LAST HUNTER II : VARTRA

By mynameismas

24.1K 2.3K 1.4K

Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang be... More

-01-
-02-
-03-
-04-
-05-
-06-
-07-
-08-
-09-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-41-
-42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-49-
-50-
-51-
-52-
-53-
-54-
-55-
-56-
-57-
-58-
-59-
-60-
-61-
-62-
-63-
-64-
-65-
-66-
-68-
-69-
-70-
-71-
- MERAIKAN PEMBACA-
-BUKAN UPDATE-

-67-

291 27 11
By mynameismas

Eiiden merasakan tanah di bawah tapak kakinya semakin bergegar dengan suhu sejuk yang mulai merambat ke pergelangan kaki sementara batu-batu kecil yang bertaburan di sekelilingnya terangkat perlahan-lahan seperti ditunjang oleh tangan yang tidak kelihatan.

Bayangan hitam pedang lebar itu hanya tinggal beberapa inci dari kepalanya dan spontan Eiiden melintangkan pedang ditangannya ke atas ubun-ubun.Bagaikan dirempuh oleh beberapa orang lelaki bertubuh tegap,kuda-kuda yang dipasang Eiiden masih mampu menunjang berat badannya tetapi ia tidak dapat menahan dirinya daripada terundur ke belakang memaksa Eiiden mengerahkan seluruh tenaganya untuk terus kekal tegak.

Menoleh ke sebelahnya,jelas Eiiden melihat sahabat-sahabatnya yang lain juga sama sepertinya.Pada pelipis Aiiden sendiri sudah timbul urat-urat hijau dan adik kembarnya itu juga menegapkan kakinya dengan menahan rempuhan tenaga pedang sihir Tetua Myn menggunakan Pedang Armos kepunyaan Ara tepat di atas kepalanya.

Manakala Mark di sebelah kirinya mengetap gigi dengan lengan yang menggeletar,cuba mengerah seluruh sisa tenaga dan kekuatan yang dia ada untuk menampan serangan Tetua Myn.

" Sampai bila kalian mampu bertahan?? " Tetua Myn tertawa lagi kali ini dengan nada paling angkuh yang pernah didengari mereka." Apa lagi helah kalian budak-budak hingusan??!!"

Mark menggeram apabila kaki kirinya terasa disayat sesuatu dan kesakitan yang dirasakannya membuatkan dia tersungkur rebah ke belakang dan pedang di tangannya terlepas dari genggaman.Di celah kesakitan yang merambat kakinya,sebilah pedang melayang laju kearahnya namun dia sudah terlalu lemah untuk mengelak.

" Mark !!"

Ryu berteriak ngeri apabila melihat pemuda itu tumbang lagi untuk kali ke dua dan tanpa bertangguh,Ryu menggolekkan dirinya ke arah pemuda Alfa Evas itu sambil melibaskan pedangnya,menangkis tujahan mata pedang sihir Tetua Myn.

Dengan Mark yang terbaring berlumuran darah serta Ryu yang melibas pedangnya bagi menghindarkan dirinya serta Mark daripada menjadi mangsa tujahan pedang sihir Tetua Myn-Ken,Aiiden,Eiiden serta N yang mengerahkan segenap kekuatan untuk menampan kekuatan sihir Tetua Myn dalam bentuk mata pedang  raksasa itu semakin terdorong ke belakang meninggalkan bekas kaki mereka yang terbenam ke dalam tanah hampir beberapa inci.

Rein masih sahaja menggumamkan mantera perlindungan sementara Vixx bersama Ryu bermati-matian menangkis serangan mata pedang Tetua Myn yang lebih kecil tetapi dalam jumlah yang banyak.

Suara Rein yang terbatuk keras membuatkan Vixx menoleh dengan wajah gusar dan pada ketika itulah sebilah pedang menyambar bahu kanannya membuatkan pemuda Bangsa Nymph itu terundur ke belakang dan memekup bahunya.

Dari celah jarinya yang menggeletar,darah segar meleleh tetapi dia sama sekali tidak memperdulikan luka besar yang menganga itu.Dengan mengetap gigi,dia berdiri lagi bertunjangkan mata pedangnya seraya meludahkan darah yang mengalir dari sudut bibirnya ke kiri.

Dalam pandangan yang semakin kabur,Vixx melompat tinggi ke sebelah Rein dan melibas pedang sihir Tetua Myn yang meluncur laju cuba memecahkan benteng yang melindungi Ara ketika itu.

" Vixx.."

Ryu meraih bahunya dengan tangan kiri sementara tangan kanannya menyanggah sebilah pedang yang berdesing laju membelah udara yang gagal menyinggahi Vixx tetapi berhasil menyayat pipi pemuda berbangsa Athos itu.

" Jangan perdulikan aku.." Vixx menggeram dari celah giginya yang dikatup kejap menahan sakit yang merayapi lengannya membuatkan kakinya semakin longlai menunjang berat badannya sendiri.Darah semakin banyak mengalir dari luka pada bahunya."Lindungi Ara !"

Sementara itu,Tetua Myn menyeringai dengan tatapan yang semakin menggelap apabila melihat susuk tubuh pemuda yang  selalu sahaja menjadi penghalang kepada rancangannya itu semakin kepayahan menahan serangan bertali-arus daripadanya tanpa menyedari bahawa kemarahan mereka hanya menyebabkan tenaga Tetua Myn semakin kuat.

Barangkali mereka terlupa bahawa apa sahaja bentuk kejahatan hanya akan menambahkan sumber tenaga kegelapan kepada lelaki itu dan Tetua Myn sempat menyungging senyum sinis apabila merasakan itu adalah helahnya yang paling bijak pernah difikirkannya.

Mendapatkan kekuatan daripada tenagan kejahatan dalam diri seseorang! Tidak banyak yang dilakukannya.Hanya sekadar meniup-niupi kemarahan,rasa dendam dan iri hati yang tersimpan jauh didalam hati manusia,tenaga daripada kejahatan tersebut sudah menjadi satu tenaga tidak terkalahkan.

Aiiden yang semakin kehilangan tenaga mulai merasakan rempuhan pedang  sihir hitam Tetua Myn semakin kuat memaksa mereka terundur ke belakang.Dari jauh sorot mata Tetua Myn semakin menggelap dan dengan senyuman sinisnya,Tetua Myn mengangkat tangannya ke udara.

Serta-merta pedang di tangan masing-masing yang digunakan untuk menyanggah mata pedang gergasi itu terasa ringan sementara suhu sekeliling menjadi semakin sejuk seperti sedang berada di puncak musim dingin.

Tanpa sempat Aiiden menarik nafas bagi menghilangkan mengahnya,satu angin sejuk terasa menampar wajah dengan laju dan Aiiden terkaku melihat mata pedang sihir Tetua Myn melibas seperti sambaran kilat membuatkan pendengaran Aiiden dipenuhi bunyi berdesing dan penglihatannya gelap mendadak !

Aiiden pasrah andai itu adalah penamat yang ditakdirkan untuknya.Wajah Eiiden dan Ara silih berganti didalam penglihatannya dan dalam masa itu jugalah dia dapat merasakan sesuatu yang sejuk dan tajam menoreh tengkuknya.

Tetapi entah mengapa rasa sejuk dan berdesing yang memenuhi pendengarannya itu tiba-tiba hilang dan digantikan dengan rasa hangat yang meruap melalui permukaan tanah di bawah tapak kakinya.

Tubuhnya terasa ditolak kasar dan tercampak ke belakang memaksa Aiiden membuka matanya apabila kedengaran satu suara yang berat menendang gegendang telinganya.

" Kau mahukan aku,Tetua Myn ! Bukan saudara-saudara aku !!"

Mata Aiiden terbelalak lebar.Di hadapannya berdiri satu susuk tubuh berambut putih keperakan dengan rambut yang panjang menjulai mencecah pelipat lutut.

Mendadak kawasan tersebut bertukar hangat walaupun angin bertiup kasar dan tanah di bawah tapak kaki mereka bergegar dengan rekahan yang kecil mulai kelihatan sementara
butir-butir batu yang kecil terangkat sendiri.

Jika rambut panjangnya berkibar ditiup angin sehingga memaksa mereka yang lain menghadang  dengan tangan akan serpihan batu dan habuk daripada memasuki mata ,tubuh kecil itu adalah sebaliknya.

Susuk tubuh tersebut berdiri kukuh tanpa berganjak menahan bilah pedang hitam Tetua Myn dengan tangan kanannya.

Ara !!

Melihat Ara muncul tiba-tiba dari dalam kubah sihir perlindungan Rein dengan diiringi pancaran cahaya putih kebiruan yang menyilaukan pandangan ,masing-masing tergamam.

Jika tenaga aneh Tetua Myn kelihatan hitam berpusar-pusar menebarkan hawa sejuk sebaliknya tenaga yang menyelubungi Ara pula jelas dengan kelihatan putih kebiruan dan terasa hangat .

" Terus-terang Tetua Myn..Aku benar-benar kasihankan kau !!"

Suara Ara kedengaran lagi dan hanya dengan satu libasan tangannya yang calar-balar dan berdarah,mata pedang bersaiz gergasi yang dikendalikan oleh kekuatan sihir hitam Tetua Myn tercampak tinggi membawa bersama tubuh Tetua Myn yang terlempar jauh ke belakang.

" Aku tidak perlukan simpati dari kau,bangsat !!"

Tetua Myn bertempik nyaring dan kembali melayang pantas ke arah Ara yang masih berdiri kukuh menunjang deras pusaran angin yang semakin kencang dan dalam masa yang sama juga bilah pedang raksasa itu menujah seperti kecepatan kilat.

" Aku tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini,Aiid.."

Ara menoleh ke arah Aiiden yang bangkit terbatuk-batuk dipapah oleh Vixx yang juga berdarah di sana-sini. Eiiden menerpa dan menatap Ara dengan pandangan ngeri.Mereka kenal dan tahu sinar mata begitu.

" Ara !!"

"  Aku akan biarkan Tetua Myn menguasai tubuh aku dan ini."

Ara membuka genggaman tangannya dan menghulurkan sesuatu berupa beberapa serpihan kristal berwarna biru  kepada Vixx .

" Serpihan-serpihan memori kebaikan Tetua Myn."

" Ara !!" Vixx benar-benar terjerit.
" Apa yang Ara cuba lakukan??!!"

" Walau apa pun caranya,pastikan serpihan kristal itu dijadikan mata anak panah .."

Ara menapak perlahan-lahan ke arah setiap susuk tubuh saudara-saudaranya dan menatap mereka seorang demi seorang dengan senyuman aneh dan apabila tiba di hadapan Eiiden,Ara menepuk bahunya dengan senyuman lebar.

" Hei,Eiid..Aku bukan lagi benih kacang yang perlu selalu kau teduhi dari hujan dan panas kan?"

Suara Eiiden tenggelam dalam kerongkongnya dan matanya membelalak ngeri apabila melihat Ara kembali menghadap ke arah Tetua Myn yang berlegar-legar dengan bertempik keras apabila serangan pedang-pedang kecilnya tidak berhasil lagi ketika pedang sihirnya berdenting-denting jatuh ket tanah menimpa sesama sendiri.

Sementara itu,segenap sendi mereka seperti kaku dan tidak mampu waima untuk menggerakkan jari sekalipun.Terlalu ngeri memikirkannya kerana mereka tahu ke mana arah fikiran Ara ketika itu.

Kerana Tetua Myn tidak akan dapat diapa-apakan dalam wujudnya ketika itu,Ara akan membiarkan Tetua Myn menguasai tubuhnya dan kemudian....

" Aiid.." Ara menoleh lagi " Pastikan panahan kau tak tersasar.Panahan tepat ke jantung adalah satu-satunya cara menghapuskan Tetua Myn buat selama-lamanya !"

Dan dengan kata-kata begitu,Ara berlari ke hadapan seraya melompat tinggi dan melibas Pedang Armos di tangannya tepat ke arah Tetua Myn.

+              +                +

Continue Reading

You'll Also Like

176K 15.2K 97
Just imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampa...
44.6K 5.9K 40
Melody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu...
58K 7K 90
Dua dunia berbeza. Vampire dan Manusia. Semua tahu manusia dan vampire tidak boleh bergaul kerana perbezaan alami mereka. Namun sesuatu terjadi. Du...
147K 841 4
Kisah seorang suami pendiam dan tidak berani bersuara untuk mempertahankn haknya. Dia hanya mampu melihat kawannya mencabul dan mengerjakan bininya h...