Mr. Doktor I love you

By thenurulaisyah

1M 31.6K 540

Irdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
AUTHOR NOTE
MDILY RAYA
AUTHOR NOTE 2.0
AUTHOR NOTES 3.0

Bab 47

10.6K 322 1
By thenurulaisyah

Suasana di rumah yang sekarang berubah 180 darjah. Semua perabot tersusun rapi tetapi kekurangan seseorang membuatkan suasana berubah sekelip mata. Irdina hanya mampu meraup wajahnya. Tidak sampai  12 jam Nazran pergi, dia sudah rindu. Rindu.

Gelas yang berisi susu itu diteguk perlahan. Dia hanya termenung sahaja. Sunyi sahaja. Oh tidak, adakah aku akan lalui hari-hari sebegini sepanjang tiga hari?

Bunyi ringtones i phone Irdina berbunyi. Sah. Memang sah itu Nazran. Lamunan Irdina berhenti. Terus fokus Irdina beralih ke arah i phone yang terletak di atas meja.

Facetime with Nazran!

"Hello sayang!" Laung Nazran. Irdina segera menghadapkan mukanya di i phone itu.

"Waalaikumussalam, dah lupa adab-adab telefon orang ke?" Bunyinya sakarstik. Syabas Irdina.

"Assalamualaikum." Nazran mula menggaru kepala yang tidak gatal.

"Waalaikumussalam. How are you?"

"Fine, dah breakfast?" Giliran Nazran pula yang bertanya.

"Minum susu. Sayang tak ada selera lah."

"Makanlah sikit. Abang dah beli roti semalam. Ada dekat dalam kabinet tu. Sayang makan eh. Hari tu, beriya suruh abang jangan tinggal makanlah, apalah."

"Okay." Irdina mula menilik jamnya. Ah, sudah pukul 7:00 pagi. Matilah nak kalau lambat.

"Abang, sayang kena pergi kerja. Bye abang. Muuaaaah."

"Bye sayang!"

Perbualan dihentikan di situ. Irdina mula mencapai beg tangan di sofa lalu mengambil kunci kereta di meja.

Hari yang pasti akan jadi lambat.

~~~
Irdina menghempaskan badannya di kerusi. Sungguh, dia kesal dengan hari ini. Ketiadaan Nazran memberikan titik-titik gelap dalam hidup dia.

Baru sahaja tadi, dia dimarahi oleh pesakitnya kerana cuai. Dia sungguh kesal. Kenapa hari ini rasa macam ada yang tidak kena eh?

"It's okay, Dina. Patient yang marah awak tadi tak ada apa-apa." Muncul Iskandar di hadapan Irdina. Terkejut juga Irdina dibuatnya. Irdina segera membetulkan kedudukannya.

"Saya tak tahu macam mana saya boleh jadi careless macam tu." Irdina cuma menunduk malu.

"Setiap manusia pernah buat silap. Tak terkecuali dengan awak. Dari silap tulah kita boleh belajar supaya kita tak ulangi lagi kesilapan yang kita pernah buat." Iskandar memulakan sesi nasihat-menasihati.

"Tapi, kalau saya biarkan diri saya ni buat macam tu lagi, nyawa dia macam mana?"

"Satu je kunci. Teliti."

Kepalanya sudah runsing. Dirinya sekarang ni penuh dengan rasa bersalah. Macam mana mahu tebus kesalahannya? Oh tidak!

"Naz ada bagi tahu saya yang dia dekat Johor, kan?" Iskandar mahu menukar topik.

"Ya, dia outstation."

"So, awak okay ke duduk sorang-sorang? Nak saya suruh Hani temankan awak?"

"Takpe. Malam ni saya oncall."

"Baguslah kalau macam tu. If anything you want, just let us know. Kami sedia membantu awak." Alamak, macam slogan Kementerian Kesihatan Malaysia je!

"Take care of yourself. Awak tanggungjawab kita orang. Amanah kami."

"What do you mean?" Muka Irdina berubah pelik. Hampir 1001 soalan berada di kotak fikirannya. Apa ni?

"Nazran. Dia arahkan kita orang untuk jaga awak." Dengan sebaris ayat itu, Iskandar terus beredar dari bilik kerja Irdina.

Irdina terus mencapai i phonenya. Terasa disayangi pula. Aplikasi whatsapp dibuka.

Thank you, love.

Thank you for what?

For everything you had done to me. I love you <3

Love you too, sayang.

Jam menunjukkan pukul 11:00 pagi. Elok juga kalau dia beli sesuatu untuk alas perut.

Sedang dia mahu mencapai i phonenya di atas meja, pintu biliknya kedengaran dikuak. Matanya fokus pada pintu untuk melihat siapa gerangan manusia itu.

~~~
Suasana di taman cukup tenang bahkan sunyi sepi. Hanya dua orang sahaja yang melihat keindahan taman itu. Tiada orang lain selain mereka.

Irdina dan Maya.

Mereka tidak bersengkang mata pun. Irdina pun sudah meyakini dirinya bahawa dia takkan mempercayai apa-apa yang dikatakan oleh Maya.

"Tenang betul cuaca hari ni. Rezeki I jumpa dengan you." Maya bersuara untuk mematikan lamunan Irdina.

"Maya, tak payah nak berkiasan sangat. Just straight to the point, apa yang you nak cakapkan." Tahap kesabaran Irdina mula runtuh.

"Relaks lah you ni, I cuma nak mintak maaf dekat you atas perbuatan I." Hasrat hatinya cuma mahukan kemaafan daripada Irdina.

"Maaf? Kenapa you mintak maaf?" Pelik betul dengan manusia ni. Tiba-tiba tanpa sebab.

"I nak berhijrah. You know, lepas je apa yang dah jadi, I rasa mungkin ada hikmah. Kalau I bawak rasa dendam ni sampai bila-bila, I tak dapat apa-apa. Lagipun, I nak tinggalkan Malaysia and go back to London." Mimik muka Maya sudah berubah. Sayu nampaknya.

"I nak berubah, Dina. Before I nak berubah, I nak kemaafan dari you, Nazran untuk ketenangan hati I."

Irdina yang mendengar menjadi patung sekejap. Betul ke apa yang didengar olehnya? Atau ini cuma lakonan semata-mata?

"I nak kemaafan dari you." Ucap Maya lagi.

Irdina mengingati kembali kata-kata Nazran. Ingatannya masih segar apa yang diperkatakan oleh Nazran.

"Sayang, listen here. Abang tak nak sayang percayakan dia. Please, do this for me."

"Tapi, manusia kan berubah."

"Perempuan yang bernama Maya takkan berubah. Takkan berubah."

"Maya, I have to go. Ada emergency."

Irdina terus beredar dari situ. Dia tak mahu muncul di hadapan Maya lagi. Kakinya laju melangkah ke hospital.

~~~
Pen di jarinya dimain-mainkan supaya otaknya berfikir. Ligat dia mencari siapa dalang yang membuat kerja-kerja sebegini.

Sesekali dia berjalan dan bermundar-mandir di dalam biliknya. Pemandangan di luar tidak menarik perhatiannya langsung bahkan dia hanya memandang kosong sahaja.

"Siapa punya angkara ni?" Setelah dia geram berperang dengan perasaannya, akhirnya dia bersuara.

Dia menggeleng. Takkan orang awam sanggup buat macam tu. Mesti ada orang yang berdendam atau dengki. Mungkin juga kerana ini adalah pembakaran yang besar. Habis satu bangunan yang tengah disiapkan musnah dijilat api.

Siapa punya angkara ni?

~~~
Kepalanya terasa berat. Penglihatannya juga seperti berpusing-pusing. Bukan migrain tetapi entahlah. Dia tak pernah menghidap simptom ini.

Dia mahu berdiri. Dia gagahkan juga untuk berdiri. Dipegang segala objek supaya dapat menampung beratnya.

Sedang dia berdiri, dia merasakan seperti batu besar dan berat yang menghempap kepalanya. Dia mengerang kesakitan.

Dia rebah di lantai. Penglihatannya kabur dan dia tak terdaya untuk bangkit kembali. Sakit.

"Dina!" Satu suara melaungnya. Dia dengar tetapi suara itu bergema.

"Dina!"

Hani menyentuh pergelangan tangan Irdina. Pernafasannya juga dia periksa. Mata juga dia periksa.

Hani keluar dari bilik kerja Irdina. Terus dia memanggil sesiapa di situ. Kehadiran Iskandar membuatkan dia lega.

"Sayang, main kejar-kejar ke?" Gurau Iskandar.

"Dina. Dia pengsan." Muka Iskandar berubah serius.

Terus mereka pergi dari situ. Mereka masuk ke dalam bilik Irdina. Sekujur tubuh yang pengsan dihadapan matanya.

Happy iftar guys!

Continue Reading

You'll Also Like

573K 19.7K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
382K 19.8K 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang...
14.2K 597 23
Short story challenge by @Angel_k20 Hani Qistina- dia pemilik Cafe The Three Colors Rose. Perwatakan yang lemah lembut dan baik hati membuatkan peker...