✓ TUNKU NIEL NATHANIEL

By Blqs_Rose

2.4M 169K 17K

# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang... More

🎭 Hero & Heroin
🎭 •BAB 1•
🎭 •BAB 2•
🎭 •BAB 3•
🎭 •BAB 4•
🎭 •BAB 5•
🎭 •BAB 6•
🎭 •BAB 7•
🎭 •BAB 8•
🎭 •BAB 9•
🎭 •BAB 10•
🎭 •BAB 11•
🎭 •BAB 12•
🎭 •BAB 13•
🎭 •BAB 14•
🎭 •BAB 15•
🎭 •BAB 16•
🎭 •BAB 17•
🎭 •BAB 18•
🎭 •BAB 19•
🎭 •BAB 20•
🎭 •BAB 21•
🎭 •BAB 22•
🎭 •BAB 23•
🎭 •BAB 24•
🎭 •BAB 25•
🎭 •BAB 26•
🎭 •BAB 28•
🎭 •BAB 29•
🎭 •BAB 30•
🎭 •BAB 31•
🎭 •BAB 32•
🎭 •BAB 33•
🎭 •BAB 34•
🎭 •BAB 35•
🎭 •BAB 36•
🎭 •BAB 37•
🎭 •BAB 38•
🎭 •BAB 39•
🎭 •BAB 40•
🎭 •BAB 41•
🎭 •BAB 42•
🎭 •BAB 43•
🎭 •BAB 44•
🎭 •BAB 45•
🎭 •BAB 46•
🎭 •BAB 47•
🎭 •BAB 48•
🎭 •BAB 49•
🎭 •EPILOG•

🎭 •BAB 27•

45.7K 3.3K 258
By Blqs_Rose

USAI menyiapkan sarapan pagi, Qhaiyra mengatur langkah lemah menuju ke biliknya. Bagasi diambil dan baju-baju dari almari mula di ambil sedikit demi sedikit. Tangannya melipat baju-baju itu. Perlahan dan lemah sahaja tindakkannya.

Betul ke apa yang dia buat ni? Tapi...

Tiba-tiba pintunya dikuak kasar dari luar. Ternaik bahu Qhaiyra. Terkejut. Tertelan liur dia melihat wajah tegang Tunku Niel ketika itu.

Tanpa amaran, Tunku Niel terus mengambil bagasi besar di atas katil.

"Niel? Apa awak buat ni?" Qhaiyra menarik bagasinya di tangan Tunku Niel. Namun tubuhnya pula ditolak kuat Tunku Niel sehingga terduduk di atas katil.

Terkejut. Terkebil-kebil dia memandang Tunku Niel.

"Saya tak akan benarkan awak keluar daripada rumah ni." Tunku Niel tegas berkata. Langsung tidak menoleh memandang Qhaiyra.

"No! Saya kan dah..."

"Awak masih isteri saya Qhaiyra. Whatever happens, you must obey to me. Only me!" Serentak itu bagasi di atas katil diangkat sebelum dicampak kuat ke atas lantai. Tak cukup dengan itu, kaki menendang bagasi itu menjauh ke penjuru bilik.

Qhaiyra tersentak sendiri. Terkelu lidahnya dengan tingkah Tunku Niel yang berubah drastik. Selama ini cool dan tenang sahaja orangnya. Tapi...

Tunku Niel menoleh ke arah Qhaiyra. Suasana menyepi apabila dua pandangan itu berlanggar sesama sendiri. Tunku Niel menarik senyum. Manis.

"Bersiap. Ten minutes!" Serentak itu senyuman di bibir Tunku Niel mati sebelum dia terus berjalan keluar dari bilik.

"Kita nak pergi mana?" Tanya Qhaiyra. Agak bingung wajahnya.

"Kita melawat kakak ipar saya."

"Kak Armaya? Kenapa? Dia dah bersalin ke?"

Tunku Niel julingkan mata.

"Bersiap jelah. Banyak pula tanya." Tunku Niel mendengus sebelum melangkah keluar dari bilik tidur tetamu itu.

Qhaiyra cuma diam sahaja dengan tingkah dingin Tunku Niel.


DING DONG! Qhaiyra yang baru menuruni anak tangga terdiam seketika apabila mendengar bunyi loceng itu. Ada orang datang. Terus dia berlari ambil tudung sarung di bilik dan di sarung menutup kepalanya.

Perlahan-lahan dia membuka pintu kayu besar itu. Terkedu dia melihat wajah di hadapannya ketika itu.

Fakhrul.

"Fakhrul? Ada apa datang rumah saya?"

Fakhrul tersenyum kelat melihat wajah sang crush pujaan hati. Cantik. Malangnya sudah menjadi milik orang.

Fakhrul memandang sekeliling rumah mewah itu. Besar. Megah. Cantik. Patutlah dia kalah.

"Oh tak ada apalah. Alang-alang saya ada hal dekat KL, umi saya suruh datang sini jumpa awak. Nak beri awak kad kahwin." Beritahu Fakhrul bersama senyuman. Terkejut Qhaiyra mendengarnya.

"Awak nak kahwin ke?"

"Eh tak lah. Awak ni pelik-pelik je. Kakak saya yang nak kahwin. Dia suruh jemput awak."

"Oh." Huluran envelope merah jambu itu disambut perlahan. "Saya ingat awak yang nak kahwin."

Fakhrul tersenyum kelat.

"Mana ada. Belum ada lagi yang berminat kat hati ni."

'Berkenan yang satu ni tapi malangnya dah jadi bini orang. Apalah nasib.' sambung Fakhrul dalam hati.

"Awak memilih sangat." Bidas Qhaiyra sebelum tersengih. Saja mahu mengurangkan rasa janggal antara mereka.

Fakhrul senyum sahaja. Saya tak memilih pun, Qhaiyra. Saya berkenan kat awak sorang je.

"Umi awak apa khabar?"

"Alhamdulillah khabar baik. Sibuk jaga cucu dia. Anak along tu. Biasalah. Orang tua baru dapat cucu. Teruja." Fakhrul sengih. Tapi perih juga rasa hati. Abang long dah kahwin. Nanti kak ngah pun kahwin. Nampaknya nanti dia jelah yang akan menjadi topik keluarga.

Bila nak kahwin?

Mesti kena biasakan diri dengan soalan tu lepas ni. Haih.

"Nanti lepas ni habislah awak. Mesti awak jadi topik hangat pula nanti." Qhaiyra ketawa melihat wajah masam Fakhrul. Haha. Nasib gua dah kahwin.

Qhaiyra terus terdiam apabila kereta Audi putih memasuki perkarangan rumah. Tunku Niel dah balik.

"Suami awak ke?" Tanya Fakhrul.

"Haah." Qhaiyra senyum sahaja.

Tunku Niel melangkah tenang keluar dari kereta dan memandang ke arah mereka. Namun tingkah Tunku Niel berubah apabila pandangan mereka bersatu. Beku.

"Assalamualaikum." Fakhrul menghulurkan tangan.

"Waalaikumsalam." Tunku Niel menyambut dan tersenyum manis.

Fuh. Lega. Nasib baik Tunku Niel tak buat perangai!

"Dah lama ke sampai?" Tanya Tunku Niel. Peramah.

"Eh tak. Baru je sampai." Fakhrul terasa kecil benar dengan suami Qhaiyra. And again. Patutlah dia kalah.

"Err Fakhrul masuklah dulu. Minum-minum sekejap ke?" Jemput Qhaiyra. Rasa tak elok pula berbual dengan tetamu depan pintu.

"Haah betul tu. Tak nak masuk dulu?" Tunku Niel senyum ke arah Fakhrul sebelum matanya menjeling Qhaiyra tajam dengan ekor matanya.

Qhaiyra rasa tercekik sendiri melihat jelingan tajam Tunku Niel padanya sebelum lelaki itu kembali melempar senyum kepada Fakhrul. Tahu Tunku Niel memerlinya.

"Tak apalah. Saya ada hal lepas ni. Saya balik dulu ya. Assalamualaikum." Fakhrul meminta diri dan terus menuju ke kereta perdana miliknya.

"Waalaikumsalam. Hati-hati drive." Tunku Niel melambai ke arah Fakhrul. Jelas kepuraan di situ.

"Jangan lupa cucuk kunci dulu baru start." Ujar Qhaiyra pula.

Pecah gelak Fakhrul mendengarnya. Ceh. Perli ke tu. "Baiklah."

Pin!!!

Qhaiyra melambai perlahan. Matanya menghantar kereta hitam itu pergi. Qhaiyra senyum nipis sebelum memandang Tunku Niel.

Sunyi.

Gulp...

Terdiam dia dengan pandangan maut Tunku Niel.

"Bahagia nampak." Tunku Niel menjelingnya tajam sebelum melangkah melepasi Qhaiyra. Bahunya sengaja melanggar bahu Qhaiyra saat berjalan melepasi isterinya.

Qhaiyra mendengus perlahan.

Attitude!




QHAIYRA mendecit geram apabila dia tidak dapat membuka pintu utama rumah itu. Bagai terkunci dari luar. Tapi macam mana pula boleh jadi macam tu?

Lupa pula. Sekuriti rumah Tunku Niel ini tersangatlah tinggi. High class. Maklumlah, orang kaya kan?

Qhaiyra perlahan-lahan naik ke bilik Tunku Niel. Sempat dia mengintai bilik kerja Tunku Niel yang tertutup rapat.

Line clear.

Cepat-cepat dia menyelinap masuk ke bilik utama. Terus matanya melilau memandang sekeliling bilik.

Dibuka setiap laci di bilik itu. Tapi tetap tak jumpa kunci atau kad password pintu. Mana ni?

Qhaiyra mencekak pinggang.

Urgh.

Terpaksa batalkan cadangan nak larikan diri memandangkan kunci tak jumpa. Sejak merek bergaduh kelmarin, hampir semua keselamatan rumah ini di tukar oleh Tunku Niel. Takut sangat aku lari agaknya.

Namun matanya terpandangkan laci di bawah katil Tunku Niel. Terus dia membuka laci pertama.

Penuh dengan fail je.

Laci kedua dibuka. Banyak kunci.

"Found it!" Qhaiyra tersenyum lebar dan terus menarik segugus kunci dan kad password yang digunakan Tunku Niel sebelum keluar dari rumah.

Yeah.

Namun pandangannya tertancap pada sesuatu di belakang hujung laci itu. Lambat-lambat tangannya mencapai dua objek itu.

Terlepas kunci di tangannya. Satu berwarna putih di tangan kiri dan satu lagi di tangan kanan. Ada tulisan emas dengan namanya.

Qhaiyra.

Tapi dia tahu yang Tunku Niel lah lelaki yang membeli mask darinya.

Tapi...

Mask penuh berwarna keemasan ini...

Ini...

"Lucky you i come at the perfect time, my stellina."

"Where are you going, my little star?"

"I... I'm so... sorry maestro. But i... i have to... leave."

"Not before you give me an answer."

"Marry me, stellina?"

"Ye... yes."

"I love you, my stellina." (Little star)

Suara demi suara mula bermain semula di fikiran. Tunku Niel.

Dia.

Dialah lelaki misteri di sebalik topeng emas itu. Lelaki yang tiba-tiba menggantikan De'Morez.

Ya. Dia. Dialah lelaki itu!

Qhaiyra tidak mampu berkata-kata. Ya Allah. Kebenaran apa yang terungkap ini?

Matanya dipejam rapat. Terus mata hijau-coklat disebalik mask keemasan itu terlayar di ruang mata. Mata Tunku Niel. Ya Allah. Kenapa aku tak perasan selama ni?

Bodohnya aku!

Dia. Tunku Niel. Dialah yang selama ini berada di dalam hatinya. Selama ini Qhaiyra keliru. Qhaiyra keliru kerana difikirannya, dia telahpun jatuh cinta pada dua orang berbeza. Namun kerana Tunku Niel yang selalu bersamanya, she fall for him. Sampaikan Qhaiyra fikir bahawa dia terlalu mudah jatuh cinta pada orang.

But end up, i'll always fell for only person. Selama ini aku jatuh cinta pada lelaki yang sama.

Ya Allah.

Hampir mengalir airmata. Bagai tidak percaya.

Pintu terkuak dari luar. Muncul wajah Tunku Niel yang mamai. Pasti tertidur di bilik kerjanya tadi. Tunku Niel mendekati katil. Terhenti langkahnya apabila terpandangkan Qhaiyra yang terkaku berdiri di sebelah katilnya.

Pandangannya kosong. Namun tubuhnya terus mengeras saat matanya jatuh ke arah mask di tangan Qhaiyra. Terkejut. Tidak terkelip matanya memandang Qhaiyra.

Qhaiyra menayang lemah mask itu ke arah Tunku Niel. "Niel. Please explain this."

Tunku Niel terus tertunduk memandang lantai. Bibirnya tersenyum perih.

"Awak tak pernah beri saya peluang untuk explain. Kenapa sekarang?" Tanya Tunku Niel. Kecewa.

"Sampai hati awak. Awak berlakon yang awak tak kenal dengan lelaki misteri tu. Masa saya cerita tentang lelaki tu, awak cuma diam. Awak tak beritahu pun yang lelaki tu awak. Sampai hati awak Niel." Qhaiyra membiarkan mask keemasan di tangan jatuh ke atas lantai.

Tunku Niel meraup wajah. Rambut yang jatuh di dahi diraup ke belakang.

"Niel... Saya minta maaf Niel." Qhaiyra mula mengalirkan airmata. Lantas dia cuba meraih tangan Tunku Niel. Namun lelaki itu mengelak. Membuat air matanya semakin deras jatuh ke pipi.

"You hate violence. You hate mafia. You hate gangsters. Remember?" Perlahan suara Tunku Niel. Bibirnya pula tersenyum nipis. Senyuman yang menunjukkan betapa dia terluka. Namun dia tahu. Qhaiyra turut sama terluka sepertinya.

Qhaiyra terus jatuhkan kedua-dua lutut di atas lantai. Tunduk dia memandang lantai.

"I do hate violence. I do hate mafia. I do hate gangsters. Tapi saya tak benci cinta saya." Luah Qhaiyra perlahan.

Terkejut Tunku Niel dengan tingkah Qhaiyra. Redup pandangannya memandang Qhaiyra yang berlutut di hadapannya. Diam. Cuba mentafsir ayat yang keluar dari bibir itu.

"Selama ni awak buat saya keliru. Saya bermati-matian berfikir yang saya jatuh cinta pada dua orang yang berbeza. Lelaki misteri itu dan awak. Saya sangat keliru. Saya nak jauhkan diri dari awak sebab saya takut. Saya takut saya akan silap. Saya akan terluka. Dan saya takut. Takut kalau saya kecewa. Tapi bila saya pilih awak, awak pergi tinggalkan saya. Saya terus menerus jadi keliru." Airmata mula mengalir ke pipi.

Tunku Niel memejam matanya. Betapa hati perempuan itu terluka kerananya.

"Bila kita kahwin, saya jauhkan diri dari awak. Ya. Saya akui saya takut dengan semuanya. Saya takut bila dapat tahu awak daripada cucu lelaki De'Angelo. Dan kedua. Saya minta awak beri ruang kepada saya sebab saya keliru. Saya cintakan awak. Dan saya juga jatuh cinta pada lelaki misteri tu. Saya tak tahu apa kena dengan saya but i can't help myself from fall for you. I'm afraid if i fall and hurt." Mengalir airmata Qhaiyra. Sungguh dia sebak. Dia sebak hendak meneruskan kata-katanya.

"But it turns out... you..." Qhaiyra tunduk. Kerana dia tahu, Tunku Niel takkan memandangnya sama seperti dulu.

Tunku Niel terdiam sendiri. Dia tidak sampai hati melihat airmata itu.

"It is you. You're the man behind the golden mask. You're him. And you are you. Saya tak tahu saya perlu rasa apa. Saya perlu rasa bodoh ke sebab tak perasan yang awaklah lelaki tu selama ni?" Qhaiyra ketawa mengejek. Mengejek diri sendiri yang bodoh dan bebal.

"Saya akur Niel. Maafkan saya. Selama kita kahwin, saya tak pernah berusaha untuk buat awak gembira. Saya seksa perasaan awak. Saya dera perasaan saya sendiri." Qhaiyra terus menunduk. Enggan angkat kepala.

Tunku Niel menggenggam penumbuk. Dia pula yang rasa terseksa melihat airmata Qhaiyra.

"Saya akur kalau hubungan kita sampai sini sahaja. Saya tak layak dengan orang sebaik awak Niel. You deserves happiness. And that's why you don't deserves me."

"No!" Tegas Tunku Niel.

"Saya takkan lepaskan awak. Betapa susahnya saya nak dapatkan awak, Qhaiyra. Awak ingat semudah itu saya akan lepaskan awak?" Tunku Niel mendekati Qhaiyra. Wajahnya tegang. Bagai tak senang hati dengan kata-kata Qhaiyra sebentar tadi.

"Kita sama-sama pernah terluka. Abang minta maaf." Tunku Niel melangkah merapati Qhaiyra.

"Sekarang, terima abang sepenuhnya. Kita akan bahagia. Itu janji abang." Tunku Niel menghulurkan tangan kanannya. Lembut dia berbisik di hadapan Qhaiyra. Bagai berharap bayu menyatukan rasa di hati ke sekeping hati milik Qhaiyra.

Qhaiyra memandang lama huluran itu dan wajah tenang Tunku Niel bersilih ganti.

Lambat-lambat dia menyambut huluran itu. Akhirnya tangan kecilnya bersatu dengan tangan kasar Tunku Niel.

"Come." Tunku Niel menarik tangan itu. Meminta Qhaiyra bangun. Patuh. Qhaiyra terus bangun. Baru tersedar terasa sakit lututnya kerana tindakan mendadaknya tadi.

Tunku Niel mendekati Qhaiyra. Tangan kecil itu dibawa bibir. Lama bibir berlabuh di tangan lembut itu. Kemudian tangan Qhaiyra ditarik ke arahnya. Hidung sempat berlabuh di bahu Qhaiyra. Suka haruman losyen itu.

Tunku Niel terus menarik tubuh itu ke dalam dakapannya. Erat.

Qhaiyra menelan liur. Menggigil kecil tubuhnya saat nafas hangat lelaki itu mula menampar lehernya. Bagai mahu gugur jantung saat bibir lelaki itu berlabuh lembut di tulang klavikelnya.

Gulp...

"A... abang?" Bergetar nada suara Qhaiyra. Gementar.

Tunku Niel angkat kepala. Matanya redup memandang jauh ke dalam anak mata Qhaiyra.

"Why starlight? Want to resist me?" Tunku Niel menjongketkan sebelah kening.

Qhaiyra menelan liur. Kepala digeleng laju.

Eh?

"Good girl. My little star is a good girl." Bisik lelaki itu. Qhaiyra terkaku. Dapat dia rasakan hangat nafas Tunku Niel menampar bibirnya.

"A... abang nak apa?" Tanya Qhaiyra. Tergagap-gagap dia saat sebelah tangan kasar lelaki itu sengaja berlari di belakang pinggangnya.

"Seduce. I'm seducing you." Serentak itu bibirnya terasa ditindih lembut. Lama. Sensual.

Khayal. Dan gila.

Qhaiyra tersedar sesuatu. Membulat matanya. Apa yang terjadi? Tiba-tiba terasa belakang tubuhnya terbaring di katil empuk itu. Tertelan liur dia melihat wajah Tunku Niel yang tidak lepas memandang wajahnya.

Qhaiyra cuba melepaskan tangannya yang melingkar di leher lelaki itu. Entah bila tangan dia bergerak ke situ pun dia tak tahu. Namun ditahan Tunku Niel.

Qhaiyra tergamam. Tidak terkelip matanya saat Tunku Niel membawa bibir merapat ke cuping telinganya.

"Like a moon embrace the stars. Let me shine you brightly tonight. Okay my little starlight hmm?" Bisik suara itu. Perlahan dan seksi.

Pengsan.


Selamat membaca 🌹

Do votes 🌟 and comments 📝 ya!

Continue Reading

You'll Also Like

2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
69.3K 9.6K 19
#3rd Hello Mister! series •Every tale about him were nothing but straight up lies | Musang × Red Panda | AIRISYAA AILITH RINNE BINTI ABDULLAH. Nama y...
2.8M 188K 53
[ Complete 21/2/2023 ] PDRM. Stop looking for happiness in the same place you lost it. "I can protect myself, Papa." -Yasmeen Alana. "Touch her and...
1.1M 49.6K 50
ִֶ ✧ HIS SERIES BOOK ONE ˖ ࣪ ᥫ᭡ Dingin dan sombong sifatnya. Berjumpa saat gadis polos itu tidak sengaja memeluk tubuhnya saat mahu mel...