Mr. Doktor I love you

By thenurulaisyah

1M 31.9K 542

Irdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
AUTHOR NOTE
MDILY RAYA
AUTHOR NOTE 2.0
AUTHOR NOTES 3.0

Bab 59

16.9K 442 15
By thenurulaisyah

"Arrrggggghhhhhhh!" Jerit Irdina.

Nazran terkejut. Irdina segera melepaskan rangkulan di pinggangnya. Dia bangun dari pembaringannya.

"You're too much, Nazran! Kenapa awak tidur sebelah saya?" Marah Irdina. Terkejut dia. Selama lima tahun, mana pernah dia tidur dengan mana-mana lelaki.

"What are you saying? Sayang tak ingat ke semalam?" Nazran sudah senyum gatal.

"Semalam? Kenapa dengan semalam?" Irdina mula mengingati kembali perisitiwa semalam.

"Abang minta maaf. Abang abaikan sayang, Aira. I'm so sorry." Ucap Nazran.

Irdina tak dapat menahan air matanya daripada mengalir di pipi. Ah, ini perkara yang paling dia tak dapat tahan. Sangat tersentuh dengan perkataan maaf.

Irdina terus menangis di dalam dakapan Nazran. Nazran hanya menggosok belakang Irdina. Mungkin boleh mengurangkan kesedihannya.

Dia melepaskan dakapannya. Dia melihat muka wanita yang paling dirinduinya. Matanya yang bersinar akibat air mata yang mengalir. Terus dia menyeka air mata Irdina.

Ini yang diperlukan oleh Irdina pada lima tahun lepas. Dia menginginkan sebegini. Dia mahukan Nazran menyeka air matanya daripada terus mengalir. Dia rindukan momen ini.

Nazran terus membaringkan Irdina. Dia menyelimuti seluruh anggota badan Irdina kecuali kepalanya. Takut lemas pulak. Nazran terus melepaskan sekucup ciuman di dahi Irdina. Irdina menikmati setiap perbuatan Nazran.

"Pejam mata. Sweet dream sayang." Ucap Nazran.

Irdina terus memejam mata. Nazran baring disebelah Irdina. Dia hanya melihat Irdina yang tidak tidur lagi.

"Sayang tak boleh tidur?" Tanya Nazran. Irdina menggeleng tanda tidak.

Nazran mengangkat kepala Irdina dan letakkan dilengannya. Irdina hanya mengikuti sahaja. Selepas itu, Nazran merangkul pinggang Irdina.

"Selesa?" Tanya Nazran. Irdina hanya mengangguk.

"Tidurlah. Mimpikan abang tau." Ucap Nazran. Irdina hanya tersenyum.

Di saat itu, Irdina berasa tenang apabila Nazran disisinya. Tidur yang sangat tenang tanpa gangguan.

Ingatan Irdina sudah kembali. Dia terus membelakangkan Nazran. Ah sudah! Apa kau buat Dina? Tengok! Dah malu tujuh keturunan nak menghadap muka dia.

"By the way, tidur semalam lena tak?" Tanya Nazran.

"Tak." Jawab Irdina. Serius.

"Yeke? Abang dengar siap berdengkur lagi." Usik Nazran. Dia gelak sakan. Irdina mengambil bantal lalu membalingkan ke arah Nazran. Habis kena muka. Padan muka.

"Saya tak berdengkurlah. Awak tu yang berdengkur." Nafi Irdina.

"Yeke? Habistu, semalam, siapa yang berdengkur kuat tu? Takkan saya sebab saya belum tidur lagi."

"Ishh! Dahlah. Saya nak pergi mandi." Kata Irdina.

Tuala yang diampai tiap kali dia menyidai selepas mandi diambilnya secara kasar. Dia meninggalkan Nazran yang tersengih di dalam bilik itu seorang diri. Malas mahu mengambil tahu.

~~~
Irdina melihat rawatan yang dilakukan oleh pelajar jurusan medik. Sebenarnya, tugas doktor pakar bukan sahaja sebagai rujukan untuk merujuk pada kes yang serius. Doktor pakar juga mempunyai tugas untuk mengajar para pelajar medik dan juga doktor pelatih.

"Good." Puji Irdina.

"Thank you doctor." Ucap pelajar itu.

"I have to go. Please, continue your work." Setelah menilik jam tangan, Irdina berlalu pergi meninggalkan pelajar bersama doktor pelatih.

Dia berjalan ke arah kaunter pejabat. Terdapat Zariff di situ. Dia mempercayai Zariff memerhatinya dari tadi.

"Hey, sejak bila jadi spy ni? Asyik perhatikan orang je." Usik Irdina.

"Saja. Sekali-sekala, tukar pulak kerja. Asyik rawat orang je. Penatlah." Rungut Zariff.

"Amboi, dah pandai menrungut!" Irdina mencekak pinggang.

"Takdelah. Saya gurau je tadi." Zariff menggaru kepala.

"Awak ni, asyik datang wad ni je. Kenapa, wad department awak tu tak de kanak-kanak yang sakit ke?"

"Takdelah. Saya nak refer dekat waris pesakit tadi. Saya tengok family dia orang, kesian dia. Mak sakit mengandung, anak kecil dia pulak demam panas." Luah Zariff.

"Lumrah kehidupan. Setiap manusia akan diuji untuk meningkatkan tahap kekuatan. Disebalik ujian ni, mesti terselit hikmah." Kata Irdina.

Zariff hanya mengangguk. Benar kata Irdina, manusia yang kuat akan sering diuji oleh Tuhannya. Dan ketahuilah bahawa Allah akan menguji atas kemampuan hambanya sendiri.

I phone Irdina berdering. Dia melekapkan i phonenya di telinga setelah dia menjawab panggilan tersebut.

"Yes. Dekat A&E. Ouh, nak bersalin."

"Okay." Irdina mematikan panggilan. Dia mahu membuka mulut tetapi Zariff sudah mengangguk tanda ya. Faham-faham jelah ye. Irdina terus beredar dari situ.

"Hey, Zariff. Aku tengok kau asyik pergi wad ni je. Kau ada apa-apa ke dengan Dr. Irdina tu?" Usik Haiqal yang memerangkap sebagai doktor di bahagian O&G. Dia ialah rakan kepada Zariff.

"Kalau ye pun, apa salahnya?" Kata Zariff.

"Eleh kau. Aku dah tahu dah kau memang ada perasaan dekat dia. Tak try confess ke?" Usik Haiqal lagi.

"Daripada kau sibuk ke tak aku confess dekat Dina, lebih baik kau confess dekat Amira tu, wad department aku. Jangan nak sibuk hal orang." Marah Zariff sebelum pergi. Haiqal pula sudah tersipu-sipu malu apabila Zariff menyebut nama Amira.

"Hey, Zariff. Tunggu aku!"

~~~
Iskandar mengangkat panggilan daripada Nazran. Dia terus melekapkan telefonnya pada telinga.

"Hello bro." Sapa Nazran.

"Amboi, suara ceria semacam je." Usik Iskandar.

"Mestilah weh. Aku nak ucap terima kasihlah dekat kau sebab kau bagitahu aku dekat mana Dina. Jasamu dikenang tau."

"Benda kecik je. Tak payah berterima kasih bagai. As long as kau happy dengan Dina." Kata Iskandar.

"Alhamdulillah." Ucap Nazran tanda syukur.

"Weh Naz, takkan semudah tu kau pujuk dia?"

"Haih, kenapa pulak?"

"Takdelah. Aku pelik jugak dengan Dina ni. Kau pakai ayat apa sampai si Dina tu nak dekat dengan kau? Kalau aku, si Hani tu tiga hari tiga malam jugaklah aku pujuk dia."

"Eh, macam tu pulak?"

"Perempuan ni, kau kena sentiasa dipujuk. Bukannya kau mengayat sikit dah okay. Kau kena pujuk dia sampai dia pergi dekat kau."

"So, kau nak kata, dalam kes ni aku kena pujuk Dina lagi?"

"Yes bro. Aku dengan Hani pun bergaduh sebab cadar katil inikan pula kau dengan Dina yang lima tahun tak berjumpa."

"Ouh. So apa plan kau?"

"Plan dia...."

~~~
Irdina melihat Nazran yang membawa dua buah beg bagasi itu ternganga. Nak buat apa dengan bagasi yang banyak dan besar itu? Takkan nak tinggal dekat sini?

"Awak nak buat apa ni?" Soal Irdina.

"Nak duduk rumah sayanglah. Rumah abang jauh sangat. So, why not kalau kita duduk rumah sama. Memang kita kena duduk rumah sama barulah one happy family at home." Ucap Nazran.

"Seriously Nazran?"

"Yelah sayang. Abang nak rapatkan hubungan kita yang dah renggang dulu." Memang itu niatnya. Dia mahukan Irdina dan Aira.

"Tapi, awak duduk dekat Shah Alam, kan?" Soal Irdina.

"Tak. Kali ni tak lagi. Abang nak duduk dengan sayang dan Aira." Kata Nazran sambil tersenyum. Irdina sudah memicit kepalanya. Pening jugak melayan karenah Nazran ni.

"Awak boleh duduk dekat sini. Tapi, ingat. Awak tu penumpang je." Balas Irdina sakarstik.

Nazran senyum tawar. Irdina masih lagi tak terima dia sepenuhnya. Takpe sayang. Abang faham. Lima tahun bukan lima hari.

"Dahlah. Saya nak mandi." Irdina mahu beredar dari situ setelah penat lelah menghadapi hari ini. Ramai betul orang nak beranak hari ni. Terpaksa dia korbankan waktu makan tengah hari buat pesakitnya.

~~~
Nazran mahu ke bilik. Pintu dikuak. Melihat Irdina yang sedang membaca buku, Nazran terus masuk ke bilik.

Serius. Itulah perkataan yang diungkapkan oleh Nazran ketika itu. Irdina seorang wanita yang cantik tetapi dia boleh menukar menjadi harimau jika ada sesuatu yang tidak kena dengannya.

"Apa tengok-tengok?" Soal Irdina. Bukunya ditutup.

"Sayang, abang Iz ada call abang." Kata Nazran.

"Abang Iz?" Rindu pada abangnya. Ya, berpisah dengan ibu juga berpisah dengan ahli keluarga termasuk adik-beradik.

"Sayang?" Lamunan Irdina mati.

"Apa?"

"Dia nak jumpa dengan Dina."

"Bila?"

"Sabtu ni? Sayang free ke?" Soal Nazran.

"Kalau dia nak datang, datanglah." Kata Irdina. Kemudian, dia menarik selimut untuk tidur.

Dia kata macam tu maksudnya dia bagilah kot. Ah, cakap jelah yang Dina setuju dengan cadangan abang Iz.

Irdina baring mengiring membelakangi Nazran. Tanpa dia sedar, air matanya mula mengalir. Dia mula mengingati kembali kata-kata yang dilemparkan oleh ibunya, Puan Iffah.

"Hey, kau memang anak tak guna kan!" Tengking Puan Iffah. Bahu Irdina ditolak kasar. Irdina hanya menunduk.

Irdina mula mengesat air matanya. Tetapi, apakan daya, setiap perkataan sudah dihafal dan sudah ada di dalam memori ayat itu.

"Anak yang tak kenang budi. Sia-sia jelah aku besarkan jadi orang. Apa yang kau buat ni memalukan kita orang. Kau sebagai anak dan isteri, jagalah maruah kau. Aku tak pernah ada anak macam kau." Marah Puan Iffah. Jarinya dituding di dahi Irdina.

Dan paling dia takut dengan ayat ini.

"Mulai hari ni, aku tak ada anak macam kau lagi. Aku tak pernah lahirkan perempuan yang bernama Irdina." Ungkap Puan Iffah. Dia berlalu pergi untuk melihat suaminya.

Dia terus menangis. Dia sudah tidak dapat tahan lagi dengan kata-kata itu. Walaupun sudah berlalu, tetapi hati tetap sakit untuk mengingati kembali. Walaupun tidak bersua, tetapi rasa luka itu masih ada dan terus berdarah. Betapa peritnya.

~~~
Ting tong!

Loceng itu mengejutkan Irdina sekeluarga yang sedang menonton televisyen pada hujung minggu. Irdina hairan dengan bakal menjadi tetamunya itu. Siapakah yang datang pagi-pagi macam ni?

"Biar abang tengok." Nazran menawarkan dirinya untuk melihat siapa gerangan itu.

Irdina pula menyambung scroll instagram. Tiada yang menarik. Semuanya mengenai artis, instafamous yang membuat paid review. Itu yang didapati di explore. Melihat kepada siaran orang yang dia mengikuti pula. Semuanya tentang kesihatan. Dan dia juga mengambil kesempatan untuk menyebarkan info kesihatan. Barulah menjadi pengguna yang bijak. Menyebarkan info-info yang bermanfaat lebih baik daripada menyebarkan fitnah.

"Siapa tu mama?" Soal Aira sambil menuding jarinya ke arah tetamu itu.

Irdina memaling ke arah tetamu itu. Tidak sangka, setelah lima tahun tidak bertemu. Insan yang menjadi orang terpenting dan orang yang teristimewa tetapi selepas lima tahun, mungkin tidak akan menjadi orang yang istimewa selepas orang itu membuang dia dari hidupnya.

Puan Iffah.

Ya, readers. Sis memang buat readers suspen. Hahahhahaa. Sorry but not sorry. Ini story line dia so just terima jelah dapat author yg suka bagi kejutan ni. Sebab hidup kita akan penuh dengan kejutan.

Chapter 60 dan seterusnya masih lagi dalam keadaan terbengkalai dan menaip. Diharap samua dapat menunggu.

Oh ya, thank you for the feedback comment and also yg request nak lagi. Love you alllllll!!! ❤

Continue Reading

You'll Also Like

714K 27.7K 71
Book 2 of The Faith. Romance | General Fiction "Kejujuran..Itu penting." "Saya sayangkan awak." "Pilih je lah dia apa masalah kau ?!" "Kalau kau ka...
413K 12.1K 71
Cinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya...
4.7K 85 51
Nia Clarissa bagi dia Syed Noah Nufail adalah segalanya. Lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya. Syed Noah Nufail pula dia rasakan Nia Clarissa...
97.8K 4.8K 51
Dia. Balqis Qaisara. Seorang gadis yang baru nak menginjak usia 18 tahun. Belum pun menginjak usia 20-an, hidupnya sudah dibanjiri kisah cinta yang...