ULYA MIKAYLA ©️

By _NaniRizal_

824K 32.6K 1.3K

#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yan... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Upcoming novel
Special Chapter 1
Special Chapter 2

Part 15

13.1K 591 71
By _NaniRizal_

Kereta Axia milik Qaireen berhenti di hadapan sebuah rumah semi-D yang agak besar dan cantik. Pagar rumah itu sudah terbuka luas. Mungkin tuan rumah bersedia menerima tetamu yang akan datang nanti. Aku dan Diana membontoti Qaireen melangkah masuk ke dalam kawasan rumah tersebut.

Walaupun tidak semewah mana, namun rumah itu kelihatan cantik dengan dekorasinya yang agak elegant. Porch keretanya agak luas. Boleh memuatkan tiga atau empat biji kereta, aku kira.

Qaireen memberi salam. Beberapa saat kemudian, muncul seorang lelaki yang sangat tampan. Dia mendukung seorang kanak-kanak kecil. Muka mereka hampir sama jadi aku andaikan ini abang saudara Qaireen dan si kecil itu anaknya.

"Waalaikumussalam. Eh, Reen. Come on in..," pelawa lelaki itu.

"Hai Abang. Hai Humaira!" Sapa Qaireen lalu mencuit pipi si kecil tadi. "Kak Hana mana?"

"Ada kat atas. Masuklah dulu. Ajak kawan-kawan masuk.."

Anak kecil bernama Humaira itu tersua-sua tangannya pada Qaireen. Meminta didukung. Tanpa menunggu lama, Qaireen mengambil Humaira daripada ayahnya.

"Korang bertiga dari mana ni?"

"Dari rumah, bang..terus ke sini. Kenalkan, ni kawan-kawan serumah Reen. Ulya dan Diana". Serentak aku dan Diana menunduk sedikit tanda menghormati tuan rumah.

"Oh.Hai! Korang duduklah dulu. Abang naik atas kejap. Panggil Kak Hana.."

Qaireen mengangguk. Lelaki tadi meninggalkan kami lalu menapak ke tingkat atas. Bahagian ruang tamu rumah itu luas. Set kerusi sudah disusun di bahagian tepi dinding.

Di tengah pula terhampar karpet yang bersaiz besar bercorak abstrak. Di hujung dinding diletakkan meja yang sudah dihias cantik berlatar belakangkan sejumlah belon-belon comel dan tergantung perkataan HAPPY BIRTHDAY.

Tema my little pony menjadi pilihan. Comel je tengok.

Di halaman tepi rumah pula, meja buffet yang tersusun rapi dengan pelbagai menu. Ada seseorang yang sedang menguruskan kambing golek. Beberapa orang lagi sibuk menyiapkan meja bulat yang disediakan untuk tetamu bersantap nanti.

"Kau tak pernah bagitahu pun kau ada abang saudara?" Soalku.

"Aku jarang jumpa dia tapi masa kecil-kecil kami rapatlah.."

Aku dan Diana serentak membulatkan mulut. Seketika kemudian, seorang wanita turun dari tingkat atas. Aku terpesona melihat keayuan wajahnya. Cantik!

"Reen! Dah lama sampai?" Sapanya mesra. Qaireen bangkit sambil mendukung Humaira. Mereka bersalaman dan berpelukan.

"Baru je kak. Ni kawan-kawan Reen. Ini Diana dan ini pula Ulya," Qaireen memperkenalkan kami berdua. Aku dan Diana bergilir bersalaman dengan wanita itu.

"Ni Kak Hana, wife Abang Faiz.."

Kami berbalas senyuman. "Reen nak solat ke? Meh akak tunjuk bilik.."

Usai solat, aku mengikut Qaireen dan Diana menjengah ke dapur. Kak Hana ketika itu sedang memotong buah tembikai. Suaminya, Abang Faiz pula di sebelah. Bahagia je tengok mereka berdua. Sesekali Abang Faiz mengusik Kak Hana.

"Eh, Reen. Kenapa datang dapur ni?" Kak Hana menegur.

"Ada apa-apa ke yang Reen boleh tolong?"

"Tolong basuh pinggan lepas majlis lah, Reen," Abang Faiz bercanda. Aku yang mendengar turut tertawa.

"Apalah awak ni. Ada ke cakap macam tu pada tetamu. Tak payah dengar cakap Abang Faiz ni, Reen. Macamlah Reen tak kenal perangai dia suka mengusik.."

"Reen tahu sangat perangai abang macam mana kak. Dari kecil lagi suka sakat Reen.."

"Bukan selalu pun abang dapat jumpa Reen, kan? Sayang, Humaira mana?" Soal Abang Faiz memandang isterinya.

"Kat depan dengan Ica. Awak pergilah tengokkan. Eh, you girls pergi depan. Takda apa sangat pun nak dibuat kat dapur. Akak pakai caterer je. Tapi kalau Reen nak tolong, bawakkan kek ni ke depan boleh?"

"Boleh je kak.."

Aku dan Diana sedari tadi hanya menjadi pemerhati dan pendengar yang setia. Melihat kemesraan Abang Faiz dan Kak Hana membuatkan aku tersenyum. Andai suatu hari aku punya suami, aku juga mengimpikan hubungan mesra begini. Saling sayang menyayangi. 

Tiba-tiba pula teringatkan Izz Anaqi. Apalah yang dia tengah buat sekarang?

Majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Seronok melihat telatah Humaira yang comel dan lincah. Sempat aku berselfie dengan birthday girl. Gambar itu aku hantar kepada Anaqi.

+ With this adorable birthday girl. Comel kan dia?

Tak lama selepas itu, Anaqi membalas whatsappku.

- She's cute. Like you.

Ouch! Bersemut handphone saya tau, awak? 

Beberapa jam kemudian, kami meminta diri. Aku sedikit terkejut apabila Kak Hana menarik aku ke dalam pelukannya. Begitu juga Diana.

"Thanks ya Ulya, Diana..sudi datang memeriahkan majlis Humaira.."

"Sama-sama kak. Thanks sudi jemput kami. Comel sangat Humaira ni..," balasku mencuit hidung si montel itu.

"Reen, thank you datang. Nanti bila-bila free datanglah sini.."

"Betul cakap Kak Hana tu. Rajin-rajinlah datang sini. Lagipun rumah Reen tak jauh kan?"

"In shaa Allah kak, abang. Nanti Reen datang lagi. Okaylah Reen balik dulu. Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam," serentak pasangan suami isteri itu menjawab.

 Jam di dashboard sudah pun menunjukkan pukul 11 malam. Diana sudah tidur di belakang. Aku yang masih tidak rasa mengantuk, menemai Qaireen memandu.

"Kak Hana dengan suami dia kerja apa, Reen?"

"Dua-dua engineer. Diorang kenal pun masa sama-sama belajar kat poli..," ujar Qaireen.

"Oh. Aku suka tengok diorang. Romantik and sweet je.."

"Kan? Aku pun suka tengok diorang. Tapi jalan cerita cinta diorang banyak juga liku-liku. Adatlah kan dalam perhubungan. Tak semestinya bahagia selalu tanpa ada cabaran dan dugaan.."

"Betul. Aku setuju. Mana ada hubungan yang tak pernah diuji?"

                                          ****

Pagi Ahad, aku bangun seperti biasa. Usai solat subuh, aku tidak menyambung tidur memandangkan sekejap lagi aku perlu bekerja.

Aku turun ke dapur menyediakan breakfast. Ketika sedang menikmati sarapan, whatsapp berbunyi.

- Wish me luck, sayang!

Terukir senyuman di bibir lantas jari jemari menari di atas keypad. 

+ Good luck abang! 

 - Thanks. Wish you were here.

+ Me too but I'm so sorry okay?

- Okay. Got to go now. Bye sweetheart!

Aku meletakkan handphone. Beberapa saat kemudian, whatsapp berbunyi lagi. Aik, tadi kata dah nak kena pergi?

Icon hijau itu aku tekan. Oh, whatsapp dari group Kafe. Dari Encik Khir.

- Assalamualaikum. Sorry semua. Short notice. Hari ni cafe close. My aunt just passed away. Rushing balik kampung sekarang. So today cuti ye?

Tidak lama kemudian, whatsapp group dibanjiri dengan ucapan takziah kepada Encik Khir. Rata-rata melahirkan rasa simpati atas pemergian mak cik kepada Encik Khir, pemilik kafe merangkap boss kami.

Hurmm..hari ni cuti, so boleh lah aku pergi tengok Anaqi bermain. Nak bagitahu dia ke tak payah? Ah, tak payahlah bagitahu. Surprise!

Melihat jam di dinding, aku terburu-buru berlari ke bilik untuk bersiap. Sambil itu, aku membooking grab car. Setengah jam kemudian aku sudah pun berada di dalam grab.

                                 ****

Aku tiba di stadium football sewaktu perlawanan sudah bermula. Setelah mengambil tempat, mataku meliar mencari kelibat Anaqi.

Demi terpandangkan jersi bernombor 15, aku tersenyum sendirian. Lelaki itu di dalam posisi bersedia untuk menghantar bola kepada rakan pasukannya.

Anaqi nampak segak dalam uniform hitam kuningnya. Is he mine? Arghh! Angau teruk dah kau ni, Ulya!.

Asakan demi asakan, tolakan demi tolakan berlaku. Wolf masih mendahului. Harolds kelihatan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar mata Wolf. 

Sorakan dari cheerleading group di luar padang menggamatkan suasana. Mataku terarah kepada Natasha yang berpakaian warna yang sama dengan pemain Wolf. Biasanya uniform pasukan sorak akan sedondon dengan pemain. Aku sedikit cemburu. Sepertinya Natasha yang sepadan dengan Anaqi.

Di akhir perlawanan, Wolf sekali lagi berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah mereka untuk musim ini. Aku turut menumpang bangga dengan kejayaan pasukan kolejku terutama Anaqi.

Dari jauh, aku lihat Anaqi berpelukan dengan kawan sepasukannya sebelum masing-masing mula beredar ke locker room. 

Aku menunggu seketika. Berfikir untuk terus duduk di situ ataupun pergi ke locker room untuk bertemu Anaqi. Akhirny aku bangun. Stadium mulai kosong apabila semua penonton beransur pulang.

Dari luar bilik locker, terdengar bunyi bising. Sorakan kegembiraan memenuhi ruang itu. Aku tidak berniat untuk masuk. Kang ada yang melompat ternampak bemda yang tak sepatutnya. Jadi aku hanya menunggu di luar.

Beberapa orang pemain yang sudah siap membersihkan diri, mula keluar dari bilik tersebut. Seorang demi seorang memandang aku pelik. Ada juga yang bersiul nakal. 

"Tunggu Anaqi ke?" Soal Ben sebaik sahaja lelaki itu menyedari kehadiranku di situ.

"Haah. Tunggu dia.."

"Oh, dia ada kat dalam dengan Hadif nd Muaz. Nak saya panggilkan ke?"

"Eh, takpa. Saya boleh tunggu.."

"Kalau macam tu, saya balik dulu.."

Aku mengangguk dan menghadiahkan senyuman untuk Ben. Lelaki itu kemudiannya beredar meninggalkan aku sendirian.

Bangkit dari bangku, aku bersandar pada dinding sebelah pintu locker room yang sedikit terbuka. Mendengar suara Anaqi yang sedang berbual, membuatkan aku tersenyum sendiri. 

"Qi, aku nampak kau macam betul-betul serious je dengan budak Ulya tu?" Soal satu suara, Hadif.

Mendengar namaku disebut, aku cuba memasang telinga. "Kan betul aku cakap, Hadif? Mamat ni mesti jatuh cinta punya kat Ulya tu!" Ujar Muaz pula.

"Tulah. Dulu cakap takkan cair. Sekarang kau tengok? Tangkap cintan weh!"

Aku tersenyum lagi.

"Jangan nak mengarutlah! Korang bagi aku masa sebulan je kan? Lagi 3 hari cukuplah sebulan. Then, that's it! Aku menang okay?"

Lidahku kelu. Jantung tiba-tiba berdegup laju. Menang? Apa maksud Anaqi?

"Terbaiklah kau, Qi. Aku sendiri pun terpedaya dengan lakonan kau. Inikan pula budak tu.."

"Ini Izz Anaqi. Jangan cabar aku.."

Kemudian bergema suara mereka bertiga ketawa. Kakiku sudah lembik. Tak terdaya lagi mahu berdiri. Akhirnya aku terduduk. Air mata yang sedari tadi bertakung, terus sahaja mengalir. Tangisanku pecah. Aku menekup mulut, bagaikan tidak percaya dengan apa yang aku dengar tadi.

Ya, Allah. Jadi, semua ni hanyalah lakonan semata-mata? Anaqi tak pernah sukakan aku? Selama ni dia hanya mempermainkan perasaan aku? Sampainya hati, awak Anaqi!

Perlahan aku cuba bangun dan berdiri. Aku perlu pergi dari situ. Tak sanggup lagi menunggu. Kebenaran ini menyakitkan. Hati aku betul-betul hancur. Bodohnya aku selama ni!

Baru sahaja aku berpaling, namaku diseru. "Ulya?"

Langkah aku terhenti tetapi aku tidak berpaling. Melihat aku hanya membatu, lelaki itu memanggil lagi. "Sayang? Bila sayang sampai?" Soalnya sedikit gugup.

Dengan segala sisa kekuatan yang ada, aku berpusing menghadapnya. Jari jemari mengesat kasar air mata yang membasahi pipi. Jelas muka Anaqi yang terkejut dengan riak wajahku.

"Hey, why are you crying?" Soalnya, cuba mendekat. Selangkah dia menghampiri, selangkah aku menjauh.

"Stop! Don't come any closer".

"Aa..apa yang sayang cakap ni?"

"Jangan panggil saya sayang lagi!" Aku menjerit. Tetapi suaraku hampir tidak keluar dek tenggelam dengan rasa sendu di hati.

"Okay. I won't. Tell me, kenapa ni?"

Aku tersenyum sinis. Cuba ketawa walaupun aku nampak seperti orang hilang akal.

"Tahniah Izz Anaqi. Tahniah! Awak dah berjaya memperbodohkan saya selama ni. Terima kasih untuk semua ni! Awak kejam! Saya benci awak!" Akhirnya aku berjaya melontarkan suara yang tinggi.

Anaqi terpempan. Terkejut kerana rahsianya terbongkar mungkin?

"Ulya..?"

Sebelum sempat Anaqi mejawab apa-apa, aku terus berpaling dan berlari meningglkan lelaki itu. Dunia aku terasa gelap. Tegarnya hati awak Anaqi! Selama ni saya jujur dengan perasaan saya. Saya ikhlas sayangkan awak. Tapi ini yang saya dapat?

Hari itu menjadi saksi hati aku hancur sehancurnya. Aku menangis semahunya. Kenapa? Kenapa kau bodoh, Ulya? Kenapa kau terlalu buta untuk melihat kepuraannya selama ni?

                                 ****

Hai readers!

Kesian Ulya kan? So terjawablah teka teki you gais selama ini. Ada yang komen pasal Anaqi sebenarnya cuma nak mainkan Ulya and yes you are right.

Don't worry. This is just a beginning. Akan ada lagi konflik lain lepas ni. Just stay tune!

Oh ya, siapa yang rindu FaizHana, sis selitkan sikit watak diorang dalam UM. Actually sis pun rindu diorang jugak. Hehe. Sebab tu cari ruang untuk selitkan cerita pasal diorang. Last BC dulu Hana pregnant kan? So, Humaira is their first baby. Cute kan diorang bertiga?

Thank you semua yang selalu support sis. Tak jemu-jemu tunggu update. Tak lupa untuk votes. Sis love u all!!!

Continue Reading

You'll Also Like

232K 9.4K 27
3rd Story ❤ Afeeya Adara Hilman Ukasyah Sebelum cinta itu berputik, akan tertanamnya rasa benci. AFEEYA ADARA, gadis cantik manis sedap mata dipan...
62.7K 3.2K 54
~You're the first one~ Aku suka tengok dia. Suka curi-curi tengok dia. Bila dia senyum terserlah lesung pipitnya di pipi kanan itu. Buat hari aku jad...
558K 18.9K 59
Siapa kata cinta pandang pertama itu tidak wujud? Hadirnya Aafiyah yang pernah terluka memberikan tekad kepada Zaim Ammar untuk memiliki wanita itu...
68.1K 1.3K 48
Bella inara..Dipaksa berkahwin dengan Hakim iskandar seorang peguam pilihan Ayahnya..namun dia mencintai lelaki bernama Amir imran kekasih hatinya..p...