Mr. Doktor I love you

By thenurulaisyah

1M 31.6K 540

Irdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
AUTHOR NOTE
MDILY RAYA
AUTHOR NOTE 2.0
AUTHOR NOTES 3.0

Bab 23

13.9K 487 13
By thenurulaisyah

Hari minggu sudah pun tiba. Nazran dan Irdina masih lagi bersikap dingin. Irdina cuba untuk pujuk Nazran, tetapi tiada perubahan.

Irdina memulakan tugasnya ward round. Irdina mengemaskini carta pesakit yang berada di situ. Sedang dia merawat pesakit, dia melihat Nazran mengambil darah pesakit yang dalam lingkungan 20-an.

"Abang doktor nak ambil darah saya ke?" Soal gadis itu.

"Ya. Saya nak ambil darah awak. Awak tahan ya." Kata Nazran.

"Ambil je. Kalau abang doktor nak ambil satu beg darah saya pun saya tak kisah." Kata gadis itu. Memang nampak miang.

Irdina sebagai pemerhati berasa cemburu akan perlakuan Nazran. Kenapa dengan perempuan lain kau cakap elok-elok tapi dengan aku?

Apabila sudah habis prosedur ambil darah, Irdina pergi ke arah gadis itu. Tangannya digenggam kuat. Rasa nak tumbuk sahaja muka gadis itu.

"Excuse me, doktor. Can I ask you something. Saya tengok patient ni macam ada masalah." Sampuk Irdina apabila mereka berbual. Irdina menunjukkan carta pesakit itu.

Nazran hanya memerhati carta pesakit. Semuanya okey. Tiada apa-apa yang mencurigakan. Semua keputusan darah, gula dalam darah, kadar degupan jantung, kepekatan darah dalam oksigen dan sebagainya semua dalam paras normal. Nazran hanya memandang Irdina. Memang sah macam cemburu ni. Memang nak jadi bahan untuk mengenakan dia tetapi egonya tinggi.

"Base on carta ni, patient okay je." Kata Nazran setelah memerhati carta pesakit.

"Ouh. Bukan apa doktor, saya cuma nak cornfirm je patient ni okay ke tak. Tu je." Kata Irdina.

"Belajar lima tahun pun tak tahu lagi condition pesakit. Apa yang awak belajar masa lima tahun dulu? Bercinta?" Perli gadis itu.

Irdina jeling tajam ke arah gadis itu. Eh kau ni, biarlah! Aku ni cuma nak jaga etika je ni. Kalau tak, memang mulut kau aku koyak-koyakkan!

"Excuse me, ini antara kami berdua sahaja. Anyway doktor, behave tau. Isteri doktor mengadu dekat saya yang ramai perempuan yang selalu nak try doktor. My advice is doktor ingatlah yang doktor dah bergelar suami. Assalamualaikum." Kata Irdina lalu meminta diri untuk beredar dari situ.

Muka gadis itu tiba-tiba menjadi kelat. Irdina menuju ke kaunter jururawat. Puas hati dia mengenakan perempuan itu. Memang patut pun kena. Dah miang sangat kot.

"Puas hati aku. Gatal lagi dengan suami orang. Si Nazran pun sama, ada ke patut layan dia macam tu. Aku ni isteri dia pun dia tak endahkan." Bebel Irdina.

"Apa yang kau bebelkan ni?" Soal Hani. Bertambah hairan apabila melihat Irdina bercakap berseorangan di kaunter jururawat.

"Tu haa. Patient tu nak je aku hempuk dengan fail ni." Marah Irdina.

"Dia buat apa dekat kau?"

"Dia tak buat apa-apa dekat aku."

"Habistu yang kau marah sangat ni kenapa?"

"Dia menggatal dengan Nazran. Yang Nazran pun satu, tak payahlah layan sangat."

"Okay. Aku faham. Ni kes cemburulah ni."

"Yes. Aku memang cemburu."

"Relaxlah Dina. Nazran tu cuma nak kena jaga etika. Tak payahlah nak cemburu sangat."

"Tapi masalahnya...." perbualan itu terhenti apabila Nazran mendekati mereka.

"Berborak je ke? Kerja dah siap ke?" Perli Nazran.

Irdina dan Hani sudah beredar dari situ apabila diperli oleh Nazran. Tinggallah Nazran di kaunter berseorangan. Memang tekaan Nazran tepat bahawa Irdina cemburu. Well, tengok jelah nanti perangai dia macam mana.

~~~
Datin Najihah menlabuhkan punggung di sofa itu. I phonenya dibuka lalu mencari nombor telefon Nazran yang disimpan. Dia memanggil Nazran.

"Assalamualaikum mama." Suara yang keletihan sudah pun muncul di peti suara.

"Waalaikumussalam Naz. Apa khabar? Dengar suara macam tak sihat je?" Soal Datin Najihah dengan prihatin.

"Sihat ma. Cuma penat sikit. Kenapa mama call?"

"Mama rindukan kamu dan Dina. Dina macam mana? Sihat?"

"Sihat ma."

"Bila nak datang rumah mama ni? Tahu tak rumah mama ni dah sunyi je?"

"Tak ada masa yang freelah mama. Naz sibuk. Dina pun sibuk."

"Malam ni mama ingat nak masak special. Naz dengan Dina kena datang rumah mama."

"Tapi ma..."

"No excuse. Bawak Dina sekali okay. Asaalamualaikum."

Diakhiri dengan menjawab salam dari Nazran. Datin Najihah mahu ke dapur untuk lihat jika ada bahan-bahan yang tidak cukup untuk masak malam ini.

~~~
Nazran runsing. Dia dah lah malas mahu memberitahu Irdina tetang makan malan di rumahnya kerana peperangan dinginnya masih berjalan dengan lancar. Whatsapp jelah Nazran.

Malam ni tak payah masak. Mama ajak makan dekat rumah dia. After balik kerja, terus je pergi rumah mama.

Ditekan send lalu dihantar ke nombor Irdina. Mudah betul teknologi zaman sekarang. Kalau tak nak cakap, boleh whatsapp sahaja.

Nazran memasukkan i phonenya ke dalam poket lalu meneruskan tugasnya yang tergendala disebabkan mamanya.

~~~
Irdina menghidupkan kereta miliknya di basement. Semenjak perang dingin berlaku, memang dia kena hidup berdikarilah jawabnya. Nazran pun. Dulu dia yang melarang. Sekarang ini, Irdina hidup ke, lemas ke, pengsan ke, memang Nazran tak endahkan. Hampeh betul Nazran!

Baru tadi Irdina dapat whatsapp dari Nazran yang mengatakan ada makan malam di rumah mak mertuanya. Jadi apa lagi, tolak handbreak. Keluar dari basement.

~~~
Hidup di Shah Alam memang hari-hari jammedlah. Irdina tenung stereng keretanya. Mengeluh. Stres pun ada. Dia merasakan jammed membuang masa dia sahaja. Baik aku naik helikopter ke. Tak ada bayar tol, tak ada lampu isyarat. Berangan apa kau Dina?

Lampu isyarat berwarna hijau. Jadi, dia menekan pedal minyak dengan laju untuk melepasi lampu isyarat. Seterusnya dia memasuki satu jalan untuk rumah agam. Dia memasuki halaman rumah agam itu. Kelihatan kereta Nazran sudah pun tersadai di halaman rumah itu.

Dia memakirkan keretanya di sebelah kereta Nazran. Enjin dimatikan. Beg tangan dicapai. Dia membuka pintu keretanya untuk keluar.

Dia mengatur langkah ke arah pintu utama rumah agam itu. Sekarang ini, dia berasa berdebar-debar. Tangan terketar-ketar. Takut ditanya hal-hal yang tidak sepatutnya ditanya oleh mak mertua.

Datin Najihah yang mahu membuka pintu utama terkejut melihat menantunya dihadapan dia.

"Eh, Dina. Kenapa lewat? Nazran tak tunggu?" Tepat sangkaan Irdina. Bertalu-talu Datin Najihah memberi soalan.

"Err, Dina ada banyak kerja tadi. Sebab tulah lewat sikit." Kata Irdina.

"Yelah, jom masuk." Pelawa Datin Najihah.

Mereka masuk ke dalam rumah agam itu. Irdina mencari di mana tempat duduk yang kosong. Sebelah Nazran dan sebelah Datin Najihah. Dia memilih sebelah Datin Najihah.

Datin Najihah berasa pelik. Macam ada sesuatu yang tak kena je. Kalau tak, nak keluar bilik memang selalu pimpin tangan. Yang ini seorang ke timur, seorang ke barat. Apa kes?

"Mama nak masuk dapur dulu. Nak hidang makanan." Beritahu Datin Najihah.

"Err mama. Nak tolong sekali." Irdina bersuara. Baru hendak bangun tiba-tiba, Datin Najihah bersuara mengganggu fokus Irdina. Segera Irdina menoleh ke arah Datin Najihah.

"Tak payahlah. Rehat je. Tadi kat banyak kerja, kan? Rehat jelah." Kata Datin Najihah lalu menuju ke dapur.

Irdina kembali duduk semula. Dia mencuri-curi memandang suaminya yang asyik bermain dengan i phonenya. Pandanglah aku! Pandang handphone tu buat apa?! Ingat handphone tu isteri dia?!

Ting!

Notifikasi masuk. Dan, Irdina berasa terkejut mendapat mesej daripada Nazran. Haih. Sampai ke dalam rumah nak berwhatsapp bagai. Apo kono eh laki aku ni?

Jangan bagi mama syak something. Kalau tak, siap kau.

Irdina menggerakkan rahangnya. Tak habis-habis ugut, ugut, ugut. Memang asyik kena ugut je ke?

~~~
Bacaan doa sudah selesai dibaca oleh Nazran. Mereka menikmati makan malam. Senyap sahaja. Sunyi dan sepi. Tiada gurauan, bahan-membahan daripada Nazran. Dato' Azhar hanya memerhati.

"Senyap je. Kenapa ni? Ada masalah?" Prihatin Dato' Azhar.

"Tak ada apa-apalah papa. Okay je. Lagipun makan tak elok bercakap." Jawab Nazran.

"Haih, sejak bila kamu pandai bertazkirah ni? Selalunya kamulah yang kecoh bila time makan?" Soal Dato' Azhar.

Nazran terdiam.

"Kami okay je. Cuma dekat hospital, banyak sangat kerja. Penat sikit." Sampuk Irdina. Nazran menjeling Irdina. Aku tolong pun salah? Kata suruh jgn buat mama syak apa-apalah, itulah, inilah. Kau ni, mana satu?!

"Kalau macam tu, ambil cuti. Pergi holiday ke. Kamu tak pergi lagi honeymoon, kan? Cadang Dato' Azhar.
Irdina tersedak. Honeymoon?

"Betul tu Naz. Bawak Irdina pergi honeymoon. Rehatkan minda. Sambil-sambil tu, kenal dulu hati budi masing masing." Sambung Datin Najihah.

Nazran dan Irdina hanya tersenyum kelat. Alahai, nak pergi honeymoon dalam keaadan macam ni? Just forget about that, mama. Anak mama ni tengah dingin dengan Dina.

~~~
Makan malam bersama keluarga sudah berakhir pada pukul 10:30 malam. Sekarang ini, jam menunjukkan 12:00 malam tetapi Irdina tidak tidur lagi.
Dia mengambil secawan air di dapur lalu duduk di ruang tamu.

"Nazran ni, kalau nak marah pun tak payahlah sampai lama macan gini. Depan parents dia pun muka ketat je. At least senyumlah. Ini tak, asyik tarik muka je. Yang aku ni, kenalah coverline." Bebel Irdina seorang diri.

Tiba-tiba Nazran duduk sebelah dia. Dari mana dia muncul, Irdina tak tahu. Dia dah buat muka cuak. Irdina dah nak ketuk-ketuk kepala sendiri. Malu sangat. Aduh, Dina! Kalau nak kutuk pun, tengoklah kiri kanan dulu.

Nazran dengan selambanya membuka televisyen lalu mencari saluran yang dia berkenan. Dia cuba kawal eskpresi muka. Memang hati meronta-ronta mahu mengenakan Irdina tetapi dengan perang dinginnya belum lagi berakhir.

Irdina mahu naik ke atas. Dah tak tahan lagi dengan malunya yang yang tahap yang tinggi. Dia melangkah menuju ke biliknya. Mahu merehatkan dirinya.

Tinggal Nazran berseorangan di situ. Mengingati kembali kejadian di hospital. Dia sangat terkejut. Irdina cemburu? Memang tak dijangka. Nak tergelak pun ada.

"Sekejap. Cemburu? Cemburu maksudnya sayang. So, dia sayang aku? Irdina sayang aku?" Kata Nazran berseorangan.

Dahinya dikerut. Jika dia tertulis untuk menjadi suri hatiku, maka Kau jadikanlah dia, Ya Allah. Doanya di dalam hati.
~~~
Yahoo! sampai jugak bab 23. So nak tgk mcm mana Irdina pujuk Nazran? Wait for another chapter. Btw, please siapa yg baca MDILY, bagi feedback dkt conversation account sis, okay?

Continue Reading

You'll Also Like

2.7K 409 52
Penemuan yang tidak dijangka diantara seorang gadis melayu yang berumur 20 tahun dan lelaki berkacukan China yang berumur 21 tahun. Gadis ini mahir d...
382K 19.8K 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang...
522K 28.3K 40
#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam...
26.2K 319 12
Dendam menjadikan hidup Naura Insyirah huru-hara. Apabila nyawanya menjadi taruhan, dirinya terpaksa menjadi tawanan. Bagi Fakhrul Raihan pula, gadis...