajah Chenle mula memerah.

"Sayang? " Yeoreum ketakutan kerana muka Chenle seperti mahu pengsan. Chenle letakkan nota tersebut setelah habis baca dan keluar daripada bilik.

Yeoreum mengikut daripada belakang, Chenle pergi ke bilik Johnny dan ketuk daun pintu.

Johnny membuka pintu dan terkejut melihat muka Chenle seperti sangat marah.

"Chenle, kenapa datang bilik hyung---"

"Hyung, we need to discuss" Chenle segera memotong kata-kata Johnny.

-TBC

6909 words, panjang kan? Tapi belum habis lagi. Lama lagi ni woii.

Aku sengaja bagi panjang supaya boleh berehat sikit 😂😂

Continue Reading

You'll Also Like

3.9K 164 19
Sofea Qaisara, setelah sahaja dia kembali semula ke air tanahnya, Qaisara ingin meneruskan kehidupannya seperti biasa di Malaysia. Sehingga dia berte...
34.5K 2.6K 151
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
109K 3.3K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
397K 18.6K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...