Mr. Doktor I love you

Von thenurulaisyah

1M 31.6K 540

Irdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre... Mehr

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
AUTHOR NOTE
MDILY RAYA
AUTHOR NOTE 2.0
AUTHOR NOTES 3.0

Bab 25

15.3K 472 3
Von thenurulaisyah

Sudah seminggu hubungan Irdina dan Nazran pulih. Sudah seminggu jugak hubungan mereka semakin rapat. Semenjak dari hari itu, Nazran tidak gatal lagi. Bagus rancangan Irdina.

Hari ini, hari yang ditunggu-tunggu oleh Irdina kerana kawannya, Hani mahu bertandang di rumahnya bersama Iskandar. Memang beriya-riya Irdina masak.

Nazran yang melihat Irdina dengan apron pinknya sedang fokus mengacau masakan di dalam kuali itu berasa kesian dengannya. Struggle sangat nampaknya. Jadi, dengan kehadiran Nazran, dia menawarkan diri untuk menolong Irdina di dapur. Nazran menuju ke arah Irdina.

"Nak aku tolong?" Soal Nazran. Tangannya mengambil tisu gulung dan mengkoyakkannya. Dia mengelap muka Irdina yang membasahi peluh itu.

Irdina terpaku. Dia bagaikan patung yang tidak boleh bergerak. Haih, Nazran. Kenapa awak sweet sangat?

"Dah puas tengok muka aku? Tu, nanti masakan tu hangit. Kau nak kawan kau nanti kutuk masakan kau tak sedap?" Sindir Nazran. Pedas.

"Eleh. Macam tak ikhlas je awak lapkan peluh saya. Sepatutnya, awak cakaplah, penat ke masak ni? Nak saya masakkan? Awak penat ni, awak rehat dulu. Saya yang masakkan. Ada awak cakap macam tu? Lagi sindir saya adalah." Kata Irdina sambil mengacau masakannya.

Nazran mencapai mangkuk yang sederhana di kabinet bahagian bawah. Irdina pula berasa hairan dengan Nazran.

"Alololololo....... kesiannya dia. Meh sini, biar abang buat yee." Nazran mengambil sudip di tangan Irdina. Dia mengaut masakan di dalam kuali dan meletakkan di dalam mangkuk yang diambil tadi.

'Abang'? Sedap pulak dengar suara dia bahasakan diri dia abang. Hmmmmmm, abang.

"Awak bahasakan diri awak apa tadi? Saya kurang jelaslah." Uji Irdina.

"Aku bahasakan diri aku akulah. Kenapa?" Alah Nazran! Kenapa mulut ni ringan sangat nak cakap benda tu!

"Yeke? Saya dengar abang."

"Abang? Aku bahasakan diri aku akulah."

"Tapi saya dengar abang."

"Ya Allah, Dina! Aku bahasakan diri aku akulah." Nafi Nazran.

Sebenarnya, hasrat Nazran untuk menukar panggilan 'aku' kepada 'abang'. Nampaklah sopan sikit. Lagipun, dia suka Irdina memanggilnya abang.

Ting tong!

Bunyi loceng kedengaran menandakan Hani dan Iskandar sudah sampai. Nazran segera ke meja makan untuk menghidangkan lauk. Irdina pula hanya mengikuti ke mana Nazran pergi.

"Okay, saya nak pergi atas dulu. Nak pakai tudung ehh, abang." Usik Irdina. Dia bergegas naik tangga. Nazran bagaikan terpukau dengan panggilan abang tadi. Fuhhh. Selepas itu, dia terus ke pintu utama untuk menyambut tetamu masuk.

Pintu dikuak. Dia melihat figura dipintu utama. Kelihatan Iskandar dan Hani. Mereka ceria sahaja. Macam ada sesuatu je.

"Assalamualaikum, sahabat." Iskandar memberi salam. Loghat yang digunakan seperti pak arab yang mahu memberi salam.

"Waalaikumussalam. Aku ingatkan pak arab mana tadi." Sindir Nazran.

"Eh kau ni, lupa kawan ke apa? Akulah Iskandar." Balas Iskandar. Hani hanya tersengih. Melihat mereka yang memang masuk air. Tetapi, kalau di hospital jangan harap nak tengok muka mereka senyum sambil membuat kerja. Serius sungguh!

"Jomlah masuk." Pelawa Nazran.

Mereka membuka kasut lalu masuk ke dalam rumah banglo itu. Mereka menuju ke ruang tamu. Nazran mengambil tempat duduk di sebelah Iskandar manakala Hani mengambil tempat duduk di hadapan mereka.

Irdina menurun tangga. Dia melihat dua orang sahabatnya berbual-bual. Rancak sungguh. Irdina menuju ke ruang tamu. Dia melihat jika ada tempat duduk yang kosong. Sebelah Hani menjadi tempat sasaran dia lalu dia duduk di sebelah Hani.

"Lama sampai?" Soal Irdina.

"Baru tadi." Jawab Hani.

"Ni Is, apa mimpi kau datang rumah aku ni? Siap call lagi jangan pergi mana-mana." Soal Nazran.

"Saja. Nak jumpa kau. Dah lama tak jumpa." Kata Iskandar.

"Dekat hospital kita jumpa kan? Kepala kau terhantuk meja ke? Tiba-tiba jadi manusia prihatin ni." Jawab Nazran.

"Engkau ni, jadi baik salah. Jadi jahat salah. Okay, just straight to the point jelah. Hani, ada tak? Bagi dekat dia orang ni." Arah Iskandar. Hani mengangguk sahaja.

Hani mencapai sampul surat di dalam beg tangannya. Dia memberikan kepada Irdina. Irdina mencapai sampul tersebut. Dia membuka perlahan-lahan. Terdapat kad jemputan. Walimatuurus Hani dan Iskandar? Macam tak percaya!

"Seriously babe?" Soal Irdina. Hani cuma mengangguk sahaja. Terus Irdina peluk Hani. Hani membalas pelukan sahabatnya. Nazran seperti sudah tangkap dengan perbuatan mereka. Mereka akan berkahwin? Nazran sudah menjangka lebih awal lagi. Akibat Nazran mengejek Iskandar pengecut. Terus Iskandar membuat keputusan untuk melamar Hani.

"Congrats bro. You did it!" Puji Nazran.

Pelukan Hani dan Irdina terlerai. Berkali-kali Irdina mengucapkan tahniah dan syukur. Yelah, sahabatnya dari zaman universiti lagi kot. Suka dan duka dikongsi bersama. Mana tak rapat kalau macam tu!

Kolam mata Irdina mula pecah. Air mata kegembiraan turun dengan selajunya. Bersyukur kerana sahabatnya tidak lama lagi menjadi isteri.

"Tak payahlah nangis. Overlah. Aku pun tak nangis." Sindir Hani.

"Hey Hani, kau tak ingat ke yang kau pernah broken dulu. Sekarang nilah kebahagiaan tu datang." Kata Irdina. Emosional betullah. Sesiapa je yang tak nak tengok kawan dia bahagia. Tiba-tiba Hani pula nangis.

"Eh,emo pula. So, aku nak kau orang berdua jadi pengapit kita orang." Kata Hani sambil mengesat air matanya.

"Betul tu. Balas jasa kita orang yang dulu jadi pengapit kau." Aambung Iskandar.

"Okay." Kata Nazran dan Irdina dengan serentak. Jodoh ke ni? Memang jodohlah! Apa lagi?

"Jom makan. Aku dah masak." Pelawa Irdina.

Mereka semua menangguk menuju ke meja makan. Mereka menikmati makanan yang dimasak oleh Irdina bersama Nazran sambil berasa syukur. Akhirnya Hani, kau dapat juga jumpa cinta sejati kau.

~~~
Hani menilik badannya di cermin. Baju kurung moden putih sudah disarung. Shawl sudah dililit dengan kemas oleh Irdina. Solekan yang tipis dikenakan di wajahnya dan menampakkan keaslian wajahnya.

"You look so beautiful, Hani." Ucap Irdina.

"Yeke cantik? Weh, aku dahlah nervous ni." Kata Hani. Tangannya menggigil mengalah orang menghidap parkinson.

"Relaks. Tarik nafas." Kata Irdina sambil melakukan perbuatan itu. Hani pula mengikut sahaja.

"Lepas. Fuhhhhhhh."

"Okay. How? Tenang sikit?" Soal Irdina.

"Okay sikit." Kata Hani.

Bunyi pintu dikuak begitu jelas didengar. Hani dan Irdina terus memandang ke arah pintu. Kelihatan mak saudara Hani. Mungkin untuk memberitahu yang pengantin lelaki sudah sampai.

"Pengantin lelaki dah sampai. Jom turun." Kata mak saudara Hani lalu dia keluar dari bilik itu. Irdina sudah agak dah. Mesti nak bagitahu punya. Akak dah ada pengalaman dik.

Mereka bergegas keluar dari bilik itu. Hani berjalan perlahan-lahan lalu duduk di bantal bulat. Irdina pula duduk di sebelah Hani. Dia melihat Nazran yang begitu fokus untuk menjadi saksi untuk akad nikah Hani dan Iskandar. Sungguh segak memakai baju melayu. Baju melayu yang sama warna pula tu. Warna biru. Sesuai dengan tona kulit dia yang putih melepak tu!

Hani pula berasa gemuruh. Tangan sudah sejuk. Beberapa minit kemudian lagi, dia akan menjadi isteri orang. Khutbah nikah dihayati dan didengar yang dibaca oleh tok kadi. Selesai baca, mereka beristighfar dan berselawat ke atas nabi. Tangan Iskandar menyalam tok kadi.

"Iskandar Bin Hisham."

"Saya."

"Aku nikah akan dikau dengan Nur Hani Binti Farid yang berwakil walinya kepada aku dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Nur Hani Binti Farid dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

"Alhamdulillah." Ucap tok kadi lalu dia membaca doa. Dengan lafaz akad nikah itu tadi, maka Hani sah menjadi isteri kepada Iskandar. Pasangan hidup kepada Iskandar. Usai mengaminkan doa, Iskandar melakukan solat sunat syukur. Acara seterusnya, upacara pembatalan air sembahyang.

~~~
Selesailah sudah majlis bersanding Hani dan Iskandar. Semuanya sudah selesai dan berjalan dengan lancar. Ramai tetamu yang hadir bagi meriahkan majlis bersanding mereka berdua.

Hani sudah berdiri di balkoni. Melihat langit yang hitam tiada bintang. Hanya bulan sahaja yang menemaninya.

Pintu dikuak. Iskandar melihat Hani yang sedang melihat langit di balkoni. Dia menuju ke balkoni. Pinggang dirangkulkan oleh Iskandar menyebabkan Hani terkejut.

"Eh, awak rupanya. Ingatkan siapalah tadi." Kata Hani.

"Awak ingat siapa?" Soal Iskandar.

"Stranger?"

"Kalau stranger buat awak macam ni, memang dia koma dekat hospital lah jawabnya."

"Takkan sampai macam tu sekali."

"Okay, listen here. Saya akan lindungi awak. Saya akan jaga awak. Saya akan bagi kasih sayang sepenuhnya dekat awak. Only you." Ucap Iskandar dengan syahdu.

Hani terpaku. Ouh no! Kenapa dia cakap benda macam ni pulak waktu malam-malam macam ni?!

"Hani, nak tahu tak macam mana saya boleh tersuka dekat awak?" Duga Iskandar.

"Hmmmmm, masa saya jadi partner awak?" Jawab Hani yang tidak yakin dengan jawapaannya.

"Sikit lagi."

"Saya tak tahu."

"Okay, memandangkan saya yang buat soalan tu, saya jawablah. Memang betul saya dah tersuka awak time awak jadi partner saya. Dan jodoh kita makin kuat bila Irdina kata yang awak suka saya jugak." Jujur dari Iskandar. Memang Irdina punca mereka berkahwin.(baca bab 14) Memang semua pasal Irdina. Tetapi kalau tak ada Irdina. Tak jadilah dia orang berkahwin.

"Awak dengar?" Soal Hani. Dia bagaikan tidak mempercayai.

"Kalau saya cakap, saya curi dengar?" Soal Iskandar. Hani mengukir senyuman ikhlas.

Perbualan terhenti di situ. Mereka hanya melayan perasaan. Hani berharap agar Iskandar ialah kebahagiaan yang dicarinya selama ini.

~~~
Irdina membaca novel cintanya di atas katil bercahayakan lampu tidur. Helaian demi helaian diselak. Fokusnya hanya pada novel sehinggakan Nazran berada di sebelah dia pun tak sedar.

"Amboi, fokusnya dia." Sindir Nazran. Bagi Irdina sedar yang suaminya berada di sebelahnya sekarang ini.Irdina mengalih pandangan dari novel ke arah Nazran. Dia tersengih sahaja.

"Eeerrr... sorry. Saya tak sedar pun awak ada dekat sini. " ujar Irdina.

"Nevermind. By the way, kau baca novel apa tu?" Soal Nazran.

"Mr. Doktor I Love You. Perangai hero dalam novel ni sebijik macam awak. Yang suka bahan orang, sindir orang." Sindir Irdina. Sinis.

"So heroin dia pulak macam mana?" Soal Nazran.

"Heroin dia macam sayalah. Baik, pandai, cantik....." percakapan itu dipotong oleh Nazran.

"Yelah tu. Perasannya dia ni."

"Yelah. Awak je tak tahu."

"Dahlah. Tidur. Esok kerja, kan?"

"Awak tidurlah. Nanti saya tidur." Kata Irdina. Nazran sudah menyelak selimut kemudian mnyelimuti badannya.

Irdina kembali dengan novel yang dibacanya. Fokus sangat. Irdina memang tak boleh pisahkan drama dengan dia. Kalau tak sempat tengok drama, baca novel yang sudah diadaptasi dari drama pun sanggup.

~~~
Yeay! Hani & Iskandar. Dah kahwin. Irdina dan Nazran tumpang bahagia kejap. So, Hani and Iskandar dah together2. Irdina and Nazran? Akan lagi gempak lagi. So, dlm chapter ni, part mana paling best/blushing/kelakar?

Keep voting and comment!👇👇👇

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

49.2K 2.8K 40
04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jeja...
399K 14K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
304K 14.1K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
522K 28.3K 40
#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam...