Β©π“π€πŠπƒπˆπ‘πŠπ” 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀�...

By rissyaleeya

482K 9K 439

[ 𝐜𝐨𝐦𝐩π₯𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim... More

CHARACTER
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
MY OTHER BOOK
BAB 46
BAB 47
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57 (TAMAT)
MY OTHER BOOK
TD SPECIAL CHAPTER
OFFICIAL OST
EDITING DONE
MY OTHER BOOK

BAB 48

8.6K 174 2
By rissyaleeya

Nazrief memandang bintang yang berkelipan di dada langit dari balkoni biliknya.

Surat yang diserahkan oleh mummy arwah Harif dipandang.

Nazrief mengambil surat itu lalu membukanya perlahan.

Isi Surat:

Assalamualaikum sahabatku,

Aku pasti di kala surat ini sampai ke tanganmu, aku sudah tidak ada di dalam alam fana ini.

Nazrief,
Tidak ada banyak yang hendak kuperkatakan. Cuma satu perkara yang aku perlu jelaskan. Jujur aku katakan yang aku tiada niat walau sekelumit jua untuk merampas Kyra dari dirimu, ketahuilah sahabatku, Kyra hanya tercipta buatmu.

Nazrief,
Tipu kalau aku katakan yang aku tidak pernah mencintai perempuan bernama Nur Kyra Airyna, ketahuilah sahabatku sehingga tubuhku hancur dimamah bumi, kasihku padanya tetap abadi namun suratan takdir menentukan segalanya. Janjiku pada diri ini sebelum nafasku terhenti, Kyra harus disatukan dengan kekasih hatinya iaitu Nazrief Adam.

Nazrief,
Berikanlah kebahagiaan pada dirinya. Sayangilah dia sepenuh hatimu. Jangan biarkan dia menangis lagi. Berjanjilah  sahabatku. Nazrief, Kyra dua nama yang akan sentiasa terpahat di dalam hatiku ini.

Wassalam,
HARIF

Nazrief menggengam erat surat itu. Hatinya sangat sebak disaat ini.

"Harif, aku janji aku takkan sia siakan pengorbanan kau sahabatku, aku janji." Tekad Nazrief di dalam hatinya.

Sedang melayan perasaannya, pintu bilik diketuk. Cepat cepat surat itu disimpan ke dalam laci almari solek. Tanpa bertangguh, Nazrief membuka pintu biliknya.

Mak Ijah sudah berdiri tegak di depan pintu bilik manakala di tepinya terdapat sebuah kotak besar. Nazrief terus tersenyum sebaik sahaja ternampak kotak besar tersebut.

"Terima kasih Mak Ijah. Terima kasih kerana masih simpan barang barang isteri saya. Nasib baik Mak Ijah tak buang seperti yang saya suruh, kalau tidak, tak tahulah saya macam mana nak dapatkan balik barang barang ni." Lembut suara Nazrief, lalu mengangkat kotak besar itu masuk ke dalam biliknya.

"Mak Ijah tahu masa tu Nazrief dalam keadaan marah. Lagipun masa Mak Ijah mengemas pakaian Kyra haritu, Mak Ijah cukup yakin apa yang Naz katakan tak sama dengan apa yang ada dalam hati Naz. Mak Ijah yakin suatu hari nanti Naz akan sedar dan tahu juga perkara sebenar." Kata Mak Ijah panjang lebar.

"Alhamdulillah segalanya dah selesai sekarang. Mak Ijah bersyukur sangat kamu dan Kyra dah bersatu kembali. Doa Mak Ijah moga hubungan kalian berdua kekal hingga ke akhir hayat. Ada apa lagi yang Nazrief nak Mak Ijah tolong?" Tanya Mak Ijah sebelum beredar..

"Terima kasih Mak Ijah. Tak apa, saya kemaskan sendiri. Saya dapat barang ni pun dah bersyukur sangat." Balas Nazrief.

"Kalau macam tu kata Naz, Mak Ijah pergi dulu. Assalamualaikum." Ucap Mak Ijah dan bergerak meninggalkan bilik itu.

"Waalaikumussalam." Jawab Nazrief sambil memandang kelibat pembantunya yang makin hilang dari pandangan.

Nazrief terus duduk di birai katil sambil membongkokan sedikit badannya. Dia membuka kotak di depannya. Sebaik sahaja kotak dibuka matanya terus tertancap pada kotak barang kemas yang diletakkan di bahagian atas sekali. Terus kotak kecil itu diambil.

Nazrief membukanya perlahan.

'Gelang tangan dan cincin ini akan tersemat kembali di tangan dan jarimu sayang. Abang akan pastikan selepas ini tak ada lagi air mata yang akan menitis di pipimu. Hanya Kyra ratu hati abang, hanya Kyra seorang. Percayalah sayang, abang sayang Kyra.' Kata hatinya.

Perlahan gelang tangan itu dicium penuh kasih. Nazrief merebahkan badannya di katil dengan gelang dan cincin yang masih erat dalam genggaman.

Akhirnya, dia terlena dengan bermimpikan wajah isterinya.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

Continue Reading

You'll Also Like

51.3K 3.7K 46
- Jarum masa itu ibarat satu petunjuk yang menyelak lembaran duka. - Oleh kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya, Kasih Amalin berubah men...
16.2K 406 71
● COMPLETE ● βœ…οΈ Enggang takkan boleh bersama dengan pipit, langit tidak akan bersatu dengan bumi. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan hub...
134K 5.3K 44
SOFEA ARIANA wanita yang cekal, tabah, baik hati dan menerima segala keputusan yang telah ibu Dan bapanya tetapkan buat dirinya untuk mengahwini jeja...
194K 10.8K 72
#2α΄›Κœ 𝐓𝐑𝐔𝐄 π‹πŽπ•π„ : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik u...