Possession √

By rosesnorkeds

4.5M 176K 13.4K

Tengku Harith | Tya Irena Satu malam bersama orang asing di sisi masing-masing buat segalanya berubah... More

Possession
rose name diary ♡
Possession | 1
Possession | 𝟐
Possession | 3
Possession | 4
Possession | 5
Possession | 6
Possession | 7
Possession | 8
Possession | 9
Possession | 10
Possession | 11
Possession | 12
Possession | 13
Possession | 14
Possession | 15
Possession | 16
Possession | 17
Possession | 18
Possession | 19
Excuse Me
Possession | 20
Possession | 21
Possession | 22
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 23
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 24
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 25
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 26
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 27
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 28
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 29
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 30
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 31
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 32
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 33
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 34
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 35
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 36
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 37
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 38
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 39
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 41
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 42
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 43
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 44
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 45
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 46
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 47
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 48
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 49
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 50
𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 51
Epilog

𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 40

58.1K 2.4K 249
By rosesnorkeds

S

    

elama 168 jam itu, tiada sesaat pun terlepas dari fikirannya wajah indah sang ratu hati bernama Tya Irena, lena juga langsung tak menemani dirinya sejak seminggu ini.

Tidak berhenti risau menyelubungi hatinya. Tidak berpeluang tenang terasa di jiwanya. Sakit, derita dan kosong, hati bertemankan rasa itu. Pagi petang malamnya sibuk mencari keberadaan insan bergelar isteri. Tuhan sahaja tahu di mana wanita itu sekarang berada.

Seakan tidak pernah wujud wanita bernama Tya Irena, jejak wanita itu langsung tidak ditemui walaupun penyiasat terhandal sudah diupah sejak hari pertama kehilangan Tya. Tengku Harith buntu. Segala jalan telah dia lalu, segala cara sudah dicuba namun masih menghampakan.

Rindunya dia pada Tya. Risaunya dia pada Tya. Rasa itu sungguh menyakitkan... Bagai membunuh. Tya...

Tiba-tiba dia teringat hari Jazee memberitahu dia kemalangan lebih seminggu lalu. Bagai ingin tercabut nyawa dari jasad.

Jika itu hanya gurauan, itu adalah gurauan yang paling tak kelakar pernah dia terima. Jika itu hanya mimpi mungkin itu adalah mimpi paling ngeri dan buat dia sanggup kekal berjaga sepanjang malam agak tidak didatangi mimpi itu lagi.

Tetapi segalanya realiti, seminggu dia menunggu... setiap saat berlalu itu juga Tya tiada di depan matanya tanda segalanya benar.

Dia bukan bermimpi. Dimana Tya?

Seminggu lalu

Ting!!!

Deringan bertalu ditelefon mematikan fokus Tengku Harith dari komputer.

"Tengku" dalam masa yang sama Jazee masuk bersama wajah cemas.

"Cik Tya" sewaktu ini, tuhan sahaja tahu betapa luruhnya jantung lelaki bernama Tengku Harith Shah. Kelam dunianya seketika.

Tak mungkin. Sepantas kilat, akal terasa gagal berfungsi. Rasa dingin berdegup terasa menyelubungi tubuh, sekeliling terasa terhenti seketika dan hanya senyuman Tya terhias di dada minda.

Tya Irena.

Dadanya terasa sesak. Telefon dicapai. Tubuh dibangkitkan dari duduk dan pantas dia meninggalkan bangunan megah The Insanna. Kakinya terasa tidak jejak ditanah, entah betul atau tidak langkahnya dia juga tak tahu.

Kereta miliknya dipandu laju membelah jalan raya menuju ke arah lokasi yang terpapar di dalam telefon bimbitnya. Seketika dia hilang dari dunia nyata. Terbayang-bayang di mindanya kejadian 4 tahun lalu yang telah meragut nyawa Nadia secara tragis berlaku pada Tya Irena.

Ya Allah!

Pinn!

Tengku Harith yang tersedar mendengar hon dari arah sisi pantas memutar sterengnya dan mengawal kereta kembali ke dalam trek. Sudahlah dipandu kereta sport itu serupa pelesit. Semakin tak selamat jalan itu apabila lengang dengan kereta di kiri dan kanan.

Giginya diketap, perasaan sudah tidak mampu ditahan, mahu sahaja dia melanggar semua kereta di hadapan biar dia lekas sampai ke lokasi. Telefon yang sepuluh kali berdering juga sudah tidak jadi perhatian. Dia mahu Tyanya. Tya selamat, itu yang disemat di dalam fikiran namun tetap tak mampu menenangkan situasi.

Dapat sahaja dia menatap wajah itu sudah cukup buat gelodak di jiwanya saat ini beransur tenang. Kini tiada apa yang dia tahu tentang kondisi Tya dan itu saat buat nyawanya ingin tercabut.

Wait for me, sayang...

Tanpa sedar air mata mengalir. Menjelaskan rasa gusar di hati yang tak terungkap di bibir. Ye, dia takut. Sangat takut dan rasa ini lebih menyakitkan dari kehilangan Nadia seuatu ketika dulu.

Kerana Tya isterinya.

Hampir 20 minit pemanduan akhirnya dia tiba. Matanya terbuntang melihat Range Rover yang dipandu Imran sudah hangus dijilat api. Seratus peratus dijilat api.

Dia terkesima — tak mungkin ini kerja mummynya. Ibu diakah sekejam ini? Hakikat ini buat dia hilang akal. Air mata dikesat.

Matanya diliarkan, kawasan itu sudah riuh dengan orang awam. Beberapa kereta pihak polis dipandang sebelum matanya beralih ke arah Jazee, Faiq dan Qai yang sedang melepasi kawasan larangan yang sudah ditutup pihak polis.

Tengku Harith pantas mengatur langkah ke arah itu, telinganya jelas menangkap bunyi kereta Rayyan dan Megat Daniel namun tidak mahu mengendahkan dia terus memasuki kawasan larangan itu tanpa mampu ditahan pihak polis.

Belum sempat dia menghampiri, satu tubuh dibawa di atas stracher dan wajah Wais yang sudah berlumuran darah terhias dimatanya membuatkan dada bertambah sesak.

Dimana Tya?

Dia semakin hilang arah.

"Tya?" Tengku Harith berlari ke arah kereta yang sudah terbalik namun dihalang Jazee. Risau keselamatan Tengku Harith kerana dia tahu, lelaki awal 20-an itu tak berfikiran waras sekarang ini.

"Tengku, Cik Tya tak ada" wajahnya berkerut seribu.

"Apa kau cakap ni?" tangan Jazee cuba ditolak.

"Pihak polis beritahu hanya seorang sahaja yang memandu dan tiada penumpang lain, Cik Tya tak ada dalam kereta" sukar rasanya mahu menghadam apa yang diberitahu Jazee.

"Rith!" panggil Farris dari belakang merapati dia yang sudah seratus peratus hilang dari dunia nyata.

"Tya tak ada dalam kereta. Tya tak ada, Ris!" beritahunya sebelum tubuh Jazee ditolak dan kereta yang dipandu Wais itu dirapati.

"Tya!" jeritnya kuat.

"Tya sayang! Where are you?!" kehulu-kehilir dia mengelilingi kereta itu mencari Tya. Air mata yang mengalir menjadi tontonan manusia di situ tak diendahkan lagi.

"Stop Harith!" Tengku Haiqarl menarik lelaki itu ketepi dan sedaya upaya menenangkan dia.

"Lepas! TYA!" dia jatuh terduduk. Tubuhnya terasa lumpuh, hatinya dihambat sebu. Kepalanya berpusing dan matanya kabur dek air mata. "Tya!"

BAM!

Pintu utama Villa Syrèa ditolak kuat. Hatinya terasa terbakar, jiwanya sudah hancur. Segalanya bagai musnah. Hidupnya bagai tiada makna dan arah. Kosong.

"Tengku"

"Mana Tengku Qasyrin?" soalnya kasar kepada pembantu rumah awal 40-an itu. Tak kisah lagi tentang protokol vila itu dan tak endah lagi hormatnya pada yang tua.

"Taman bunga..."

Tidak sempat wanita itu menghabiskan ayatnya, Tengku Harith sudah membuka langkah menuju ke luar vila melalui jalan lain untuk ke taman.

"Harith" panggilan Tengku Ibrahim tidak diendahkan. Buat pertama kalinya.

Langkahnya tidak berhenti walau sesaat sehingga dia tiba di taman. Dari jauh, Tengku Qasyrin yang sedang santai menyelak majalah dipandang tajam. Bukan benci, perasaan itu jauh dari hatinya tapi kecewa, perasaan itu sepenuhnya menyelubungi.

Menyedari kehadiran Tengku Harith, Tengku Qasyrin tersenyum senang menutup majalah.

"Helo darling" sapanya.

"Happy mummy sekarang?" senyuman dari paras jelita itu mati.

"Apa you cakap ni?" dia sedar akan sesuatu dari raut si anak. Jelas terpancar kesakitan — sakit yang tak terungkap.

"Am I really your son?" terlopong Tengku Qasyrin dibuatnya sebaik diaju soalan cepu emas begitu.

"What is wrong with you, Harith?!"

"Ini yang mummy nak kan? Tya pergi dan Harith derita. You win... Finally" Tengku Qasyrin hilang kata.

"Mommy tak faham." Tengku Qasyrin menyilangkan tangan di dadanya.

"Tak faham? Stop it mom... Don't act like you know nothing sedangkan mommy plan semuanya!"

"Harith!"

"What?" suasana sunyi seketika. Hanya mata berlawan mata.

"Berani you tuduh mummy macam tu. Mummy tak ada kena mengena dengan kemalangan tu!" Tengku Harith tertawa sinis.

"I'm not 13 years old Harith that you can fool around mom."

"I'm not fooling you! Apa bukti mummy yang buat semua ni? You tuduh mummy puncanya sebab seorang perempuan tu?! Oh my god, Harith"

"Ni" envelop dicampakkan di atas meja tepat di atas majalah yang mommynya baca tadi. Tengku Qasyrin capai dan bukanya.

Pertama sekali kes 4 tahun lalu yang telah mengorbankan nyawa Nadia. Tengku Qasyrin terlopong, matanya terbuntang.

Helaian seterusnya dibuka, kali ini Tya pula. "H-Har..."

"This is what you want right?"

"Mummy dapat apa yang mummy nak..."

"... from now on, I'm not your son anymore... Rith tak ada mummy sekejam Tengku Qasyrin yang sanggup bagi derita pada anak dia!"

"Stop it, Harith! How dare you, jangan lupa dengan siapa you bercakap!"

"Rith tak lupa. Rith sedang bercakap dengan seorang wanita yang pentingkan diri sendiri... Sanggup hancurkan hidup anak dia..."

Pang!

Mata Tengku Harith pejam, senyuman kecil terhias di bibir. Kali ini, hatinya benar-benar hancur bagai dihempas ke batu. Sekali lagi suasana sunyi.

"Apa yang Rith dah buat mummy? Sejak kecil Rith buat apa yang mommy nak, Rith jadi apa yang mummy harapkan dan Rith beri apa yang mummy impikan and I just want to be happy in return. Be happy with my own choice. Susah sangat ke mummy nak bagi?" air matanya tumpah di depan si ibu. Dia lemah, bukan kerana sakit dek tamparan itu tetapi sakit dikhianati ibu sendiri.

Nafas ditarik dalam.

"Thank you, now I lost everything. I lost my life. And I want nothing but to die. Rith percaya mummy faham apa yang Rith rasa."

Dia beredar.

Cukup sekadar itu.

Dia tak mahu apa-apa lagi.

Tengku Harith juga teringat, bagaimana dia mengupah beberapa lagi orang penyiasat untuk mencari Tya, malah 4 orang rakannya juga sanggup mengorbankan waktu emas mereka semata-mata untuk membantu dia mencari Tya.

Namun sudah seminggu, tiada satu pun berita baik yang dia terima. Hidupnya semakin tertekan - keluarga dan cinta...

Dia perlukan kedua-duanya. Kenapa dia tak boleh mendapatkan kedua-dua itu? Kenapa hidupnya tak boleh menjadi sempurna seperti orang lain. Mata dipejam. Dia benar-benar letih.

Semunya berbeza sekali. Pejabat bukan lagi lokasinya untuk melaksanakan tanggungjawab dan juga rutin kerja, katil bukan lagi lokasi malamnya untuk mendapatkan rehat yang sempurna. Siang dan malam tak henti mencari di mana keberadaan Tya Irena. Kerana dia pasti wanita itu masih lagi hidup dan cuma tuhan sahaja yang tahu di mana dia.

Jika tidak, mana jasadnya?

Soal punca kemalangan tragis yang melibatkan 5 nyawa yang telah mencuri perhatian seluruh masyarakat itu juga Tengku Harith tak akan ambil mudah, sehabis mungkin dikerah tenaga orang-orangnya supaya mencari si pelaku. Tuhan sahaja tahu apa api yang terpendam di dalam hati.

"Tengku" dengan lemah, selemah-lemah tubuh, kepala diangkat memandang ke arah Jazee

"Tengku Ibrahim datang nak jumpa Tengku" mendengar nama si ayah keluhan terlepas di bibir, kepala kembali ditundukkan.

Buat masa ini tiada siapa yang dia mahu jumpa. Walaupun bapanya sendiri. Lagi-lagi selepas apa yang terjadi seminggu lalu.

"Aku busy..."

"Busy sangat ke sampai tak nak jumpa daddy?" Tengku Harith mendongak memandang ke arah pemilik gerangan suara. Nafas ditarik dalam.

"Dah lebih seminggu. Jangan buat diri macam ni" ujar lelaki separuh abad itu lagi. Semakin hari semakin risau dia dengan pewarisnya seorang itu. Tipu jika dia tidak bersimpati, lagi tipu jika dia tak terpanggil untuk turut membantu menyelesaikan masalah yang menyesakkan diri si anak. Kerana itulah dia di sini, ada hal yang ingin dia bincangkan.

Dan melihat kondisi Tengku Harith dengan pakaian yang tak sekemas dulu, dengan kumis nipis menutupi wajah itu dan kesan hitam tanda tidak cukup tidur semakin kasihan dia rasakan. Apalah nasib Tengku Harith yang tak pernah mendambakan apa-apa selain kebahagiaan. Diawal usia, dia diuji hebat berkaitan hawanya... separuh jiwanya.

Tengku Ibrahim faham peritnya setuasi itu.

"Ada apa daddy?" soalnya perlahan. Tiada hati ingin berbicara.

"Daddy minta maaf atas apa yang terjadi. Tapi daddy nak Rith tahu yang daddy sentiasa ada di sisi Rith setiap waktu. Here" envelop di tangan diletakkan di atas meja.

"Ini yang daddy dapat buat masa ni. And I am sure you really need that" tanpa banyak bicara, sampul dibuka dan kertas di dalam itu diteliti satu persatu. Semakin diselak ke helaian seterusnya semakin berkerut wajah dan semakin kuat degupan jantung.

"Mana daddy dapat semua ni??" soalnya ingin tahu.

"I have my own way"

"Apa maksud semua ni?" sumpah, dia bingung. Tengku Ibrahim hanya memandang ke arah anaknya sebelum menggeleng kecil.

"Siapa lelaki ni?"

"Buka halaman sebelah" pinta Tengku Ibrahim. Tengku Harith akur. Semakin tak percaya Tengku Harith dibuatnya. Gigi diketap dan tangannya digenggam erat.

"Dia bekas teman lelaki Nadia?" Tengku Ibrahim mengangguk beberapa kali mengiyakan jawapan Tengku Harith.

Continue Reading

You'll Also Like

2.1M 78.6K 77
‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut...
450K 26.6K 69
✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktunya. ❞ 𝐄𝐫𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐫𝐥 - Tampan & sin...
1.9M 66K 32
TENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenu...
64.4K 4.5K 10
Elden Andrich King ♡ Dewi Nuhaira Book 2 of The King's Series Dewi Nuhaira tak pernah menyangka yang dia akan jatuh hati pada lelaki yang 100% berbez...