ULYA MIKAYLA ©️

By _NaniRizal_

824K 32.6K 1.3K

#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yan... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Upcoming novel
Special Chapter 1
Special Chapter 2

Part 38

13.8K 595 26
By _NaniRizal_

Minggu baru, aku ke kolej dengan harapan semuanya sudah kembali normal. Kelas Anaqi pagi ini dibatalkan, jadi dia hanya menghantar aku ke kolej sahaja.

Turun sahaja dari motosikal Anaqi, lelaki itu membantu aku menanggalkan helmet.

"Lunch nanti aku tunggu kat sini," ujarnya.

"Takpalah awak. Saya stay kat kolej sampai habis kelas petang.."

"Betul ni?". Aku mengangguk.

"Kalau macam tu okaylah. Jumpa petang nanti lepas kelas. Take care sayang".

Aku tunduk menyalami tangannya dan seperti selalu Anaqi akan mencium dahiku. Selepas berpamitan, Anaqi berlalu pergi.

Dengan lafaz bismillah, aku menapak ke arah bangunan kuliah. Terasa berdebar-debar pula. 

Kelibat seseorang yang berada tidak jauh di hadapanku, aku amati sebelum memanggil namanya.

"Iman!"

Langkah Iman berhenti seketika namun tanpa menoleh, lelaki itu menyambung semula perjalanannya. Aku tergamam.

Kenapa Iman tak pedulikan aku?

Aku cuba mengejar langkah Iman. Sehingga akhirnya aku berada di sisi lelaki itu.

"Iman! Awak tak dengar ke saya panggil?"

Jangankan mahu menjawab, menoleh pun tidak. Aku terasa hati dengan sikap Iman yang tiba-tiba berubah. Adakah sebab statusku dan Anaqi sudah diketahui ramai termasuk dirinya?

"Iman..saya tahu awak marah. Saya minta maaf. Percayalah saya ada sebab kenapa saya rahsiakan status saya dan Anaqi. Please, Iman.."

Iman memberhentikan langkahnya. Tanpa memandangku, dia bersuara.

"Saya kecewa dengan awak Ulya. Saya sangka awak special. Tak sama macam gadis lain. Tapi saya tak sangka awak sebenarnya lebih teruk dari mereka.."

Kata-kata Iman melukakan hatiku. Aku tahu dia marah tetapi tidaklah sampai sanggup menyakitkan hati aku sebegini.

"Sampai hati awak cakap macam tu pada saya? Saya ingatkan kita kawan..," kataku bernada sedih.

"Saya takda kawan penipu macam awak, Ulya!" Bidas Iman sebelum melangkah pergi. Aku terkedu di koridor itu.

Banyak mata-mata yang melihat adegan sebabak aku dan Iman tadi. 

"Hei, perempuan! Kau memang dasar tamak tak tahu malu kan? Anaqi kau rembat, sekarang Iman pun kau nak jugak?" Seorang pelajar perempuan yang berada hampir denganku menyindir.

Aku terkejut dengan tuduhan itu hanya terdiam.

"Dasar perempuan murah!" Tambah gadis di sebelahnya.

Tanpa dapat ditahan, air mataku gugur. Hina sangat ke aku sampai aku tak layak nak berdamping dengan Anaqi? Atau menjalin persahabatan dengan Iman?

Tidak betah lagi di situ, aku terus berlari menuju ke tandas.

Buka sahaja pintu tandas, aku bertembung dengan Natasha. Ya, Allah! Apa lagi?

"Well..well! Muncul pun betina sundal ni! Kau nak lari mana, hah?" Jerkah Natasha. Tangannya mencengkam tudungku.

"Lepaslah, Tasha! ". Aku cuba meronta.

"Lepaskan? Kau ingat senang-senang je aku nak lepaskan betina macam kau ni? Kau dah rampas hak aku!"

"Anaqi tak pernah cakap pun dia cintakan kau! Arghhh!" Cengkaman tadi semakin kuat.

"Biadapnya mulut kau ni! Berani juga menjawab ye?"

Natasha mengheret aku hingga ke depan cermin di dalam tandas. Dipaksa aku untuk melihat pantulan figura kami di cermin tersebut.

"Kau cermin diri kau dululah! Kau rasa, kau layak ke dengan Anaqi? Dasar nerd tak sedar diri!"

"Ye, aku akui aku tak punya apa-apa. Tapi kau ingat, Tasha. Setinggi mana pun kau rasa darjat diri kau. Sebanyak mana pun harta kau ada, kau tak mampu beli cinta Anaqi!" Aku menjerit. Puas rasa dapat luahkan.

Natasha semakin berang mendengar kata-kataku. Dengan kudratnya yang kuat, gadis itu menolak aku hingga tersungkur ke lantai sebelum dahiku terhentak pada dinding tandas.

Kepalaku terasa berpinar. 

"Rasakan! Biar kau sedar diri sikit! Ni baru permulaan, Ulya. Kau akan menyesal dari hari pertama kau lahir kat dunia ni!" Bentak Natasha sebelum berpaling dan pergi.

Perlahan aku duduk, memegang kepala yang terasa berdenyut.

Aku menangis bersendirian di situ. Hanya wajah Anaqi je yang ada dalam kepala aku saat ini.

"Awak...," aku merintih.

Setelah kepala sedikit okay, aku berdiri. Memperbetulkan tudung dan pakaian. Beg yang tadinya tercampak jauh, aku kutip. 

Selalunya ramai je yang guna tandas ni. Tapi kenapa pagi ni macam takda orang yang masuk? Takda seorang pun jadi saksi apa yang berlaku tadi.

Aku mengesat air mata. Walaupun mukaku nampak sedikit lebam, aku teruskan juga langkah ke kelas.

Patutlah takda orang masuk toilet. Ada papan tanda "UNDER MAINTENANCE" diletakkan di hadapan pintu. Aku dah boleh agak ni kerja Natasha.

Di kelas, aku menunduk sedikit menyembunyikan wajah dari dilihat orang lain. Iman duduk tidak jauh dariku. Sedikit pun dia tidak menoleh. Aku sedih bila memikirkan persahabatan kami berakhir begini.

Puan Juliana, pensyarah bagi modul Business Communication masuk ke dalam dewan dan memulakan sesi kuliah.

Pertengahan kelas, aku terdengar namaku dipanggil.

"Ulya? What happen to your face?" Soal Puan Juliana yang menyebabkan semua mata-mata di dalam dewan terarah kepadaku.

"Err..takda apa-apa, puan. Terjatuh tadi.."

"Are you sure? Teruk lebam kat dahi awak tu?"

Aku meraba dahi. Nampak sangat ke? 

"Betul puan. Takda apa-apa ni. Sikit je. Nanti balik saya letakkan ubat," ujarku.

"Well, okay then. Make sure nanti letak ubat.."

"Baik, puan. Terima kasih," ucapku lalu menunduk.

Kemudian aku mengangkat wajah, menoleh seketika ke arah Iman. Matanya tajam melihat ke arahku. Aku tunduk kembali.

Usai kelas, aku bergegas bangun. Baru saja kaki mahu melangkah keluar dari dewan, lenganku yang beralas baju, dipaut.

"Kenapa dengan dahi tu?" Soal Iman. Aku menggeleng.

"Cakap! Siapa buat macam ni kat awak?" 

"Saya jatuh kat toilet tadi, Iman. Dahlah, saya nak keluar.."

"Natasha atau Damia?" Soalan Iman menyentakkan aku. Err dia tahu?

"Awak cakap apa ni? Tepilah, saya nak lalu.."

"Kalau awak tak cakap, saya akan cari dua-dua sekali!" Ugut Iman seraya mahu keluar. Aku menahannya.

"Please, jangan buat benda bodoh. Saya okay," aku cuba meyakinkannya.

Iman mendengus sebelum meninggalkan aku sendirian di situ. Aku mengeluh perlahan. Macam-macam perangai aku nak kena hadap hari ni. 

Tidak lama selepas itu, Diana menghubungiku. Meminta aku menunggunya dan Qaireen di kafe untuk lunch bersama.

Alamak! Macam mana aku nak cover lebam ni? 

Suasana di kafe riuh dengan kehadiran pelajar-pelajar yang mahu mengisi perut. Mataku melilau mencari kelibat Diana dan Qaireen. Lambaian seseorang memudahkan kerjaku.

Aku mampir ke arah kedua sahabatku yang sedang duduk berdua di meja sebelah tingkap.

"Pakai tudung style baru ke, Kayla?" Perli Diana lalu ketawa.

Qaireen yang memandangku juga turut ikut ketawa. "Dah macam style mak aku pakai tudung zaman dulu," ujar Qaireen.

"Ni nama dia under cover. Tukar style, nanti orang tak perasan siapa aku," jawabku cuba berdalih.

"Hahaha! Macam-macamlah kau ni, Kayla. Dah, jom makan!"

Aku menarik nafas lega apabila Qaireen dan Diana tidak perasan lebam tersebut. Manakan tidak, aku lipat tudung sampai tutup dahi. Sebiji style makcik-makcik. Biarlah orang nak gelak ke apa. Janji takda orang perasan.

Kami menikmati makan tengahari bertiga dengan tenang. Aku cuba lupakan seketika apa yang dah jadi setakat tengahari ini.

Siap makan, kami meninggalkan kafe, menuju ke arah surau untuk menunaikan solat zohor.

Sebelum itu aku meminta untuk singgah ke loker untuk mengambil telekung. Sambil berjalan, kami bergelak ketawa mendengar jenaka dari Diana.

Tawaku mati saat menghampiri loker. Aku tergamam.

Pintu lokerku terbuka! Barang-barangku berterabur di atas lantai termasuklah beg telekungku. Aku berlari ke arah loker dan mengutip barang-barang milikku.

Saat aku mencapai beg telekung, aku terduduk melihat beg itu sudah dikoyakkan. Mujurlah telekung tidak diusik. Airmataku bertakung.

"Kurang ajar! Hei! Siapa yang berani buat macam ni, hah?" Tempik Diana.

Qaireen pula mengusap lembut belakang tubuhku. 

Pelajar-pelajar lain yang berada di situ berbisik sesama sendiri tanpa ada yang mahu mengaku. Bahuku terhinjut-hinjut menahan sedu.

"Kalau aku dapat tahu kerja siapa ni, siap dia aku kerjakan! Biadap!" Marah Diana lagi. 

Sikap protective Diana sangat menyentuh hatiku. Walau kami sebaya tetapi aku lebih melihatnya sebagai seorang kakak. Perangainya agak kasar tetapi Diana seorang gadis dan kawan yang sangat baik.

Diana kemudian merengus kasar sebelum membantu aku dan Qaireen mengutip barang-barangku.

"Gila betul!"

"Dahlah tu, D. Takkan ada yang mengaku kalau dia buat," ujar Qaireen.

"Kalau ada sesiapa kacau kau, bagitahu je aku. Biar aku yang deal dengan diorang," kata Diana.

Aku meneguk air liur yang terasa kesat. Spontan tanganku naik memperkemaskan lipatan tudung. Kalau Diana nampak ni memang habislah dia mengamuk kat sini. Aduh!

Di surau, apabila ada mata-mata yang memandang sinis kepada kami terus sahaja disembur Diana. Dah macam bodyguard pulak aku rasa.

"Pandang-pandang apa? Tak pernah tengok orang ke?" Sergah Diana sewaktu ada dua orang gadis yang asyik memandang ke arah kami sambil berbisik.

Mendengar suara lantang Diana, gadis-gadis itu terus menikus. Tak berani nak bertentang mata. 

"Kau ni, D. Dah macam kaklong kawasan aku tengok..," usik Qaireen.

"Kalau tak nak aku jadi kaklong kawasan, jangan kacau orang-orang yang aku sayang.."

"Thank you, D. Kau selalu ada dengan aku dan Reen. Selalu back up and protect kitorang," ucapku ikhlas. 

Diana tersenyum. "Korang je kawan yang aku ada kat sini. Kawan baik aku. Takkanlah aku nak tengok je orang sakitkan kawan-kawan aku.."

Kelas di sebelah petang, tiada lagi gangguan atau serangan yang aku terima.  Lega. Aku dapat memberikan sepenuh perhatian kepada sesi kuliah dengan tenang.

Ada beberapa assignment yang perlu disiapkan dalam minggu ini. Assignment dari Puan Juliana dan Madam Zara.

Tepat jam 4.30 petang, kelas dibenarkan bersurai. Aku mencapai beg lalu bergegas meninggalkan dewan. Anaqi sudah memaklumkan yang dia sedang menunggu aku di tempat tadi.

Dari jauh, aku lihat lelaki itu sedang duduk di atas motosikalnya. Kepalanya menunduk, leka dengan handphone di tangan sehinggakan tidak perasan aku sudah berdiri di hadapannya.

"Ehem!"

Anaqi terkejut, lalu tersengih memandangku. "Oh, hey! Sorry, tak perasan. Wah! Pakai tudung style baru ke sayang?"

Dia tergelak. 

"Saje tukar style. Comel tak?" Soalku mengerdipkan mata berkali-kali. Acah comel.

Anaqi mencubit kedua belah pipiku. "Comel. Macam makcik jual tempe!"

"Makcik pun makciklah. Janji comel," ujarku.

"Macam makcik pun aku tetap sayang..". Aku tersipu malu. "Ready to go?"

Aku mengangguk.

Helmet di atas motor, dicapainya. Baru sahaja dia mahu menyarungkannya, tangan Anaqi terhenti. Aku sudah cuak.

Helmet diletakkan semula sebelum tangannya naik membuka lipatan tudung. Riak mukanya jelas terkejut. 

"What the hell...??"

Anak matanya mencari mataku. "Tell me, who did this to you?!" Suaranya sudah bertukar nada. Aku menunduk. Takut mendengar suaranya.

"Tell me!!" 

                                        ****

Aiyoookkk! 

Anaqi dah nampak!

Ulya nak cakap ke tak nak? Ke nak kena bohong jugak?

See you in next chap! Jangan lupa votes and comment ok?

Continue Reading

You'll Also Like

62.7K 3.2K 54
~You're the first one~ Aku suka tengok dia. Suka curi-curi tengok dia. Bila dia senyum terserlah lesung pipitnya di pipi kanan itu. Buat hari aku jad...
12.8K 794 85
Mengenal seketul manusia bernama Shadhameir Wildan ni memang mencabar tahap kesabaran gadis yang ayu seperti Darling Shafhanie. Ingatkan bila dah dud...
108K 4.8K 44
SOFEA ARIANA wanita yang cekal, tabah, baik hati dan menerima segala keputusan yang telah ibu Dan bapanya tetapkan buat dirinya untuk mengahwini jeja...
78.4K 3.2K 49
[Cinta pertama tak semestinya kekal selamanya] Sophia Alexeev... Pewaris kedua bangsawan Rusia dan keluarga terhormat Malaysia. Tapi, hanya pada nama...