ULYA MIKAYLA ©️

By _NaniRizal_

824K 32.6K 1.3K

#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yan... More

Part 1
Part 2
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Upcoming novel
Special Chapter 1
Special Chapter 2

Part 3

13.5K 722 20
By _NaniRizal_

Hari Sabtu minggu ini aku cuti dari kerja di kafe. Jadi aku keluar bersendirian. Qaireen dan Diana masing-masing pulang ke rumah keluarga mereka. Adakala kalau aku cuti, aku ikut salah seorang. Maklumlah aku dah takda siapa-siapa. Kadang rasa sedih juga mengenang nasib diri tetapi aku percaya pada qada dan qadar yang Allah dah tetapkan. Pastinya ada hikmah yang lebih indah menanti. Siapa tahu?

Memandangkan aku tidak punya kenderaan, jadinya aku hanya menggunakan khidmat grab car sahaja. Sementara menanti kereta yang ditempah tiba, aku membuka facebook. Wajah pertama yang aku lihat tak lain tak bukan si buah hati pengarang jantunglah. Izz Anaqi.

Gambarnya yang sedang bersantai di tepi kolam. Anak orang kaya, rumah besar mesti ada kolam yang besar dan cantik. Untungnya hidup dia kan? Tak perlu fikir bersusah payah untuk cari duit sara hidup. Celik je mata, semua dah disediakan. 

Aku baca pula komen-komen pada gambar tersebut. Rata-rata memuji rupa paras Anaqi yang kacak. Ada juga yang memujinya seksi. Oh my! Please jangan menggatal sangat mata tu boleh tak? Nak saja aku reply macam tu. Tapi aku sedar aku bukan sesiapa pada lelaki itu. Empunya badan pun tak marah, takkan aku pulak nak melebih-lebih kan? Aku hanya mampu menjeruk perasaan. Uhuk!

Grab car tiba lalu aku memboloskan diri ke dalam kereta. Eh, macam kenal je? 

"Hai, Ulya..," sapa si pemandu.

"Oh hai awak! Saya tak tahu pulak awak buat grab.."

Iman tersenyum senget. "Baru je start. You know what? You are my first customer.."

Aku teruja. "Oh, really? So I'm the lucky one," balasku. Iman hanya ketawa kecil sebelum memulakan pemanduannya.

Haris Iman. Kami rakan sekolej. Satu course dan hampir setiap kelas aku sama dengan dia. Lelaki yang baik, sangat peramah dan menyenangkan. Aku selesa berkawan dengannya. 

Banyak yang kami sembangkan di dalam perjalanan. Tentang kolej, assignment, aktiviti harian masing-masing sehinggalah ke topik peribadi. 

Tiba di destinasi yang aku tuju, aku meminta diri. Sempat lagi Iman berpesan untuk menghubunginya jika ingin pulang. Sedia jadi driver aku katanya. Alahai sweet pulak awak ni Iman. Aku hanya mengangguk mengiyakan sahaja.

                                     ****

Hampir lewat petang, aku keluar dari mall. Berjalan-jalan di sekitar bangunan berhampiran. Cuci mata. Sewaktu ingin melintasi loronh kecil, aku terdengar suara orang menjerit. Bila aku menoleh, kelihatan seorang wanita sedang bergelut dengan seorang lelaki. Kelihatan seperti ingin meragut.

Aku berlari menuju ke arah mereka. Dengan menggunakan segala ilmu taekwando yang aku pelajari, aku hadiahkan sepakan sulung ke arah peragut berkenaan. Sebaik sahaja dia tumbang, aku meluru ke atasnya dan memberikan tumbukan padu di muka. Peragut itu jelas tidak menjangkakan tindakan aku namun dia sempat bangun dan melarikan diri.

Beg aku yang tercampak tadi aku kutip kembali lalu menghampiri wanita tadi. 

"Aunty okay?" Soalku. Melihatkan pemakaian wanita itu menunjukkan dia bukan sebarangan.

"Aunty okay. Terima kasih, nak. Tolong aunty tadi. Aunty tak tahu apa jadi kalau anak tak tolong tadi," ujar wanita itu.

"Sama-sama. Ada barang yang hilang tak?"

"Alhamdulillah. Takda. Semua selamat. Terima kasih sangat-sangat. Nama anak siapa?"

"Saya Ulya, aunty.."

"Oh, Ulya. Cantik nama. Secantik orangnya juga. Nama aunty Rubiah. Panggil aunty Ruby je. Takpun aunty sahaja dah cukup. Aunty terhutang budi dengan Ulya. Boleh aunty dapatkan nombor telefon Ulya?"

Aku memberikan nombor telefonku sebelum meminta diri. Aunty Rubiah kemudiannya aku lihat dijemput oleh sebuah kereta mewah. Orang kaya rupanya, bisik hati kecilku.

                               ****

Malam itu sedang aku asyik menonton drama, handphoneku berbunyi. Nombor tidak dikenal muncul di skrin. Teragak-agak untuk menjawab.

"Hello," sapaku.

"Hello, Ulya ye? Ni Aunty Ruby.."

"Oh Aunty Rubi. Ulya ingatkan siapa tadi. Ye, aunty?"

"Macam ni..esok Ulya sibuk tak? Kalau tak sibuk aunty nak ajak Ulya lunch kat rumah aunty."

"Lunch? Maaf aunty. Ulya kerja esok. Pagi sampai petang..," jawabku.

"Oh ye ke? How about dinner? I would like to see you again, honey. I owe you.."

"Dinner? In shaa Allah. Nanti aunty send location rumah boleh? Lepas kerja Ulya terus ke sana."

"Ulya kerja kat mana? Nanti aunty suruh driver jemput Ulya kat tempat kerja," ujar Aunty Ruby.

"Eh takpa aunty. Ulya boleh pergi sendiri.."

"Oh kalau macam tu nanti aunty send location ya?"

Setelah talian diputuskan, aku termenung seketika. Esok kerja kena bawa baju spare lah jawabnya. Takkan aku nak balik rumah lepastu keluar semula? Aku dah lah takda transport. Beberapa minit kemudian, bunyi whatsapp. Mesej dari Aunty Ruby yang menghantar location rumahnya.

Aku tersenyum sebelum membalas terima kasih. Takdir hari ini membawa aku bertemu dengan Aunty Ruby. Siapa sangka hari ni aku jadi superwoman yang selamatkan seseorang? Tak sia-sia aku belajar taekwando masa sekolah dulu. Black belt tau? Jangan main-main dengan Ulya Mikayla. Muka je lembut, ayu macam ni. Eh? Terpuji diri pulak!

                                ****

Keesokan harinya aku ke tempat kerja seperti biasa. Hujung minggu begini pelanggan agak ramai. Jadi semestinya aku dan pekerja lain akan lebih sibuk. Tugas aku menjaga kaunter. Mengambil pesanan dan menguruskan cash flow.

"Selamat datang, ye cik? Boleh saya ambil pesanan?" Ayat yang berulang kali aku sebut setiap kali pelanggan mampir ke kaunter.

"Warda, kau ganti kejap. Aku nak pergi solat..," pintaku kepada Warda sebaik sahaja melihat jam yang sudah pun menginjak ke waktu zohor.

"Okay. Kau pergi lah. Aku cuti harini," jawab gadis itu. Aku mengangguk dan beredar ke belakang. Menuju ke bilik khas untuk menunaikan solat. 

Usai solat, aku keluar semula. Tidak terus ke kaunter, sebaliknya aku membantu Shauqi membersihkan meja yang sudah ditinggalkan pelanggan. Kerja kena pantas. Maklumlah ramai customer lain pula nak duduk menikmati hidangan.

Shauqi hanya tersenyum memberi isyarat berterima kasih kerana aku sudi membantunya. Warda pula sibuk mengambil pesanan. Idzham seperti biasa menguruskan bahagian order, dibantu oleh Aiman. Selesai membantu Shauqi, aku kembali ke kaunter. 

"Oh kau kerja sini rupanya?" Kata-kata seseorang membuatkan aku mendongak. Natasha. Aku hanya menjungkit bahu. Tidak berminat untuk menjawab apa-apa.

"Ye, cik. Boleh saya ambil pesanan?" Sapa Warda sopan, tidak mempedulikan pandangan sinis Natasha kepadaku.

"Saya nak dia yang ambil order." Jari telunjuknya ditalakan kepadaku. Warda memandangku. Apabila aku mengangguk, barulah gadis itu berundur sedikit.

"Ye, cik. Nak order apa?" Soalku cuba bersikap profesional. Dalam hati, Tuhan je tahu rasa nak simbah air kat perempuan gedik ni.

Natasha seperti mahu mengambil kesempatan. Segala mak nenek dia cerewet. Jangan inilah jangan itulah. Kalau tak mengenangkan etika bekerja, dah lama aku blah dari situ. Sebal betul. 

"Terima kasih.." ujarku sekadar berbasa basi dengannya. Tanpa balasan, gadis itu berlalu begitu sahaja.

Warda menghampiriku. "Siapa minah kerek tu, Ulya?"

"Budak kolej aku. Jenis perangai tak serupa perempuan. Tergedik sana sini. Kerek gila. Meluat aku tengok!"

"Kan? Aku tengok pun berbulu rasa mata ni," balas Warda.

"Ulya! Serve ni kat meja 8!" Teriak Idzham dari kaunter dapur. Segera aku berpaling untuk menyempurnakan tugasan. 

Tepat jam 6 petang, aku sudah siap menukar pakaian. Sempat juga aku mandi tadi. Lega bila badan dah tak melekit. Barulaj selesa nak pergi rumah orang. Grab sudah ditempah. Sementara menunggu, aku berbual bersama Warda dan Shauqi. Pelanggan sudah mulai berkurangan saat ini.

"Kau nak ke mana sebenarnya ni, Ulya? Selalu kau balik pakai baju kerja je. Harini lawa semacam je aku tengok?" Tegur Shauqi.

"Aku dapat jemputan dinner..," lalu aku pun menceritakan kejadian yang berlaku petang semalam. Tekun betul Warda dan Shauqi mendengar dari awal hingga akhir.

"Perghhh..terbaiklah Ulya. Dah macam ninja!" Ujar Warda teruja.

"Well, tak sia-sia lah aku belajar taekwando dulu. Ada juga gunanya," balasku. 

"Berlagak pulak minah ni!" Bidas Shauqi pula.

"Dengkilah tu! Eh, grab dah sampai. Jumpa Jumaat nanti eh? Daaa.." 

Aku bangun lalu menapak keluar meninggalkan kafe. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam grab, pemandu tersebut terus meluncur pergi. Waktu ketika itu sudah menginjak ke senja. Aku keluarkan handphone dn mencari nama Aunty Ruby.

+ Aunty, Ulya dah on the way. Boleh Ulya tumpang solat di rumah aunty nanti?

Send!

Tit! Cepatnya aunty balas?

+ Boleh je. Take care sayang.

Aku tersenyum membaca whatsapp dari Aunty Ruby. Handphone aku simpan kembali di dalam beg dan menyandarkan kepala di tingkap kereta. Dua puluh minit kemudian, kereta berhenti di hadapan sebuah rumah banglo mewah yang tersergam indah. Mulutku sedikit ternganga melihat keindahan di depan mata. Mak aih. Ni rumah ke syurga? Wah!

Grab car sudah pun memecut pergi. Meninggalkan aku yang masih tergamam di luar pagar besar itu. Sekilas memandang ke tepi, aku ternampak sebuah kotak di pagar. Siap ada interkom kau jah. Perlahan-lahan aku menapak dan berdiri di depan interkom sebelum teragak-agak untuk menekan butang di situ.

Skrin yang tadi gelap tiba muncul wajah Aunty Ruby. "Masuklah, Ulya.."

Serentak, pintu pagar terbuka sendiri. Aku berundur sedikit dek kerana terkejut. Langkah aku atur menuju ke dalam kawasan banglo mewah itu. Kepala rasa nak tercabut sebab asyik pusing sana sini. Cantik sungguh banglo ni! Aih kau ni Ulya. Macam rusa masuk kampung. Jakun!

Pintu utama dikuak dari dalam, Aunty Ruby muncul dengan senyuman manisnya. Tanpa aba-aba, terus aku ditarik ke dalam pelukannya. Aku yang tidak bersedia, hampir sahaja hilang keseimbangan. Kembali stabil, aku membalas pelukan Aunty Ruby. Entah kenapa tenang sahaja rasa dipeluk begini. Sungguh aku rindukan belayan kasih sayang kedua orang tuaku. Sobs.

Tidak sedar aku menangis. "Eh, kenapa ni Ulya?" Soal Aunty Ruby, panik melihat air mata aku mengalir.

"Jom..jom kita masuk dulu..," katanya lalu memimpin aku masuk ke dalam rumah. Sekali lagi aku terkedu melihat susun atur dan hiasan di dalam rumah. Serba mewah. Allah. Besarnya nikmat yang Engkau berikan kepada keluarga ini. 

Aunty Ruby membawa aku ke ruang tamu. "Duduklah, Ulya.."

Aku hanya menurut. Pipi yang basah aku kesat menggunakan belakang tangan. "Cantiknya rumah aunty. Besar. Kagum saya tengok," ujarku menutup rasa malu tiba-tiba menangis.

"Takda apa yang nak dikagumkan, Ulya. Semua ni pinjaman Allah je. Bersifat sementara," ucap Aunty Ruby merendah diri.

Aku mengangguk. "Terima kasih aunty sebab sudi jemput Ulya datang sini.."

"Sama-sama. Aunty yang patut berterima kasih sebab Ulya dah tolong aunty semalam. Eh, dah masuk maghrib ni. Mari, aunty tunjukkan bilik. Ulya nak tumpang solat kan?". Aku mengangguk. Aunty Ruby bangun dan aku mengekorinya menuju ke sebuah bilik di tingkat bawah. 

"Ulya boleh solat di sini. Nanti lepas solat, kita boleh sembang-sembang dan makan ye?"

Aunty Ruby kemudian meninggalkan aku sendirian di sini. Melihat bilik yang sebesar ini untuk tetamu membuatkan aku terfikir, bagaimana pula bilik-bilik utama yang lain? Pasti lagi besar dan mewah. Aku menanggalkan tudung dan berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk seterusnya menunaikan solat maghrib.

                                     ****

Jangan lupa votes ok? Baru la sis makin semangat nak update..love u gais!

Continue Reading

You'll Also Like

232K 9.4K 27
3rd Story ❤ Afeeya Adara Hilman Ukasyah Sebelum cinta itu berputik, akan tertanamnya rasa benci. AFEEYA ADARA, gadis cantik manis sedap mata dipan...
924K 26.3K 50
Sejak bertemu dengan Irham Zahril, Dahlia tidak pernah gembira, hari-harinya dipenuhi dengan perasaan penuh geram, kesedihan. Namun,sesuatu pekara ya...
21K 1.4K 59
Pertemuan dalam kesempitan telah membuatkan mereka sukar dipisahkan. Dalam masa yang singkat mereka berdua telah mengenali hati budi masing-masing de...
164K 6K 83
[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke...