Mr. Doktor I love you

By thenurulaisyah

1M 31.6K 540

Irdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
AUTHOR NOTE
MDILY RAYA
AUTHOR NOTE 2.0
AUTHOR NOTES 3.0

Bab 39

11.2K 353 4
By thenurulaisyah

Sudah tiga bulan Nazran memegang jawatan sebagai ketua pengarah eksekutif di Megah Holdings. Selama tiga bulan juga, dia bertungkus lumus mempelajari dalam ilmu perniagaan. Stres tu memang ada.

Walaupun dia bengang kerana selalu lupa pasal ilmu bisnes tetapi dia tidak mudah putus asa untuk mengingati ilmu yang dipelajari.

Irdina menjadi tulang belakang Nazran. Kala Nazran jatuh, Irdina datang membawa semangat untuknya. Dia juga bersyukur yang Irdina menjadi isterinya. Dia isteri, sahabat, pendengar setia, tulang belakang, pengarang hati dan lebih dari itu. Sesungguhnya, Allah adalah sebaik-baik perancang.

Dia juga mempunyai kakak yang sanggup datang ke rumahnya tengah malam semata-mata untuk mengajar tentang bisnes. Tengah berbadan dua lagi.

~~~
Waktu sudah melonjak pukul 3:00 petang. Dia meregangkan badannya kerana duduk lama. Melihat carta pesakit itu membuatkan dia mengantuk. Ah sudah! Semalam oncall. Jadi, dia terpaksa mengorbankan masa tidurnya pagi tadi untuk mengulangkaji tentang penyakit yang selalu dialami oleh wanita.

Dia mula melangkah untuk keluar dari bilik kerjanya. Dia mahu mengambil angin untuk menghilangkan stres. Kerja seorang doktor memang memenatkan kerana ia akan belajar. Walaupun selepas memegang ijazah tetap akan belajar dan terus belajar mengenai manusia.

Melihat pemandangan yang sangat indah di taman itu membuatkan dia tenang. Dia juga mahu relaks dan tenang. Kepalanya sudah berat.

Baaa!!!

Datang seseorang menyergahnya dari belakang. Itu membuatkan dia terkejut. Pantas dia mengurut dadanya. Tersedu-sedan dia menahan rasa terkejut.

Nazran.

"What are you doing here?" Satu baris ayat keluar dari mulut Irdina.

"Saja." Jawab Nazran selamba.

"Saja? Mana boleh saja-saja. Abang ponteng kerja ke?"

"Sayang ni. Ada ke macam tu? Even abang ni bos tapi abang tak adalah sampai macam tu. Abang seorang pekerja dengan baik. Sayang je tak tau." Ujarnya dengan bangga dan mengharapkan pujian dari isterinya.

"Yelah tu. Cakaplah betul-betul, abang buat apa dekat sini?"

"Abang jumpa Iskandar tadi. Lepastu abang nak balik. Abang nampak sayang dekat taman sorang-sorang. So, abang pergilah sini." Terang Nazran.

"Sayang buat apa dekat sini?" Nazran menyoal.

"Sayang stres so sayang nak ambil angin dekat sini."

"You know how much I miss you, sayang?" Tiba-tiba Nazran mengungkapkan kata-kata begitu.

"Kita duduk serumah, kan? Abang duduk dekat rumah jiran ke sampai rindu Dina?" Gurau Irdina.

"Ish sayang ni, sayang ni tak fahamlah maksud abang." Rungut Nazran.

"Sayang fahamlah. Sayang pun rindu abang. Tiga bulan abang tak ada, sendu hospital ni." Luah Irdina.

"Hah, tu maksudnya 'betapa pentingnya' abang dekat hospital ni. Tengok, bukan sayang je yang rindu dekat abang, satu hospital rindu abang." Bangga betul budak si Nazran ni. Cili kang.

"Tolong jangan perasan boleh tak? Semenjak abang tukar kerja ni, selalu perasan kan? Ish!" Rungut Irdina pula.

"Yelah. Abang janji dah tak perasan lagi." Dia menilik jam di tangan 3:15 petang. Hah! Nak balik ofis.

"Sayang, abang balik ofis dulu eh? Dah pukul 3:15 ni." Kata Nazran. Irdina mengangguk.

"Sayang pun nak naik wad."

Irdina mencium tangan Nazran. Mereka beredar dari situ. Sekurang-kurangnya, dating pendek kali ini membuatkan Irdina melepaskan rindu kepada suaminya.

~~~
Hujung minggu adalah masa yang paling tepat untuk meluangkan masa bersama keluarga. Setelah bekerja lima hari seminggu, hari minggu ialah hari rehat.

Irdina dan Nazran bercadang untuk meluangkan masa bersama Datin Najihah. Puan Iffah pun berada di sini. Encik Adam tiada kerana ada urusan hal kerja. Dah lama juga dia tidak meluangkan masa dengan anaknya.

Irdina membawa kek batik yang dibuat olehnya semalam. Kek batik masih setia dipegang sehingga pintu utama dibuka.

"Eh, Iffah pun ada sekali." Tegur Datin Najihah.

"Eh mestilah. Aku nak jumpa kau. Dah lama tak jumpa."

Datin Najihah mempelawa mereka masuk. "Jomlah masuk. Panas dekat luar ni." Mereka akur.

Mereka ke arah ruang tamu manakala Irdina menuju ke dapur. Dia mahu menghidangkan kepada ibu dan ibu mertua mereka.

Nazran hanya duduk dan memerhati mereka. Cerita permpuan, mana nak sama dengan selera dia. Haih.

"Dina mana Naz?" tanya Puan Iffah.

"Dekat dapur. Tengah buat air kot." Mereka hanya mengangguk.

"Ma, ibu, Naz nak pergi dapur. Nak tengok apa yang patut." Nazran beredar dari situ. Kakinya pantas melangkah ke dapur. Nak jumpa isteri punya pasal.

Irdina yang sedang memotong kek batik itu terkejut dengan kehadiran Nazran. Suka buat orang terkejutlah dia ni.

"Abang buat apa dekat sini?" Soal Irdina sambil melakukan kerjanya.

"Saja. Tengok sayang buat apa." Irdina ke kabinet. Dia mahu mengambil teko dan cawan untuk dibancuh air. Ah! Dah tahu diri tu rendah nak ambil jugak kau ni Dina.

Nazran yang mencapai teko dan cawan-cawan itu. Dia tengok terjengkek-jengkek Irdina mahu mencapai itu. Apa guna dapat suami tinggi, tapi tak guna. Apalah!

"Thank you." Ucap Irdina sebaik sahaja mengambil teko itu daripada Nazran. Nazran hanya tersenyum.

Diambilnya uncang teh dan balang gula. Air panas diisi separuh teko. Rendamkan uncang teh sehingga warna coklat. Dua sudu gula dan siap! Senang saja!

Irdina menuangkan sedikit teh panas itu ke dalam cawan. Dia mahu Nazran merasanya.

Nazran menyisip sedikit akibat panas. Kemanisan buah itu terselah apabila dirasanya. Tidak tawar dan tidak manis. Sedang saja.

"Manis tak?" Tanya Irdina.

"Manis."

"Tapi, manis lagi senyuman sayang yang sayang ukirkan tiap hari. Manis dan tidak jemu memandang. In fact, tak kena potong kaki pun sebab manis ini disertakan dengan keikhlasan." Sweet talker betul Nazran ni! Kali ini, buat Irdina rasa menyorokkan diri dalam tandas. Mukanya sudah memerah. Blushing!

"Speechless, right?" Usik Nazran.

"A little bit. Mana belajar ni? Google eh?" Sakat Irdina.

"No, sayang. Dari hati." Dua kali ganda dirinya jatuh cinta kali keseribu dengan Nazran. Awww!

"Such a sweet talker."

"Kalau tak, bukan suami Irdina namanya."

"Air dah siap ke belum?" Suara itu kedengaran sinis. Puan Iffah. Matilah nak! Mereka menatang pinggan dan dulang ke ruang tamu.

Puan Iffah ni dia tegas tapu penyayang. Dia taklah garang sangat tetapi untuk mengajar. Jika mahu mendisiplinkan anak, suruh Puan Iffah jaga. Kompem seminggu keluar dari rumah dia, macam tentera.

"Apa yang lama sangat buat dekat dapur tu?" Sakat Datin Najihah.

"Bancuh air lah ma." Ujar Nazran. Irdina sudah tunduk malu. Cara itu sahaja buat dia menyorokkan mukanya.

"Bancuh air sekali dengan ungkapan romantik?" Soal Puan Iffah dengan sinis. Irdina cuma tersengih. Aduhai! Sudah terbongkar pula!

"Sedapnya kek batik kamu, Dina." Puji Datin Najihah setelah dia makan kek batik itu. Cukup manis, ranggup dan semuanya cukup.

"Mana kamu belajar ni?" Soal Datin Najihah.

"Dekat google je mama."

"Wow! Dekat google je. Mama pernah google, then masak ikut resepi dekat google. Hmm, tak sedap pulak. Tangan Dina buat apa je semua jadi." Luah Datin Najihah. Baginya, resepi turun menurun lagi sedap berbanding resepi orang lain.

"Tak adalah sampai macam tu ma." Irdina cuba untuk merendah diri.

"Ye ma. Dina ni masak apa je sedap." Puji Nazran terhadap isterinya. Makin kembanglah Irdina.

"Oatutlah kamu dah buncit." Perli Puan Iffah.

Ini bukan spekulasi, ini fakta. Fakta yang Nazran sudah buncit. Masakan Irdina ni memang tiada tandingan. Masak apa je semua sedap. Untung dapat bini pandai masak, Nazran.

Continue Reading

You'll Also Like

94.5K 4.8K 51
Dia. Balqis Qaisara. Seorang gadis yang baru nak menginjak usia 18 tahun. Belum pun menginjak usia 20-an, hidupnya sudah dibanjiri kisah cinta yang...
275K 7.1K 46
Hatinya sering dilukai oleh lelaki yang disayanginya. Tiada siapa yang faham akan isi hatinya. Dia sering menjaga hati orang disekelilingnya namun ha...
277K 7.7K 27
[COMPLETED] Asal jumpa je gaduh dan asal gaduh je jumpa.Inilah kisah antara Nur Dyna Amal dan Tengku Daniel Amsyar.Dyna ialah seorang yang kasar,cant...
378K 13.6K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...