[S3] Keluarga Lee - NCT

By Ann_Darl

33.8K 3.8K 4.9K

Nampaknya Keluarga Lee masih lagi mempunyai cerita kerana bilangan ahli keluarga yang makin bertambah. Apaka... More

Pt. 1
Pt. 2
Pt. 3
Pt. 4
Pt. 5
Pt. 6
Pt. 7
Pt. 8
Pt. 9
Pt. 10
Pt. 11
Pt. 12
Pt. 13
Pt. 14
Pt. 15
Pt. 16
Pt. 17
Pt. 18
Pt. 19
Pt. 20
Pt. 21
Pt. 22
Pt. 23
Pt. 24
Pt. 25
Pt. 26
Pt. 27
Pt. 28
Pt. 29
Pt. 30
Pt. 31
Pt. 32
Pt. 33
Pt. 34
Pt. 35
Pt. 36
Pt. 37
Pt. 38
Pt. 39
Pt. 40
Pt. 41
Pt. 42
Pt. 43
Pt. 44
Pt. 45
Pt. 46
Pt. 47
Pt. 48
Pt. 49
Pt. 50
Pt. 51
Pt. 52
Pt. 53
Pt. 54
Pt. 55
Pt. 56
Pt. 57
Pt. 58
Pt. 59
Pt. 60
Pt. 61
Pt. 62
Pt. 63
Pt. 64
Pt. 65
Pt. 66
Pt. 67
Pt. 68
Pt. 69
Pt. 70
Pt. 71
Pt. 72
Pt. 73
Pt. 74
Pt. 75
Pt. 76
Pt. 77
Pt. 78
Pt. 80
Pt. 81
Pt. 82
Pt. 83
Pt. 84
Pt. 85
Pt. 86
Pt. 87
Pt. 88
Pt. 89
Pt. 90
Pt. 91
Pt. 92
Pt. 93
Pt. 94
Pt. 95
Pt. 96
#1yearwithKeluargaLeeS3

Pt. 79

306 36 8
By Ann_Darl

Taeil dan Taeyong membuka pintu apabila terdengar bunyi van yang mengambil anak mereka.

Satu persatu dari mereka turun tetapi Taeyong dan Taeil tidak nampak dimana Juno.

"Pakcik, Juno kat sekolah lagi. Pakcik Van tak bagi dia naik sebab belum bayar duit bulan ni" Ujar Younghee tanpa memandang wajah mereka, dia terus masuk kedalam rumah.

"Jaehyun nak ambil dia " Jaehyun mengambil kunci kereta.

"Kami pun nak ikut juga" Taeil dan Taeyong keluar lagi sekali.

Taehan, Yong, Taehyeong dan Hansung masuk bilik mereka dengan perasaan geram kerana ayah mereka tidak mempedulikan mereka.

Saera menangis, dia berharap Juno segera pulang. Siyeun dan Jeno yang berpura-pura tidak tahu anak mereka jalan kaki ke sekolah menangis teresak-esak.

Mereka takut berlaku sesuatu yang buruk pada Juno.

Jaehyun memandu perlahan sambil perhatikan kiri kanan. Taeyong dan Taeil juga lakukan perkara yang sama.

"Weh, kat sana ada orang terbaring kat tepi jalan" Taeil tunjuk jari pada apa yang dilihat.

"Dia pakai baju sekolah.. Sekejap, asal fizikal badan dia macam Juno?" Soal Taeyong apabila perhatikan dari jauh.

Jaehyun pergi ke sana apabila ternampak apa yang dikatakan tadi.

Jaehyun berhentikan kereta dan mereka keluar dari kereta. Hati mereka makin kuat berkata supaya pergi lebih dekat.

Taeyong mengalihkan badannya yang tertiarap dan terkejut. Jaehyun terus memeluk badannya.

"Juno!" Jaehyun menangis, dia tidak kisah dengan bajunya dikotori darah.

"Dia masih bernafas, kita bawa pergi hospital" Ujar Taeyong.

Jaehyun mengganguk dan dukung badannya masuk kedalam kereta. Taeil mengambil begnya.

Jaehyun memangku badannya lalu mencium mukanya. Jaehyun menyesal kerana tidak menghantar Juno pergi ke sekolah.

"Juno, maafkan pakcik. Sepatutnya pakcik hantar kamu ke sekolah. Kamu kena kuat, kita dah nak sampai hospital ni" Jaehyun meraung. Tidak pernah dia menangis seteruk ini sehingga hilang suara.

"Bukan salah kau, tapi salah kitaorang. Kitaorang tak pernah lupa bayar duit van dia. Aku taktahu yang van tak bagi dia naik sebab dia takde duit. Ini semua salah kitaorang, kitaorang biarkan dia jalan kaki" Ujar Taeil sambil memandu, menggantikan Jaehyun.

Mereka sampai di hospital, Jaehyun mengangkat badannya dan letakkan di katil.

Doktor memeriksa seluruh badan Juno. Doktor memandang mereka.

"Kita kena jalankan pembedahan, tangan kiri dia patah dua" Ujar doktor.

Mata mereka terbeliak.

"Tak perlu lakukan Xray? " Soal Taeil.

"Tidak perlu, memang sah tangan dia patah " Balas itu dan tolak Juno masuk ke dalam bilik bedah.

Mereka duduk di kerusi yang disediakan. Jaehyun mengusutkan rambut.

"Macam mana dengan majlis makan kita ni? Barang dah beli " Soal Taeyong.

"Kita suruh diorang masak juga, takkan nak batalkan? Takpelah kalau kita takde kat rumah. Hari ni Johnny balik" Ujar Taeil.

Taeil keluarkan telefon dan hubungi Junghee.

"Sayang, masak sekarang dengan diorang sekali, boleh tengok google. Tapi abang balik lambat sikit, ada hal dengan diorang berdua"

"Abang dah ambil Juno belum" Soal Junghee kerana pelik

"Sudah, tapi kitaorang kat tempat lain. Masak tau, nanti lambat kalau ditangguhkan" Balas Taeil lalu matikan panggilan.

Doktor keluar dari bilik bedah. Mereka bertiga bangun dari kerusi lalu menghampiri doktor.

"Syukur lah kecederaan dia tidak terlalu teruk. Tulang tangan dia yang patah telah disambungkan dengan besi. Dia akan dipindahkan ke wad biasa" Doktor itu membuka topeng muka.

"Bagaimana dia boleh cedera sampai macam tu sekali? " Taeyong menyilangkan tangan.

"Berdasarkan apa yang saya lihat dari badannya. Seperti dibelasah oleh beberapa lelaki. Tapi nasib baik dia bertahan, jika tidak. Tidak sampai hati saya nak katakan" Ujar doktor itu.

"Tapi saya nak tanya satu soalan, adakah pesakit pernah didera? Kerana di belakang badannya berbirat-birat seperti dirotan"

"Apa? Tiada siapa pun pernah cubit badannya"  Balas Jaehyun yang masih dalam mod terkejut.

"Kalau tiada apa-apa, saya minta diri dulu" Doktor itu beredar meninggalkan mereka.

Kini mereka di wad, menunggu Juno sedar semula. Sekarang telah masuk pukul 6.56 petang.

Jaehyun memegang tangan anak saudaranya. Juno membuka-buka matanya perlahan tapi penglihatannya kabur.

Jaehyun senyum melihat dia telah sedar. Juno senyum kerana dia sangkakan Jaehyun adalah Siyeun.

Taeyong yang duduk di sebelah Jaehyun pula disangkakan Jeno.

"Appa...eomma.." Juno mengerdipkan mata kerana sakit. Juno memang rabun tapi tidaklah teruk mana. Entah kenapa kaburnya jadi lama berbanding biasa.

"Juno kena rotan dengan cikgu sebab tak bayar yuran sekolah. Lepastu.. Juno tak makan sebab makanan kat kantin dah habis. Juno kena berdiri lama sampai cikgu benarkan balik rumah.. Masa Juno nak balik.. Ada samseng.. Minta duit, tapi Juno tak bagi. Duit 20 ringgit yang Pakcik Jaehyun bagi tu Juno nak simpan. Tapi diorang rampas juga, diorang belasah Juno. Kalau Juno kerja, mesti Juno boleh bayar duit van dengan yuran bulanan sekolah..Boleh belikan eomma telefon baru gantikan telefon rosak tu"

Juno senyum apabila dapat bercerita pada 'Jeno dan Siyeun' tentang apa yang berlaku pada dirinya hari ini.

"Juno, kami lupa tentang Juno. Kami sibuk dengan Pakcik Johnny sampai lupa mahu bayar apa Juno cakapkan tadi" Jaehyun mencium dahinya perlahan. Penglihatan Juno yang kabur tadi telah jelas semula.

"Eomma, appa? " Juno pelik apabila bayang ibubapanya telah hilang dan hanya ada pakcik-pakciknya saja.

"Kamu dah sedar semula" Taeil senyum.

Juno melihat infus bersambung di tangannya dan mengerutkan dahi apabila pelik melihat tangan kiri memakai sokongan.

"Juno kat mana? Juno kena balik, nanti appa dengan eomma tercari-cari. Juno tak mahu duduk kat sini. Kat sini mahal" Juno mahu menarik infus tetapi dihalang oleh Taeil.

"Kamu baru sedar, tangan kiri kamu dah patah. Kamu jalani pembedahan tadi" Ujar Taeil.

"Juno nak balik" Juno mula menangis.

"Okay, kita akan balik sekarang. Kita akan makan sedap-sedap nanti" Balas Taeil sambil mengangkat Juno.

Juno dalam hatinya mula bersalah, kerana terlepas cakap pada pakcik-pakciknya.

Jaehyun beli baju baru untuk Juno dan diri sendiri kerana kotor dengan darah. Selepas Taeil membuat pembayaran. Mereka terus balik.

Jaehyun membuka pintu rumah. Siyeun terus berlari melihat keadaan anaknya.

"Kenapa dengan kamu? " Siyeun mencium pipinya berkali-kali.

"Dia jatuh, lepastu tangan dia patah. Kami pergi hospital kejap untuk simen tangan dia" Balas Taeil tanpa memberitahu hal sebenar.

Siyeun mengganguk faham dan membawa Juno untuk berehat di bilik.

"Siyeun, ini ubat Juno" Taeyong berikan  kepadanya. Siyeun mengambilnya dan tersenyum nipis.

"Sayang, barang semua dah siap? " Taeil berlari pada isterinya untuk melihat persiapan mereka lakukan.

Siyeun menutup pintu selepas Juno masuk dan menguncinya.

"Eomma, ingat lagi tak yang kita tak boleh makan dengan diorang nanti sebab kita tak bayar?" Soal Juno.

"Eomma ingat, sebab itu kita masuk bilik dan kunci. Eomma ingat apa kita perlu buat" Balas Siyeun dan duduk di lantai.

Jeno membuka mata kerana baru bangun dan terkejut melihat tangan Juno.

"Kke..kenapa tta-tangan.. tu?" Soal Jeno dengan risau.

"Oh ini, Juno terjatuh masa jalan nak balik tadi. Diorang bawa pergi hospital. Lama juga sebab nak buat Xray" Ujar Juno supaya mereka tidak risau.

"Tapi kenapa Juno pakai baju lain? " Soal Siyeun kerana pelik serta hairan.

"Doktor suruh pakai baju lain, nanti susah nak periksa sebab baju sekolah kan berlapis-lapis" Balas Juno yang pandai menyembunyikan kebenaran.

"Kamu mesti penat, tidurlah sebelah appa. Kalau terbau makanan sedap jangan keluar bilik tau? " Pesan Siyeun kepada anaknya.

Juno mengganguk dan tidur di sebelah Jeno. Siyeun perhatikan mereka berdua tidur. Nasib baik bilik air ada didalam bilik mereka dan ada makanan ringan untuk isi perut serta air mineral dalam botol.

Jungwoo telah sampai, bersama yang lain. Mereka bertegur sapa dan membantu menghidangkan makanan di atas meja.

Pukul 7.67 malam. Membuatkan mereka berdebar-debar kerana Johnny akan pulang. Haera dan Younghee mestilah yang paling rindu sekali.

Saera mengira bilangan anak-anaknya dan mendapati mereka tidak cukup satu. Iaitu Jeno dan keluarganya tidak keluar dari bilik.

Saera pergi ke biliknya dan ketuk pintu untuk kejutkan mereka jika tertidur.

"Jeno, mari makan bersama. Ada banyak makanan sedap-sedap. Udang ada, ketam, sotong, ayam. Kamu mesti suka kan?" Saera mengetuk lagi supaya ada yang membuka pintu.

"Mama, kenapa?" Soal Taeil kerana melihat Saera mengetuk pintu tanpa berhenti.

"Jeno dengan keluarga dia tak keluar dari bilik. Sejak tadi mereka tak makan sebab risau dengan Juno" Saera memberi ruang kepada Taeil untuk mengetuk pintu.

"Siyeun, marilah makan. Juno mesti suka sebab ada banyak makanan. Janganlah duduk dalam bilik je. Jangan terperap, jangan malu-malu kalau nak makan. Banyak ni" Taeil mengetuk pintu tapi tiada yang buka. Taeil memulas tombol pintu, tapi berkunci.

"Agaknya mereka terdengar gurauan kamu tadi malam. Pasal tak boleh makan kalau tak bayar" Ujar Saera kepada Taeil.

"Tapi diorang kan dah tidur masa tu? " Ujar Taeil tidak percaya.

"Kamu ni, bilik mereka dekat dengan ruang tamu. Mestilah mereka dengar, suara kamu pun kuat masa tu. Sampai ke tingkat 3 boleh dengar" Saera memukul bahu Taeil dengan kuat.

Taeil mengetuk pintu lagi, supaya mereka keluar.

"Kalau kamu terdengar gurauan tadi malam. Hyung atau oppa minta maaf. Hyung tak maksudkan betul-betul pun. Korang boleh makan walaupun tak bayar. Keluar lah, hyung minta maaf sebab buat korang salah faham " Taeil berhenti mengetuk pintu. Hatinya sebak kerana mereka tidak mahu keluar.

Haechan datang apabila melihat mereka tidak berjaya memujuk Jeno, Siyeun dan Juno.

"Jeno, hyung dah minta maaf. Dia tak maksudkan macam tu. Korang boleh makan walaupun tak bayar atau tak menyumbang tenaga" Haechan cuba memujuk mereka.

Taehan dan Yong geram, boleh pula Taeil teringat Jeno dan boleh ajak makan bersama.

Mereka di dalam bilik hanya diam walaupun telah dipujuk beberapa kali.
Siyeun menitiskan airmata sambil memeluk Juno. Nasib baik Jena tidak bangun dari tidur atau menangis apabila pintu mereka di ketuk dengan kuat.

"Eomma, betul ke kita boleh makan?" Soal Juno sambil memegang perutnya yang mula berbunyi.

"Nampaknya kita kena tipu. Pakcik Taeil benarkan kita makan, tapi anaknya tidak suka dengan kita sampai membuat cerita supaya kita tidak duduk satu meja dengan mereka" Ujar Siyeun.

Juno bangun dan koyakkan kertas untuk balas sesuatu kepada mereka di luar.

Haechan mengambil kertas yang dihulurkan melalui ruang di pintu.

Haechan membaca apa yang dibalas daripada mereka di dalam.

Kami dah kenyang ❤️

Haechan menjatuhkan kertas itu lalu dibaca oleh Saera dan Taeil.

"Kenapa ni? Selalunya mereka selalu makan semeja dengan kita?" Soal Taeil yang tidak percaya dengan apa yang dibalas.

"Mama rasa ada sesuatu yang tidak kena sehingga mereka tidak mahu makan dengan kita. Seperti ada orang melarang mereka dari makan dengan kita" Ujar Saera yang curiga dengan ahli keluarganya sendiri yang telah duduk di meja.

"Jeno, Siyeun. Kitaorang tinggalkan makananan ya nanti? Jangan risau, kami tak marah pun kalau korang makan nanti" Kata Haechan dan duduk di meja bersama yang lain.

Taeil membawa Saera ke meja yang telah dihidangkan pelbagai makanan. Saera memandang bilik Jeno kerana bimbang dengan anak, menantu dan cucu di dalam bilik.

Mereka duduk di kerusi dan menunggu kepulangan Johnny yang mereka amat rindu.

"Siapa bawa Johnny balik? " Soal Ten sambil meminum sedikit air.

"Lucas, untunglah dia takde banyak kerja hari ni" Balas Taeyong.

Pintu dibuka dan mereka perlu bersedia. Johnny tutup mulut dan terharu melihat mereka menyambut kepulangannya.

"Welcome home Lee Youngho! " Mereka menyebut ramai-ramai dan itulah bahagian paling menyentuh hati Johnny.

Lucas menolak kerusi roda Johnny dan duduk di kerusi yang sediakan. Mata Johnny melilau melihat banyak makanan yang dimasak pada hari itu dan pelbagai air yang dibeli.

"Mari kita semua makan" Ujar Sooman dan mereka mula makan. Saera hanya mengambil sikit makanan, dia tiada selera jika salah satu anaknya tiada.

"Ma, tambahlah lagi" Ujar Winwin sambil menambah lauk dalam pinggan Saera.

"Adik kamu..belum makan lagi" Kata Saera dan sambung makan dengan sedih.

"Nanti kita hantar makanan ni ya? Janganlah sedih, mereka mengantuk kot sampai tak mahu makan" Ujar Winwin yang cuba memujuk.

Haechan hanya pandang makanan didepannya. Langsung tiada selera untuk menjamahnya atau meneguk air.

"Hyuck, kenapa tak makan? Ada letak racun ke? " Soal Johnny yang berhenti memakan ayam masak telur masin.

"Ah. Haechan termenung jauh sampai lupa nak makan " Haechan mengambil lauk dan menjamah sedikit supaya orang tidak tanya lagi.

Renjun makan bertambah-tambah apabila sudah lama teringin mahu makan masakan kegemarannya. Pipi Renjun makin tembam dan sesuai untuk dijadikan mangsa cubitan.

Rambut Renjun semakin panjang sehingga paras punggung. Setiap kali Renjun mengandung, badannya akan naik kerana selera makan semakin meningkat.

"Renjun, sejak kamu mengandung. Kamu makin cantik" Puji Saera.

"Takdelah, Renjun dah gemuk lah. Apa yang cantiknya. Masa awal mengandung takde selera. Bila dah masuk pertengahan mesti macam ni" Renjun meminum sedikit air dan beri lauk kepada anak-anak.

"Elok lah tu, anak dalam perut cukup makan. Cukup khasiat" Balas Yeri sambil menyuap Dohee.

Renjun senyum bila dengar pujian dari mereka,  sudah lama tidak dipuji.

"Youngbin, makan banyak-banyak. Nanti kamu akan tinggi macam daddy" Ujar Johnny sambil membantu anaknya makan. Youngbin mengigit ayam goreng dan mencuri hati sesiapa yang melihat kerana terlalu comel.

"Dedi, ape dedi adi edek? hayitu igi, ayan tak dah. Api, ane tati dedi? Da iyan ena igit uching? (Daddy, kenapa daddy jadi pendek? Hari tu tinggi. Sekarang dah tak. Tapi, mana kaki daddy? Dah hilang kena gigit kucing?)" Soal Youngbin yang polos membuatkan Johnny mahu gigit pipi anak lelakinya kerana geram. Sudah pandai bercakap.

"Kaki daddy bukan kena gigit dengan kucing. Tapi kaki daddy dah kena potong. Sebab tu daddy dah pendek sekarang" Balas Johnny yang buat Youngbin seperti nangis.

"Iyanye dedi, obin nak agi tati obin tat dedi oye tak? (Kesiannya daddy, Youngbin nak bagi kaki Youngbin kat daddy boleh tak?)" Ujar Youngbin yang membuatkan mereka tersentuh.

"Boleh, tapi bila daddy dah tua nanti okay? Kamu dukung daddy. Okay tak?" Kata Johnny yang membuatkan Youngbin senyum semula.

"Oyeah!! " Youngbin bersorak gembira dan membuat ibubapa serta kakaknya senyum lebar.

"Eomma, Juno lapar" Kata Juno sambil mengusap perut yang berbunyi sejak tadi.

"Kat dalam bekas merah ada biskut yang Pakcik Jaehyun belikan hari tu masa kita pergi barang. Air ada kat sini" Beritahu Siyeun. Juno mengangkat bekas itu bawa kepada Siyeun.

Siyeun mengangguk kerana betul. Juno membuka kotak itu dan makan biskut krim keju.

Siyeun senyum, Jeno juga senyum melihat Juno tidak lagi merungut. Walaupun cuma biskut dan air mineral.  Sekurang-kurangnya dapat isi perut.

"Abang nak makan? " Soal Siyeun apabila perasan Jeno menelan air liur semasa melihat Juno makan.

"Nna-nak.. bis-biskut.. ddi-rre-direndam ssu-supaya lle-lembut.." Balas Jeno.

Siyeun membuat apa yang dimahukannya dan suap Jeno makan supaya tidak tumpah.

Jeno menelan dan senyum kerana sedap walaupun cuma biasa-biasa.

"Maaf sebab saya cuma sediakan biskut dan air kosong untuk makan malam ni. Saya tahu tak mengenyangkan tapi sekurang-kurangnya perut kita terisi. Saya tak mahu dengar orang-orang mengata sebab makan tapi tak bayar" Ujar Siyeun kepada mereka.

"Juno tahu kenapa Taehan hyung sengaja buat cerita. Dia taknak kita makan satu meja dengan dia" Balas Juno sambil mengigit biskut yang tinggal sikit.

"Eomma sedih sebab kamu tak dapat makan sedap-sedap. Kamu suka seafood kan? "

Juno mengganguk..

"Alah, nanti Juno dah besar boleh belikan seafood untuk eomma dengan appa. Kita tak payah mengharapkan belas kasihan orang lain lagi" Balas Juno dan habiskan biskut di tangan.

Siyeun senyum tawar dan membelai wajah anak sulungnya.

"Juno, eomma takut kalau eomma tak dapat melihat kamu membesar depan mata eomma. Eomma harap kamu boleh jaga diri baik-baik kalau eomma dah takde nanti" Siyeun mengecup dahi Juno dan letakkan kepala Juno di bahunya.

"Eomma, jangan cakap macam ni. Juno nak beli macam-macam untuk eomma. Appa pun sama, Juno nak belikan kerusi roda yang canggih untuk appa kalau Juno dah besar" Juno cuba tahan dari menangis.

"Tta-tak..ppa-payah..lah bbe-belikan kke-kerusi..roda uu-untuk ap-appa.." Jeno menggeleng, dia tidak mahu anaknya terlalu kuat bekerja bila sudah besar.

"Eomma cakap macam tu, sebab eomma tak tahu bila eomma akan meninggal. Sebab tu eomma pesan awal-awal" Ujar Siyeun lagi.

Juno mengigit bibir dan memeluknya dengan erat.

"Eomma, Juno tak mahu eomma pergi. Juno nak eomma. Nanti Jena tak dapat minum susu eomma" Juno menggeleng.

"Kita berdoa ya? Supaya umur kita dipanjangkan, dapat bersama-sama" Siyeun memegang mukanya lalu cium pipinya. Juno senyum dan lap airmata yang hampir keluar.

Siyeun mengusap belakang badannya dan Juno mengerang kesakitan. Siyeun berhenti apabila Juno menjerit kecil.

"Kke..kenapa ni?" Siyeun pandang muka Juno yang cuba tahan sakit.

"Ssa-sakit..eomma" Juno menggengam baju sendiri.

Siyeun membuka baju Juno dan terkejut melihat kesan rotan di badannya. Siyeun menggeleng tidak percaya.

"Kenapa badan kamu berbirat ni? Eomma dengan appa tak pernah pukul kamu" Siyeun menangis.

"Juno kena rotan sebab bulan ni tak bayar yuran bulanan 600. Cikgu tanya kenapa lambat bayar, bila Juno jawab baik-baik. Cikgu rotan lagi, tapi Juno tak menangis. Sebab Juno lelaki, kena kuat"

Siyeun menangis lagi selepas mendengar apa yang diceritakan oleh anaknya.

"Eomma akan cari kerja, eomma akan bayar semuanya. Kamu takkan kena marah dengan cikgu kamu lagi selepas ni" Ujar Siyeun.

"Jangan, biar Juno yang kerja. Eomma duduk kat rumah jaga appa dengan Jena"

"Sse-sepatutnya.. ap-appa yya-yang.. ppa-patut.. ssa-sara kka-kamu.. " Jeno menitiskan airmata kerana telah buat anaknya susah.

"Takpelah, biar eomma yang kerja. Juno kena belajar, appa mesti tak larat nak buat sebarang kerja" Balas Siyeun.

"Tapi, Jena macam mana? " Juno memandang adiknya yang sedang tidur dalam buaian.

"Nanti eomma fikirkan macam mana" Siyeun senyum nipis.

Selepas mereka selesai makan, mereka mengemas meja dan lebihan makanan disimpan dalam peti ais supaya esok boleh makan lagi.

Ada yang telah balik awal kerana ada yang tidak tahan mengantuk atau anak buat hal.

"Haechan, tolong beri duit ni kepada Jeno. Noona cuma mampu bagi 300 je sebab kewangan mak mentua noona jaga. Noona tak boleh bagi 600 untuk yuran Juno atau keperluan Jena" Renjun menyerahkan duit dalam sampul tangan supaya orang tidak nampak.

"Duit yang noona bagi ni cukup, sebab kami akan tanggung sepenuhnya. Kalau kami lambat bayar, mungkin kami terlambat " Haechan menyimpan dalam poket seluar.

"Tak apa-apa ke kalau bayar lambat? Tak marah ke cikgu atau pemandu van? " Soal Renjun kerana bimbang.

"Diorang faham, jangan risau lah" Balas Haechan tanpa mahu beritahu hal sebenar.

"Bagi tahu? Jangan guna duit untuk benda lain. Noona hempuk kepala tu nanti. Noona balik dulu, noona akan datang lagi kalau singa (Jisung) tu bagi izin" Renjun mencium pipi Haechan dan memeluk kali terakhir sebelum balik.

Haechan melambai pada Renjun yang sedang menunggu anak-anak yang tengah pakai kasut.

Haechan menutup pintu dan menoleh ke belakang dimana meja dan kerusi telah disimpan didalam stor.

"Mama, Renjun bagi duit, suruh bagi Jeno untuk beli keperluan atau barang sekolah Juno" Haechan berikan pada Saera tetapi Saera menggeleng tidak mahu mengambil.

"Kamu pergilah bilik dia, pujuk suruh makan sekali. Mama akan panaskan makanan untuk mereka kalau mereka dah keluar" Ujar Saera.

Haechan mengangguk dan pergi ke bilik Jeno.

"Jeno, noona ada bagi duit ni. Untuk kau, sikit je tapi kau ambil lah. Nanti noona sedih kalau kau tak ambil. Juno, mari makan dengan pakcik. Banyak makanan kat luar" Haechan mengetuk daun pintu dengan lembut.

Juno bangun dari riba Siyeun apabila dengar namanya dipanggil.

"Eomma, pakcik suruh Juno keluar " Juno memandang Siyeun seperti meminta keizinan.

"Keluar lah, kamu mesti lapar. Nak makan nasi, jangan risaukan eomma" Siyeun mengganguk memberi izin.

Juno membuka pintu sedikit, memandang muka Haechan yang berdiri di depan pintu.

"Bagi duit ni kat eomma, lepastu kita makan bersama-sama" Haechan merendahkan badan sama dengan ketinggian Juno. Juno ambil duit itu dan tutup pintu.

Selepas berikan kepada Siyeun, Juno keluar semula. Haechan pegang tangan kanan Juno membawa ke dapur untuk makan. Haechan memberikan kerusi kepada Juno untuk duduk.

"Makan banyak ya, kamu mesti lapar. Pukul 12 baru makan ya? " Saera meletakkan lebihan shellout, ayam masak telur masin, ayam goreng, nasi yang dipanaskan dalam microwave serta air coklat yang baru dibancuh.

"Bbo-boleh.. ke..?" Soal Juno melihat banyak makanan dihidangkan.

"Mestilah boleh" Ujar Taeil yang datang ke dapur.

Juno cuba ambil makanan tapi tangannya terketar-ketar kerana takut.

"Sini, biar pakcik tolong kamu" Haechan ambil nasi dan letakkan lauk di pingannya.

Sebelum makan, Juno memandang sekeliling rumah kerana takut jika Taehan ada dan akan memberikan pandangan tajam.

Juno hanya memandang makanan didepannya. Tidak menjamah kerana ibubapanya tiada.

"Makanlah, kami tak marah-marah. " Ujar Saera melihat Juno masih takut-takut.

"Ttak-takde orang kan sini selain korang? " Soal Juno sambil memandang tingkat atas.

"Mestilah takde, janganlah takut" Balas Taeil kerana hairan. Juno kelihatan takut dengan seseorang sehingga tidak mahu makan.

Juno cuba menyuap makanan ke dalam mulut tetapi tidak boleh kerana tangannya masih terketar-ketar.

Haechan mengambil pinggan itu lalu menyuap Juno makan. Juno pada mulanya ragu-ragu, terus makan yang disuapkan Haechan.

Tetapi baru satu suap, Juno telah menggeleng tidak mahu.

"Kamu baru makan sikit, makan lah lebih lagi" Saera cuba memujuk.

"Kalau eomma dengan appa takde, Juno takde selera nak makan. Diorang pun belum makan " Juno menolak suapan dari Haechan.

"Kamu panggil mereka boleh tak? Mungkin dengar kamu pujuk boleh" Ujar Taeil.

Juno bangun dan membuka pintu, Juno tarik tangan Siyeun untuk keluar.

"Takde dia ke? Eomma takut dia ada" Ujar Siyeun sambil memerhati di luar.

"Taehan hyung takde lah eomma, Kita-kita je yang makan" Kata Juno.
Taeil terkejut, kenapa mereka sebut nama anaknya?

"Eomma tolong appa dulu, kamu ambil Jena. Dia dah bangun" Kata Siyeun. Juno masuk untuk ambil adiknya.

Kemudian Siyeun dan Juno keluar, mereka duduk di kerusi. Juno sambung makan sambil mendukung Jena dengan satu tangan ekoran satu tangan yang lain pakai penyokong. Haechan suapkan Juno seperti biasa.

Siyeun memandang sekeliling, barulah makan. Kelakuan mereka membuatkan ramai yang pelik.

Mereka akan pandang sekeliling dulu baru makan. Saera cuba suap Jeno tapi Jeno memalingkan muka, tidak mahu menjamah.

"Siyeun, kenapa tak makan tadi? Kami kebosanan lah kamu takde tadi" Ujar Saera sambil mencuba menyuap Jeno makan. Jeno masih lagi tidak mahu.

"Kami takut makanan tak cukup, sebab tu kami duduk kat dalam bilik. Lagipun tempat dah tak cukup. Nanti makin sempit kalau kami ada tadi" Ujar Siyeun lalu memakan sesuap nasi lagi.

"Eh takdelah, banyak lagi ruang. Cukuplah tadi, makanan pun banyak tak habis" Ujar Saera, akhirnya Jeno makan yang disuapkan oleh Saera.

Juno telah habiskan satu pinggan. Dia tidak makan banyak hari ini dan hanya makan sandwich dan biskut untuk alas perut.

"Tambahlah lagi, sedap ni" Ujar Haechan.

"Juno kena tinggalkan untuk orang lain. Mana tahu Pakcik Haechan nak makan lagi ke, Pakcik Taeil lapar ke" Balas Juno yang membuatkan mereka menggeleng.

"Kami dah makan banyak, tambahlah lagi. Sedap ni" Haechan letakkan ayam goreng di pinggan. Juno berikan Jena kepada Taeil. Lalu makan lagi kerana lapar.

Siyeun telah habis makan dan ambil alih menjaga Jena.

"Juno, kenapa kamu sebut nama Taehan? Kamu dengan dia ada masalah ke?" Soal Taeil lalu menyilangkan tangan di dada.

Soalan Taeil membuatkan Juno hampir tercekik. Haechan berikan air supaya tidak tercekik.

"Mana ada Juno sebut Taehan hyung, Juno cakap dengan eomma 'takde orang' . Bukannya 'takde Taehan hyung'. Pakcik Taeil salah dengar ni" Ujar Juno supaya Taeil tidak tahu.

"Betul lah apa yang dia cakap tu. Tapi janganlah tanya Taehan. Dia tak tahu apa-apa. Terima kasih, kami dah selesai makan" Siyeun menolak kerusi roda Jeno menuju ke bilik. Juno mengambil Jena dan masuk bilik semula.

Taeil memandang bilik mereka dari jauh. Mereka yakin yang sebenarnya Jeno,Juno dan Siyeun ada masalah dengan Taehan. Cuma mereka menafikan supaya tidak berlaku pergaduhan yang boleh menyebabkan hubungan keluarga pecah belah.

-TBC-

Orang kata, makin panjang chapter makin best. Tapi bila aku buat, takde yang baca pun huhu.

Aku stress lah, nak tulis Jena mesti jadi Kena.

Kena betulkan banyak kali (--〆)

Continue Reading

You'll Also Like

171K 7.3K 44
[𝘨𝘢𝘺 / 𝘣𝘰𝘺𝘴𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺] : "I - I'm em ... I'm pregnant Niel." "You must be kidding me" [ 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙨𝙖 𝙢𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨...
again By iza

Fanfiction

608 263 20
Masih tak terlambat lagi untuk memulakan semuanya semula.
34.6K 2.6K 151
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
50.6K 240 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...