Mr. Doktor I love you

By thenurulaisyah

1M 31.6K 540

Irdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
AUTHOR NOTE
AUTHOR NOTE 2.0
AUTHOR NOTES 3.0

MDILY RAYA

18.3K 416 24
By thenurulaisyah

[8815 words]

KEK yang disuap oleh Irdina sudahpun habia dimakan. Airnya juga disedut dengan habis. Rasanya, dia sudah makan banyak hari ni. Pagi, makan roti canai dua keping. Tengah hari pula makan nasi ayam dua pinggan. Petang, inilah yang dia makan. Kek dan juga minuman blended.

Stres. Itu yang boleh diungkapkan sekarang ini. Sebab itulah dia makan tak ingat dunia. Kalau boleh, dia nak telan juga dengan pinggan dan garfu. Geram betul.

"Sayang, banyaknya sayang makan!" Nazran yang menyedarinya pun terbeliak matanya. Kenapa dengan isterinya pun dia tak tahu.

"Stress." kening Irdina berkerut.

"Kenapa sayang stres?" Prihatin Nazran. Dia asyik melihat Irdina sebegitu. Takut dia melihat Irdina yang sedang serius.

"Nak tahu tak..."

"Okay, kita mulakan dengan agenda pertama kita." Mesyuarat para ahli-ahli lembaga pengarah untuk mengambil keputusan untuk tindakan Irdina.

Irdina dihukum atas kesalahan mengabaikan pesakitnya sendiri. Pada masa itu, pesakitnya mahu bersalin tetapi kedudukan bayi di dalam uterus dalam keadaan songsang. Jadi, dia mengambil keputusan untuk membedah pesakit itu menggunakan prosedur C-section. Pada masa yang sama, ada peaakitnya yang mengalami sawan. Ketika itu, Irdina masih berada di dewan bedah. Tiada orang yang bertanggungjawab ke atas pesakit sawan. Nasib baik, ada seorang doktor pelatih yang mengambil alih tugas itu. Dan nasib baik juga, pesakit itu hidup.

"Kami sudah sebulat suara ingin memberitahu keputusan yang telah kami bincangkan." Fail itu dibuka lalu dibaca isi di atas kertas.

"Hukuman yang dijatuhkan ke atas Dr. Irdina binti Adam ialah digantung kerja selama sebulan atas kesalahan mengabaikan pesakit." Irdina menunduk malu. Kenyataan itu membuatkan dia malu. Tetapi dia bukan yang perlu dipersalahkan. Mana ada manusia yang buat kerja dalam satu masa!

Semua ahli lembaga pengaraha mengangguk tanda setuju. Mereka menoleh ke arah Irdina. Irdina dengan lagak biasanya menunduk hormat kepada semua ahli lembaga pengarah.

Dia keluar dari bilik mesyuarat itu. Dia tidak mahu lama-lama di situ. Penat nak tengok muka hipokrit di setiap ahli lembaga pengarah tersebut. Ada yang mahukan keuntungan dari hospital dan ada juga yang menyeleweng duit hoapital.

"It's okay, Dina. Kau cuma diberi cuti je. Bukannya gantung kerja. Takpe. Inilah masanya kau ambil peluang untuk jadi suri rumah, kan? Yes, kau boleh jaga Aira dengan Harraz. Lagipun, esok nak puasa. So, takdelah nak kelam-kabut kejar masa. Boleh buat persiapan. Yes, good idea." Kata Irdina untuk menyedapkan hatinya.

"Sebulan cuma empat minggu je. Pejam celik pejam celik, sah empat minggu. It's okay." Katanya sebelum melangkah dari pejabat pentadbiran di situ.

Kini, dia sudah bersemangat untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa dalam tempoh satu bulan. Ya, dia masih lagi baru dengan keadaan itu tetapi dia perlu biasakan dirinya dengan persekitaran yang tidak sibuk seperti di hospital. Lebih tenang di rumahnya.

"Sebab tulah sayang stres. Abang, sayang kena gantung kerja." Rengek Irdina seperti bayi kecil. Haih, mak orang pun macam anak orang.

"Okaylah tu. Anggap je tu cuti rehat untuk sayang. Sayang bolehlah jadi fulltime house wife." Nazran sudah menepuk tangannya. Bangga akan isterinya yang akan menjalani kehidupan suri rumah.

"Suri rumah eh? Alah!" Rengek Irdina. Nazran hanya tergelak.

~~~

SUDAH pukul 5:00 pagi. Irdina memeriksanya di i phone dalam keadaan mamai. Dia menggosok matanya. Kejap, kenapa aku kunci jam pukul lima? Bukan ke pukul empat? Tapi kenapa aku kunci jam?

Ya Allah, sahur!

Irdina tepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa ni? Dia mengejutkan Nazran. Berkali-kali dia menepuk dada Nazran.

"Abang, bangunlah. Kita nak sahur ni." Tak bangun juga Nazran sebaliknya dia mengambil bantal peluk lalu peluk dan tidur dengan nyenyak.

Tak boleh jadi ni. Irdina terus ke dapur untuk mencari alternatif yang lain. Di kabinetnya dicari sesuatu yang ringkas dan pantas untuk memasak. Maggi kari.

Dia mengambil bungkusan maggi kari. Jadilah. Buat alas perut. Daripada takde apa-apa. Nak menanggung gastrik?

Masukkan maggi, masukkan serbuk maggi tersebut dan pecahkan telur. Sudah. Dia segera menghidangkan di atas meja.

"Abang! Jom turun bawah. Sahur!" Laung Irdina. Semenjak jadi anak kepada dua orang anak ni, vokal suaranya mengalahkan Misha Omar. Tak payah pergi kelas vokal. Dekat rumah dah siap dengan pakej latihan menjerit apabila anak tidak dengar cakap.

Nazran dalam keadaan mamai turun ke bawah untuk sahur. Dipegangngya pemegang tangga itu sehingga ke bawah.

Mereka segera duduk membaca doa makan. Irdina sibuk dengan menuang air. Nazran pula tersengguk-sengguk makan dalam keadaan mengantuk.

Irdina minum air. Diambilnya garfu untuk menyuap maggi ke dalam mulut. Tetapi,

Allahhuakbar, Allahhuakbar!

Laungan azan yang berkumandang itu mematahkan semangat mereka untuk bersahur. Mana taknya, dah tak boleh makan. Irdina dan Nazran hanya mengeluh sahaja.

"Sayanglah ni, kenapa tak kejut abang bangun awal?" Nazran menjengilkan matanya.

"Amboi, Dina bangun ni cukup bersyukur. At least, abang dapat telan seteguk air. Dina terbangun pukul lima. Takkan tu salah Dina?" Pergaduhan bakal bermula.

"Eh, lain kali kunci jam pukul tiga pagi. Senang nak masak nanti. Yang pergi kunci jam pukul lima kenapa?"

"Eh, salah abanglah tak kejut Dina!"

Ewweeerrrrkk (bunyi tangisan bayi. Bukan muntah ye)

"Tengok, Hazran dah bangun dah!" Irdina dengan pantasnya naik ke atas untuk menyusukan Hazran. Nazran pula menggaru kepala. Bila nak bergaduh dengan perempuan, memang tak ada chance lah kau nak menang.

~~~

BAGASI-BAGASI ditolak keluar oleh Nazran. Mereka pun sudah bersiap untuk pindah ke rumah. Memandangkan Irdina digantung kerja sebulan, mereka bercadang untuk berpindah ke Shah Alam selama sebulan. Lagipun Nazran
ada urusan di HQ Megah Holdings.

"Aira, let's go! Kita dah nak gerak ni!" Panggil Irdina sambil menggendong si kecil, Hazran. Nasib baiklah Hazran tidak banyak ragam hari ini. Kalau tak, dia punya nangis tu, masyaAllah! Tak boleh bawak pujuk. Perangai ni mesti turun dari Irdina ni.

Mereka sudah keluar dari rumah. Nazran mula mengunci pintu. Irdina pula memasukkan anaknya ke dalam kereta. Hazran diletakkan di babysit. Aira pula dipakaikan tali pinggang untuk tujuan keselamatan.

Nazran menolong Irdina dengan mengisi bagasi-bagasi untuk masuk ke dalam bonet kereta. Usai sahaja, mereka masuk ke dalam kereta untuk bergerak ke destinasi seterusnya.

"Mama, kita nak pergi mana?" Tanya Aira.

"Kita nak pergi rumah papa."

"Rumah papa? Dekat mana?"

"Dekat Selangor. Nanti kita jumpa wan ye." Kata Nazran. Wan ialah panggilan kepada Datin Najihah. Memang Datin Najihah mahu cucunya memanggil dengan panggilan wan.

"Yeay! Jumpa wan. Tak sabarnya." Terlebih riang Aira. Irdina pun sama. Sudah lama dia tidak bertemu dengan ibu mertuanya. Rasa rindu pula. Dialah mak mertua yang paling baik. Sesetengah mak mertua, mulut macam puaka. Mohon dijauhkanlah perkara-perkara sebegitu.

"Haih, dia pun macam Aira. Terlebih eksaited." Sindir Nazran.

"Mestilah. Dah lama tak jumpalah katakan." Nazran fokus dengan pemanduannya.

Mak mertua kesayangan, tunggu kami!

~~~

DESTINASI yang ditujui telah pun tiba. Rumah bangli yang ditinggalkan oleh Nazran dijaga rapi oleh Pak Majid, tukang kebun.

Kereta mereka menjalar masuk ke rumah apabila pagar automatik itu dibuka. Irdina sudah membuka tali pinggangnya. Tak sabar mahu melihat rumah mereka.

Dia mengeluarkan Aira dan Hazran dari kereta. Hazran digendong oleh Irdina. Nazran pula terkocoh-kocoh membuka pintu akibat teruja mahu memberi anaknya melihat rumah mereka.

Nazran membuka pintu utama rumah banglo. Mereka masuk selepas memberi salam. Rumah banglo ini rumah yang paling awal Nazran dan Irdina mencipta memori bersama.

Irdina melihat disekelilingnya. Perubahan perabot ada cuma tidaklah berubah 100%. Cuma sedikit perubahan seperti gubahan bunga diletakkan di atas meja. Sebelum ini, gubahan bunga itu terletak di lantai sahaja.

Aira sudah berlari melihat rumah itu. Rumah yang didudukinya tidaklah sebesar rumah banglo ini. Cuma selesa untuk membuat tempat berteduh.

"Inilah rumah kita, sayang." Nazran merangkul bahu Irdina. Sejujurnya, dia mahukan Irdina duduk di sini tetapi disebabkan kerja, dia terpaksa beralah.

"Rumah di mana kita mencipta memori bersama." Sambung Irdina. Nazran hanya tersenyum bahagia.

"Jomlah, kita angkat baeang dulu baru buat abang jadi tour guide dekat rumah ni."

"Tapi sayangkan dah tahu selok-belok rumah ni. Tak payahlah nak jadi tour guide sangat." Tolak Irdina.

"Abang baru nak tunjuk yang abang deko bilik anak kita. Satu bilik Hazran, satu bilik Aira." Nazran merungut. Penat-penat aku tempah ID untuk deko semua ni, dia tak nak tengok pulak.

"Ya, but angkat beg dulu. Sayang penatlah angkat Hazran ni." Irdina duduk di sofa. Penat juga menggendong Hazran memandangkan dia sudah lima bulan dan beratnya mencecah 7kg. Makan apa budak ni?

~~~

HIDANGAN yang telah dimasak untuk berbuka telah pun dihidangkan di atas meja. Sementara itu, Irdina bolehlah mengambil gambar untuk diberi kepada Hani.

Gambar sudah dihantar. Hani membalas whatsapp itu.

Sedapnya. Kau ni, menggugat iman aku jelah!

Irdina tergelak.

Kau ni, sabarlah. Lagipun nak berbuka, kan? So, aku ni ada ke bakat? Aku ingat nak masuk masterchef lah.

Beranganlah kau ni. Kau ingat kau boleh kalahkan si Gordon Ramsay tu? No way, baik kau duduk hospital rawat orang.

Oh ya, cerita pasal hospital ni buat aku teringat dekat hukuman aku. Aku kena gantung kerja sebulan.

What?! Sebulan? Takkanlah.

Yelah, aku kena gantung. Takkan aku nak tipu kau.

Sekarang ni kau buat apa?

Aku ikut suami aku pergi Shah Alam. Lagipun dah lama tak duduk dekat rumah dia. Rindu :)

Rindu sangat. Eh dahlah. Aku nak buka dengan laki aku. Kalau lebih lauk kau, tapaulah sikit ;)

Hahahahahaha. Nanti aku jemput kau iftar.

Alhamdulillah. Tak payah masak.

Irdina tergelak. Hani,pantang dipuji. Mesti nak ambil kesempatan.

"Amboi, gelak nampak. Ada boyfriend baru ke?" Sindir Nazran. Macam borak dengan boyfriend je tengok gaya Irdina.

"Sayang mana ada boyfriend. Sayang ada girlfriend je, Hani." Dia menutup i phone dan meletakkan ke tepi.

"Ouh, ada girlfriend rupanya. Habis yang depan sayang ni siapa?"

"Abanglah. Takkan Aira." Usik Irdina. Muka Nazran sudah cemberut.

"Alah Aira ni, janganlah marah. Meh duduk." Irdina mencubit dagu Nazran yang disangka Aira. Nazran merengus.

"Jomlah duduk. Nak berbuka ni." Nazran akur lalu duduk. Dia bersedia untuk berbuka. Banyak dendamnya hari ini. Dendam pada makanan dan dendam pada Irdina.

~~~

IRDINA memeriksa makanan yang ada di dalam peti sejuk. Dia juga memeriksa lebihan makanan yang ada di bawah tudung saji. Tak ada!

Irdina mengeluh. Dia mencari idea apakah yang perlu dimasak pagi-pagi buta ni. Jam dah pukul 5:20 pagi. Tak sempatlah jawabnya.

Nazran muncul di dapur. Dia menyandar ke dinding dalam keadaan dia mamai. Dia menggosok matanya.

"Sayang, dah masak ke?" Irdina menggeleng.

"Abang yang makan sampai habis eh lauk berbuka semalam?" Irdina mempincingkan matanya.

"Yeke? Entahlah." Selamba badak je si Nazran ni. Irdina menggeleng kepala.

"Maknanya awak dah sahur lah tu. Dahlah, pergi minum air. Dah nak imsak ni." Arah Irdina. Nazran pula akur. Segelas air pun sudah memadai. Cukup untuk mengambil berkat.

~~~

IRDINA melihat keadaan Nazran yang terbaring di sofa sambil memegang perutnya yang sakit. Berkerut-kerut dahi Nazran menahan rasa pedih di perut.

Irdina pula tak sampai hati melihat keadaan Nazran. Takut-takut dia gastrik ke atau perut dia pedih hulu hati ke. Takut parah pula nanti.

"Abang, abang okay tak?" Irdina mengusap belakang Nazran.

"Abang okay."

"Abang nak buka ke?"

"Takpelah. Dah pukul lima ni. Sikit je lagi. Sayang okay ke tak sahur?" Irdina tersengih bagaikan kerang busuk.

"Sayang cuti." Bunyinya seperti berbisik. Nazran mengeluh. Senangnya jadi orang perempuan.

"Okay, sayang nak pergi dapur. Nak masak." Irdina mahu ke dapur. Tetapi tangannya ditahan oleh Nazran.

"Awalnya masak."

"Dah lupa ke? Harini kan Hani dengan Iskandar nak datang." Ya, memang mereka mahu datang. Disebabkan mereka mahu berjumpa. Alang-alang sudah berpindah di sini, datang jelah dekat rumah ni.

"Ouh, yeke?"

"Yelah. Dahlah. Abang rehat." Arah Irdina. Dia segera masuk ke dapur.

Ting Tong!

Bunyi loceng mengejutkan Nazran dan Irdina. Dengan pantas, Irdina mencapai tudung yang senang dipakai lalu ke ruang tamu untuk melihat tetamunya.

Iskandar dan Hani.

Mereka terus bersalaman. Lama tidak jumpalah katakan.

"Kau apa khabar?" Tanya si Irdina dengab penuh prihatin.

"Baiklah. Kau pulak?"

"Aku sihat walafiat ni. Eh jomlah masuk. Iskandar, Nazran ada dekat dalam." Iskandar menbuntuti mereka untuk masuk ke dalam. Kelihatan Nazran di ruang tamu, dia terus menapak ke situ.

Hani dan Irdina pula ke dapur. Entah apa yang nak dibincangkan pun tak tahu. Hal perempuan.

"Wey bro, lama tak nampak batang hidung!" Sergah Iskandar. Nazran bangun dan berpura-pura tidak sakit walaupun sakit perut.

"Eh kau. Lama sampai?" Mereka duduk di sofa.

"Haih, takkan tak nampak aku datang tadi?" Diserang pelik terhadap Nazran ni. Kenapa dengan dia?

"Ouh, tak perasan pulak."

"Memanjang tak perasanlah kau ni. Bila balik sini?" Iskandar segera mengubah topik.

"Kelmarin."

"Haih, bini kau cuti ke?"

"Kena gantung kerja sebulan."

"Hah?!" Terkejut Iskandar dibuatnya. Dengan kenyataan Nazran itu, Iskandar tidak percaya bahawa Irdina digantung. Bukan apa, Irdina memang sudah cukup dikenali dengan kecekapannya merawat pesakit tetapi kenapa dia digantung.

"Tak payah buat terkejut sangatlah. Aku yang suami dia pun tak terkejut." Sindir Nazran. Iskandar beriak selamba.

"Apasal dia kena gantung pulak?"

"Dia abaikan patient dia. Alah, senang cerita si Dina masa tu tengah ada operation, at the same time ada patient dia sorang lagi tu terkena sawan. Tapi aku tak faham jugaklah dengan managment hospital tu. Dia ingat manusia boleh buat dua kerja dalam satu masa ke?" Marah Nazran. Sabar Nazran. Bulan Ramadan.

"Benda tak expect pun. Bukannya siapa yang jangka pun semua tu berlaku." Iskandar pun mengiyakan saja.

"Eh, dah nak asar ni. Jomlah solat." Iskandar mengangguk. Mereka naik ke atas untuk mendirikan solat.

~~~

LAUK yang dimasak oleh Irdina dikacau oleh Hani. Masak lemak ayam cili padi perlu dikacau supaya santan tidak pecah.

Irdina memasukkan kentang. Hani pula mengacau. Kacau dan kacau. Itu jelah kerjanya.

Semuanya sudah siap jadi Irdina bersandar di sinki. Dia mula melihat Hani yang sedang mengacau itu.

"Anak kau tak datang?" Hani menoleh ke arah Irdina.

"Mak aku yang jaga. Rindu sangat dengan cucu dia. So, aku pun tak lepaskan peluanglah untuk dating dengan Iskandar kejap. Dapatlah usha baju raya." Hani gelak jahat.

"Kau ni, kesempatan dalam kesulitan betul." Irdina tergelak.

"Anak kau dekat mana?"

"Anak aku dekat atas. Tengah tidur dua-dua."

"Nak jumpa anak kau yang nama dia Hazran lah. Aku tengok kau post dekat igstory aku rasa geram. Nak cubit pipi dia. Comel sangat!" Irdina tergelak. Hani memang suka budak-budak. Kalau jumpa budak-budak, atomatik dia akan menjadi budak-budak juga.

"Siapa nama adik ipar kau tu?" Hani mengubah topik. Dah lama tak bertemulah katakan. Habis tujuh keturunan diceritanya.

"Zariff. Kenapa?"

"Zariff dengan adik kau duduk mana?"

"Zariff duduk dekat Johor. Isya pulak dekat KL. Dia kerja dengan HKL."

"LDR?"

"Nak buat macam mana? Isya tu degil. Dia suruh Zariff tukar kerja duduk dengan dia dekat KL. Zariff pulak suruh Isya duduk dekat Johor. Kau rasa, tak peninga aku sebagai kakak nak jadi pemujuk antara dua orang ni? Aku rasa macam pusat kaunseling rumah tangga pulak." Hani tergelak.

"Eh, macam dah masak je ni. Kentang pun dah empuk." Hani memicit pada kentang itu untuk rasa sudah masak atau tidak.

Irdina segera mengambil sudu untuk merasa. Diambilnya sedikit untuk rasa cukup atau tidak masinnya.

"Sedapnya." Hani menepis Irdina. Dahinya berkerut seribu. Ish, tak puasa ke mak budak ni.

"Ouppss, sorry. Aku PMS lah." Irdina tersengih.

~~~

PERJALANAN untuk ke Shah Alam seksyen 7 hanya memakan masa 15 minit sahaja. Itu kalau tidak sesak di jalan. Kalau sesak, mahu memakan masa 45 minit untuk pergi ke situ. Tempat itu menjadi orang ramai untuk mencari pakaian untuk hari raya.

Mereka bercadang untuk membeli baju raya memandangkan Nazran cuti. Di seksyen 7, pelbagai baju ada terjual di sini. Senanglah mahu cari memandangkan semua ada di sini.

Begitu eksaitednya mak budak yang mahu memilih tema raya tahun ini. Tak sabarnyaaa!

Usai memakir, mereka keluar dari kereta. Nazran menggendong Hazran manakala Irdina pula memimpin Aira.

Dia menapak di kedai yang berhampiran dengan mereka. Kedai itu menjual baju raya mengikut trend sekarang. Irdina mula berminat dengan baju itu.

Baju kebaya bercorak batik itu dipegang oleh Irdina. Di wajahnya, terpancar senyuman. Dia suka akan baju itu.

"Tahun ni tema batik nak?" Tanya Irdina dengan penuh kesungguhan.

"Oh no, abang tak suka batik. Abang nak baju melayu jugak." Irdina merengus. Nazran pula selamba je. Pujuk pun tak nak.

"Sekali-sekala kita pakailah tema lain." Balas Irdina. Keningnya sudah berkerut.

"Sayang, takkan abang nak pakai kemeja batik?"

"Apa salahnya?"

"Tak nak. Abang nak pakai baju melayu jugak. Sayang tak tahu ke, bila abang pakai baju melayu, mesti abang handsome." Bibir Irdina mencebik.

Irdina mula mencari baju yang lain. Matanya meliar-liar mencari baju yang sesuai. Susah-susah, baju kurung je aku pakai.

Baju kurung moden pendek dipadangkan dengan kain yang mempunyai potongan ropol itu menarik minat Irdina. Baju itu pantas dipegang oleh Irdina. Wajahnya kembali dengan senyuman yang gembira.

"Yang ni?" Irdina menayangkan baju itu.

"Okay, but takkan warna pink?" Nazran memang gelilah dengan keluarga warna pink ni. Hesy, pantang ada di depan mata.

"Ada warna dark blue." Irdina menyelak baju yang bergantung di bahagian belakang. Terdapat warna biru dan itu sahaja pilihan warna baju itu.

Nazran mengangguk tanda iya. Dia pun tersenyum gembira. Tema raya dark blue kali ini. Sedondon lah gamaknya.

~~~

USAI berbuka, Nazran membayar di kaunter. Irdina pula menguruskan anak-anaknya. Digendong Hazran dan dipegang tangan Aira supaya tidak hilang.

Selepas pekerja itu memulangkan baki, terus Nazran meletakkan duitnya di dalam dompet. Tetapi, dompet itu terjatuh pula akibat seseorang melanggar bahunya.

"Sorry, I tak sengaja." Dengan serba salah, gadis itu meminta maaf.

Nazran hanya mengangguk saja. Tidak marah dan tidak mula melenting. Nazran hanya tersenyum saja.

"It's okay." Balas Nazran. Gadis itu memandang muka Nazran. Dahinya berkerut seribu. Nazran pula pelik. Hidung dah takde ke?

"Hey, Nazran!" Gadis itu terkejut.

"You kenal I ke?" Dengan bersopan-santun, dia bertanya sedemikian. Setahunya, dia tak pernah pula jumpa perempuan ini.

"Apa pulak tak kenal? I lah! Aina." Penuh keyakinan gadis yang bernama Aina itu memperkenalkan dirinya.

"Aina, CEO Jaya Holdings?" Dia segera mengingati Aina. Rupanya teman sekerjanya.

"I lah tu. You dah lupa I eh." Usik Aina.

"Sorrylah. You pakai tudung ni, sebab tu I tak cam muka you. By the way, since when you berhijab?"

"Since bulan Ramadan ni. I nak cuba-cuba pakai. Mana tahu nanti dah terbiasa. Lagipun I nak berubah. Berubah ke arah kebaikan." Terangguk-angguk Nazran mendengar. Alhamdulillah, berubah juga. Kalau dulu, Aina gemar memakai baju yang tidak cukup kain. Katanya, fesyen berhijab tidak setanding dengan dunia korporat.

"Alhamdulillah. I harap you berubah ke arah kebaikan." Aina tersenyum.

Muncul Irdina di situ. Dengan membawa anaknya dan mukanya cemberut. Dia berdehem.

"Sayang, kenalkan Aina. Aina, this is my wife." Irdina senyum paksa.

"Hai, Irdina." Aina menghulurkan untuk berjabat tangan. Irdina pula menyalam si Aina.

"Just call me Dina."

"Anak you all ke?" Dia mula bermain dengan Hazran.

"Yup. Aira dengan Hazran." Jawab Nazran. Tersenyum dia melihat Aina bermain dengan Hazran.

"Okaylah, I nak balik dulu. Assalamualaikum." Dan mereka membalas salam itu. Muka Irdina tang tadi dengan senyuman sudah berubah kepada masam mencuka.

Nazran pelik dengan isterinya. Kenapa masam je? Tadi berbuka, elok je? Takkan mood swing kot?

"Sayang, jom." Ajak Nazran.

"Seronoklah jumpa perempuan tu." Nazran berubah statik. Satu petanda ni.

"Maksud sayang, Aina?"

"Lain kali, abang bawak Hazran atau Aira pergi mana-mana. Sayang tak nak dia orang salah anggap yang abang ni tak kahwin lagi."

Nazran tergelak.

"Mama jealous lah tu, Aira. Tahu dah mama ni memang kuat jealous." Kutuk Nazran. Aira tergelak.

"Gelaklah puas. Esok sahur terlepas, jangan salahkan orang." Irdina memberi amaran. Terus tawa Nazran mati.

Janganlah sayang. Tadi pun, sayang yang kejutkan untuk sahur. Terlepas sahur nanti. Dahlah abang sejenis tidur mati.

~~~

LAGU raya yang sering berkumandang di radio membuatkan perasaan mereka berkobar-kobar untuk beraya. Dinyanyinya lagu raya bertajuk Sesuci Lebaran oleh Irdina yang didendangkan oleh Dato' Sri Siti Nurhaliza. Feeling tokti lah si Dina oi.

"Sama-sama kita gembira. Bermesra tua muda dan juga ibu bapa, sahabat sanak-saudara, sama-sama kita gembira." Segala lenggok vokal Dato' Sri Siti Nurhaliza diikut oleh Irdina.

Hampir tergelak Nazran dibuatnya. Tetapi ditahankan juga untuk menjaga hati Irdina. Walaupun suara tidaklah sesedap mana tetapi hati kena jaga. Takut merajuk pulak nanti.

"Awalnya kita balik seminggu sebelum raya." Kata Nazran sambil fokus ke arah pemanduannya.

"Mestilah, daripada duduk rumah tapi tak buat apa-apa baik duduk rumah ibu. Banyak kerja so, takdelah bosan." Kata Irdina.

"Sayang dah plan nak buat apa untuk minggu terakhir ni?"

"Sayang plan nak banyak-banyakkan ibadah. Yelah, dah minggu akhir ni banyak-banyaklah bertaubat. Lepastu, nak tolong ibu buat kuih raya, kemas rumah, masak, berbuka bersama, buat dodol. Ya Allah, bestnya momen tu." Teringat dulu semasa Irdina kecil. Waktu seperti itulah yang dia rindukan.

"Nanti abang kacau dodol eh?" Pinta Irdina.

"Eleh, kacau dodol je, kan? Okay, abang buat." Besar betul kata-kata Nazran itu. Dia tak tahu ke, kacau dodol ni buat rasa nak berbuka pada tengah hari?

"Ouh, cakap besar eh? Okay, kita tengok." Irdina senyum sinis.

"So, keluarga sayang still buat ketupat atau rebus nasi impit?"

"Mestilah anyam ketupat lagi. Nasi impit ni keras. So, ketupat lagi lembut."

"Yeke? Family abang selalu tempah je. Senang lepastu tak memenatkan."

"Memang senang tapi kerjasama antara keluarga tulah yang mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga. Itu yang kita nak." Irdina mula berhujah.

"Yup, but family abang dah lama tak buat macam tu. Abang rasa masa abang 18 tahun lah kali terakhir kita orang buat tu. Time tu, ada arwah nenek. Lepas je dia meninggal, semua tak nak beraya sama-sama sebab pasal harta, dia orang bermasam muka." Terangguk-angguk Irdina mendengar Nazran bercerita.

"It's okay. Abang bolehlah dapat pengalaman dekat rumah ibu. Kat situ, baru abang tahu erti kerjasama." Pujuk Irdina.

Irdina menoleh ke belakang. Kelihatan Hazran sudah bangun dari tidurnya. Dia mula menangis. Sungguh, dia tidak selesa apabila diletakkan di baby sit. Tak selesa.

"Abang, berhenti dekat R&R kejap. Nak bagi Hazran makan." Nazran menoleh ke arah Irdina dengan tersenyum.

Dia mengambil lorong kiri untuk menyusur masuk ke R&R. Dipakirnya di dalam kotak kuning. Dia pun mahu berehat selepas memandu.

~~~

KETUKAN pintu mengejutkan Puan Iffah yang berada di ruang tamu. Dia segera ke pintu utama rumah itu untuk membuka dan melihat siapkah gerangan yang mengetuk itu.

Pintu dikuak dan dihadapan matanya sekarang ini ialah Irdina dan sekeluarga. Dipeluk Irdina dengan erat dan cucunya dicium untuk melepaskan rindu. Akhirnya balik jugak.

"Kenapa kau orang balik awal? Raya seminggu lagi kot." Puan Iffah dilanda pelik. Awal pula tu Irdina dan Nazran sampai.

"Saja. Nak spend time akhir bulan Ramadan ni dengan family." Kata Irdina. Nazran hanya mengiyakan.

"Hhmm, yelah. Jom masuk." Pelawa Puan Iffah.

Irdina dan serta keluarganya masuk ke dalam rumah itu. Nazran memimpin anaknya masuk ke dalam bilik mereka untuk menidurkan Aira dan Hazran. Irdina pula mahu duduk di ruang tamu.

Muncul Amirul sebelum mencuit bahu Irdina. Secara automatik, Irdina menoleh ke belakang. Terkejut dia melihat Amirul.

"Amirul!" Laung Irdina.

"Yelah aku ni. Tak payahlah kuat sangat kau jerit tu." Perli Amirul.

"Eh, bila kau balik Malaysia? Bila kau sampai sini? Buat apa kau duduk sini?" Mana girlfriend kau?" Satu persatu persoalan ditanya oleh Irdina. Pening juga Amirul mahu menjawab.

"Eh, satu-satulah. Kau ni pun." Irdina menggaru kepalanya yang tidak gatal seraya tersengih bagaikan kerang busuk.

"Aku balik sini kelmarin." Jawab Amirul.

"Kau duduk sini kenapa?" Kening Irdina dinaikkan di atas.

"Ishh kau ni, lupa lah tu. Rumah papa aku kan belum siap. So, aku tumpanglah rumah mak ngah ni buat sementara waktu."

"Mana mak long dengan pak long? Tak ikut sekali?"

"Mama papa aku ada dekat sana. Ada benda nak kena settle sebelum dia orang pindah Malaysia. Maybe, lepas raya kot dia orang balik." Amirul membuat andaian.

Amirul dan keluarganya menetap di Indonesia memandangkan mereka membuka perniagaan di sana. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke seberang negara jiran untuk menjaga empayar perniagaan mereka.

"Raya sorang lah kau." Perli Irdina. Amirul mencebik.

"Eh, aku raya dengan tunang akulah." Jawab Amirul. Padan muka kau, Dina. Ingat aku ni single dan selamanya single?

"Wah, tunang tak ajak! Eh, kau ni. Sekarang pandai berahsia eh. Dulu-dulu bukan main lagi main kahwin-kahwin dengan aku." Teringat Irdina pada zaman kanak-kanaknya yang bermain bersanding bersama Amirul. Kebetulan, Izhar menjadi pengapit mereka.

"Aku cucuk jarum je dulu. Nanti ada jodoh, baru aku kahwin." Tersipu-sipu malu Amirul dibuatnya. Bahang di pipi ditahannya.

"Nak kahwin dah sepupu aku ni. Untunglah. Muka handsome, pandai, kerja bagus." Puji Irdina.

"Ya Allah, memang dah pakej lengkap dah aku ni." Amirul masuk bakul.

"Errr, yelah." Irdina membuat muka loya.

"So, macam mana jadi pensyarah? Aku dengar kau dah ada title doktor dah." Sengaja Irdina mahu mengubah topik. Sekiranya dilayang sikap Amirul yang sentiasa masuk bakul, memang dengan dia sekali masuk bakul.

Amirul seorang doktor falsafah dalam bidang psikologi. Selesai mengambil masters, dia mula bekerja sebagai pensyarah di Universiti Malaya.

"Hehehe, okaylah. Tapi aku prefer student aku panggil sir daripada doktor. Rasa macam janggal pulak." Dengan rendah dirinya, Amirul lebih suka orang memanggilnya sir atau tuan berbanding doktor.

"Kalau macam tu, baik tak payah ambil Phd. Kau tak rasa ke orang yang panggil kau dengan gelaran doktor ni bangga?"

"Yelah, kan. Kau pun dah terbiasa patient panggil kau doktor. Eh, aku dengar kau dah ambil masters?"

"Dah." Suara Irdina kedengaran sedih. Mengingatkan kembali kepada hukumannya.

"Untunglah. Dah jadi consultant."

"Untunglah sangat kalau semua tanggungjawab letak dekat bahu kau." Bunyi suara Irdina seperti berbisik.

"Hah? Tak dengarlah."

"Takde apa-apa. Aku masuk dulu." Kata Irdina sebelum pergi.

Irdina menuju ke biliknya untuk melihat keadaan anak serta suaminya. Buat apa entah dekat dalam bilik tu?

Pintu dikuak. Kelihatan Nazran masih menepuk Aira untuk menidurkan manakala Hazran pula gelap dengan tidurnya. Irdina melangkah ke katil lalu duduk di sebelah Nazran.

"Dah tidur semua anak mama." Ditiliknya wajah anak-anaknya. Wajah mereka saling tidak tumpah seperti ibu bapa mereka.

"Sayang, borak dengan siapa dekat luar?" Soal Nazran. Serius nadanya.

"Amirul. Cousin sayang. Dia baru je duduk sini." Balas Irdina.

"Ouh. Petang ni jom pergi bazaar!" Kedengaran riang suara Nazran. Sengaja dia buat begitu untuk menghilangkan segala perasaan yang negatif terpaut dimindanya.

"Jom. Lepas asar kita pergi." Irdina melemparkan senyuman manisnya ke arah Nazran.

Nazran pula mencuit hidung wanita itu. Terlalu cantik apabila terpancar senyuman manisnya.

Bebaskan segala perasaan buruk terhadap Irdina, Nazran. Biarkan berlalu pergi supaya tidak merosakkan hubungan kau.

~~~

BEG plastik yang dijinjit oleh Nazran dibawa bersama untuk bersiar-siar. Sebelah tangannya lagi memimpin tangan Irdina. Itu permintaan Irdina.

Bazaar Ramadan pada minggu terakhir berpuasa tidaklah begitu sesak kerana peniaga kurang menjual. Mungkin kerana mereka mahu membuat persiapan raya.

"Sayang nak beli apa?" Tanya Nazran.

"Sayang nak kuih tepung pelita. Teringinlah." Rengek Irdina.

"Okay." Dalam perjalanan, mereka mencari peniaga yang menjual kuih tepung pelita. Dalam banyak-banyak peniaga, peniaga di hujung bazaar itu sahaja yang menjual. Jadi, mereka melangkah ke situ.

"Kuih tepung pelita ni macam mana kira?" Tanya Nazran pada peniaga itu.

"Lima biji dua ringgit."

"Bagi dua ringgit." Peniaga itu terus membungkus selepas mendapat arahan.

Peniaga itu memberi kepada Nazran. Nazran menghulur sekeping duit yang berwarna hijau. Dipulangnya peniaga itu tiga keping duit berwarna biru.

"Terima kasih." Ucap Irdina. Baru mahu menoleh untuk berjalan disapa oleh Amirul.

"Eh, Dina!" Sapa Amirul.

"Mirul. Kau buat apa dekat sini?"

"Beli kuihlah. Takkan beli tayar." Loyar buruk Amirul.

"Eleh kau. Loyar buruk."

"Ni suami kau?" Jari telunjuknya dituding ke arah Nazran. Nazran hanya tersenyum.

"Aah. Dia suami aku."

"Sorry bro. Aku penat tadi. Sebab tu terus masuk bilik." Kata Nazran.

"Takpe. Aku faham kau drive jauh-jauh."

"Kau beli kuih apa?" Tanya Irdina.

"Kuih popia, karipap, seri muka." Beg plastik itu ditunjuk kepada Irdina.

"Banyaknya! Kalau tak habis, aku sumbat dekat mulut kau." Usik Irdina.

"Ek eleh. Tu plastik tu. Kalau tak habis jugak, aku sumbat dekat mulut kau." Balas Amirul.

Nazran hanya seperti orang bodoh yang hanya melangut sahaja seperti orang bodoh. Arghh! Sungguh dia terasa bila tidak dipedulikan.

"Sayang, dah petang ni. Hazran dekat rumah tu siapa nak mandikan?" Nasib baik ada anak. Bolehlah jadikan alasan. Lagipun, memang betul pun. Hazran, siapa nak mandikan?

"Aah lah. Jomlah. Mirul, aku balik dulu." Irdina meminta diri.

Mereka menuju ke kereta Nazran. Perut kereta diisi oleh mereka. Makanan-makanan tersebut diletakkan dibelakang.

Enjin kereta dihidupkan. Nazran berkali-kali memijak pedal minyak. Keretanya pun bunyi mengaum.

"Kereta rosak ke?" Tanya Irdina. Bunyi mengaum tu satu petanda.

"Takkanlah. Abang nak panaskan enjin." Nafi Nazran. Padahal dia geram dengan si Amirul.

"Ouh."

Kereta itu dipandu oleh Nazran untuk pulang ke rumah. Kelihatan mukanya serius. Tetapi perbuatannya tidak sedarkan Irdina yang masih tergelak dengan lawak Amirul.

"Gelak pasal Amirul ke?" Tanya Nazran. Hatinya masih panas dan masih cemburu dengan Amirul.

"Aah. Dia tulah yang paling rapat dengan sayang."

"Tapikan sayang, abang tak pernah nampak pun dia?" Tanya Nazran. Pelik juga kerana waktu majlis perkahwinannya pun dia tidak ada.

"Family dia duduk Indonesia. So, dia orang ada perniagaan dekat sana." Cerita Irdina.

"Ouh, so dialah yang jadi pewaris perniagaan bapak dia nanti?" Tanya Nazran lagi.

"Tak tahu pulak. Sebab dia tak suka pasal business ni."

"Habistu?" Sengaja Nazran mahu mengambil tahu tentang Amirul.

"Dia lecturer dekat UM. Cousre psychology. Lagipun dia dah jadi doktor." Secara keseluruhan Irdina memberitahu. Bukan apa, dia rasa rimas dengan soalan daripada Nazran. Biarpun soalannya mudah untuk dijawab tetapi menguji kesabaran untuk menceritakan keseluruhannya sekaligus.

Not bad jugak budak Amirul ni. Relaks Nazran. It's okay. Amirul tu sepupu Dina je.

~~~

HULURAN pinggan diberikan oleh Puan Iffah. Amirul hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Puan Iffah. Segala lauk-pauk untuk berbuka terhidang luas dihadapan mata Amirul. Kecur air liur dibuatnya.

Tapi, bila Nazran mahu Puan Iffah menghulurkan pinggan itu, Puan Iffah buat tak peduli. Seolah-olah dia tiada di situ. Terpaksalah dia mengambil pinggannya sendiri. Nasib seorang menantu.

Allahhuakbar, Allahhuakbar!

Apabila azan maghrib berkumandang, mereka segera menadah tangan untuk membaca doa berbuka puasa dan doa makan. Usai sahaja membaca doa yang diketuai oleh Amirul, mereka mengambil seorang sebiji buah kurma untuk membuka selera.

"Mak su, rasalah kuih seri muka ni. Tadi Mirul nampak sedap je dekat bazaar tu." Pinggan yang berisi kuih seri muka itu dihulurkan oleh Amirul. Dengan pantas, Puan Iffah mengambil sebiji kuih tersebut.

"Sedapnya. Pulutnya pun tak keras." Komen yang diberikan oleh Puan Iffah membuat Amirul tersenyum riang.

"Hah, barulah muka maksu berseri-seri lepas makan kuih seri muka ni." Puji Amirul.

"Pandai-pandai je kamu ni."

Selera Nazran hampir tiada disebabkan layanan daripada keluarga mertuanya. Rasa dipinggirkan. Mahu membuka mulut, takut tiada siapa yang mahu mendengar.

Dia segera ke sinki selepas menjamah sedikit kuih dan buah untuk membasuh pinggan. Perbuatannya membuatkan Encik Adam tersedar.

"Naz, sikitnya makan. Dah kenyang ke?" Tanya Encik Adam. Semua menoleh ke arah Nazran.

"Nak solat maghrib dulu. Takut nanti tak sempat." Alasan yang agak clishe tetapi diterima oleh Encik Adam. Yelah, makan banyak-banyak. Nanti sujud, tak ke rasa senak?

"Naz masuk dulu ye." Nazran meminta diri. Irdina pula melihat saja perbuatan suaminya.

Pintu dikuak untuk masuk ke dalam bilik. Nazran sudah lega kerana akhirnya tidak lagi bertemu empat mata.

Hembusan demi hembusan dilepaskan. Rasa sakit dihatinya masih lagi rasa. Angin kemarahannya ditahan supaya tidak meletus. Dia perlu kawal kesemuanya.

Figura Nazran terpantul di cermin. Dia melihat wajahnya. Nafas dilakukan dengan menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Tahan ke nak hadap hari macam ni yang berbaki enam hari lagi?" Nazran menggenggam erat.

"Ah, kenapa dia muncul? Kenapa tak duduk je dekat Indonesia tu? Kan senang." Rungut Nazran.

"Relaks Nazran. Enam hari macam enam jam. Kau sabar je. Nantikan Zariff datang. Dia ada untuk teman kau." Nazran menenangkan dirinya.

Ya, Zariff dan Hani akan datang pada hari esok. Semoga Zariff mampu untuk temani aku dan haraplah nasib dia seperti aku.

Tidak mahu membuang masa, Nazran terus ke bilik air untuk mengambil wudhu'. Pili air dibuka untuk membasahkan tangan.

~~~

PERSALAMAN antara Nazran dan Zariff disalam erat. Lama tak jumpa biraslah katakan. Sibuk memanjang.

Selepas bersalaman, mereka berpelukan. Seperti perempuan tetapi Nazran tidak kisah kerana dia sudah meluat dengan Amirul. Kalini, tengok muka Zariff pula.

"Kau dah kenapa?" Zariff menolak Nazran. Pelukan mereka terungkai. Nazran senyum tersengih.

"Sajalah. Dah lama tak jumpa. Rindu." Geli-geleman Zariff mendengarnya.

"Eeeii, ingat aku gay ke? Nak rindu bagai. Eh, baik kau rindu bini kau tu daripada kau rindu aku." Jarinya dituding ke arah Irdina. Nazran menggaru kepala yang tidak gatal.

"Alah, nak rindu kau pun tak boleh." Sejak bila Nazran jadi gedik ni?

Mereka semua tergelak.

Kepala Isya terhuyung-hayang rasanya. Dia memicit di bahagian tulang hidungnya. Rasa berdenyut kepala tak boleh bawak bincang.

"Sayang, kenapa ni?" Zariff tersedar Isya keadaan seperti itu kerana Isya mencuit bahu Zariff.

"Sakit kepala datang balik." Mata Isya dipejam rapat untuk melegakan denyutan kepalanya.

"Sakit kepala? Kau tak makan ke?" Giliran Irdina pula yang bertanya. Dia suspek Isya mengalami perut kosong. Mungkin dia tidak sahur.

"Lately ni sakit kepala. Cuaca dekat luar panas sangat kot."

"Jom b. Sayang nak rehat." Tangan Isya segera dipimpin oleh Zariff. Biarlah beg pakaian mereka di luar. Nanti Zariff ambil. Yang penting, Hani. Dia perlukan rehat.

"B? Sayang? Haritu bukan gaduh ke?" Dahi Irdina berkerut seribu.

"Dah okaylah tu. Biarlah. Dia orang dah besar untuk selesaikan masalah dia orang." Nasihat Nazran.

"So, sayang?" Kedua-dua kening Nazran terangkat.

"Apa dia?" Diserang pelik Irdina dibuatnya.

"Bila nak panggil abang baby?" Irdina gelak kuat.

Nazran mengetap bibir. Apa? Baby pun okay apa? Asalkan aku tak berbaby dengan perempuan lain.

"Tak payahlah. Dah jadi bapak orang dah pun. Ada hati nak panggil baby." Perli Irdina.

Dia meninggalkan Nazran berseorangan di ruang tamu. Malas mabu layan Nazran. Asyik dengan ragam dia je.

~~~

BAWANG tergolek di atas meja. Sambil itu, Irdina, Isya serta Puan Iffah bergotong-royong di dapur untuk menyiapkan juadah berbuka.

Bawang di atas meja diambil oleh mereka untuk mengopek kulit bawang. Walaupun mata Irdina sudah berair, perjuangannya tetap perlu diteruskan.

"Seronok ke nak raya berdua dekat sini?" Usik Irdina.

"Seronoklah jugak. Tahun lepas dah turn dia. So, tahun ni raya dekat sini." Senyum Isya kian melebar.

"Mesti kau gaduh dulu, kan? Yelah, kalau kau nak apa-apa, mesti kau merengek, buat merajuk. Baru laki kau tunaikan." Usik Irdina.

"Mana ada. Dia yang kata balik sini. Kita orang dah buat perjanjian. Tahun ni turn Isya. Tahun depan turn Zariff." Isya tersengih.

"Yelah tu. Entah-entah, tahun ni turn kau, tahun depan turn kau jugak." Irdina gelak besar. Puan Iffah pun sama. Mereka menggelakkan Isya.

Isya merengus. Air matanya kian mengalir.

"Alah Kak Dina ni!" Rengus Isya.

"Betullah kata Dina. Isya memang macam tu, kan?" Puan Iffah menyokong kata-kata Irdina.

"Apa ni? Kenakan Isya pulak! Kak Dina tu, boleh pulak dapat cuti. Sebulan pulak tu!" Rungut Isya.

Puan Iffah tersentak. Besen yang dipegang untuk diperah santan terletak di atas meja. Matanya ke arah Irdina yang bagaikan patung. Pisau yang Irdina pegang itu segera diletak di atas meja atas tujuan keselamatan.

Isya pula terlepas kata. Dia segera menutup mulutnya yang celupar itu. Dia menepuk dahi. Sudah terlajak kata, tidam noleh diputarkan.

"Sebulan? Dina dah berhenti kerja?" Tanya Puan Iffah. Matanya tepat memandang wajah anak perempuannya.

Irdina kebisuan. Diam tidak bercakap. Senyap seribu bahasa.

Matilah kau Dina.

~~~

PUAN IFFAH tenung tepat pada arah Irdina. Kecut perut Irdina dibuatnya. Dihadapan Irdina sekarang bagaikan seorang penyiasat yang menyisat pelaku. Sungguh menakutkan.

Jarinya dimain-mainkan bagi menghilangkan rasa ketakutan. Dipandang Nazran yang hanya selamba saja. Dia sudah beritahu Nazran yang dia mahu Nazran menyebelahi atau menyokong dia. Jika tidak, merajuk sebulan.

Setelah berkompromi, akhirnya Nazran setuju. Ini untuk kebaikan Irdina juga. Hubungannya dengan si ibu.

"Kerja doktor tapi cuti sebulan?" Itulah permulaan kata-kata Puan Iffah. Sejak dari berbuka hinggalah sekarang, dia tidak habis-habis memikirkan keadaan Irdina.

"Ibu, Dina minta cuti sebulan je pun." Jawab Dina. Disebelahnya dijeling marah kerana memberitahu rahsianya.

"Takkanlah Dina. Ibu tak pernah dengarlah. Dina dah berhenti ke?"

"Ye ibu." Jawab Irdina dengan yakin.

"Dina, jangan tipu ibu. Apa yang dah jadi ni?"

Menggeletar badan dibuatnya. Setiap saat, dia menelan liur. Pelubyang mengalir di dahi pun tidak hilang apatah lagi di ketiak.

"Dina kena gantung kerja." Dengan satu kenyataan boleh berubah riak muka Puan Iffah. Mukanya yang terkejut serta mulutnya yang ternganga. Sangat mengejutkan.

"Kenapa boleh jadi macam ni?" Puan Iffah sudah berdiri. Amarahnya kian bergelora tetapi ditahankan juga.

"Ibu, masatu Dina ada operation. At the same time, patient Dina sawan. Dina dah bagitahu dekat sorang doktor junior tapi dia... Entahlah." Dina kehilangan kata-kata.

"Ibu, mana ada manusia yang boleh buat dua perkara dalam satu masa. Kita ni semua bukan sempurna. Dina dah cuba sehabis baik dah untuk cepatkan operation dia lepas dapat call yang ada patient sawan. Patient Dina yang sawan tu pun dah selamat dah pun." Nazran kembali menyebelahi Irdina. Puan Iffah terduduk.

"Bukan semua orang sempurna, ibu." Zariff pun menyebelahi Irdina.

"Iffah, betul kata menantu kita tu. Bukannya salah Dina. Ini semua takdir. Bukannya kita mahukan semua tu. Dahlah. Awak tak perlu marah sangat." Nasihat Encik Adam.

Puan Iffah mengeluh. Dia mengangguk. Dia mahu ke bilik.

Puan Iffah menjadi begini kerana dia mahukan yang terbaik untuk Irdina. Ibu siapa yang tidak luluh mendengar anaknya mendapat hukuman sebegitu? Memang fikirannya negatif.

~~~

KETAWA kuat itu didengari oleh Zariff dan Nazran. Isteri-isteri mereka sedang bercakap bersama Amirul.

Hati Nazran sudah panas. Begitu juga dengan Zariff. Namun apakan daya, mereka perlu bersabar kerana di bulan yang mulia ini. Nanti buat dosa je.

"Mirul, kau buat macam tu dekat student kau?" Suara Irdina kedengaran di dapur.

"Yelah, dah tidur, kan? So, apa lagi. Aku record video. Aku send dekat nombor dia." Cerita Amirul.

"Lepastu, apa yang jadi?" Tanya Hani.

"Apa yang jadi? Terbeliaklah biji mata dia. Itulah, tidur lagi dekat kelas aku. Student lain pun takut nak tidur lepas benda tu dah jadi." Irdina dan Isya tergelak.

Zariff dan Nazran saling berpandangan. Suara mereka di dapur kedengaran sehingga ke ruang tamu.

Penangan Amirul membuat mereka ketawa sungguh hebat. Macam magik.  Walaupun dengan lawak hambar, mereka akan gelak.

Ini tak boleh jadi. Mereka perlu bertindak segera. Kuasa cemburu makin mempengaruhi minda mereka.

"Jom." Ajak Zariff.

"Nak pergi mana?" Tanya Nazran.

"Bro, takkan nak tengok dia orang asyik melayan Amirul je. Habis kita ni,macam mana?"

"Wey, takkanlah. Nanti kata menyampuk pulak. Lagipun aku takde idea apa nak cakap." Nazran mengakui. Walaupun sebesar zarah perasaan malu tetapi besar lagi perasaan cemburu mempengaruhi dirinya.

"Takpe, tadi aku nampak ibu bagi list untuk beli barang. Lusakan raya. So, mestilah beli barang hari ni."

"Beranilah sikit, bro. Setakat Amirul. Kalau Amirul kuasa dua tu maybe kita tak boleh kalahkan." Zariff cuba menenangkan Nazran.

Mereka membuka langkah untuk ke dapur. Kelihatan isteri serta sepupu yang sedang berbicara. Macam kelakar je.

"Amboi, gelak tak ingat dunia eh sayang." Usik Zariff. Isya menggaru kepala.

"Mirul ni, kelakar sangat. You tahu tak b, dia pergi sent video yang student dia tidur time kelas dia. Serius kelakar." Ketawa Isya pecah.

Nazran dan Zariff membuat-buat untuk gelak tetapi gelak ikhlas memang susah nak buat 'the real funny' kan? Tapi, keleakar ke cerita Amirul tu?

"Sayang, tadi ibu suruh I beli barang yang ibu dah listkan tu. Tapi, list tu dekat sayang. Jom pergi beli barang. Esok dah nak masak, kan?" Zariff mula mengingatkan tentang barang basah itu. Isya tepuk dahi.

"Aah lah. Tadi ibu ada bagi dekat sayang. Jomlah, sayang nak siap." Isya mula bangun dari kerusinya.

"Aku nak ikut. Kang nanti, ibu suruh beli bawang besar, kau beli bawang holland." Usik Irdina.

"Apa ni! Isshh!" Isya merengus. Semua orang gelak.

"Kalau macam tu Zariff, pakai kereta akulah. Kereta aku besar sikit." Pelawa Nazran.

"Jom."

"Mirul tak nak ikut?" Soal Isya.

Nazran dan Zariff saling berpandangan. Ah sudah! Mahu saja mereka cakap "tak muat, tak muat, tak muat."

"Takpelah. Aku ada hal nanti." Zariff dan Nazran mengeluh tanda lega.

Issshhh. Kau ni, Mirul. 😀🗡

~~~

DUAH buah troli yang di sorong oleh Nazran dan Zariff. Isteri mereka pula berjalan di hadapan untuk memilih barangan yang dikehendaki.

Mereka pula bersorak kemenangan. Rancangan 'last minute' itu akhirnya berjaya. Tak sia-sia pengorbanan mereka.

Isteri mereka kini lebih diam. Tak banyak cakap. Cuma bercakap bila perlu. Nak memilih barang pun diam.

Troli mereka segera diletakkan di hadapan lorong rak biskut. Segera telinga Zariff dirapatkan di bibir Nazran.

"Apa kena dengan isteri kau?" Posisi mereka berubah. Kini, mereka saling berpandangan.

"Apa kena dengan isteri kau?" Soal Zariff. Hey, budak ni. Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Padanlah asyik bergaduh je dengan bini sendiri.

"Perubahan dia orang berubah sekelip mata bila ketiadaan Amirul. Hmmm." Zariff membuat andaian. Jarinya mengurut dagu.

"Hebat sangat ke penangan lelaki tu? Aku tak fahamlah dengan si Amirul tu. Padahal buat lawak hambar je pun. Tu je boleh kelakar." Nazran kian mengeluh.

"Ye tak ye jugak, kan?"

Nazran membuka langkah untuk menuju ke arah Irdina yang sedang memilih biskut. Berdirinya dis ebelah Irdina sambil memilih biskut.

"Sayang, biskut ni tersenarai dalam list bahan basah ke?" Nazran bersuara.

"Taklah. Sayang saja nak buat kek batik. Untuk raya." Bungkusan biskut mary itu ditilik.

"Ouh, letaklah biskut tu dalam troli." Nazran tersenyum seraya menunjukkan troli itu.

"Kalau sayang buat, abang nak makan ke?" Kening sebelah Irdina mula diangkat. Rasa berlagak kian menyelubungi dirinya.

"Mestilah sayang. Apa yang sayang masak, abang makan. Sayang kata nak buat kek batik tadi, kan? Tu pun dah kecur liur abang." Pujian yang melambung tinggi sehingga ke bumbung pasaraya itu dihadiahkan ikhlas untuk Irdina.

"Yelah tu." Irdina macam tak percaya. Haritu, dia masak asam pedas ikan tenggiri. Tak makan pun.

"Ye sayang. Jom, kita cari barang lain." Ajak Nazran. Tangan Irdina menjadi mangsa untuk menarik dan pergi dari situ. Sudah malas tengok biskut.

~~~

KEPULANGAN Izhar serta keluarga kecilnya memeriahkan lagi susana persiapan raya. Kemeriahan cucu-cucu Puan Iffah dan Encik Adam apabila bergabung, masakan meletup. Seronok Aira berjumpa dengan sepupunya.

Di dapur, Isya, Irdina serta Husna bertungkus-lumus menyiapkan bahan-bahan untuk menumis rendang.

Irdina memotong serai. Isya mengisar bahan-bahan. Manakala Husna pula mengopek kulit bawang. Sambil-sambil tu, mereka membawang juga. Memabawang ke arah kebaikan.

Pintu dapur yang terbuka luas dapat melihat figura dua orang manusia yang sedang menyiang ayam di belakang halaman rumah. Kelihatan muka nak muntah Nazran serta kegelian Zariff terselah apabila mahu menyiang ayam.

"Tengok tu Dina, laki Dina tu macam orang bandar je." Tegur Husna. Mereka semua menoleh ke arah Nazran dan Zariff.

"Memang pun, cakap besar semalam. Dia tu memang tahu makan ayam. Tapi bab menyiang, hampeh. Tahu makan je." Irdina mencebik. Tahu dah perangai suaminya. Gemar makan ayam tetapi mahu menyiang...

"Padanlah dengan Zariff tu. Dia pun sama. Acah budak bandar." Butang yang kelihatan di mesin pengisar segera ditekan.

"Tak kurang jugak dengan abang kau orang. Sama je. Hesy, apa nak jadi dengan kaum lelaki ni? Patutnya, dia orang sebagai lelaki kena memasak."

"Setuju!" Laung Irdina. Sungguh, dia setuju dengan kenyataan kakak iparnya. Takkan selamanya perempuan nak duduk dapur?

"Yelah, setuju sangat. Buatnya lelaki tu tak pandai masak? Apa nak makan? Kita ni perempuan, bila lapar badmood." Isya menepis kenyataan itu.

"Itu faktalah. Tolong faham sebagai perempuan eh." Mereka semua tergelak.

"Ya Allah! Apa kau orang ni? Lambatnya buat kerja. Ni nanti nak kena menumis buat rendang. Kalau ayam tak siap, macam mana nak menumis?" Suara yang dapat mereka teka. Puan Iffah. Tak sah kalau tak ada bebelannya. Sekarang ini, dimarahnya pula menantu yang tak reti menyiang ayam.

"Bau ayam ni, ibu." Keluh Zariff.

"Makan ayam nak. Hesy, kalau dah siang tu, pergi ambil tepung gandum dekat dapur. Rendam ayam tu dengan air tepung. Biar hanyir ayam tu hilang." Sempar juga Puan Iffah menasihat kepada dua orang menantunya.

Irdina, Isya dan Husna sudah gelak besar di dapur. Melihat mereka kena marah sudah buat mereka semua geli hati. Padanlah dengan muka putih dan kacak, tak pernah tolong mak masak rupanya!

~~~

KACAU demi kacau, Nazran dan Zariff berusaha untuk mengacau dodol yang dibuat oleh Encik Adam.

Liat jugalah dodolnya. Habis dikerah tenaga lelaki mereka untuk mengacau dodol itu. Bergilir-gilir mereka mengacau.

Teringat Nazran akan kata-kata Irdina semasa balik kampung.

"Nanti abang kacau dodol eh?" Pinta Irdina.

"Eleh, kacau dodol je, kan? Okay, abang buat." Besar betul kata-kata Nazran itu. Dia tak tahu ke, kacau dodol ni buat rasa nak berbuka pada tengah hari?

"Ouh, cakap besar eh? Okay, kita tengok." Irdina senyum sinis.

Tolong, mohon tarik balik kata-kata tu.

Segera Nazran tegeleng-gelwng. Tidak mahu diingat perbuatan cakap besarnya itu.

"Tergeleng-geleng, ingatkan siapa tu?" Tegur Zariff sambil mengacau dodol supaya tidak mahu dodolnya hangit di bahagian bawah.

"Takde. Eh, turn aku pulaklah."nazran segera turun dari pangkin. Dipakainya selipar lalu memwgang sudip panjang yang diperbuat daripada kayu.

"Eh, aku tengok si Mirul tu semalam takde pun masa berbuka dengan kita." Zariff membuka mukadimah.

"Tulah. Aku tanya Dina kenapa. Dia jawab yang Amirul pergi berbuka dekat rumah kawan dia." Cerita Nazran.

"Yeke kawan? Semalam dia baru post dekat ig story. Cakap yang berbuka dengan tersayang."

"Eh, sejak bila kau follow dia?" Nazran berhenti mengacau.

"Semalam dia follow aku. Aku pun followback balik. Kau tak follow dia ke?" Tanya Zariff.

"Tak silap aku, dia ada dm aku dekat instagram."

"Dm apa?"

"Followback balik. Ni Amirul." Zariff tergelak.

"Itu je dia nak cakap. Nasib baik dia sepupu. Kalau orang lain, dah lama aku block." Rungut Nazran.

Ada ke paksa-paksa orang nak followback. Dahlah mintak macam tu je. Hesy!

"Hey, sepupu-sepupuku!" Laungan suara menyapa mereka. Segera mereka berpaling ke belakang.

Sudah agak ini Amirul. Dengar suara je dah tahu. Bukannya tak kenal. Yang selalu buat lawak hambar tu dialah tu!

"Buat apa?"

Halah! Tanya tu je? Takkan tak boleh nak tengok sendiri tengah buat apa? Ni tengah sembelih ayam ni! Nazran merengus di dalam hati.

Wajah menyampah kini disorok dengan senyuman paksa. Nazran tidak mahu menjawab soalan itu. Hakikatnya, soalan itu sudah terjawab di hadapan matanha sendiri.

"Dah siap rendang semua tu?" Tanya Amirul lagi.

"Dah. Kau pergi mana baru balik?" Tanya Zariff.

"Cari aksesori untuk baju melayu aku. Last minute cari dekat pekan sana tu. Aku terlupa nak bawak songkok dengan butang baju melayu." Terang Amirul.

"Ouh."

Dia cari butang baju melayu dengan songkok? Yang dekat sini, biar je orang lain buat? Hesy, sudahlah tak tolong, kau berbuka makan banyak, siap kau.

"Maaflah kalau tak tolong kau orang." Terbit di bibir Amirul kata-kata itu. Dia bagaikan tahu apa yang dimaksudkan oleh Nazran. Kegeraman Nazran memnuatkam dia serba-salah.

Nazran mengakui dirinya bahawa dia geram dengan Amirul. Tapi, apabila perkataan maaf itu terlafaz dibibirnya, dia mungkin boleh dipertimbangkan.

Terbit dibibir Nazran senyuman ikhlas. Segala kesalahan Amirul sudah hilang difikirannya. Mungkin ini yang perlu dia lakukan demi sesebuah hubungan.

~~~

SUASANA malam raya begitu tenang. Angim malam terus menegakkan bulu roma Nazran.

Di pangkin, cuma dia sahaja. Dia mahu bersendirian tanpa ada sesiapa pun.

Selepas mendengar berita mengenai pengisytiharaan bahawa esok bermulanya menjelang satu syawal, dia terus bergerak di sini.

Dia tesedar bahunya dicuit oleh seseorang. Terus dia berpaling kebelakang. Dengan cahaya pelita yang malap cukup memberi kesan kepada Nazran untuk melihat wajah itu.

"Duduklah." Pelawa Nazran. Amirul hanya mengikut sahaja.

"Buat apa sorang-sorang dekat sini?" Tanya Amirul. Sekadar mahu mengambil perhatian.

"Saja. Nak hirup udara yang mendamaikan."

"Nazran, bukan aku tak tahu apa yang kau fikirkan." Terus Nazran berpaling pada dia.

"Apa maksud kau?"

"Kau sebenarnya ada perasaan jealous dekat aku, kan? Am I right?" Nazran memalingkan mukanya ke sawah padi.

"Lelaki mana yang tak jealous bila tengok isterinya sedang berbual dengan lelaki lain?" Amirul mengangguk.

"Betul. Memang tidak dinafikan perkara tu. Aku pun sama." Sokong Amirul.

"Tapi, kau pun sama." Perli Nazran. Amirul tergelak.

"Wey, Nazran. Lama dah kita orang tak berjumpa. Sejak aku belajar sampailah Dina dengan kau balik rumah ni, baru aku berjumpa dengan dia. Kita orang dulu memang rapat. Sampai sekarang, hubungan kita orang masih rapat. Sebab mak su satu-satunya mak saudara yang pernah aku ada." Panjang lebar Amirul bercerita.

"Sampailah sekarang, kita orang still rapat. Perangai kita orang gila sikit. Jenis masuk air. Aku buat lawak hambar pun dia orang gelak. Memang akan semulajadi, bila kita orang bila berjumpa, memang akan jadi macam tu."

"Ouh." Mulut Nazran berbentuk 'o'.

"Macam mana kau tahu aku jealous hah?" Hairan pula Nazran. Macam mana tahu? Obvios sangat ke aku ni?

"Come on, Nazran. I'm a sychologist. So, aku dapat cam riak wajah kau. Jangankan riak wajah golongan LGBT, golongan jealous seperti kau pun aku boleh cam tau!" Dengan takbur ditambah riak, Amirul bercakap besar.

Nazran hanya gelak seraya mengangguk. Mirul, kau akan rasa balasan cakap besar tu.

~~~

PULANG saja dari masjid apabila selesai solat sunat berjemaah aidilfitri, mereka semua mahu bersiap. Semua berada di bilik.

Sementara itu, Irdina menyiapkan pakaian suaminya. Aira dan Hazran sudah dipakaikan baju raya berwarna dark blue. Sekarang, Hazran dijaga oleh Amirul sementara Irdina mahu bersiap. Bolehlah berlatih untuk jadi bapak.

Irdina sudah siap. Tinggal mahu siapkan Nazran saja. Dia memang mengada. Dah jadi bapak orang pun masih lagi mahu menyiapkan.

Irdina memberulkan sampin Nazran. Baju melayu berwarna biru gelap dipadankan dengan sampin corak bermotifkan flora. Terselah maskulinnya.

Setelah siap, Nazran mula merangkul pinggang Irdina. Tersentak Irdina dibuatnya. Mata mereka bersatu.

"Sayang,"

"Hmm,"

Nazran membawa Irdina dalam dakapannya. Diusap kepala Irdina yang berlapik tudung shawl.

"Abang minta maaf." Pelukannya dileraikan. Irdina memandang Nazran.

"Minta maaf? Untuk apa?" Pelik Irdina dibuatnya.

"To be honest, abang jealous dengan sayang. Sayang asyik layan Amirul je. Abang dah sangka buruk dekat sayang." Nazran tertunduk malu.

Irdina mengangkat wajah Nazran dengan menolak dagu Nazran ke atas. Wajahnya ditatap. Sehingga pada mata Nazran, mata mereka bersatu kembali.

"Dahlah. Jom keluar. Nanti tak sempat nak minta maaf."

"Sayang tak marah abang."

"As long as you control yourself. I'm so proud of you. Abang boleh control jealous abang tu. Macam nilah sayang nak." Terbit di wajah Nazran senyuman bahagia.

"Alhamdulillah. Thank you sayang."

Terima kasih Ya Allah, kerana mengurniakan kepada aku wanita yanh sangat memahami diriku.

~~~

KUIH muih terhidang jelas di hadapan mata. Terhidang lauk-pauk yang mereka masak semalam. Di dinding, terhias kad raya.

Hari kemenangan kini diraikan dengan keluarga. Riak wajah dan senyuman tanda kesyukuran. Walaupun si miskin tidak mampu seperti orang kaya membuat persiapan raya tetapi hubungan silaturrahim perlu dijaga agar dapat dikekalkan hingga akhir hayat.

Kemaafan yang didambakan pada hari raya cukup bermakna. Lumrah sebagai manusia, tiada yang sempurna. Jadi, kemaafan akan menjadi solusi untuk memulihkan sesuatu hubungan.

Begitu juga Jrdina yang kini melutut mahu meminta keampunan dari suaminya yang tercinta. Dia menyalami Nazran yang duduk di atas sofa.

"Abang, sayang minta maaf atas segala kesalahan sayang. Selamat hari raya maaf zahir batin." Ucap Irdina. Dia mengangkat wajahnya lalu tersenyum  riang.

Apabila Irdina mahu bangun, Na,ran masih menggenggam lagi tangan Irdina. Irdina menoleh ke arah Nazran.

"Nanti dulu." Irdina kembali melutut.

"Ungkit kesalahan sayang."

"Hah?" Mulut Irdina ternganga.

"Nak abang ungkit atau sayang yang ungkit?" Usik Nazran.

"Yelah! Sayang pernah kacau abang tidur. Time tu, abang penat balik lambat. Sayang pernah membebel dekat abang sebab abang selalu main pubg je. Sayang pernah kenakan abang. Time tu, sayang saja je taknak masakkan abang." Segala kesalahan sudah diungkit oleh Irdina. Itu baru sedikit. Belum lagi tengok kitab malaikat sebelah kiri. Tengok segala kesalahan Irdina.

"Berikan abang sebab kenapa abang perlu maafkan sayang?" Tanya Nazran.

"Sebab manusia melakukan kesilapan."

"Bukan." Dahi Irdina sudah berkerut.

"Habistu apa?"

"Sebab sayang ialah wanita yang abang takkan pernah jumpa dalam sejuta. Abang taknak kehilangan sayang. Biar apa pun yang terjadi, abang nak sayang sentiasa berdamping dengan abang." Ucap Nazran dengan syahdu.

Irdina terkaku. Jujur, ucapan Nazran membuat hatinya bergetar. Setiap kata-katanya menusuk jiwa Irdina. Jadi, perlukah dia tinggalkan lelaki itu?

Nazran tersenyum ikhlas. Wajah isterinya ditatap. Biarpun hampir tujuh tahun mereka membina mahligai cinta tetapi wajah yang ditatap sekarang ini takkan mampu untuk memuaakan hatinya.

Bermaaf-maafan sudahpun selesai. Begitu juga dengan anak menantu Puan Iffah dan Encik Adam. Semuanya sudah mengungkit-ungkit kesalahan sendiri.

Diharapkan, kemaafan yang diberi ini tidak perlu disimpan lagi.

"Siapa nak duit raya?" Laung Isya. Anak-anak saudaranya semua berkerumun padanya. Mahukan duit raya punya pasal.

"Habistu, ibu tak dapat duit raya?" Usik Puan Iffah.

"Yang ibu punya special. Ibu punya kena tunggu lagi tujuh bulan." Kata Zariff.

"Isya mengandung?" Soal Irdina. Zariff dan Isya mengangguk.

Semua orang mengucap syukur. Makin bertambahlah bilangan ahli keluarga Puan Iffah dan Encik Adam.

Isya tersipu malu. Dalam hatinya, cuma Allah saja yang tahu bagaimana perasaan ketika dia bakal menjadi ibu. Pada masa yang sama, dia masih gementar untuk menjadi seorang ibu. Besar tanggungjawab seorang ibu.

"Semoga menjadi matang selepas ini." Irdina tergelak. Sindiran yang diberikan cukup menyakitkan hati Isya.

Isya menjelirkan lidah. Semua orang tergelak. Isya, Isya. Manja dan dia berpisah tiada.

"Assalamualaikum!" Laungan suara yang garau menyapa mereka di rumah. Semua isi rumah menjawab salam.

Dua orang tetamu yang paling awal datang berkunjung ke rumah Puan Iffah. Amirul dan Balkis.

"Mirul, kau pergi mana. Orang dah habis salam dah ni." Marah Nazran.

"Aku pergi beraya dekat rumah bakal mak mertua kejap tadi. Tu yang bawak dia datang sini." Balas Amirul.

"Balkis? Bukan kau anak mak cik Kiah dengan pak cik Ali ke?" Soal Irdina.

"Akulah tu." Jawab Balkis yang tersipu malu.

"So, inilah tunang kau?" Soal Isya. Amirul tersengih bagaikan kerang busuk.

Nazran dan Zariff saling berpandangan. Tunang? Sia-sia je perasaan cemburunya keluar.

"Meet my fiancee, Balkis." Amirul memperkenalkan Balkis di khalayak ramai.

"Ouh, patutlah nak duduk sini. Rupanya nak jumpa kesyangan tu hari-hari." Usik Irdina. Mereka semua tergelak.

"Bila langsungnya?" Tanya Nazran.

"InsyaAllah, minggu depan."

Dah nak kahwin rupanya dia ni. Tahnia aku ucapkan kepada kau. Mati-matilah aku ingatkan kau nak ngorat isteri aku.  Omel Nazran di dalam hati.

Pelbagai perkataan yang boleh diungkapkan pada hari Syawal ini. Kemenangan, kesyukuran, kegembiraan dan pelbagai lagi. Jika dicari lagi makna aidilfitri, pasti akan banyak yang dimiliki. Syawal, hari yang diraikan dengan penuh keseronokan.

Selamat Hari Raya.

Continue Reading

You'll Also Like

277K 7.8K 27
[COMPLETED] Asal jumpa je gaduh dan asal gaduh je jumpa.Inilah kisah antara Nur Dyna Amal dan Tengku Daniel Amsyar.Dyna ialah seorang yang kasar,cant...
14.2K 597 23
Short story challenge by @Angel_k20 Hani Qistina- dia pemilik Cafe The Three Colors Rose. Perwatakan yang lemah lembut dan baik hati membuatkan peker...
26K 318 12
Dendam menjadikan hidup Naura Insyirah huru-hara. Apabila nyawanya menjadi taruhan, dirinya terpaksa menjadi tawanan. Bagi Fakhrul Raihan pula, gadis...
373K 13.1K 66
Raihana atau lebih dikenali Raihana Sofea bt Datuk seri Hakim. di sekolah lama dia,nak dikatakan gangster tak juga sebab dia tak buli orang. tapi dia...