[S3] Keluarga Lee - NCT

By Ann_Darl

33.8K 3.8K 4.9K

Nampaknya Keluarga Lee masih lagi mempunyai cerita kerana bilangan ahli keluarga yang makin bertambah. Apaka... More

Pt. 1
Pt. 2
Pt. 3
Pt. 4
Pt. 5
Pt. 6
Pt. 7
Pt. 8
Pt. 9
Pt. 10
Pt. 11
Pt. 12
Pt. 13
Pt. 14
Pt. 15
Pt. 16
Pt. 17
Pt. 18
Pt. 19
Pt. 20
Pt. 21
Pt. 22
Pt. 23
Pt. 24
Pt. 25
Pt. 26
Pt. 27
Pt. 28
Pt. 29
Pt. 30
Pt. 31
Pt. 32
Pt. 33
Pt. 34
Pt. 35
Pt. 36
Pt. 38
Pt. 39
Pt. 40
Pt. 41
Pt. 42
Pt. 43
Pt. 44
Pt. 45
Pt. 46
Pt. 47
Pt. 48
Pt. 49
Pt. 50
Pt. 51
Pt. 52
Pt. 53
Pt. 54
Pt. 55
Pt. 56
Pt. 57
Pt. 58
Pt. 59
Pt. 60
Pt. 61
Pt. 62
Pt. 63
Pt. 64
Pt. 65
Pt. 66
Pt. 67
Pt. 68
Pt. 69
Pt. 70
Pt. 71
Pt. 72
Pt. 73
Pt. 74
Pt. 75
Pt. 76
Pt. 77
Pt. 78
Pt. 79
Pt. 80
Pt. 81
Pt. 82
Pt. 83
Pt. 84
Pt. 85
Pt. 86
Pt. 87
Pt. 88
Pt. 89
Pt. 90
Pt. 91
Pt. 92
Pt. 93
Pt. 94
Pt. 95
Pt. 96
#1yearwithKeluargaLeeS3

Pt. 37

319 39 80
By Ann_Darl

Hansol dari tadi peluk Chenle dan tidak biarkan abangnya buat kerja dengan senang.

"Hyung handsome lah~" Hansol mengeselkan kepala pada badannya.

Chenle yang sedang menaip dalam telefon hanya biarkan perbuatan adiknya walaupun dalam hati rasa macam nak sepak terajang dari tadi melekat dekat badan seperti ikan bandaraya hinggap di bot pemancing.

"Nak apa Hansolie?" Chenle menggosok rambut adiknya dan sambung bermesej dengan kawan-kawan.

"Nak dukung~" Hansol mengeselkan kepala seperti kucing minta makan dan mencium pipi Chenle.

"Kau tu kan dah besar, dah sekolah tinggi pun macam budak-budak" Chenle mencubit pipinya dan keluar dari bilik.

"Alo hyung! " Hansol ikut dari belakang dan peluk kakinya sehingga seluar Chenle hampir londeh.

"Apa yang bising-bising ni?" Saera menggaru kepala kerana gatal dan Hansol berhenti dari peluk kaki Chenle.

"Dia ni dari tadi minta nak dukung. Buang tabiat agaknya" Chenle menjeling tajam kepada Hansol yang sengaja bulatkan mata supaya nampak comel.

"Biar lah dia nak dukung, Hansol anak bongsu" Saera memujuk Hansol yang berlakon menangis.

"Mama! Dia dah berat macam gajah! " Chenle menghentakkan kaki kerana tidak setuju.

"Takde tapi-tapi, cuma dukung je dia" Saera menggerakkan jari telunjuk dan Chenle mendengus kerana menyampah.

Chenle rendahkan diri dan gendong adiknya. Hansol gembira bukan main bila dapat yang diingini.

"Benda simple pun dia dah gembira sangat, kamu tak sayang adik kamu ke? " Saera membelai wajah mereka berdua. Chenle turunkan Hansol setelah lama dukung di belakang badan.

"Takde, Chenle sayang dengan dia tapi berat dia macam bapa gajah. Bapa gajah pun tak berat macam dia ni" Chenle meregangkan badan dan terhenti apabila mendengar suara orang menjerit dari tingkap bawah.

"NAK KAHWIN!!! "

"wtf" Chenle segera turun dari tangga dan pergi ke arah bunyi yang didengari.

Saera yang tahu apa terjadi hanya menggeleng kepala dan masuk kedalam bilik semula bersama Hansol.

"Kamu ni kenapa meroyan nak kahwin? Hari tu Mark, sekarang kamu pula yang menggatai asam pedas" Sooman cuba untuk lepaskan kaki dari Jisung yang tidak mahu lepas.

"Jisung dah besar lah. Daddy tolong lah pinangkan anak Makcik Jennie dengan Pak Kai tu, nama anak diorang Simon! " Jisung merayu dan Sooman tergaru-garu kepala.

"Apa jadah nama perempuan dibagi Simon? Ingat Simon Says ke apa" Taeil keluar dari bilik dan tarik adiknya dari peluk kaki Sooman.

"Nama penuh dia Riana Simon Kim! " Jisung meronta-ronta minta dilepaskan.

"Chenle pun tak kahwin lagi tahu tak? Yang kamu ni sibuk sangat nak ikut jejak abang kamu sangat kenapa? Tahu hal rumahtangga tak? " Sooman menyoal seperti pendakwah raya dan Jisung mengganguk laju seperti rap Soyeon G-IDLE.

"Jisung dah khatam satu buku tentang hal rumahtangga. Jisung dah tengok video macam mana nak pratice! " Jisung mengelap airmata palsu yang keluar.

"Video apa hah yang kau tengok tu? Bagitahu kami!" Chenle menyinsing lengan baju dan cengkam kolar baju yang dipakai Jisung macam dia tak pernah tengok video 'tu'.

"Macam mana nak pujuk perempuan kalau badmood. Bukan tengok video bukan-bukan! Ingat macam Renjun noona dengan Jeno hyung ke? Siap mengaku tengok pula tu"

Jisung melepaskan tangan Chenle dari bajunya dan betulkan semula.

"Eh, Simon tu dah bertunang dengan anak Pak Justin Bieber lah. Baru hari tu hyung pergi majlis dia" Taeil baru teringat dan Jisung pukul lantai kerana tidak terima.

"TIDAKKKK!!! " Jisung berguling-guling seperti bola kena sepak dan Chenle sepak badannya supaya jangan berhenti guling.

"Perempuan bukan seketul, ada banyak lagi dekat dunia. Cuba lah sabar tunggu, mana tahu jodoh kau baru belajar merangkak"

Taeil tepuk badannya supaya bersabar kerana pujaan hatinya telah ditempah orang lain kerana terlalu lambat.

Johnny keluar dari bilik Betty dan pergi ke dapur untuk minum air dan dipanggil oleh Taeil.

"John! Jom borak dengan aku" Taeil tarik tangannya dan duduk dekat sofa di ruang tamu.

"Borak pasal apa? Aku baru nak minum air ni" Johnny bangun dan ditarik oleh Taeil lagi.

"Sejak kau kahwin dengan Bettyna tu, kau ada sentuh dia ke? " Taeil menyibuk dan muka Johnny terus berubah kerana menyibuk.

"Dia sentuh bibir aku. Dah kira disentuh juga kan? Aku nak pergi minum air ni, jangan kacau aku lagi" Johnny melepaskan tangan dari Taeil dan masuk dapur.

"Tapi dekat leher dia ada lovebite. Siapa punya kerja tu? Takkan Haera pula? Sejak bila Johnny masuk bilik bini pertama dia?" Taeil menggaru kepala kerana hairan dan tengok TV.

++++

"Berapa lama lagi kita cuti kahwin ni? " Mark tengok TV di dalam bilik dan letakkan kepala di bahu Charli.

"Entah, ikut lah daddy awak nak bagi berapa hari. Appa kata jangan risau dekat saya pasal kerja. Ada pembantu yang boleh diharapkan. " Charli masukkan bertih jagung dalam mulut dan suap dekat Mark juga.

"Kita nak buat sekarang ke? " Mark menyiku tangan isterinya untuk ambil perhatian.

"Ikut suka awak, saya on je" Charli makan bertih jagung lagi dan bersihkan tangan dengan tisu basah.

Mark bangun dari katil dan ambil sesuatu dari rak dan kembali semula.

"Kalau sakit, cakap tahu? " Mark mengusap mukanya dan Charli hanya mengganguk perlahan.

"Ah, sakit lah awak. Perlahan sikit" Charli mengerutkan dahi kemudian Mark turuti permintaannya dan sambung sapu ubat pada luka di lutut.

"Tulah, siapa suruh jogging kemudian jatuh sampai lutut awak luka teruk ni. Setiap malam kena tukar sebab takut bernanah nanti" Mark sapu ubat lagi dan letakkan plaster selepas selesai.

"Tapi awak juga yang ajak pergi taman tadi. Saya kejar awak sebab lari laju sangat sampai tersadung batu dekat jalan" Charli betulkan baring dan kuatkan suhu lagi.

"Kita tidur ya? Sebab esok nak pergi beli barang keperluan" Mark tarik selimut sehingga paras dada dan mengecup dahinya perlahan.

Johnny keluar dari bilik air dan duduk di katil mahu main telefon.

Betty yang telah pakai baju tidur sutera berwarna krim asyik menyikat rambut panjangnya untuk tarik perhatian tapi Johnny langsung tak tengok.

Johnny masukkan telefon dalam poket seluar tidur dan buka pintu untuk keluar.

"Awak nak pergi mana?!" Betty letakkan sikat di meja mekap dan menghampiri suaminya.

"Aku nak pergi tidur kat bilik isteri aku lah, semalam dah tidur kat sini" Johnny tutup pintu tanpa memandang wajahnya.

"Asyik asyik bini kau, jagalah isteri muda kau ni!" Betty baring di katil dan tarik selimut.

Johnny ketuk pintu berkali-kali dan Haera membuka sedikit.

"Abang nak masuk boleh?" Johnny senyum nipis dan Haera keluar dari bilik kemudian mereka berdua masuk dapur kerana tiada siapa di situ.

"Awak kan baru kahwin, tidur lah dengan Betty. Giliran saya hari lain pula" Haera menyilangkan tangan.

"Saya dah tidur dekat bilik dia semalam. Hari ni giliran awak pula dengan saya" Johnny bercakap dengan perlahan supaya takde orang dengar.

Haera tidak tahu mahu balas apa dan balik ke bilik semula.
Johnny tidak masuk bilik, dia dah tutup dulu supaya tak boleh masuk.

Haera keluar semula setelah mencari sesuatu dan berikan sesuatu kepada Johnny.

"Awak! Apa benda yang awak bagi ni? " Johnny letakkan semula kerana tidak mahu dan Haera suruh ambil saja.

"Awak guna kalau taknak mengandungkan dia. Saya hantar awak balik dan temankan dia"

Haera beri dua 'kondominium' kepada Johnny yang belum dibuka dan hantar suaminya kepada Betty semula.

"Terima kasih kakak sebab hantar Youngho semula. Saya akan jaga dia baik-baik sampai pagi" Betty peluk tangannya dan Haera hanya tersenyum tawar sebelum meninggalkan mereka berdua.

"Dah puas ke dapat aku? " Johnny tutup pintu serta kunci supaya tiada orang buka.

Betty senyum gembira dan baring di katil semula. Johnny ambil bantal dan baring di bawah lantai tanpa hiraukan sejuk pada waktu malam.

Betty mendengus geram dan ambil bantal untuk baring di lantai juga.

"Jangan kacau aku boleh tak? " Johnny mengiring kearah berlawanan dari Betty.

Betty bangun semula dan ambil barang yang diberi oleh Haera tadi dan buka.

Haera mengintai bilik mereka dan mengesat airmata yang keluar tanpa henti.

Dia berdiri semula setelah dipastikan mereka berdua telah buat.

"Terima kasih" Betty mengambil selimut lalu tutup badannya.
Johnny jatuh keatas badannya dan tidur kerana terlalu penat.

Keesokkan harinya, Johnny terbangun dan pegang kepala kerana pening.

Dia terkejut melihat Betty tidak pakai baju seperti malam tadi dan lihat diri sendiri yang tidak lagi berpakaian.

"Aku bodoh, kenapa aku ikut je apa dia nak" Dia tampar pipinya tanpa henti kerana menyesal telah sentuh badan orang yang paling dibenci.

"Hei, jangan tampar muka awak lagi" Betty membuka mata dan menghentikan perbuatannya.

Johnny kutip semula baju dan seluar di bawah lantai kemudian keluar dari bilik untuk mencari Haera.

"Sayang! "

Johnny berlari kearah isterinya yang baru siap sediakan sarapan dengan ibu mentuanya.

"Kenapa awak menangis ni? " Haera alihkan rambut yang tutup mukanya dan peluk supaya bertenang.

"Ss-saya, saya minta maaf dekat awak. Kami dah--"

Kata-kata Johnny tidak sempat habis kerana Haera telah letakkan jari telunjuk di bibirnya.

"Saya tahu, baguslah awak dah lakukan" Haera tarik kerusi untuk suaminya duduk dan sediakan makanan.

"Saya belum mandi lagi, takpe ke?" Johnny ambil tisu dan menggelap airmata.

Haera hanya mengganguk sebagai jawapan dan bernasib baik tiada siapa yang berada di dalam dapur melainkan mereka berdua sahaja.

Betty keluar dari bilik selepas pakai baju semula dan pandang sinis kepada Haera yang duduk ditepi kiri Johnny.

"Sayang, jom keluar cari baju baby. Dah muntah-muntah tadi" Betty sengaja peluk tangan Johnny dan Haera hanya diam dan menunggu orang lain untuk makan bersama.

"Kau pasti ke yang kau mengandung anak aku? Tah-tah anak jantan mana lepastu kau jadikan aku kambing hitam" Johnny ambil Younghee yang telah datang.

"Daddy, tadi malam Younghee tak boleh tidur nyenyak sebab ada nenek lampir masuk dalam mimpi. Mukanya seram sangat, macam orang sebelah daddy ni"

Younghee pandang Betty disebelah dengan tajam dan sengaja menjelir lidah.

Johnny ketawa kerana anak perempuannya telah pandai bahan orang dan cium pipinya sebagai hadiah.

Haera mula makan selepas semua berkumpul di dapur. Dia makan sehingga hampir habis dan berhenti kerana rasa loya di tekak.

"Kenapa sayang? " Johnny tanya kerana prihatin tapi Haera hanya menggeleng yang dia tiada apa-apa.

"Mommy nak muntah ke? " Younghee mengusap badan ibunya. Haera bangun dari kerusi dan terus masuk bilik air untuk keluarkan semua isi dalam perut.

Johnny letakkan Younghee dan pergi lihat kerana takut sesuatu berlaku.

-TBC

sorry weh ada babak 🔞🔞



Continue Reading

You'll Also Like

4.1K 165 19
Sofea Qaisara, setelah sahaja dia kembali semula ke air tanahnya, Qaisara ingin meneruskan kehidupannya seperti biasa di Malaysia. Sehingga dia berte...
187K 12.2K 49
( ssars love written 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022
109K 2.1K 34
Luke Adwar x Kanemoto Hikkun Minasan ( Lucas Adwar Minasan x Kanemoto Haira Adwar ) David Athur x Leo Hamada ( Jake Athur x Hamada Asahi) Eric Kim x...
22.5K 207 10
⚠️tentacles ⚠️yaoi ⚠️heat ⚠️18+ ⚠️mpreg ⚠️omegaverse kinda random :3 but enjoy!! •All characters are not mine •Semua character daripada Monsta Studio