Miss Mafia

By MikaftHim

127K 6.3K 231

"Aku memang perempuan. Perempuan tak boleh angkat senjata? Tak boleh bunuh orang? Kau silap ni. Perempuan bo... More

Author πŸ”₯
M.M | 1 πŸ”₯
M.M | 2 πŸ”₯
M.M | 3 πŸ”₯
M.M | 4 πŸ”₯
M.M | 5 πŸ”₯
M.M | 6 πŸ”₯
M.M | 7 πŸ”₯
M.M | 8 πŸ”₯ ( Pengenalan Dunia Mafia)
M.M | 9 πŸ”₯
M.M | 10 πŸ”₯
M.M | 11 πŸ”₯
M.M | 12 πŸ”₯
M.M | 13 πŸ”₯
M.M | 14 πŸ”₯
M.M | 15 πŸ”₯
M.M | 17 πŸ”₯
M.M | 18 πŸ”₯
M.M | 19 πŸ”₯
M.M | 20 πŸ”₯
M.M | 21 πŸ”₯
M.M |22 πŸ”₯
M.M | 23 πŸ”₯
AUTHOR IS BACK

M.M | 16 πŸ”₯

4.2K 226 12
By MikaftHim

"Finally! Dapat jugak balik Rusia!!!" Bella menjerit kegembiraan dihadapan private jet milik King.

"Next time, kalau ada masa, datanglah sini lagi ye. Mickey boleh bawa jalan-jalan dekat resort aunty." ujar Martha.

"Nanti kitorang datang sini tau, aunty. Kan MICKEY?!" sengaja perkataan 'MICKEY' ditekan agar Mike mendengar nama manjanya disebut Bella.

Mike yang sibuk mengangkat luggage ke tepi private jet terus menoleh apabila namanya dipanggil.

"Hah yelah. Kau tunggu dalam plane nanti. Taulah aku nak buat apa dekat kau." ugut Mike sambil mengecilkan matanya.

"Okeylah, aunty. Gotta go now. Aland and Airis tak habis-habis mesej Bella tanya bila sampai Rusia" ujar Bella lalu memeluk Martha. Entah kenapa dia berasa selesa berada dalam pelukan Martha. Mungkin kerana sudah lama dia tidak merasa kasih sayang seorang ibu.

"Take care of yourself, Mickey. Jangan naughty tau. Rayyan, tolong tengok-tengokkan Mickey ni. Kalau dia naughty, tarik telinga dia." kata Martha sambil menjeling Mickey.

"Halah halah mummy ni. Yelah mummy. Tak naughty dah. Dulu je" Ujar Mike sambil mengenyitkan mata.

Setelah selesai sesi peluk-memeluk, semua menarik luggage ke atas plane. Kecuali Bella. Yes Bella. Luggage milik Bella ditarik oleh Rayyan sedangkan Bella hanya bersenang-lenang naik ke private jet.

"Mendarat di markas" arah King sebaik sahaja masuk ke private jet. Private pilot itu mengangguk faham sebaik menerima arahan daripada King.

Untuk pengetahuan readers, private pilot ni juga salah seorang daripada ahli Russian Mafia.

Usai daripada tandas, mata Rayyan tertumpu pada Bella yang duduk membelakanginya. Dia tersenyum lalu menghampiri Bella.

"Jangan sed.." belum sempat Rayyan menghabiskan ayatnya, dia melihat Bella yang lena dibuai mimpi.

"Hm, takpelah. Sleep well princess" ujar Rayyan sambil mencium dahi Bella.

Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan Bella lalu ikut melangkah ke alam lain.

Skip arrived at Rusia

"Huahhhhhhhh!! Dah sampai ke?" Bella menguap sambil menggosok-gosok matanya.

"Evening, Miss Xandra" Ujar Ryan yang berada ditepinya. Ke mana yang lain? Entahlah.

"Mana yang lain?" tanya Bella terpinga-pinga apabila hanya mereka berdua di situ.

"Ada dekat dalam markas. Tengah urus Tiger lembik tu. Rayyan suruh aku jaga kau." jawab Ryan. Milk tea dan waffle yang terletak elok di atas meja di hadapan mereka dicapai lalu dihulurkan kepada Bella.

"Nah. Aku buat sendiri." ujar Ryan selamba.

"Takde racun ke? Tapi aku nak smoothie. Tak nak milk tea." Perangai manja Bella keluar.

"Manjanye engko ni. Kejap aku call Rayyan. Nak bagitau aku bawa kau pergi makan." ujar Ryan lalu berdiri dan menekan sesuatu pada telefonnya.

"Bro, aku bawa bini kau pergi makan tau. Dia nak smoothie sekali. Nak kirim apa-apa tak?" kata Ryan.

"Itu je? Okay. Dalam masa 30 minit aku datang markas" kata Ryan lagi sambil memandang jam tangan di tangan kirinya.

Punat merah ditekan. IPhone X dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

"Okey done. Jom!" Ryan menarik tangan Bella lalu berjalan beriringan menuruni private jet.

Sementara di markas

"Ada apa tu?" tanya Alvyn sebaik sahaja Rayyan meletakkan telefon di atas meja bulat.

"Ryan bawa Fleka pergi makan. Datang manja pulak adik kau tu nak smoothie" Ujar Rayyan lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk bersebelahan Aland.

"Alamakkk!" jerit Aidyn dan Airis serentak.

"Kau apehal? Kena sampuk hantu mana pula ni?" Tanya Edward.

"Bro! Kalau Fleka jadi manja macam tu, dia nak demam tu weh!" Aland juga mula gelabah apabila terimbas kejadian Bella demam panas ketika dia berumur 16 tahun.

"Demam je pun. Tu pun nak gelabah." Ujar Steven selamba.

King? King tengah urus Tiger lembik yang dah cacat. Tu yang jejaka-jejaka ni lepak setable.

"Cuba cite. Apa kes doh?" Steven bersuara apabila melihat keempat-empat jejaka Xandra mula gelabah.

"Korang tak tahu lagi ann perangai Bella kalau dia demam? Salah satunya itulah, manja sangat. Petanda tu dah keluar menandakan dia nak demam panas" Ujar Aidyn memulakan cerita.

"And aku sure korang tak tahu kadang dia boleh mabuk kalau tengah demam" sambung Aland.

"Mabuk tu based on ubat yang dia ambil. Kalau ubat dia tak sesuai dengan antibodi dia, dia akan mabuk. Faham tak faham?" Ujar Aland lagi.

Rayyan, Steven, Edward dan Mike mengangguk faham. Kira membawang Bella dah ni. Insaf anak muda!

"Lepastu, dia ada split personality. And aku sure, split personality ni akan datang malam ni. Percayalah cakap aku." sambung Alvyn.

"Dia juga akan nangis kalau tak dapat apa yang dia nak. Lepastu, even dia kena gigit semut, dia akan nangis. Kalau tak percaya, korang stay up malam ni. Kita tidur dekat ruang tamu dengan Bella." Airis pula bersuara.

"Seram doh" Steven memeluk tubuhnya.

"Korang ni ada simpan saka ke? Yang lekat dengan Bella sampai dia jadi macam tu?" sambung Steven lagi.

"Eh engko ni. Ketuk kang padan muka. Mana kau nak dapat saka di zaman teknologi canggih ni" Aidyn membuat muka menyampah.

"BAHHHHHHHHHH!!!!!" Sesuatu memegang bahu Steven menyebabkan bahunya terhincut.

"Oh mak kau kambing hijau makan kucing" Edward yang tengah syok menikmati waffle yang dibuat Ryan melatah. Waffle di tangannya terlepas lalu terjatuh.

"Setanlah kau ni. Betul-betullah? Macam tak percaya doh Bella macam tu" Ujar Rayyan yang juga ikut terkejut akibat disergah Alvyn.

Adik-beradik Xandra mula tertawa meilhat keempat-empat jejaka itu ketakutan.

"Abanggg!!!" Suara Bella kedengaran dari luar markas.

"Here, baby!" Alvyn menyahut panggilan Bella. Semua kembali serius.

Bella berlari anak lalu memeluk Alvyn.

"Abang, tadi Bella terlanggar batu. Sakit tau" Bella mula mengalirkan air mata di dada bidang milik Alvyn. So, readers boleh bayangkan betapa pendeknya Bella ni.

"Takpe. Nanti abang marah batu tu eyh. Dah jangan nangis" Alvyn muka memujuk Bella. Dalam masa yang sama, Alvyn tersenyum sambil mengangkat tangan ke arah Rayyan, Edward, Steven dan Mike tanda 'Kan aku dah cakap'

Mereka berempat terpinga-pinga dengan perbuatan Bella.

"Weh, Alvyn! Adik kau nang..... " Ryan masuk ke ruang markas dan terlihat Bella sedang memeluk Alvyn.

Edward meletakkan jari telunjuk pada mukutnya menandakan 'diam'. Serta-merta Ryan menekul mulutnya dengan tapak tangan.

"Dah, jom balik. Bella demam ni. Lagipun dah petang dah ni." Aidyn pula memujuk Bella. Kali ini, giliran Aidyn pula memeluk Bella.

Bella berhenti menangis lalu berjalan dalam pelukan Aidyn.

Aland mengarahkan Airis masuk ke dalam lockroom untuk berjumpa King.

"King, dah selesai ke? Fleka demam tu" ujar Airis kepada King yang duduk di hadapan Tiger.

Sebaik mendengar tentang Bella, King berdiri.

"Fleka demam? Okey, jom. Aku takut benda jadi sukar kalau demam dia makin teruk." ujar King. Airis mengangguk lalu berjalan keluar.

Skip rumah agam King

"Abang, Bella nak makan tom yamlah" ujar Bella yang dibaringkan di atas sofa di ruang tamu.

"Tom yam?" ulang Aidyn.

Bella mengangguk.

"Mak aii, mana aku nak cari tom yam ni? Kalau dia tak dapat, confirm nangis" monolog Aidyn dalam hati.

"Nanti abang cari ye. Sekarang, Bella tidur dulu" Aidyn mengusap lembut kepala Bella. Bella mengangguk lalu menutupkan mata.

"Bro, Bella nak tom yam. Mana aku nak cari tom yam ni? Kalau dia tak dapat, confirm nangis bro, budak tu." ujar Aidyn kepada Alvyn yang baru sahaja memasuki ruang tamu.

Alvyn melihat Bella lalu berfikir sejenak.

"Siapa yang nak tom yam?" tanya Rayyan kepada Alvyn.

"Bella yang nak" balas Aidyn.

"Alah senang je. Jom teman aku." kata Rayyan lalu ingin mengorak langkah.

"Ke mana?" tanya Aidyn dan Alvyn serentak.

"Pergi dapurlah. Kan Bella nak tom yam" ujar Rayyan lalu menarik tangan Aidyn dan Alvyn ke dapur.

"Kejap kejap. Korang gerak dulu. Aku nak pergi panggil kanak-kanak ribena tu" kata Alvyn lalu berjalan ke arah yang bertentangan dengan dapur, iaitu halaman rumah.

"Woi! Sini kejap!" Alvyn menjerit sekuat hati kepada Mike, Steven, Edward, Ryan, Aland dan Airis. Serta-merta mereka berenam lari ke arah Alvyn yang berdiri di sebelah kereta Lamborghini milik Airis.

"Aku nak korang pergi jaga Bella. Aku, Aidyn dengan Rayyan nak masak tom yam." ujar Alvyn dengan tangan yang terletak rapi di dalam kocek seluar.

"Masak lebih sikit tau. Dah lama aku tak makan tom yam" ujar Mike.

"Boleh, tapi aku tak nak korang buat bising sebab Bella tengah tidur. Kalau dia terjaga lepastu menangis, korang pandai-pandai uruslah ye" kata Alvyn lalu bergerak ke arah dapur.

"Okey, korang pergi tengokkan Bella. Aku pergi bawa indoor games" kata Airis kepada mereka.

"Aku pergi ambil snacks dengan coke" kata Ryan. Semua mengangguk faham lalu bergerak ke ruang tamu.

"Snacks ad......" Tidak sempat Ryan menghabiskan ayatnya apabila melihat sesuatu di hadapan mukanya di dapur.

"Banggg!!! Engko ke ni?!! Hantu mana dah sampuk engkooo?!!!" Ryan separa menjerit apabila melihat Rayyan memakai apron dan topi chef yang berwarna merah jambu milik maid rumah.

"Kau yang dah kenapa?!" Rayyan mengetuk kepala Ryan yang dari tadi berpusing mengelilingi Ryan.

" Eh takdelah" kata Ryan lalu berjalan ke arah kabinet. Beberapa bungkus snacks dicapai lalu bergerak ke arah peti sejuk. Peti sejuk dibuka dicapai beberapa tin Coke.

"Okey chau lu" sambung Ryan lagi lalu mengorak langkah ke ruang tamu dengan tangan yang penuh.

"Hah, aku jalan dulu"

"Satu dua tiga empat lima enam" kelihatan Aland sedang menggerakkan anak dam di atas petak permainan.

"Ape ni main tak ajak?!" jerit Ryan.

"SHHHHHHHH" serentak mereka membuat bunyi agar Ryan tidak menjerit lagi.

"Bising lah kau ni. Kang Bella bangun, hah" kata Airis dalam keadaan berbisik.

"Tom yam dah siapp!" Rayyan pula menjerit.

"SHHHHHH" sekali lagi mereka serentak membuat bunyi tetapi Ryan pun join sekali.

"Diamlah. Hah, Aidyn dengan Alvyn mana?" bisik Steven.

"Ada kat dapur. Tengah ambil mangkuk dengan buat air" Rayyan ikut berbisik.

"Bella. Bella, jom makan. Tom yam dah siap" Aland mendekati Bella lalu menggoncangkan sedikit badan adiknha.

"Huh" Bella yang masih mamai menggosok matanya.

"Jom makan. Dah siap dah tom yam kau" Kata Ryan lalu membangunkan Bella perlahan-lahan. Kepada readers, korang ingat selama ni Ryan suka main-main en.

"Jom. Aku pimpin kau pergi meja makan" ujar Ryan lalu memegang tangan Bella.

Sampai sahaja di meja makan, kerusi ditarik lalu Bella didudukkan. Siapa lagi yang buat kalau bukan Ryan. Mangkuk dihulurkan oleh Rayyan lalu disendukkan tom yam untuk Bella.

"Panggil daddy" arah Alvyn yang baru sahaja masuk dengan membawa dulang.

"Daddy!! Makann!" Airis menjerit dari bawah tanpa naik ke atas.

"Biadap benor. Adik siapa ni? Tolong kutip" Kata Alvyn selamba lalu duduk di atas kerusi.

"Nah, makanlah" kata Ryan lalu menghulurkan mangkuk yang sudah diisi dengan tom yam.

Bella menyambut mangkuk lalu dimakan tom yam perlahan-lahan.

"Nak suap" Bella merengek manja.

"Takpe, bak sini aku suap" Rayyan bertukar tempat dengan Ryan lalu mencapai mangkuk Bella.

"Sedap?"

Bella mengangguk.

Setelah beberapa kali suapan..

"Tak nak dah. Nak naik tidur" ujar Bella lalu berdiri untuk naik ke biliknya.

"Jom abang hantar, okay" kata Aidyn lalu ikut berdiri. Tangan Bella dipimpinnya.

Rayyan menghantar Bella dengan ekoran mata. Sebaik kelibat dua beradik itu hilang dari pandangan, Steven mula bersuara.

"Dia memang macam tu ke kalau demam? Ke sakit lain pun dia macam tu juga?"

"Sakit lain takde jugak. Demam panas je dia macam ni. Samada dia rasa something tu deja vu or dia rindu dekat seseorang" kata Alvyn.

"Chop chop!" Jerit Ryan sedikit.

" Kau pehal do?" tanya Edward kehairanan. Kening diangkat sebelah.

"Aku rasa aku tahu kenapa dia demam" kata Ryan setelah menghabiskan tom yamnya. Semua yang berada di situ kecuali King berhenti makan. King dekat mana? King dah habis makan. And King tiada dekat diorang.

"Tadi sebelum kita balik sini, dia ada peluk mummy Mike kan?" Semua yang berada di situ mengangguk.

"Aku rasa dia rindu dekat mak dia lah" ujar Ryan.

"Brilliant. For the first time in life otak kau berfungsi" sempat lagi Rayyan mengejek adiknya.

"Setan memang macam ni ke? Abang siapa ni?! Mohon kutip sekarang" kata Ryan dengan muka menyampah.

"Then, what should we do?" taya Edward.

"Better kit....." belum sempat ayat Airis dihabiskan, kedengaran bunyi barang pecah dari atas.

"Apa tu weh?" tanya Ryan.

"Alaa Bella je tu" ujar Rayyan selamba sambil meneguk air oren.

"HAH!? BELLA?!" air oren yang diminun Rayyan disembur sebelum menjerit kuat menyebut nama Bella.

"Weh wehh Bella weh!!" katanya lagi sebelum berlari naik ke atas.

"Bella are you okay?" kedengaran suara Aidyn cuba menenangkan Bella.

"Kenapa ni?" Alvyn masuk ke dalam bilik Bella.

"Ak... Aku tak tahu. Tiba-tiba dia mengamuk lepastu baling pasu ni ke cermin" kata Aidyn.

"Kau ada cakap apa-apa dekat dia ke?" Kata Alvyn yang sudah mendekati Bella.

"Come here, baby. Dah jangan nangis. Meh sini dekat abang" kata Alvyn lagi lalu memeluk Bella.

"Tskk... Tskk Abang.. Tskk Mummy" kata Bella sambil menunjuk ke arah pintu biliknya.

" Nanti mummy datang tau. Bella tidur dulu" kata Alvyn lalu mendukung Bella gaya bridestyle ke atas katil.

Edward, Steven, Mike, Ryan dna Rayyan terlopong dengan perbuatan Bella yang sungguh aneh itu.

" Dah makan ubat belum?" tanya Airis. Bella hanya menggeleng tetapi masih mengalirkan air mata.

"Bro, pergi bawah, buka peti sejuk. Dalam tu ada ubat nama Bella. Ambil semua tau" arah Airis kepada Mike.

Dengan pantas Mike turun ke bawah. Tidak sampai lima minit, dia datang senula bersama beberapa jenis ubat dan segelas air.

"Nah makan ubat dulu, lepastu tidur ye." Bella hanya mengangguk lalu menelan beberapa biji ubat sebelum meneguk air kosong.

Kemudian dia dibaringkan semula oleh Airis. Selimut ditarik. Semua yang berada di situ hanya berdiri di tepi katil.

"Abang"

"Mummy masuk neraka ke syurga?" tanya Bella.

Semua yang berada di situ kecuali abang-abang Bella terkejut dengan pertanyaan Bella.

"Mummy kan baik. Confirmlah mummy masuk syurga" jawab Alvyn yang berada di sebelah kanan Bella.

"Dah, Bella tidur dulu. Nanti malam abang kejutkan tau untuk makan. Bella nak makan apa?" tanya Aidyn yang ikut  duduk di sebelah Airis.

"Bella nak lamb chop" ujar Bella sebelum menutup mata.

"Sleepwell princess" kata Alvyn sebelum mencium dahi Bella. Kemudian diikuti dengan Aland, Aidyn dan Airis.

"Nak cium jugakk!!" Kata Ryan lalu maju ke hadapan namun berjaya dihalang oleh Airis.

"Ni adik aku, bukan adik kau. Jangan nak gedik sangat eh" kata Airis. Rayyan hanya menepuk dahinya melihat perbuatan adiknya.

"Jom keluar. Aku nak cari lamb chop untuk Bella" kata Alvyn sebelum melangkah keluar dari bilik.

"Malaysia"

"Chop chop! Aku ada dengar orang sebut Malaysia" Ryan memberhentikan langkahnya.

"Bro, dia dah mula dah" kata Aland kepada Alvyn. Alvyn memandang belakang sebelum memandang hadapan kembali.

"Tulis apa yang dia cakap tu" arah Alvyn. Mike, Steven, Edward, Rayyan dan Ryan pelik dengan perbuatan Airis yang mula menaip perkataan 'Malaysia' di notes iPhone X miliknya.

"Kubur" kata Bella lagi.

Airis menaip perkataan 'Kubur' pula pada telefonnya.

"Okey jom keluar" ajak Alvyn. Pintu bilik Bella ditutup perlahan-lahan. Kesembilan-sembilan jejaka itu memasuki kotak lif. Butang G ditekan.

"Kenapa korang taip apa yang Bella cakap" tanya Rayyan kepada Alvyn.

"Everything what she says about when she sick gonna be true. Trust us" Jawab Alvyn selamba.

"Malam ni, sebelum split personality dia datang, dia akan sebut lagi satu perkataan. Trust me" kata Aland sebelum keluar dari kotak lif.

"Dah, jom pergi beli bahan lamb chop sebelum gelap" Ujar Ryan lalu menggapai kunci kereta masing-masing di keybox pada tepi pintu.

🌸🌸🌸

Hey guys! i'm back after a long time! I'm sorry sebab baru update. And yah! Readers Miss Mafia dah mencapai 7K you alls!! OMG! Thanks a lot kepada yang baca. Juga thanks kepada yang vote. Vote pun meningkat. Bantu Miss Mafia capai 1K vote tau! ❤️❤️❤️

M.M | 16 dan 17 akan full dengan story Bella sakit. Yes i know it's boring but, after that, akan ada babak aksi. So, stay on reading! ❣️❣️❣️🙆🏼

Jangan lupa vote, comment and share to your friends tau! Love Yalls 💙❣️❣️❣️❣️💙❣️❣️💙❣️💙

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 60.1K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
26K 274 19
Warning ⚠️ : ada sex , ada unsur 18+ semua karakter ialah kpop idol yang Aku letak sebagai watak jadi Semua kpop idol tiada mengena dgn Gay , lesbian...
4.9M 197K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
3.3M 36.5K 14
✨ COMPLETED ✨ "encik saya minta maaf , saya cuma ternampak apa yang encik buat tapi saya janji takkan bagitahu sapa-sapa" - Ayra Husna "shut up littl...