Mr. Doktor I love you

By thenurulaisyah

1M 31.9K 542

Irdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
AUTHOR NOTE
MDILY RAYA
AUTHOR NOTE 2.0
AUTHOR NOTES 3.0

Bab 36

13K 401 5
By thenurulaisyah

Cawan ditolak supaya air daripada penapis air Coway dapat dikeluarkan. Air sejuk itu diminum rakus. Dahaga sangat. Fuh!

Maya terus ke ruang tamu. Puan Melissa, ibu kepada Maya baru sahaja balik Malaysia semalam. Terkejut Maya dibuatnya. Tengok-tengok, Puan Melissa sudah tercengang di hadapan kondominium Maya.

"Kenapa mummy balik tak bagitahu Maya?" Tanya Maya. Dia duduk di sebelah Puan Melissa.

"Mummy dapat berita yang Dato' Azhar meninggal. Tu yang mummy balik." Terang Puan Melissa.

"Hah?!" Terkejut Maya dibuatnya. Papa Nazran meninggal?

"Bila?"

"Seminggu yang lepas."

"Habistu, siapa yang gantikan tempat Dato' Azhar?" Soal Maya.

"Tak tahu pulak mama. Mungkin Nazran lah kot. Dia anak lelaki Dato' Azhar." Puan Melissa membuat andaian.

Apabila Maya dengar, dia sudah mula senyum sinis. Senyuman jahat tambahan pula ada makna.

"Maya, kenapa?" Tanya Puan Melissa. Semakin hari ditinggalkan, semakin meliar pula.

"Apa mummy ni?" Tanya Maya pula.

"Jangan cakap dekat mummy yang Maya nak buat something dekat Nazran." Puan Melissa membuat andaian.

"Pandai mummy teka." Senyuman Maya cukup jahat.

"Maya, tolonglah janngan buat benda-benda macam tu. Maya, please. Jaga reputasi mummy. Mummy tak nak Maya buat kecoh." Nasihat Puan Melissa.

"Mummy, Maya tak boleh duduk diam mummy. Maya buat ada sebab mummy."

"Sebab apa Maya?! Sebab nak rampas Nazran daripada isteri dia?!" Puan Melissa sudah naik angin. Amarahnya kini membuak-buak.

"Bukan sebab Nazran. Tapi sebab Irdina!" Jerit Maya.Puan Melissa terdiam.

Irdina. Perempuan yang ada kaitan dengan dia dan anaknya.

~~~
Irdina membuka langsir di biliknya. Kemudian dia membuka pintu kaca. Bagi udara dan cahaya masuk ke dalam rumahnya. Dia menghirup udara segar.

Kali ini dia memejamkan mata. Memandangkan angin bersepoi-sepoi di sini, jadi dia mahukan ketenangan. Dia mengosongkan fikirannya. Segala apa yang terjadi semuanya dia mahu padam di kotak fikirannya. Dia mahukan ketenangan sekarang ini.

Tangan seseorang memeluk pinggangnya dari belakang. Dagunya diletakkan di kepala Irdina. Dengan kesempatan itu, dia menghidu bauan rambutnya yang wangi.

Secara drastik, Irdina membuka mata. Dia menoleh ke belakang. Gerangan siapa lagi kalau bukan Nazran.

"Shhh. Pandang depan. Sambung apa yang sayang buat." Bisik Nazran. Irdina akur lalu melakukan apa yang dilakukan sebelum ini.

"Abang nak sayang tenang. Tenang dengan abang." Ucapnya dengan syahdu.

"Nak tenang macam mana kalau abang dah macam singa kelaparan. Asyik marah orang je." Rungut Irdina.

"Abang ingat abang sorang je yang boleh marah-marah? Dina tak boleh? Ingat Dina tak ada perasaan?" Marah Irdina.

"Abang tahu tak, setiap kali berlaku pasal Maya, abang terus naik angin. Abang tak rileks pun. Yang jadi mangsa sekarang ni Irdina tau. Bukan Maya." Sambung Irdina lagi.

"Dah puas luahkan?" Tanya Nazran.

"Apa abang ni?"

"Sayang, abang tahu yang sayang pendam dekat hati sayang tu lama kan. Abang tahu semua salah abang. Abang tak kawal kemarahan abang. Abang cuma nak kita macam dulu. Irdina yang suka manja-manja dengan abang. Abang rindu sayang yang macam tu."

Nazran menyeluk poketnya. Dia mengeluarkan sesuatu.

"Sayang stres?" Tanya Nazran. irdina mengangguk.

Nazran menghulurkan coklat itu kepada Irdina. Caldburry. Irdina senyum ikhlas. Nazran sudah gembira apabila riak wajah Irdina sudah betukar.

"Thank you abang. Selalu faham apa yang sayang nak." Ucap Irdina.

"Welcome. Rupanya, senang nak pujuk sayang eh. Bagi coklat je terus senyum. Lepas ni nak marah-marah sayang lagi lah."

Irdina sudah senyum sinis. Amboi, pantang sudah lembut nak buat lagi eh.

"Okay, tengoklah kalau abang marah-marah macam tu lagi. Nanti, bukan coklat ni yang sayang terima. Dengan abang-abang sekali sayang tak nak terima." Ugut Irdina. Padan muka.

"Alaa sayang ni. Marah-marah manja je. Itupun nak merajuk. Alahai sayang. Nasib baik sayang ni isteri abang." Nazran ketawa.

Mata mereka bersatu. Mata Irdina bercahaya. Itu yang membuatkan Nazran tertarik dengan Irdina. Malah, dengan keperibadian Irdina juga buat Nazran tertarik dengan Irdina.

~~~
Khairul tenung surat perletakan jawatan itu. Dia sedar yang Shah Alam Medical Centre bakal kehilangan seorang pengamal perubatan yang cekap seperti Nazran.

"Kau dah fikir masak-masak?" Soalnya. Dia tidak mahu keputusan yang Nazran buat ini memburukkan lagi keadaan.

"Kakak aku nak tak lama lagi nak dapat anak. Company papa aku bary maju. I have no choice, Khairul."

"Kau tak rasa ke usaha kau selama kau belajar lima tahun dekat Ireland, sambung sini jadi Houseman dan sekarang kau dah jadi medical officer. Macam sia-sia je usaha kau." Khairul mahu melunturkan semangat Nazran untuk berhenti dari kerja ini. Nazran berpotensi besar untuk menjadi seorang doktor senior malah dia juga mahu melihat Nazran menjadi pakar ortopedik.

"I'm sorry. Aku perlu ke company papa aku." Kata Nazran sambil tertunduk.

"Aku akan notice tiga bulan dari sekarang." Kata Nazran.

Dia berdiri lalu menuju keluar meninggalkan Khairul di dalam bilik itu. Kesemua keputusan itu telah dibuat oleh sendiri. Memang berat hati untuk meninggalkan kerjayanya tetapi amanah seorang anak lagi dia tidak sanggup untuk tinggalkan. Sungguh membuatkan dia sedih. Dalam keadaan tersepit begini, dia perlu mencari solusi yang sesuai dan solusinya adalah dengan gantikan tempat Dato' Azhar.

Tempat duduk untuk pelawat itu diduduk oleh Nazran. Kepalanya sedikit serabut sama ada mahu teruskan profesyen dia sebagai seorang doktor atau tidak. Dia buntu. Buntu sangat.

Air mineral dihulur oleh Irdina. Dia tahu suaminya serabut. Untuk permulaan, dia mahu suaminya tenang dahulu. Air mineral itu diambil dan dibuka.

"Thank you sayang." Ucapnya.

""Welcome." Terus air mineral itu diteguk rakus. Dah tahu dah. Mesti haus ni.

"Abang dah buat keputusan?" Soal Irdina. Mahu memulakan.

"Dah."

"So, the answer is yay or nay?"

"Yes. Abang nak resign. Abang akan gantikan tempat arwah papa." Dengan ayat itu membuatkan Irdina faham dan jelas.

"Abang, abang dah tak boleh pandang belakang lagi dah. Pandang depan. Sebab masa tak boleh diputarkan lagi. Dina sokong apa yang abang buat. Dina tahu, abang dah buat keputusan yang terbaik untuk diri abang, kak Naurah dan mama." Nasihat Irdina.

Nazran senyum lalu mengangguk. Dia memahami apa yang dikatakan oleh Irdina. Sungguhpun begitu, hatinya sudah mula dihadiri titik-titik rasa redha dengan keputusan yang dilakukan. Biarpun sedikit kecewa tetapi dia anggap ini sebagai balas jasa terhadap Dato' Azhar.

~~~
Iskandar menyergah Nazran dari belakang. Main cucuk-cucuk pinggang pulak. Geli tau tak! Habis terperanjat aku dibuatnya.

Iskandar tergelak. Kelakar dengan riak wajah Nazran. Ni kalau ambil gambar lepas tu post dekat instagram ni kompem semua orang like. Viral kang kawan aku ni. Famous pulak kawan aku ni. Tapi memang followers Nazran memang banyak pun. Mencapai 590K. Kalah artis senior yang baru bermain istagram. Huisshh. Setiap kali Nazran post gambarnya, pasti dibanjiri dengan berjuta-juta like dan komen. Antara komen yang Nazran dapat:

Omg! Hensemnya you! 😍😍😍

Awww, bakal imam i lah!

Oh no! Dia ni kalah artis! Handsome sangat lah!

Tetapi bila Nazran meng'upload' gambar dia bersama Irdina. Banyak juga like dan komen. Ada segelintir komen yang negatif dan ada yang positif. Mulut manusia, siapa saja boleh tutup kalau bukan diri sendiri?

"Kau ni, terperanjat aku!" Marah Nazran. Sungguh dia menyampah dengan perkara itu. Suka hati mahu mencucuk orang.

Sejak Iskandar beritahu Nazran tentang penyakit Dato' Azhar, hubungan mereka kembali pulih. Runtuh ego Nazran apabila mahu meminta maaf kepada Iskandar.

"Eleh kau ni. Sikit-sikit nak terperanjat. Kau tahu tak, orang yang selalu terperanjat ni orang yang dah tua tau."

"Habis tu kau nak cakap aku tua lah."

"As you say, memang kau dah tua pun."

"Kurang asam kau eh. Taguna punya kawan."

"Gurau je. Okay, kau lelaki yang handsome." Pujuk Iskandar. Rajuk Nazran seperti Budak kecil.

"Yang tua." Sambung Iskandar. Ketawanya diletuskan.

"Handsome tu fakta tentang aku eh tapi tua tak lagi. Still sadi tau. Kau tu, kempis." Ejek Nazran.

"Ouh, okay. Tengok lagi tiga bulan, kompem dah pam."

"Eleh, malas pergi gim. Macam mana nak badan tu sado? Usaha tangga kejayaan bro, barulah jadi macam ni." Nazran menunjukkan otot-ototnya yang sado.

"Yelah bro. Macam mana nak dapat badan kau kalau isteri aku asyik masak benda sedap je. Haih, teringat pulak nasi ayam isteri aku tu." Iskandar mula teringat.

"Kau ingat isteri kau je ke yang pandai masak? Isteri aku pun pandai masaklah. Pengemas lagi tau." Nazran mula riak.

Irdina dan Hani yang berjalan beriringan itu terhenti apabila kedengaran seperti mereka bergaduh. Aduhai, dekat hospital ni nak bergaduh ke?

"Hey! Apa kau orang ni? Janganlah gaduh. Ni hospital. Tak malu ke orang dengar nanti." Marah Irdina. Macam budak kecil.

"Awak ni Is. Macam budak kecik kan. Umur awak dah 27 tahun tapi perangai macam budak 7 tahun." Perli Hani.

"Sayang, awak patut marah Nazran tu. Dia tu riak sangat nak tunjuk dia sado sangat. Dia ingat sado sangat ke?" Ujar Iskandar sekadar mengejek. Nazran mencebik.

"Sayang, tak payah nak percaya sangat cakap mamat ni. Dia tu menunjuk-nunjuk makan makanan isteri dia masak hari-hari. Ingat sayang tak reti masak ke?" Giliran Nazran pula mengejek.

"Sudah!" Nazran dan Iskandar berhenti menjelirkan lidah mereka.

"Ingat ni pertandingan show off ke? Kau orang ni dah 27 tahun tau. Dah besar. Iskandar, awak nak jadi bapak orang dah. Be mature please. Awak tak malu ke nanti anak awak keluar tiba-tiba tengok perangai bapak dia macam budak-budak?!" Marah Irdina. Dia persis ibu yang memarahi anak-anaknya.

Hmmm. Terlepas cakap. Hani membulat mata.

"Sayang pregnant?" Tanya Iskandar yang ingin mendapatkan kepastian.

"4 weeks." Iskandar terus memeluk Hani. Dia berayukur. Semoga dengan kehadiran cahaya mata di dalam rahim isterinya menambahkan lagi kebahagiaan pasangan itu.

"Apa ni Dina? Kenapa kau bocorkan?" Hani masih tidak puas hati dengan Irdina. Irdina sudah janji yang tidak akan bocorkan rahsia dia. Tetapi, terlepas. Nak buat macam mana? Irdina garu kepala yang tidak gatal.

"Seriously Is, kau dah jadi bapak orang. Congrats bro!" Ucap sahabatnya.

Giliran Iskandar dan Nazran pula bersalam dan berpelukan. Rasa syukur pun ada. Ya Allah, dah jadi bapak orang rupanya.

"Ehem." Irdina berdehem.

"Dah berbaik ke?" Tanya Irdina. Sinis.

Mereka bergelak ketawa. Cepat betul pergaduhan manja mereka terlerai. Berpeluk sakan. Apakah?

Gaduh manja pulak Nazran dengan Iskandar ni. Aduhai. Partner gay bergaduh. Bagaimanakah? Korang bayangkan. Btw, it's 9K readers. Cepat betul naik eh. I love uollsssssssssssss!

Continue Reading

You'll Also Like

107K 4.1K 23
Jatuh cinta itu indah namun tak semua tumbuh dengan mekar. Kadang mencintai seseorang yang salah bukanlah satu kesilapan melainkan takdir yang telah...
81.1K 2.5K 17
ROMANCE FICTION SERIES TWO Dan disaat kita pertama kali mula bertaut mata, aku terpaksa akui hatiku terpaut padamu meskipun engkau misteri tanpa iden...
899 68 24
1st Malay Fiksyen 🌹🌹 Mereka sentiasa bersama sehinggakan ada yang menyangka mereka adalah pasangan bercinta. Tetapi, status hubungan mereka hanyala...
242K 9.5K 27
3rd Story ❤ Afeeya Adara Hilman Ukasyah Sebelum cinta itu berputik, akan tertanamnya rasa benci. AFEEYA ADARA, gadis cantik manis sedap mata dipan...