[S3] Keluarga Lee - NCT

By Ann_Darl

33.8K 3.8K 4.9K

Nampaknya Keluarga Lee masih lagi mempunyai cerita kerana bilangan ahli keluarga yang makin bertambah. Apaka... More

Pt. 2
Pt. 3
Pt. 4
Pt. 5
Pt. 6
Pt. 7
Pt. 8
Pt. 9
Pt. 10
Pt. 11
Pt. 12
Pt. 13
Pt. 14
Pt. 15
Pt. 16
Pt. 17
Pt. 18
Pt. 19
Pt. 20
Pt. 21
Pt. 22
Pt. 23
Pt. 24
Pt. 25
Pt. 26
Pt. 27
Pt. 28
Pt. 29
Pt. 30
Pt. 31
Pt. 32
Pt. 33
Pt. 34
Pt. 35
Pt. 36
Pt. 37
Pt. 38
Pt. 39
Pt. 40
Pt. 41
Pt. 42
Pt. 43
Pt. 44
Pt. 45
Pt. 46
Pt. 47
Pt. 48
Pt. 49
Pt. 50
Pt. 51
Pt. 52
Pt. 53
Pt. 54
Pt. 55
Pt. 56
Pt. 57
Pt. 58
Pt. 59
Pt. 60
Pt. 61
Pt. 62
Pt. 63
Pt. 64
Pt. 65
Pt. 66
Pt. 67
Pt. 68
Pt. 69
Pt. 70
Pt. 71
Pt. 72
Pt. 73
Pt. 74
Pt. 75
Pt. 76
Pt. 77
Pt. 78
Pt. 79
Pt. 80
Pt. 81
Pt. 82
Pt. 83
Pt. 84
Pt. 85
Pt. 86
Pt. 87
Pt. 88
Pt. 89
Pt. 90
Pt. 91
Pt. 92
Pt. 93
Pt. 94
Pt. 95
Pt. 96
#1yearwithKeluargaLeeS3

Pt. 1

1.1K 70 64
By Ann_Darl

Yuta gembira melihat anak daranya yang lahir pra-matang dulu kini semakin membesar dengan sihat. Alessia mewarisi mata coklat pekat dan hidung mancung daripada mendiang ibunya iaitu Shannon.

Rambutnya yang ikal mayang dan keperangan juga daripada mendiang. Bibir dan warna kulit Alessia pula ikut ayahnya iaitu Yuta.

Alessia merupakan gadis yang periang dan disukai ramai termasuk sepupunya. Dia juga seorang berdikari dan mendengar kata serta tidak pernah melawan cakap orang tua.

Tapi sekarang Yuta amat susah hati dan sedih. Alessia jatuh sakit kerana demam, mereka dah bawa pergi hospital dan klinik berkali-berkali tapi Alessia masih belum sembuh.

Mungkin disebabkan faktor  kelahirannya dulu. Ketahanan badannya tidak kuat seperti orang lain.

Yuta masuk ke dalam bilik sambil membawa satu mangkuk kecil berisi air dan sapu tangan kecil untuk dibasahkan dan diletakkan atas dahi untuk hilangkan panas. Yuta duduk di tepi katil dan mengusap rambut anak perempuannya yang sedang tidur lena.

"Mama.. " Alessia mengerutkan dahi dan asyik berubah kedudukan baring.

Yuta tersenyum kerana tahu yang dia sedang mimpi ibunya dan terus cium dahi Alessia dan kemudian baring di sebelah sambil menepuk pehanya supaya tidur nyenyak.

"Mama... Mama.." Alessia sekali lagi memanggil namanya dan kemudian terbangun dari tidur. Dia terus peluk Yuta yang berada disebelahnya.

"Kenapa sayang? " Yuta mencium muka Alessia sekali lagi dan selepas itu dukung dia.

"Yoonra mimpi mama datang melawat. Dia cakap jaga papa baik-baik" Alessia masih peluk Yuta yang sedang mendukung dia.

"Lepas tu, apa lagi mama cakap kat Yoon? " Yuta mengusap rambutnya supaya tenang dan tidak resah.

"Mama kata Yoon kena jaga diri, kena makan banyak-banyak. Jangan buat papa dengan pakcik marah, atok pun sama" Alessia pandang muka Yuta dengan sedih. Setitis airmatanya jatuh ke lantai.

"Kenapa anak papa menangis ni?" Yuta turunkan Alessia di katil dan mengusap mukanya dengan perlahan.

"Alessia rindukan mama" Alessia menangis dengan teresak-esak kemudian letakkan kepala di dada Yuta.

Yuta terus mengecup mukanya dan pujuk tanpa henti, dia sentiasa memujuk anaknya setiap kali dia teringat tentang ibunya.

"Mama dah tenang kat sana, kita kena teruskan hidup kita. Mama akan berada sentiasa dengan kita" Yuta turut mengalirkan airmata ketika sedang memujuk.

"Alessia tak dapat tidur balik, papa boleh tak temankan Alessia tengok kartun kat Tv?" Dia menarik tangan Yuta dan membulatkan mata minta belas kasihan.

"Boleh, tapi kena makan ubat yang doktor bagi. Sayang kena makan supaya cepat sembuh, nanti boleh main patung dengan Dohee, Areum, Younghee dan yang lain" Yuta bangun dan pergi rak untuk ambil ubat yang dibeli di farmasi.

Alessia seperti mengalami mimpi ngeri. Yuta datang dan ambil botol air besar di bawa katil.

"Tiba-tiba Alessia rasa dah sihat balik lah papa. Tak payah makan ya? " Dia menggeleng kepala dan pegang tangan tangan Yuta.

Yuta buat muka marah supaya tetap kena makan juga. Alessia pasrah dan Yuta suapkan ubat dengan sudu.

"Papa, taknak makan ubat hitam tu " Alessia menunjukkan ubat batuk yang dipegang Yuta.

"Kalau tak makan macam mana batuk sayang nak hilang." Yuta ambil tisu dan lap sekitar bibirnya.

"Eomma Junghee tak marah pun Hansung tak makan ubat" Alessia menyilangkan tangan dan menggeleng kepala.

Dia panggil semua makciknya dengan panggilan Eomma kerana dia tiada ibu dari kecil, sedangkan yang lain semua hanya panggil makcik.

Dia juga tak panggil pakciknya dengan gelaran pakcik. Dia panggil sebagai Appa, contohnya Appa Tae, iaitu Taeyong.

"Papa keluar lah rumah macam ni, Alessia tak sayangkan papa langsung" Yuta ambil bagasi tiada barang didalam dan tarik keluar dari bilik untuk menakutkan Alessia.

"Yoon makan!! Papa jangan pergi" Dia terus makan satu sudu ubat batuk. Yuta senyum dan letakkan bagasi di tempat sepatutnya.

"HUWAA" Alessia menguap dan menggosok mata. Dia ambil selimut dan baring semula.

"Tengok, makan ubat mesti tidur punya" Yuta matikan lampu dan baring disebelah.

"Selamat malam papa" Alessia mencium pipi Yuta dan sambung tidur semula.

"Selamat malam juga kesayangan papa" Yuta cium dahinya dan tarik selimut supaya tidak kesejukkan.

"Papa..peluk" Ujarnya dengan perlahan. Yuta peluknya dengan erat dan mencium bau busuk anaknya.

"Wangi anak papa ni" Yuta akhirnya terbongkang dengan airliur mengalir keluar.

Mereka telah lupa tentang kartun yang mahu ditengok. Sekurang-kurangnya mata takdelah jadi rabun.

++++

Ten asyik mundar-mandir di depan bilik bedah kerana risau dan bimbang. Sarasorn yang sedang duduk juga risau dengan keselamatan ibunya didalam sana.

"Pho, mae tak apa-apa kan? " Sarasorn menangis ketakutan dan Ten terus duduk disebelah dan tepuk belakang badannya supaya tidak ketakutan.

"Mae takkan apa-apa. Percayalah cakap pho" Ujar Ten ketika menenangkan anak tirinya. Doktor keluar dari bedah dan menanggalkan topeng muka yang dipakai kemudian menghampiri Ten.

"Doktor, isteri saya macam mana? " Ten pegang bahu doktor itu dengan kuat.

"Syukurlah isteri encik selamat. " Balas doktor itu dan mereka berdua menarik nafas lega.

"Apa jantina anak saya? " Ten pegang bahu doktor sekali lagi.

"Saya tak mahu katakan, encik masuklah dan tengok sendiri" Balas doktor itu lalu tersenyum lebar kepada Ten.

Setelah pakai pakaian khas, Ten memberanikan diri masuk kedalam bilik bedah. Dia menghampiri katil isterinya yang masih lagi dalam menjalani proses menjahit luka bedah.

"Sayang" Ten mengecup dahinya dan pandang Mintty yang dipakaikan wayar oksigen di hidung dan mukanya yang pucat tak ubah seperti mayat.

Tangan Ten menggengam tangan Mintty dengan erat dan tak mahu lepaskan.

"Sakit~" Mintty mengadu kepada Ten kerana kesan bius mula berkurangan. Ten senyum dan mengusap kepalanya dengan perlahan.

"Tahan sikit lagi ya, dah tak lama dah ni" Ten mencium dahi isterinya lagi dan melihat anaknya yang sedang dibersihkan oleh beberapa jururawat.

"Sarasorn kat luar ke? Anak kita mana? Baby kita mana?" Tanya Mintty dengan suara serak dan lemah.

"Ada orang jagakan Sara kat luar tu. Anak kita sedang dimandikan" Balas Ten dan Mintty tutup mata dengan rapat kerana mula rasa sakit.

"Aegi kita.. " Ujar Mintty lagi dan jurururawat datang dengan membawa seorang bayi dan letakkan atas badan Mintty.

Ten pandang muka isteri dan anaknya. Dia mengecup dahi Mintty untuk kali ketiga dan ciumnya dengan lebih lama.

Ten berasa gembira dan terharu melihat bayi sedang menangis dengan perlahan di atas badan Mintty.

"Uwek uwek uwekk! " Bayi itu menangis dengan lebih kuat. Mintty mengalirkan airmata dan pandang Ten.

"Terima kasih sayang" Ujar Ten dan peluk mereka berdua. Doktor dan jururawat terharu melihat mereka bertiga.

"Anak encik dan puan adalah perempuan. " Ujar jururawat disitu. Ten dan Mintty senyum mendengarnya, Sarasorn ada kawan untuk bermain.

Ten mendukung bayinya dan menitiskan airmata lagi.

"Dengan ini pho berikan nama kamu Lee MinHae"

-TBC

SIAPA RINDU AKU-- EIH CERITA NI? AKU PUN RINDU KORANG SEMUA GAK! SORRY KALAU BOSAN

TAG HOHOHOHO SORRY KALAU TAKDE DAN YANG TERTAG TU. MUHUN JANGAN MARAH :3

zetty_farhana_ sha_riana chittuphon Piyaaaanda nnehyejin_ _jisungstan_ -nanutszen pwarkwoojoo Aika_Atikah ItsmeAerin_ mursyidlucasmuyadi Donuttellx Mayuni03 







Continue Reading

You'll Also Like

2.8K 168 22
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
185K 5.3K 16
Kahwin dengan lelaki lurus bendul? Hanya Tuhan saja tahu apa yang aku rasa..
4.1K 165 19
Sofea Qaisara, setelah sahaja dia kembali semula ke air tanahnya, Qaisara ingin meneruskan kehidupannya seperti biasa di Malaysia. Sehingga dia berte...
5.5K 538 44
๐—œ ๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ | ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ . . . Remake From:- ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ {๐— ๐—ถ๐˜€๐—ถ:๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ธ}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...