Mr. Doktor I love you

By thenurulaisyah

1M 31.2K 535

Irdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 64
Bab 65
AUTHOR NOTE
MDILY RAYA
AUTHOR NOTE 2.0
AUTHOR NOTES 3.0

Bab 63

15.7K 367 6
By thenurulaisyah

Irdina melihat Nazran yang hanya bermain i phonenya di atas katil. Sejak hari itu, Nazran pula yang tidak bertegur sapa. Dengan Aira boleh pulak bermanja.

Irdina hanya duduk disebelah Nazran. Dia mula mengambil majalah yang berada di meja tepi katil. Lagaknya seperti membaca majalah. Lakonannya kini bermula untuk mengetahui apakah motif sebenar dia bermogok.

"Nazran, awak tak kerja ke? Bukan apa, saya tengok awak ni macam kerja tak kerja je." Irdina memulakan bicaranya.

"Abang kerja lima hari seminggu, kan?"

"Awak tak kerja dekat Shah Alam ke?"

"Tak."

Irdina mengeluh. Dia letak majalah di tempat tersebut. Dia duduk menghadap Nazran. Dia pincingkan mata dan merenung ke arah Nazran. Nazran seperti tidak layan.

"Nazran." Panggil Irdina.

"Apa?" Matanya fokus di i phonenya.

"Nazran, cuba pandang saya." Arah Irdina.

"Nak cakap, cakap jelah." Mata Nazran meliar-liar di bilik. Dia tidak mahu menghadap Irdina.

"Ouh, time awak suruh saya, boleh pulak paksa saya. Time saya nak cakap dengan awak, awak buat tak layan eh." Sindir Irdina.

"Nazran, tolong jawab pertanyaan saya. Kenapa awak dingin dengan saya?" Tanya Irdina.

"Kenapa tanya abang? Dina patut tahu apa yang Dina buat tadi."

"Buat apa?"

"Tak ingat ke? Okay, biar abang ingatkan. Berborak dengan lelaki dekat restoran tadi. I think he's not your friend. It's your boyfriend. Am I right?"

"Bukan apa, tadi nampak macam mesra je. Macam dating. Gelak sana sini dengan lelaki lain. Tolonglah ingat status Dina." Sambung Nazran.

"Nazran, ni salah faham ni. Saya memang tak ada apa-apa dengan dia. Dia memang kawan saya je, Zariff."

"Ouh, so nama dia Zariff lah eh? Okay ke laki tu? Handsome? Dia dah lamar Dina?" Perli Nazran.

"Kalau Dina dah tak nak jadi isteri saya lagi, bagi je tahu abang. Kita pergi pejabat agama. Dina boleh tuntut fasakh atas perbuatan abang sebab tak bagi nafkah dekat Dina." Kata Nazran sebelum pergi beredar dari bilik itu.

~~~
Perang dingin bermula lagi. Irdina sudah mengeluh ke-sejuta mengenangkan nasib dia sebagai isteri. Anaknya pula selalu buat hal sendiri. Dia buntu. Macam mana nak pujuk Nazran ni?

Makan pun Nazran tak nak bersama. Selalunya, dia akan menunggu Irdina untuk makan bersama tetapi kali ini berbeza pula. Dia jarang makan di rumah. Jika dia lapar, dia akan ke restoran yang berhampiran.

Anaknya, Aira yang sudah rapat dengan Nazran itu tidak diendahkan Irdina. Layan tak layan saja. Terasa hati pun ada jugak sebenarnya.

Tinggallah dia. Mungkin ini kifarah buatnya di setiap kesalahan yang dia lalui.

"Eh, Dr. Dina!" Sapa Hidayah di kaunter jururawat.

"Eh, Dr. Dayah!" Sahut Irdina.

"Nak minta tolong sikit boleh tak?" Tanya Hidayah.

"Apa dia?"

"Tolong gantikan waktu oncall saya. Saya ada meeting masa tu. Boleh tak?" Rayu Hidayah. Irdina berfikir semula. Jika balik rumah, dia rasa macam penumpang walaupun itu rumah dia. Jadi, dia habiskan masanya di hospital saja.

"Bolehlah." Jawsb Irdina sambil tersenyum.

"Thank you. Next time, kalau doktor ada hal, saya akan ganti." Katanya seraya memegang tangan Irdina.

Zariff muncul di sebelah Irdina. Irdina pula buat sibuk melihat carta pesakit. Dia tak mahu melihat lelaki itu. Lelaki itulah yang membuatkan rumah tangga yang baru pulih sudah bertukar perang dingin.

"Dina." Panggil Zariff. Irdina tidak menyahut.

"Dina, I'm so sorry. Saya tak tahu pun yang awak masih isteri orang." Ucap Zariff dengan serba salah. Irdina menoleh ke arah Zariff dengan mukanya yang serius.

"You know what, perkataan maaf awak tu patut ungkapkan dekat suami saya. Kalau bukan kerana awak, rumah tangga dah pulih." Marah Irdina.

"Saya tak tahu pun."

"Kalau tak tahu, awak boleh selidik, kan?" Zariff kehilangan kata-kata. Irdina berlalu pergi meninggalkan si dia.

~~~
Jari Zariff asyik mengetuk stereng kereta. Fikirannya kini serabut dengan jawapan yang Irdina beri dan ditambah pula dengan perang dingin yang dicetuskan oleh Irdina.

Keretanya dipakir di hadapan bangunan yang setinggi 20 tingkat. Megah Holdings cawangan Johor Bharu. Dia ingin bertemu dengan Nazran. Dari mana dia cari Nazran? Dari google disambungkan ke instagram. Bila dilihat siaran Nazran dan Irdina yang terdahulu, gambar di mana Nazran bersanding bersama Irdina, Zariff sudah agak bahawa Nazran suami kepada Irdina, bapa kepada Aira.

Dia memerhati saja jika Nazran mahu keluar ke mana-mana ataupun dari bangunan. Macam pengintip pun ada.

Muncul Nazran di hadapan pintu bangunan. Zariff terus mematikan enjin lalu keluar dari kereta. Dia berlari anak ke arah Nazran yang sedang melihat telefonnya.

"Are you Nazran?" Tanya Zariff. Dia takut salah orang.

Nazran seperti dapat mengecam wajah lelaki itu. Otaknya ralit berfikir siapakah lelaki ini.

"Yes I am. Who are you?"

"I'm Zariff. We need to talk."

~~~
Kopi latte yang dipesannya telah pun sampai. Nazran mengacau kopi tersebut supaya gula dan mendakan serbuk kopi terlarut. Zariff pula asyik memerhati Nazran.

"Kau nak cakap dengan aku, kan? Biar aku teka dulu. Kau nak aku ceraikan Dina lepastu baru kahwin dengan kau?" Nazran baru mengingati lelaki di hadapannya. Lelaki yang berjumpa dengan Irdina tempoh hari.

"Nazran, kau dengar dulu apa yang aku nak cakap ni." Kata Zariff.

"Dahlah. Kau tahu tak, apa yang kau buat ni trick lama nak bersama dengan isteri orang. Kau sedar tak kau lamar isteri orang?!" Marah Nazran. Irdina hak milik dia.

"Nazran, aku mengaku yang aku ada melamar dia..."

"Tapi hajat kau yang nak memperisterikan Dina tak tercapai, kan?" Potong Nazran.

"Kau jangan potong aku cakap boleh tak? Biar aku explain hal sebenar." Tegas Zariff.

"Nak explain konon. Dahlah, buang masa je aku dengar penjelasan kau tu." Nazran terus berdiri meninggalkan Zariff di situ.

"Nazran, mungkin dengan penjelasan aku, mata kau akan terbuka, kau akan sedar dengan sikap kau yang asyik buat keputusan terburu-buru." Langkah Nazran terhenti.

"Dengan penjelasan ni, aku yakin akan buat Irdina dan kau bahagia macam dulu. Aku tak nak campurkan lagi lima tahun nanti untuk aku lihat Dina sengsara." Nazran menghadap ke belakang.

"Apa kau cakap ni?"

"Nazran, kalau kau nak tahu, Dina pernah cakap yang dia masih sayangkan kau dari start dia kahwin dengan kau sampai sekarang. Masa lima tahun dulu aku kenal dia, dia tak pernah lupakan kau. Dari dia mengandung sampailah ke sekarang, dia tak ceritakan keburukan kau even aku sendiri pun kutuk kau, dia tak benarkan. Satu hospital mengata pasal dia yang dia mengandung anak luar nikah. Tapi dia orang tak tahu hal sebenar."

"Aku tahu yang aku memang buat salah dengan Dina, kau sebab aku tak tahu status dia isteri orang. Aku sedar dan aku menyesal. Aku nak minta maaf atas semua yang terjadi ni."

"Aku harap apa yang aku cakap ni, buat kau sedar dan hargai Dina macam mana kau hargai dia lima tahun lepas sebab peluang takkan selalu dapat." Smabung Zariff sebelum meninggalkan Nazran berseorangan di situ.

~~~
Suasana di tasik begitu mendamaikan tetapi hati Nazran berasa serba salah atas perbuatannya terhadap Irdina.

Dia yang bagi penderitaan pada Irdina. Dia juga yang beri tanggungjawab kepada Irdina untuk bertarung nyawa melahir dan membesarkan anak mereka.

Jika bukan Irdina, dia takkan dapat peluang kedua seperti ini. Hanya hati budi Irdina sahaja yang dapat beri peluang yang berharga seperti ini.

Dia nampak Irdina kuat menghadapi dugaan. Dia juga merasakan sebak apabila Zariff menceritakan pengorbanan Irdina kepadanya.

Sikapnya dalam membuat keputusan terburu-buru memakan dirinya sendiri. Hasilnya, dia hidup bersendirian selama lima tahun.

Kata-kata Zariff masih lagi mengiang-ngiang di telinganya. Ini adalah kifarahnya. Dugaan untuk menyedarkan dia tentang tanggungjawab.

"Nazran, kalau kau nak tahu, Dina pernah cakap yang dia masih sayangkan kau dari start dia kahwin dengan kau sampai sekarang. Masa lima tahun dulu aku kenal dia, dia tak pernah lupakan kau. Dari dia mengandung sampailah ke sekarang, dia tak ceritakan keburukan kau even aku sendiri pun kutuk kau, dia tak benarkan. Satu hospital mengata pasal dia yang dia mengandung anak luar nikah. Tapi dia orang tak tahu hal sebenar."

Abang menyesal sayang. Abang menyesal dengan apa yang abang buat. Abang masih sayangkan sayang. Ya Allah, aku menyesal. Sesungguhnya, aku alpa dengan nikmat mu. Rintih hatinya.

Dia bersalah pada semua. Pada Irdina, pada Aira, pada keluarga Irdina kerana memecah belahkan keluarga mertuanya sendiri dan hubungannya dengan Iskandar kerana menyokong Irdina dan bukan dia.

Perkara bodoh yang dia pernah buat dalam hidup dia ialah membuang orang yang tersayang dan menyesal kemudian. Jika dia tidak melalui ujian ini, dia tidak akan membuka matanya dan melihat kesalahannya sendiri.

Continue Reading

You'll Also Like

1.6K 102 8
Yura jika hari-hari dia harus hidup seperti ini, pasti dia akan menjadi gila. Peristiwa tadi kembali menerjah fikirannya. Rezqan "Kalau d...
11.4K 953 60
BOOK | 3 Status : Complete Tengku Naqib Afif - Seorang jejaka yang dingin dengan semua orang termasuk dengan pekerja nya juga. Seorang jejaka yang b...
2.9M 148K 84
β€’ romance β€’ ; 1ST SERIES OF MISTER SYED DARIEL HAKIEM Γ— MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum...
111K 6.5K 53
[| 2020 / 2021 |] Aleesya's life after The Tengku's 1 + Happy reading everyone +