All-In

By farid5attar

2.3K 477 1.7K

My timeline story: 2007 •Kelas DSB 2017 •Ustazah Kpop (UK) 2018 •Coming Back (CB): I'll be Back •Hipsteria •H... More

Pendahuluan + CASTING
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
CASTING 2
ADVENTURE BEGINS: BAB 1
ADVENTURE BEGINS: BAB 2
ADVENTURE BEGINS: BAB 3
ADVENTURE BEGINS: BAB 4
ADVENTURE BEGINS: BAB 5
ADVENTURE BEGINS: BAB 6
ADVENTURE BEGINS: BAB 7
ADVENTURE BEGINS: BAB 8
ADVENTURE BEGINS: BAB 9
ADVENTURE BEGINS: BAB 10
ADVENTURE BEGINS: BAB 11
ADVENTURE BEGINS: BAB 12
CASTING 3
FANTASY EXPLORER: BAB 1
FANTASY EXPLORER: BAB 2
FANTASY EXPLORER: BAB 3
FANTASY EXPLORER: BAB 5
FANTASY EXPLORER: BAB 6
FANTASY EXPLORER: BAB 7
FANTASY EXPLORER: BAB 8
FANTASY EXPLORER: BAB 9
FANTASY EXPLORER: BAB 10
FANTASY EXPLORER: BAB 11
FANTASY EXPLORER: BAB 12
CASTING 4
CIVIL WAR: BAB 1
CIVIL WAR: BAB 2
CIVIL WAR: BAB 3
CIVIL WAR: BAB 4
CIVIL WAR: BAB 5
CIVIL WAR: BAB 6
CIVIL WAR: BAB 7
CIVIL WAR: BAB 8
CIVIL WAR: BAB 9
CIVIL WAR: BAB 10
CIVIL WAR: BAB 11
CIVIL WAR: BAB 12
CASTING 5
GAME OVER (A): BAB 1
GAME OVER (A): BAB 2
GAME OVER (A): BAB 3
GAME OVER (A): AFTERMATH
GAME OVER (B): BAB 1
GAME OVER (B): BAB 2
GAME OVER (B): BAB 3
GAME OVER (B): AFTERMATH

FANTASY EXPLORER: BAB 4

34 9 81
By farid5attar

Langkah diatur meredah padang rumput yang luas. Senjata masih dipegang mereka. Kivot hanya mengekori empat suri rumah itu, masih tidak tahu niat mereka.

"Korang cari apa? Cari siapa?" Kivot kehairanan.

"Arrgghh!!! Mana dia?" marah Ferradossa Anvell menggenggam parang, enggan menjawab pertanyaan.

"Aku bau kecurangan tu dari arah ni!" kata Ayano Hiruka dengan deria kuat.

"Bandar tu!" kata Minatozaki menuding jari ke arah Bio-City.

"Jom ke sana!" kata Violet Alexander bersemangat.

"Ayuh, mara ke hadapan!" arah Ayano Hiruka selaku pemimpin gerakan.

Kivot hanya mampu mengeluh.

***
Bio-City, Creepy World

Pintu rumah dibuka. Hoshiko Friday memasuki rumahnya lalu memasang lampu.

"Jemputlah masuk. Saya buat teh ya," ajak Hoshiko Friday.

Mereka yang lain memasuki rumah yang besar itu. Mereka melihat-lihat keadaan rumah futuristik itu.

"Rumah ni penuh dengan robot," kata Ferra Jasmine kagum sambil membelai robot kucing.

"Comel saja," puji Hanazono Suzuki membelai robot burung.

"Semua ni Hoshi yang jaga. Dia suka haiwan," terang Kai berdiri menghadap mereka.

Jimmy Foxe sekilas memandang Kai. "Nani?"

"Bukan kau la," celah Zafina Sierra menggulingkan matanya.

"Korang buatlah macam rumah sendiri. Saya nak keluar sekejap.

Dia mendekati pintu rumah. Tangan dihulurkan ke tombol pintu.

"FBI! OPEN UP!" jerkah satu suara dari luar.

Kai mengerutkan dahi. "Eh?"

Boom! Rumah dirempuh besar-besaran.

Ayano Hiruka menendang pintu depan rumah. Ferradossa Anvell pula merempuh pintu belakang. Violet Alexander jatuh menembusi siling rumah. Minatozaki melompat masuk menerusi tingkap dapur.

"Apakah?" Hoshiko Friday terkejut sakan.

Kai yang berada di ruang tamu segera ditahan Ayano Hiruka.

"Tangkap dia!" arah Ferradossa Anvell memegang parang dengan eratnya.

Kai melihat keempat-empat isterinya mengelilingi dirinya. Dia segera mengangkat tangan dengan cemas. "Sike!"

"Oh, abang kahwin lagi eh," kata Ayano Hiruka mengacu kapak kayu.

"Kenapa abang kahwin lain eh?" soal Ferradossa Anvell bersahaja.

"Tak cukup lagi ke kahwin empat?" tanya Violet Alexander mengacu pisau pemotong daging.

Minatozaki mendekati belakang tubuh suaminya. Pisau dapur dipegang erat.

Zup! Zup! Dua tikam menusuk punggung kiri dan kanan.

Kai menjerit kesengsaraan. "HUWAAARRGGHH!!!"

Kivot muncul tidak lama kemudian. Dia melihat mereka yang lain.

"Oh, korang pun ada dekat sini," kata Kivot terpegun sedikit.

Horizon memandang Kivot, turut terpegun. "Oh, kami baru sampai. Mana kakak kau?"

"Dia... sakit."

***
Sedlec, Freaky World

Badan Achara semakin besar. Yang anehnya, semakin cepat membesar. Achara semakin cemas.

"Nak jawab macam mana ni nanti?" Achara mengusap perutnya.

Alexander Monroe berjalan di depan bilik tidur lalu terdengar suara wanita itu. Dia melirik ke pintu lalu mendekatinya. Dia memasuki bilik itu, membuatkan Achara terkejut.

"Kenapa ni?" Alexander Monroe bertanya.

Achara menggeleng laju. "Tak ada apa."

Alexander Monroe melihat perut Achara yang semakin membesar. "Kamu mengandung ke?"

Berpeluh Achara dibuatnya. Dia sudah buntu akal.

"Dalam dunia ni, hanya mengambil masa sebulan untuk mengandung. Lepas tu, lahirlah anak," terang Alexander Monroe, sungguh.

Terbeliak mata Achara mendengarnya. "Tok jangan bergurau!"

Tiba-tiba, bunyi dentuman kedengaran dari luar. Habis bergegar satu dunia.

"Bunyi apa tu?" Achara ketakutan.

Tawa ilaian turut kedengaran dari luar.

"Larilah kamu semua! Lari!" jerit satu suara.

Alexander Monroe dan Achara bergegas ke tingkap. Kelihatan segerombolan puak Voodoo 2.0 menyerang puak Skull dengan melahap rakus. Achara terduduk dek ketakutan.

"Zombi ada dunia ni juga ke?" Achara ketakutan.

"Bukan. Tu puak Voodoo... tapi kali ni, diorang lain. Separuh robot, separuh ilmu hitam," kata Alexander Monroe kehairanan.

"Kau!" tengking Fred Star menjeling tajam ke arah Alexander Monroe.

Dbush!

Satu tolakan kasar melemparkan tubuh Alexander Monroe ke dinding. Lelaki tua itu terjatuh ke lantai. Achara berubah panik sebaik Fred Star menghinggap jendela yang terbuka luas itu.

"Atok? Kenapa... boleh dekat sini?" Achara kebingungan.

Fred Star melihat tubuh Achara berbadan dua itu. "Hmm... mengandung anak luar nikah ya."

Achara terkejut lantas mendakap perutnya. "Jangan apa-apakan aku."

Senyuman sinis tercalit di bibir Fred Star. Buku hitan dikeluarkan. Dia menulis sesuatu pada buku tersebut.

"Anak dalam kandungan itu bagai hendak keguguran."

Achara berpeluh laju. Fred Star menulis lagi.

"Hakikatnya, tidak. Malah, dia selamatkan dilahirkan hanya dalam sekelip mata."

Raungan kedengaran dari mulut Achara. Perut wanita itu semakin membesar dan membesar. Dirinya penuh dengan satu sarat badan anaknya. Bila-bila sahaja dia boleh lahirkan anaknya.

"Aahhh!" raung Achara tidak dapat menahan menampung beban.

Fred Star ketawa melihat wanita itu bertarung dengan nyawa.

"Selamat melahirkan anak ya. Atok lepaskan kamu kali ni. Selamat tinggal," pesan Fred Star sebelum menghilangkan diri.

Achara menjerit kesakitan. Alexander Monroe masih belum sedar lagi. Terpaksalah dia melahirkan anak bersendirian. Nyawanya sendiri menjadi taruhan.

***
Isla de las Munecas, Freaky World

Ralph Kimmy masih duduk di pinggir pulau. Batu dilempar ke tengah tasik. Dia sudah tiada emosi lagi. Apa yang benar darinya, langsung tidak dipercayai sesiapa.

"Tolong! Abang!!" jerit Dzell dengan kuat.

Ralph Kimmy terdengar jeritan isterinya lantas berlari ke rumah tumpangan. Dia merempuh masuk ke dalam rumah lalu melihat robot zombi cuba menyerang isterinya dan anaknya.

"Berani kau!" Ralph Kimmy bertukar garang.

Zombi itu memandang lelaki itu.

"Nak cari lawan. Ke marilah!" Ralph Kimmy bersedia untuk berlawan.

Pantas zombi itu berlari ke arah lelaki itu lalu menyerangnya. Ralph Kimmy mengelak setiap cakaran zombi itu. Serangan balas dibuat, tetapi zombi itu turut mengelak. Malah, dia pula diserang balas. Ralph Kimmy disepak sampai terpelanting ke dinding.

"Erhh... Pandai juga dia lawan." Ralph Kimmy terpegun.

Zombi tadi menyerang lagi. Mujurlah satu sepakan mengenai kepala zombi itu. Zombi tersebut tercabut kepala, terus tercampak keluar menerusi tingkap.

"Gol!!!" jerit Ralph Kimmy bersorak jaringan menerusi tingkap.

Namun, belum habis lagi. Tubuh zombi tanpa kepala itu masih lagi bergerak. Ralph Kimmy menumbuk tubuh lawannya.

Tidak semana-mana, api dari tangan membara ke pangkal lengan. Satu tumbukan kuat mengenai perut lawan. Zombi itu lesap bagai abu berterbangan. Ralph Kimmy menghembus nafas lega.

"Abang," kata Dzell mendakap tubuh anaknya di sudut ruang.

Ralph Kimmy mendekati keluarganya lalu mendakal erat.

"Sayang tak apa-apa?" tanya Ralph Kimmy kerisauan.

"Sayang okey, cuma..." balas Dzell tersekat.

Ralph Kimmy melepaskan pelukan. Dzell menunjukkan kesan lebam pada tangan Ina Hana. Tidak cukup dengan itu, bahu Dzell didedahkan. Kelihatan kesan lebam yang besar pada bahu kiri Dzell. Ralph Kimmy terpinga-pinga.

"Nana... cuma lindungi saya, tapi diorang laju. Kami digigit sebelum abang sampai," terang Dzell, mendayu.

Ralph Kimmy bagai sesak nafas. "Tak... Tak... Jangan nak..."

"Sayang tak bergurau!" tegas Dzell memintas kata-kata suaminya.

Satu kucupan sekilas menghinggap pipi Ralph Kimmy. Lelaki itu menakung air mata.

"Pergi. Tak ada apa dah dekat sini," pinta Dzell mengalirkan air mata.

"Abang takkan berganjak," kata Ralph Kimmy bersumpah.

Boom! Pintu rumah dirempuh kasar, menarik perhatian isi rumah.

"Ami, kau kena tengok ni!" kata Amy Cliff muncul bersama Zoel.

"Benda apa pula ni?" soal Ralph Kimmy tersisa geram.

"Dengar dulu. Ni pasal Atok Farid."

Wajah Ralph Kimmy bertambah pucat. "Dia datang sini?"

"Dia serang satu puak dalam hutan. Aku dengan budak ni sempat berenang dalam tasik untuk ke sini. Lagi satu..." kata Amy Cliff tergantung.

Masing-masing memasang telinga. Matahari semakin terbenam ke lautan.

"...kita kena jumpa Aisyah."

***
Metrolantis, Freaky World

Mereka semua belum terima apa-apa mesej dari negeri lain. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Seorang wanita berhoodie hitam memecah masuk ke dalam istana.

Eman Mimi mendukung Brian Lee, anak Elizabeth Foxe.

"Comelnya anak akak," puji Eman Mimi, ceria.

Elizabeth Foxe tersengih. "Terima kasih."

Satu panggilan dari Ferra Natalia, menarik perhatian dua wanita itu.

"Ya, Ferra. Ada apa?" kata Elizabeth Foxe.

"Dua kawan kau dah sedar. Datanglah ke bilik tuan permaisuri ni," jelas Ferra Natalia.

"Okey, saya akan ke sana sekarang."

Panggilan ditamatkan. Senyuman manis tercalit di bibir wanita Amerika itu.

"Diorang dah sedar," kata Elizabeth Foxe terasa bahagia.

"Alhamdulillah. Pergilah. Saya duduk di sini," kata Eman Mimi tumpang bahagia.

"Okey."

Elizabeth Foxe berlari anak keluar dari pusat mengasuh. Eman Mimi mengeluh lega dengan berita gembira itu.

Baru sahaja Elizabeth Foxe keluar dari pusat pengasuh, dia menjerit tidak tentu pasal. Eman Mimi terkejut dengan jeritan itu lalu memandang pintu masuk. Jeritan tadi bertukar ke rintihan maut.

"Apa pula tu?" Eman Mimi kerisauan.

Pintu dibuka perlahan. Tubuh Elizabeth Foxe diangkat dengan darah menitis di lantas. Badannya ditembusi tombak panjang. Eman Mimi melihat susuk wanita berhoodie hitam itu.

"Apa kau nak?" jerit Eman Mimi mula ketakutan.

Wanita itu mencampak mayat Elizabeth Foxe ke tepi. Hoodie yang dipakainya terus ditanggalkan. Terserlah wajah Sophea Aika dengan senyuman manisnya.

"Tak ada apa. Cuma nak bagi kiriman dari Encik Fred," jelas Sophea Aika tersengih.

Kotak hadiah dilempar ke arah Eman Mimi lalu disambut kemas. Gadis berhijab itu melihat cahaya merah berkelipan di dalam kotak hadiah itu.

"Ini kan bo..."

BOOM!!!

***
Bio-City, Creepy World

Jimmy Foxe berasa kurang senang terhadap sesuatu.

"Apasal tak sedap hati ni?" monolog Jimmy Foxe, hairan.

Segera, kakinya melangkah pergi tanpa sebab. Gerak-gerinya diperhati Hanazono Suzuki.

"Dia nak ke mana tu?" Hanazono Suzuki teringin tahu.

Segera langkahnya diatur membelakangi lelaki itu tanpa disedari sesiapa. Mereka yang lain asyik melihat Kai dibelasah empat isteri.

"Cikgu Wan buatlah sesuatu!" kata Ferra Jasmine kepada Cikgu Wan.

"Eh, biarkanlah mereka tu. Hehe..." Cikgu Wan berwajah kucing dari tadi.

Tangannya dari tadi dipeluk Kenny Spoon dengan manja.

"Cikgu asyik nak menggatal je!" marah Zafina Sierra.

Tubuh Kenny Spoon didukung oleh lelaki harimau itu. Pantas Cikgu Wan melarikan diri dari situasi itu bersama Kenny Spoon.

"Ya-beda-bedu! Saya pergi dulu!" kata Cikgu Wan melarikan diri.

***
Metrolantis, Freaky World

Bunyi letupan dari istana, menarik perhatian rakyat di situ.

"Bunyi apa tu?"

"Bunyi meriam tak bunyi macam tu."

"Bunyi tu datang dari istana."

Mendengar kata-kata dari rakyat, mereka yang baru sampai segera berlari ke istana.

"Kita kena cepat!" arah Ralph Kimmy berlari sepantas yang boleh.

Zoel terhenti melangkah lalu menahan sebuah kereta kuda. "Berhenti!"

Kereta kuda itu berhenti.

***

Akhirnya, mereka selamat tiba di istana. Mereka bergerak turun dari kereta kuda lalu berjalan ke pintu masuk istana. Wanita berhoodie hitam itu berjalan berselisih dengan mereka. Bahunya dilanggar sedikit tetapi tidak dipedulikan sesiapa.

Sophea Aika berjalan ke destinasi seterusnya, Battleship Island. Dia berjalan menerusi bandaraya yang sesak. Bahunya dipegang dari belakang.

"Kau nak lari ke mana?" tegur satu suara.

Sophea Aika melirik ke tepi. Kelihatan Jimmy Foxe menahannya.

"Jadi, inilah nenek baru aku. Muda juga eh," kata Jimmy Foxe dengan rupa dingin.

Sophea Aika tersengih. "Terima kasih."

Pantas tubuh Jimmy Foxe ditendang kuat sehingga terlepas. Sophea Aika segera melarikan diri. Jimmy Foxe mengejar wanita itu. Hanazono Suzuki yang mengekori senyap, turut mengejar mereka.

"Berhenti!" tengking Jimmy Foxe.

Sophea Aika enggan mengikut arahan. Dia berlari ke lorong kecil, diekori Jimmy Foxe. Hanazono Suzuki pun melangkah masuk ke lorong itu. Dia melihat mereka berdua semakin jauh di hadapan.

"Lajunya!"

Anak panah dan busur dikeluarkan. Hanazono Suzuki segera menghala anak panah ke sasaran lalu melepaskan panahan. Sasaran rebah.

"Arghh!!" teriak suara kasar.

Hanazono Suzuki melihat anak panahnya mengenai kaki Jimmy Foxe, bukan sasarannya.

"Aduhai," keluh Hanazono Suzuki.

Gadis itu segera berlari ke arah Jimmy Foxe. Dia melihat Sophea Aika berjaya melesapkan diri. Langkahnya terhenti di sebelah Jimmy Foxe.

"Awak okey?" Hanazono Suzuki kerisauan.

"Ini kau kata okey?" marah Jimmy Foxe bercampur sakit.

Hanazono Suzuki berhati tisu dengan amarah itu. "Ma... Ma... Maaflah."

Air tangisan mengalir ke pipi. Kakinya bergetar kuat menyebabkan dia melutut. Jimmy Foxe menggulingkan matanya lalu mencabut anak panah dari kakinya. Darah merecik ke tanah dengan banyak. Sakit masih tersisa.

"Dah la tu. Kita biarkan dia," kata Jimmy Foxe, pasrah.

"Auchh!!" Kesakitan masih berbisa.

Hanazono Suzuki mengesat air mata lalu bangkit berdiri. Dia menghulurkan tangannya. Jimmy Foxe memandang tangan cerah itu lalu menyambutnya. Dia bangun berdiri lalu dipapah Hanazono Suzuki.

"Kita pergi istana dulu. Manalah tahu permaisuri boleh bagi bantuan," kata Hanazono Suzuki.

Jimmy Foxe mengangguk setuju. Segera mereka berdua bergerak pergi dari situ.

***

Sebaik tiba di istana, kelihatan mayat para pengawal bergelimpangan di merata tempat. Jimmy Foxe dan Hanazono Suzuki kehairanan.

"Apa dah jadi ni?" Jimmy Foxe mengerutkan dahinya.

Bunyi teriakan dari satu bilik menarik perhatian mereka berdua. Langkah diatur. Pusat pengasuhan kanak-kanak dimasuki mereka. Apa yang disaksikan mereka hanya darah dan mayat kanak-kanak yang berkecai badan. Kelihatan Ralph Kimmy berdiri berseorang di tengah bilik itu.

"Kimmy?" tegur Jimmy Foxe, hairan.

Ralph Kimmy enggan memusingkan badan. Jimmy Foxe melepaskan diri dari dipapah.

"Biar aku jalan sendiri," kata Jimmy Foxe kepada Hanazono Suzuki.

Hanazono Suzuki melihat Jimmy Foxe berjalan terhincut-hincut mendekati susuk Ralph Kimmy. Jimmy Foxe semakin hampir dengan kembarnya.

"Kau tengok apa?" soal Jimmy Foxe, tertanya-tanya.

Jimmy Foxe berdiri di sebelah Ralph Kimmy. Masing-masing melihat satu bangkai yang berkecai badan. Kepala Eman Mimi kelihatan tersenyum dengan mata berpejam. Satu perasaan yang boleh digambarkan situasi mereka sekarang, dendam.

"Kau fikir apa aku fikir?" soal Ralph Kimmy, dingin.

"Aku fikir apa kau fikir," jawab Jimmy Foxe, turut dingin.

Satu cahaya muncul dari tubuh mereka. Kepanasan api dapat dirasakan. Api merah menyelubungi tubuh pasangan kembar itu hingga membakar baju mereka. Kelihatan tatu harimau di belakang badan mereka bercahaya terang. Hanazono Suzuki berasa takjub melihat keajaiban itu.

"Musuh takkan berhenti..." kata Jimmy Foxe.

"...selagi lawannya berdiri," sambung Ralph Kimmy.

Perasaan dendam membara setelah apa berlaku terhadap Eman Mimi. Dendam yang pasti membawa kemusnahan dunia.

After you walk into a village and you see 50 children, all sitting neatly in a row, against a church wall, each with their throats cut and their hands chopped off, you realize that the creature that could do this doesn't have a soul.
- Niko Bellic, Grand Theft Auto IV.

Bersambung...

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 13.6K 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, yo...
82K 9.8K 83
Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap Tuanku namun kehilangan Sang Puteri menj...
10K 1.7K 51
Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikgu Wan, makhluk berupa harimau dan berger...
585K 36.2K 111
DAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetap...