[S3] Keluarga Lee - NCT

By Ann_Darl

33.8K 3.8K 4.9K

Nampaknya Keluarga Lee masih lagi mempunyai cerita kerana bilangan ahli keluarga yang makin bertambah. Apaka... More

Pt. 1
Pt. 2
Pt. 3
Pt. 4
Pt. 5
Pt. 6
Pt. 7
Pt. 8
Pt. 9
Pt. 10
Pt. 11
Pt. 12
Pt. 13
Pt. 14
Pt. 15
Pt. 16
Pt. 17
Pt. 18
Pt. 19
Pt. 20
Pt. 21
Pt. 22
Pt. 23
Pt. 24
Pt. 25
Pt. 26
Pt. 27
Pt. 28
Pt. 29
Pt. 30
Pt. 31
Pt. 32
Pt. 33
Pt. 34
Pt. 35
Pt. 36
Pt. 37
Pt. 38
Pt. 39
Pt. 40
Pt. 41
Pt. 42
Pt. 43
Pt. 45
Pt. 46
Pt. 47
Pt. 48
Pt. 49
Pt. 50
Pt. 51
Pt. 52
Pt. 53
Pt. 54
Pt. 55
Pt. 56
Pt. 57
Pt. 58
Pt. 59
Pt. 60
Pt. 61
Pt. 62
Pt. 63
Pt. 64
Pt. 65
Pt. 66
Pt. 67
Pt. 68
Pt. 69
Pt. 70
Pt. 71
Pt. 72
Pt. 73
Pt. 74
Pt. 75
Pt. 76
Pt. 77
Pt. 78
Pt. 79
Pt. 80
Pt. 81
Pt. 82
Pt. 83
Pt. 84
Pt. 85
Pt. 86
Pt. 87
Pt. 88
Pt. 89
Pt. 90
Pt. 91
Pt. 92
Pt. 93
Pt. 94
Pt. 95
Pt. 96
#1yearwithKeluargaLeeS3

Pt. 44

353 39 17
By Ann_Darl

Johnny genggam kedua tangan isterinya dan tengok monitor bersilih ganti. Seorang jururawat ditugaskan periksa kandungan Betty dan Haera pula dengan doktor.

"Baby angkat kepala! " Johnny terjerit kerana teruja sangat, Haera dah tepuk dahi tapi Betty hanya menggeleng kepala.

Johnny jadi teruja kerana bayi kembar Haera bergerak aktif dan tendang walaupun berapa bulan tapi kandungan Betty pula tidak banyak gerak.

"Ukuran bayi Puan Haera besar sikit, tapi Puan Betty kecil. Tak cukup makan ke?" Doktor kembali ke meja kerja dan tuliskan ubat untuk mereka makan.

"Morning sickness saya teruk, setiap kali makan mesti keluarkan balik. Selalu minum air je" Betty turunkan baju dan turun dari katil dengan bantuan Johnny.

"Eh, kalau teruk pun makan secubit pun takpe. Kesian baby kelaparan tu, patut lah kecil dari ukuran sepatutnya" Jururawat itu menggeleng kepala.

"Doktor, macam mana dengan kandungan saya pula?" Haera duduk di kerusi, Betty juga duduk. Johnny hanya berdiri disebelah.

"Janin dalam keadaan baik dan sihat, tentang jantina pula. Saya dapat agak yang ia adalah 60% lelaki" Doktor berikan surat ubat kepada Haera. Johnny senyum dan bersyukur kalau apa-apa jantina asalkan anak mereka sihat.

"Kenapa awak rasa anak ni lelaki? " Haera mengusap perutnya yang semakin besar.

"Sebab bila perempuan hamil anak lelaki, muka mereka berseri-seri dan awak adalah satu darinya" Doktor itu senyum lagi.

"Anak saya pula?" Betty menyilangkan tangan dan doktor itu lihat gambar ultrabunyi semula.

"Kandungan puan masih lagi kecil dan saya tak boleh nampak jantina dia. Datang klinik lagi pada berapa bulan nanti, baru kita tahu jantina dia" Doktor menjelaskan dan mereka hanya angguk faham dan keluar dari bilik.

"Loya pula" Betty mengurut tekak dan tahan untuk muntah depan orang ramai.

"Awal-awal memang teruk tapi dah pertengahan dah kurang sikit. Kemudian bila dah nak bersalin kena makan banyak sebab nak guna tenaga" Haera gosok belakangnya dan beri minyak angin untuk hilangkan loya.

"Bagi kertas tu, biar abang ambil dekat farmasi" Johnny berikan beg tangan mereka dan ambil kertas untuk beli ubat.

"Uwek! " Haera pula yang loya dan ada orang pandang kerana menyampah. Korang kena tahu bila orang mengandung ni.

"Akak okay? Nak saya urutkan belakang badan? " Betty pegang bahunya, Haera menggeleng perlahan dan ambil sapu tangan untuk tutup mulut bila rasa loya semula.

"Tak payah lah, akak okay je" Haera ambil semula minyak angin tadi dan lega bila dapat bau.

"Akak ada banyak angin ni, dah makan belum? " Betty tepuk badannya perlahan bila asyik loya tanpa henti.

"Belum, akak belum sarapan lagi sebelum datang klinik" Haera menunduk kerana tiba-tiba rasa loya yang amat. Johnny datang semula dengan bawa ubat yang telah dibeli kat farmasi tadi.

"Kenapa dengan kakak?" Johnny duduk sebelah mereka dan beri ubat yang telah ditulis nama masing-masing.

"Masuk angin sebab tak makan lagi, sayang pun tak tanya pun yang kami belum makan lagi atau tak! " Betty mencebik bibir dan Johnny tepuk dahi kerana lupa yang mereka belum makan, mereka berdua tiada selera masa sarapan tadi.

"Jom kita makan kat luar, nak makan apa?" Johnny sempat tengok duit dalam dompet tadi dan masih ada banyak lagi.

"Teringin nak makan kek tiramisu kat Resipi Rahsia" Haera bangun dari kerusi bersama Betty.

"Saya nak makan nasi ayam kat situ juga, orang kata sedap. Saya pun nak cuba juga" Betty keluar dari klinik dan berjalan menunjuk kereta.

Johnny masuk kereta tapi Betty dan Haera masih lagi tentukan nak duduk kat bahagian mana.

"Akak duduk depan, saya nak duduk bahagian belakang" Betty buka pintu belakang tapi Haera tak bagi.

"Awak pregnant anak first, sepatutnya awak yang duduk depan dengan Johnny" Haera menggeleng kepala, Johnny didalam dah serabut dengan dua bini dia.

"Mana mana pun boleh! Kat nanti bonet boleh juga tapi mati nanti sebab takde udara" Johnny buka radio dan goyangkan kepala bila keluar lagu kegemaran.

Haera duduk di bahagian depan, Betty duduk di belakang dan terus ambil plastik sampah untuk muntah.

"Awak okay? " Tanya Johnny selepas tengok dari cermin atas.

"Cuma muntah je, takde-UWEKK!" Betty muntah sekali lagi dan kali ni cuma keluar air.

"Sabar okay, nanti kita beli makanan kemudian bawa balik. Macam teruk je ni, lepas sampai nanti jangan lupa makan ubat" Haera hulurkan tangan ke belakang dan tepuk badan madunya supaya dapat keluarkan semua isi dalam perut.

"Haera nak tiramisu, Betty nak makan nasi ayam, air ada nak beli?" Johnny buka seatbelt dan mereka hanya geleng kerana boleh minum air di rumah.

Haera kesian tengok Betty asyik muntah dari tadi, dia buka seatbelt dan beralih ke belakang untuk tengok madunya yang tak berapa sihat.

"Banyak muntah ni" Haera sapu minyak angin dan sapu pada bahunya. Betty ikat plastik dan keluar untuk buang dekat tong sampah dan masuk kereta semula.

"Dah okay sikit? " Haera beri tisu untuk Betty lap airliur yang terkeluar.

"Dah, kenapa akak tolong saya tadi? Saya bukannya tak berterima kasih tapi, saya dah rampas suami akak" Betty sandar pada kerusi dan pandang Haera disebelah.

"Takkan sorang jadi api, semua kena jadi api juga? Mesti lah kena jadi air" Haera letakkan tangan pada dahi Betty dan alihkan kerana suhu masih normal.

"Maksud akak? " Betty mengerutkan dahi dan Haera hanya ketawa.

"Awak tak faham takpelah" Haera beri tisu lagi untuk dia lap peluh yang keluar walaupun ada aircond.

"Akak, saya nak sesuatu ni. Harap tak pelik sangat" Betty tengok luar tingkap dan Johnny masih lagi sedang pilih kek.

"Apa dia?" Haera betulkan kedudukan, Betty berbisik dengan telinganya takut ada orang curi dengar.

"Kalau korang bersama, dia memang ganas atau macam mana? Betty duduk seperti biasa, Haera ketawa walaupun takde lawak terselit kat situ.

"Dia akan lemah lembut, mesti sebab personaliti dia akan berubah setiap kali dengan lain orang kan?" Haera teka dengan betul, Betty terkejut tahap babun.
"Masa saya mula kerja dulu, menang saya ada hati kat dia tapi Johnny dah kahwin. Saya cuba move on tapi tak boleh, saya makin nekad sampai culik Younghee sebab itu saja cara untuk kahwin dengan suami akak"

Betty menunduk kerana takut Haera akan mengamuk bila tahu perkara sebenar, tapi sebaliknya mereka berpelukan dan saling memaafkan.

"Benda dah berlaku, akak bersyukur yang awak jadi isteri kedua dia. Dulu akak susah mengandung, nak suruh dia kahwin baru memang susah. Tapi lepas Johnny kahwin dengan awak, akak mengandung kemudian Betty pun hamil juga"

Haera menitiskan airmata tanpa perasan Johnny dah keluar dari kedai. Betty tarik tangan suruh lap airmata supaya Johnny tak tanya sesuatu.

"Kenapa awak pindah belakang?" Johnny masuk kedalam kereta dan letakkan makanan di tempat duduk sebelah.

"Kesian Betty muntah dari tadi, saya tolong lah tepuk badan badan dia" Haera berlakon seperti tiada apa-apa berlaku.

"Oh, yeke? Tolong pasang sticker ni kat belakang. Saya beli kat kedai sebelah tadi" Johnny tutup pintu dan hidupkan enjin untuk balik.

"HAHAHA! BABY ON BOARD?!" Betty dan Haera ketawa macam orang gila bila baca tulisan.

"Betul lah ada 3 baby kat dalam ni, baru lah orang tak bawa kereta laju mengkhinzir buta nanti" Johnny masuk gear dan pusing stereng masuk kawasan perumahan.

Betty dan Haera keluar dari kereta sambil berpegangan tangan dan masuk rumah bersama.

Semoga si Bettyna tiada agenda tersembunyi sebab tiba-tiba baik.
Johnny letakkan makanan yang dibeli tadi dan masuk dapur untuk ambil air.

Haera buka tv kerana bosan dan keluarkan ubat dari beg untuk makan selepas isi perut.

"Sini makan meh" Johnny tepuk meja seperti panggil budak-budak makan tengahari.

Mereka duduk disebelah dan bulatkan mata minta disuapkan. Nasib baik Johnny dah basuh tangan masa pergi dapur.

"Kek redvelvet ni siapa punya?" Soal Haera setelah buka satu-satu kotak.

"Untuk Younghee bila balik sekolah nanti. Nasib baik saya beli 3 potong sebab takut awak minta sikit" Johnny beri air kepada Betty.

"Nak cikit~ awak suapkan" Betty bulatkan mata lagi dan Johnny turuti permintaan isterinya.

Mereka yang takde selera makan sejak semalam terus berselera bila Johnny yang suapkan mereka.

Nasib baik tak geget jari Johnny sebab lapar sangat.

-TBC

kurangkan lah makian tu 😂💔

Continue Reading

You'll Also Like

35.4K 2.6K 152
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
255K 22.8K 62
Aleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu. Umpama membaca quotes...
28.6K 1.6K 49
Mengisahkan Alicia yg merupakan seorang anak yatim piatu. Dia tlh kehilangan G. Rama dn uncle2nya disbbkan terkorban dlm satu misi. Sjk dripd hri itu...
23.2K 209 10
⚠️tentacles ⚠️yaoi ⚠️heat ⚠️18+ ⚠️mpreg ⚠️omegaverse kinda random :3 but enjoy!! •All characters are not mine •Semua character daripada Monsta Studio