ULYA MIKAYLA ©️

By _NaniRizal_

824K 32.6K 1.3K

#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yan... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Upcoming novel
Special Chapter 1
Special Chapter 2

Part 27

15.6K 622 8
By _NaniRizal_

Sewaktu aku sedang membantu Mak Jah menyiapkan meja makan untuk santapan tengahari, mama dan papa turun. Mak Jah walau sudah banyak kali menegahku dari melakukan apa-apa kerja namun aku tetap berdegil.

Tak tegar rasanya melihay wajah tua itu membuat kerjanya bersendirian mesipun aku sedar itu sudah menjadi tugasnya sebagai pembantu rumah.

Mama dan papa mengambil tempat.

"Anaqi mana, Ulya?" Soal mama ketika aku membawa bekas berisi nasi.

"Kat atas lagi, ma. Kejap, Ulya pergi panggil..," jawabku seraya melangkah meniti anak tangga ke tingkat atas. Pintu bilik dikuak, aku tersenyum seketika melihat lelaki itu tidur nyenyak. Selepas bersarapan pagi tadi, Anaqi membersihkan keretanya.

Ya, dia jenis yang suka mencuci keretanya sendiri.

Aku pula mengikut mama dan Mak Jah ke pasar. Balik sahaja dari pasar, aku terus membantu Mak Jah di dapur. Patutlah sejak balik tadi aku tak nampak dia, tidur rupanya. Mesti penat. Semalam kami sampai dari Genting Highlands hari sudah malam.

Perlahan aku menghampirinya. "Awak..bangun," seruku. 

Anaqi masih statik tidak bergerak walau seinci. Cuma nafasnya sahaja turun naik sekata.

Aku cuba menyentuhnya dan memanggilnya sekali lagi. Kali kedua dipanggil barulah lelaki itu sedikit bergerak sebelum matanya terbuka. Pandangan mata kami bertaut seketika.

"Awak, bangunlah. Mama dan papa dah tunggu nak lunch sekali.."

"Hurmm..". Matanya terpejam kembali.

"Anaqi.."

"Dah pukul berapa ni?" Soalnya. Aku mendongak melihat jam di dinding.

"12.30 tengahari. Bangunlah. Saya tunggu awak kat bawah ye?"

Aku berpaling ingin pergi sebelum langkahku terhenti dek tangannya yang memaut pergelangan tanganku. Aku berpusing memandangnya dengan dahi berkerut.

"Tunggu sekejap, aku cuci muka.."

Anaqi bangkit dari pembaringannya dan berlalu ke bilik air. Beberapa minit kemudian, dia keluar lalu kami meninggalkan bilik untuk menyertai mama dan papa di meja makan.

"Izz tidur ke?" Tegur mama sebaik kelibatnya kami kelihatan di meja makan. Anaqi hanya mengangguk. Dia melabuhkan duduknya begitu juga aku. Aku mencapai bekas berisi nasi dan menyendukkannya untuk Anaqi. Rutin baru aku setelah bergelar isteri. Melayaninya makan.

Bacaan doa diketuai oleh papa. 

"Esok semester baru dah mula kan?" Soal papa.

"Ha'ah papa. Petang ni Izz hantar Ulya balik ke rumah sewa..," ujarku. Suapan mama terhenti.

"Balik rumah sewa? Tapi kenapa? Ulya kan dah jadi isteri Izz?"

Anaqi yang sedari tadi diam, akhirnya bersuara. "Izz bagi dia tempoh seminggu untuk settlekan hal rumah sewa dia tu, mama. Kena bagitahu kawan-kawan dia juga.."

"Ye, mama. Ulya tak boleh terus keluar macam tu. Kesian pula kawan-kawan Ulya nak kena cari penyewa lain.."

"Oh! Kalau Izz dah izinkan, tak apalah. Jangan nanti seminggu ni ada orang meracau isteri takda kat sebelah masa tidur, sudahlah," usik mama.

Aku hampir tersedak. Kalaulah mama tahu kami tidur berasingan, mesti dia terkejut. 

"Seminggu je, ma. Then, she's all mine..," jawab Anaqi selamba.

Mama dan papa tertawa mendengar jawapan Anaqi. Aku pula yang bagaikan tercekik. 

Selepas solat Asar, Anaqi menghantar aku pulang ke rumah sewa. Dalam hati terdetik juga kebimbangan sekiranya Qaireen atau Diana nampak kereta lelaki ini yang menghantar aku nanti. Pasti mereka tertanya-tanya apa yang sudah terjadi.

Aku menarik nafas lega apabila kedua-dua mereka belum tiba di rumah. 

"Awak, awak geraklah cepat. Nanti Reen dengan D sampai, diorang nampak awak mesti diorang pelik.."

"Kau halau aku?"

"Eh! Tak. Janganlah salah faham. Awak sendiri tahukan pernikahan kita ni...."

"Ye, aku tahu. Tapi tak payah sampai suruh aku balik cepat. Aku tahu bila nak kena balik..," balasnya seperti berjauh hati. Aku menggigit bibir.

"Sorry..," ujarku.

"Dah, aku balik dulu. Ingat, seminggu je. Lepas tu, pindah keluar. By hook or by crook.."

"Ye, saya tahu.."

Anaqi berpaling mahu pergi. "Eh, awak!" Gamitku. Lelaki itu memandangku.

"Err...nak salam..," jawabku gagap. Anaqi melangkah mendekatiku. Tangannya disuakan sebelum aku menyambutnya. Spontan, tangannya menarik kepalaku, membawa ke bibirnya. Entah kenapa, perbuatannya ini setiap kali dilakukan, aku jadi cepat tersentuh.

"Jaga diri baik-baik..," ucapnya sebelum masuk ke dalam kereta. Aku hanya berdiri tegak, agak kaku. Hon dibunyikan dan kereta Anaqi menderu pergi. 

Tanganku naik dahi, menyentuh kesan sentuhan tadi. Tanpa sedar, aku mengukir senyuman. 

                                      ****

Riuh rumah sewa kami sebaik sahaja Qaireen dan Diana tiba. Masing-masing teruja dapat bertemu kembali. Kami berpelukan seketika.

Malam itu, Qaireen mencadangkan supaya kami keluar makan di luar sahaja memandangkan peti ais masih kosong, belum sempat membeli belah lagi.

Sempat aku menghantar whatsapp meminta izin dari Anaqi.

+ Awak, saya keluar makan dengan Reen dan D, boleh?

Tidak sampai 10 saat, lelaki itu membalasnya.

- Pergilah. Tapi jaga diri. Ingat status kau.

+ Saya tak lupa. Terima kasih, awak!

Aku menyimpan handphone di dalam sling bag sebelum melangkah keluar dari bilik. Diana memandu kereta menuju ke arah lokasi yang dicadangkan Qaireen. Aku hanya menurut.

- Aku dah masukkan duit belanja dalam account kau untuk minggu ni.

Whatsapp yang aku terima dari Anaqi selepas kami bertiga selesai membuat pesanan. Duit belanja? Tapi kenapa? Eh, kau ni Ulya. Kau kan dah jadi isteri dia. Tanggungjawab dialah untuk bagi kau nafkah.

Aku menepuk dahi. 

"Kau dah kenapa, Kayla?" Soal Qaireen, hairan melihat aku tiba-tiba menepuk dahi.

"Hah?? Takda apa-apa. Aku rasa gatal kat dahi. Ingatkan ada nyamuk..," bohongku.

"Macam-macamlah kau ni, Kayla. Eh, so ceritalah macam mana kau harungi hidup sebulan duduk dengan mamat sengal tu?" Ujar Diana.

Aku terdiam. Mamat sengal tu dah jadi husband aku, D!

"Okay je. Dia takda buli aku pun.."

"Ye ke? Macam pelik je. Takkan dia langsung tak buli kau?"

"Tapi kan, aku salute lah dengan kau, Kayla. Even si Anaqi tu dah lumatkan hati kau, kau boleh lagi hadap dia. Kalau aku memang tak lah. Tak kuat, weh!" Giliran Qaireen pula berbunyi.

"Betul cakap Reen tu. Kalau aku pun tak sanggup.."

"Aku fikirkan mama je. Selain dari tu, aku tolak tepi. Biar jelah.."

Diana dan Qaireen tidak memanjangkan lagi topik mengenai Anaqi. Aku menghela nafas lega. Pulang dari makan malam, kami masuk ke bilik masing-masing. Menyiapkan apa yang perlu untuk memulakan semester baru pagi esok.

Aku memilih pakaian sambil berfikir bagaimana cara untuk berterus terang dengan kawan-kawan baikku. Aku tahu mereka pasti marah dan aku harus terima hukuman itu cuma apa yang aku bimbangkan andai mereka tidak mahu memaafkan aku. Atau lebih parah, menyisihkan aku. Memutuskan persahabatan kami. Aduh! Tak sanggup aku nak fikir sejauh itu.

Usai menyiapkan keperluan untuk esok, aku berbaring di atas katil. Hari sudah hampir lewat malam tetapi mataku masih belum mahu lelap. Sekejap aku mengiring ke kanan, sekejap ke kiri dan kemudian aku meniarap. Sudahnya aku terlentang semula.

Kenapa tak boleh nak lena ni? Ke sebab aku dah lama tinggalkan bilik ni? Atau aku...? Ish, tak mungkinlah. Takkanlah aku dah rindukan dia pulak? Mustahil.

Bunyi notifikasi whatsapp menyentakkan aku. Handphone di sisi aku capai lalu membuka mesej yang kuterima.

- Kau dah tidur ke?

Eh? Dia tak tidur lagi?

+ Belum. 

- Esok kan nak bangun pagi. Jangan tidur lambat.

+ Tak mengantuk. Awak tu kenapa tak tidur lagi?

- Kau takda.

+ Haha! Not funnylah, Anaqi.

- Kau pun tak boleh tidur sebab aku takda kan? 

+ Jangan nak perasan sangat boleh? Okaylah saya nak tidur dah ni.

- Okay, good night. See you tomorrow.

+ Good night, awak. In shaa Allah.

Aku meletakkan kembali handphone di sisi. Anaqi pun tak boleh lena? Apakah?

Ah, tak payah nak overthinking sangatlah Ulya. Dia tu bukan reti serious. Jangan nak cair sangat. Baik kau tidur je dari fikir yang bukan-bukan.

                                            ****

Perkarangan kolej mula dibanjiri pelajar-pelajar. Laluan di loker juga agak sesak. Ditambah lagi dengan pelajar baru yang baru mendaftar masuk. Suasana jadi hingar bingar. 

Jadual kelas untuk setiap semester kebiasaannya akan dihantar melalui email masing-masing sebelum kelas bermula. Sebarang rayuan pertukaran kelas boleh dibuat setelah pelajar-pelajar memulakan semester baru. Nampaknya semester ini aku cuma ada dua kelas bersama Qaireen dan dua kelas bersama Diana. 

Hurmm..nampaknya semakin kuranglah kami berjumpa di kolej kecuali waktu rehat makan tengahari.

Aku menapak ke arah lokerku apabila terpandangkan kelibat Anaqi yang sedang berdiri membelakangkan aku. Lelaki itu selesa bersandar di lokernya. Di hadapannya berdiri si Hadif dan Muaz. Ben juga ada bersama.

"Hei, Ulya!" Sapa Ben sebaik menyedari kehadiranku. Lelaki itu melangkah me dekatiku.

Sempat aku melirik pada Anaqi yang turut berpusing, memandang kami. 

"Oh, hai Ben!" Aku membalas seraya tersenyum.

"Lama tak jumpa. You look different. More radiant, i guess?"

Ish, takkanlah seri pengantin kot? Spontan aku memegang kedua belah pipiku.

"Jangan nak merepeklah. So, how's your holiday?"

"Great! I've been travel to few countries and they was amazing! How about you?"

"Good to hear that. Me? Nothing interesting. As usual, I'm working.."

"Working? Where?"

Aku berbual seketika sebelum meminta diri memandangkan kelas akan bermula dalam beberapa minit lagi. Mata Anaqi mengikut langkahku.

Tidak lama kemudian aku menerima pesanannya melalui whatsapp.

- Ben nak apa?

+ Takda apa. Tegur biasa je.

- Good. Be good, dear. Remember your status.

+ No need to remind me. I'm aware enough. Got to go.

- Just a reminder.

Aku tidak berhajat mahu membalas. Lagipula aku sudah terlewat. Dahlah nak kena panjat tangga sampai aras dua. Di tangga aku bertembung pula dengan Iman. Wajah ceria itu menyapa pandanganku. Aku mengukir senyuman.

"Hai, Ulya! Good to see you again.."

"Hai. Me too.."

"Kelas kat mana?" Soalnya.

"Hall 4. And you?"

"I think we're meant to be together..," jawab Iman. Memahami maksudnya aku ketawa kecil. Jodoh? Berjodoh dalam jadual kelas, ya. Jodoh itu? I don't think so, Iman.

Kami beriringan ke Hall 4 yang terletak di aras dua. Kebanyakan pelajar sudah mengambil tempat masing-masing. Aku dan Iman memilih kerusi yang berada di tengah dewan. Lebih mudah untuk mendengar dan memberikan tumpuan.

Sewaktu rehat tengahari, Iman tiba-tiba muncul dengan tray di tangan. Tanpa berkata apa-apa, lelaki itu lantas melabuhkan duduknya di atas kerusi di sebelahku. Aku tergamam seketika. Qaireen dan Diana juga tidak membantah.

Kepalaku menoleh ke arah seseorang yang duduk bertentangan denganku. Betul-betul di belakang Qaireen. Matanya tajam menikam. Aku tahu dia tak suka.

"Kejap eh, nak pergi toilet..," pamitku, lebih kepada alasan. Iman yang tidak megesyaki apa-apa hanya mengangguk. Begitu juga dua gadis di hadapanku ini.

Dari ekor mataku, aku melihat Anaqi juga bangun dari kerusinya.

Seperti yang aku jangka, keluar sahaja dari toilet, Anaqi sedang bersandar di dinding. Mataku melingas ke kiri dan kanan. Bimbang jika sesiapa melihat kami berdua di sini. Mujur laluan itu lengang.

"Awak buat apa kat sini?"

"Aku tak suka si Iman tu selalu dekat dengan kau," katanya, dingin.

"Bukan saya yang ajak dia. Dia tiba-tiba je muncul. Lagipun, saya nak elak macam mana? Kami satu batch, satu course..memang akan selalu berjumpa kat kelas.."

"Nanti bagi aku check balik schedule kau. Aku akan adjust supaya dia takkan sama kelas dengan kau.."

Aku mengeluh perlahan. "Awak tak boleh control saya sampai macam ni, Anaqi. Ye, saya isteri awak tapi Iman tu cuma kawan saya je. Saya takda apa-apa perasaan pada dia. Lagipun manalah dia tahu hubungan kita. Dia tak salah, okay?"

"You are the one who asked to hide our marriage, Ulya. Not me.."

"Yeah, I know. Don't worry okay? Saya tahu jaga batas saya.."

"Aku tak nak kau rapat sangat dengan, Iman. Kau tahu aku macam mana kan?"

"Ye, awak. Saya tahu. Saya pergi dulu. Nanti diorang pelik pulak saya lama pergi tandas," ujarku seraya melangkah pergi. 

"Kayla?" Qaireen tiba-tiba muncul.

"Reen?" Aku meneguk liur. Spontan kepalaku berpusing ke belakang melihat Anaqi yang sudahpun mula menjauh.  Fuh!

"Kenapa lama sangat? Err..aku nampak Anaqi tadi, dia apa-apakan kau ke?" Soal Qaireen. Mukanya jelas risau. Aku menggeleng.

"Takda apa. Dia pun pergi tandas tadi rasanya. Kitorang cuma bertembung je. Jomlah!" Dalihku. Mujur Qaireen mempercayainya. Aku menarik nafas lega.

                                                  ****

Anaqi jelous? Ouch!

Forgive me for any typo. I'll edit later.

Don't forget to vote ok? 



Continue Reading

You'll Also Like

103K 4K 69
Bertuah? Dapat bekerja di bawah bumbung yang sama dengan lelaki idaman memang dianggap bertuah. Seronok cuci mata hari-hari! Tapi, sayangnya dia dah...
462K 8.8K 64
[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim. Namun, kekasih hatinya hilang tanpa khab...
107K 4.8K 44
SOFEA ARIANA wanita yang cekal, tabah, baik hati dan menerima segala keputusan yang telah ibu Dan bapanya tetapkan buat dirinya untuk mengahwini jeja...
924K 26.3K 50
Sejak bertemu dengan Irham Zahril, Dahlia tidak pernah gembira, hari-harinya dipenuhi dengan perasaan penuh geram, kesedihan. Namun,sesuatu pekara ya...