LAST HUNTER II : VARTRA

By mynameismas

24.1K 2.3K 1.4K

Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang be... More

-01-
-02-
-03-
-04-
-05-
-06-
-07-
-08-
-09-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-41-
-42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-49-
-50-
-51-
-52-
-53-
-54-
-55-
-56-
-57-
-58-
-59-
-60-
-61-
-62-
-63-
-64-
-65-
-67-
-68-
-69-
-70-
-71-
- MERAIKAN PEMBACA-
-BUKAN UPDATE-

-66-

284 31 24
By mynameismas

Dengan mata yang semakin merah kerana terlalu marah,Tetua Myn menyerbu seperti hilang akal ke arah Ara yang masih duduk bersila namun tubuhnya seperti membentur sesuatu yang keras menyebabkan dia semakin berteriak keras dan aura hitam yang mengelilinginya bertambah besar.

Melihat susuk tubuh Vixx dan Rein yang duduk bersila saling bertemu belakang dan serentak menggumamkan satu mantera,Tetua Myn menyedari bahawa kedua adik-beradik itu sedang melindungi Ara dengan perisai sihir kuno Bangsa Nymph.

Angin bertiup semakin kasar dan menerbangkan daun-daun kering sementara kawasan tersebut semakin terang apabila bulan purnama mulai timbul dan bersinar terang di  kaki langit sebelah Timur.

Jika angin sedang bertiup kasar,tanah pula terasa seperti bergegar dan pohon-pohon yang berderet memagari kawasan tersebut meliang-liuk seperti lalang ditiup angin.Berderak-derak akibat berbentur sesama sendiri.

Vixx dan Rein mengerahkan seluruh kekuatan sihir yang dimiliki mereka untuk meneguhkan benteng pelindung yang melindungi Ara dan lima lagi susuk tubuh sahabat mereka yang masih berada dalam belenggu sihir Tetua Myn itu.

Dalam masa yang sama,N tanpa bertangguh menggumamkan mantera sihir Bangsa Myrth yang di ketahuinya untuk 'memanggil' semula jiwa Eiiden,Aiiden,Mark,Ken dan Ryu yang sedang dikuasai sihir Tetua Myn dan seterusnya membawa mereka kembali bagi sama-sama saling membahu untuk menumpaskan Tetua Myn buat selama-lamanya.

N menyedari dia perlu pantas dalam keadaan lelaki itu masih leka serta berlegar-legar marah ,cuba menembusi benteng sihir Vixx dan Rein.

Ini adalah tidak lain tidak bukan kerana sasaran utama Tetua Myn bukan lah salah seorang daripada mereka melainkan Ara !

Walau dengan apa cara sekalipun,Tetua Myn akan menyerap segala sari kekuatan  dan ilmu yang dimiliki Ara melalui pertalian darahnya dengan Tetua Thierasias dan niat tersebut tidak pernah berubah sejak dari dulu lagi.

Vixx terbatuk tiba-tiba dan dari sudut bibirnya dia mulai merasakan ada cairan hamis yang hangat mengalir perlahan.Bukan sahaja dari sudut bibirnya malahan dari hidungnya juga sudah meleleh darah yang pekat tetapi tidak berganjak sedikitpun malah semakin menegapkan silanya sambil merasakan ada hawa panas yang melingkari mereka bertiga.

Vixx tahu.Jika dia sudah mulai terbatuk-batuk begitu,adiknya Rein apatah lagi.Sungguh tenaga yang diperlukan untuk menegapkan  benteng sihir bukan tenaga yang sedikit dalam keadaan Tetua Myn cuba menggempur benteng perlindungan itu habis-habisan.

Dengan menggunakan segenap kekuatan hitam dari tenaga kejahatan yang berjaya diserapnya,serangan balas Tetua Myn berupa bilah-bilah pedang yang berterbangan cuba memecahkan kubah sihir perlindungan tersebut bukan satu kekuatan yang boleh dipandang enteng.

Sementara itu,Rein yang menyalurkan segenap tenaga dan kekuatannya bagi meneguhkan benteng sihir tersebut mulai merasakan tanah pada tempat di mana dia duduk bersila semakin bergegar bagaikan dilanda gempa bumi.

Hawa yang menyelimuti mereka perlahan-lahan menjadi dingin silih berganti dengan rasa hangat menandakan pertembungan tenaga dan kekuatan sihir diantara mereka dengan Tetua Myn saling bertembung sesama sendiri.

Rein juga tidak mengendahkan lelehan hamis darah pada hidung dan sudut bibirnya.Tetua Myn perlu ditewaskan walau apa sahaja risikonya !

Vixx tercungap-cungap menarik nafasnya namun sudut bibirnya membingkai senyuman apabila kelibat bayangan Eiiden memintas pandangannya dan kelihatan pemuda Alfa Lycan berdarah bangsawan itu berdiri memasang kuda-kuda dengan menggengam kejap hulu pedang di tangannya.

Melompat tinggi dan melibas bilah-bilah pedang yang bermunculan entah dari mana menghentam kubah sihir yang melindungi susuk tubuh Ara berkali-kali.Walaupun wajah Eiiden sedikit pucat dan calar-balar tetap sahaja pemuda itu masih tegak dan menggenggam hulu pedangnya dengan kemas dan bersiap-siaga.

Tetapi,tumpuan Vixx dan Rein sedikit terganggu apabila melihat belasan bilah pedang yang tajam berkilat itu mulai beralih arah dan sebilangan daripadanya menyasarkan Eiiden memaksa pemuda itu berkali-kali menggolekkan diri bagi mengelakkan tubuhnya di tujah mata pedang tersebut.

Dari ekor matanya,Vixx dapat melihat lengan kiri Eiiden sudah berdarah akibat disayat mata pedang sihir Tetua Myn dan darahnya mulai meleleh ke hujung jari.

Pada saat dan ketika Tetua Myn leka menggerak-gerakkan tangannya bagi mengarahkan pedang-pedang sihirnya agar menyerang Eiiden secara serentak,Vixx sepantas kilat menggolekkan tubuhnya dan bingkas bangun membentengi tubuh Eiiden daripada menjadi mangsa tusukan mata pedang tajam nan berkilat itu.

Bilah-bilah pedang yang menyerang Eiiden dari arah belakang tersebut terpelanting bertaburan ke atas tanah dan ia membuatkan Tetua Myn berteriak histeria.Wajah Vixx ditatapnya nanar seperti akan menelan pemuda itu sekaligus.

" Vixx tak apa-apa?"

Eiiden bertanya dalam nada yang sangat gusar apabila indera baunya menangkap bau darah segar pemuda berbangsa Nymph itu.

Selain daripada dia dapat menghidu bau darah segar Vixx,dia juga dapat merasakan pemuda itu tercungap-cungap menarik nafas kelelahan kerana  belakang mereka saling bertemu antara satu sama lain.

Saling bersiaga mengawasi serangan mata pedang sihir Tetua Myn yang semakin bernafsu untuk menumpaskan mereka.

" Aku tak apa-apa.." Sahut Vixx cuba mengatur kembali nafasnya yang menyendat di pangkal dada " Eiid?"

" Aku juga tak apa-apa.Ara?"

" Rein akan melindungi dia.Kita perlu terus menganggu tumpuan Tetua Myn bagi membolehkan N mengeluarkan yang lain-lain daripada belenggu sihir Tetua Myn sementara Ara menyelesaikan apa yang dirancangnya!"

" Apa yang berlaku?"

" Aku dapat merasakan Ara menggunakan sihir yang sama seperti sihir Tetua Myn.Jika Tetua Myn memasuki fikiran mangsanya untuk mencari kejahatan tersembunyi dan menyerapnya untuk dijadikan sumber kekuatan,Ara sebaliknya memasuki fikiran dan ingatan Tetua Myn untuk mencari sisa-sisa kebaikan yang pernah ada dalam diri Tetua Myn.Aku percaya hanya itu yang mampu menewaskan Tetua Myn sekarang ini.Kita perlu percayakan Ara !"

" Baik.." Sinar mata Eiiden berubah " Kita akan lakukannya.."

Serentak dengan itu juga, Vixx dan Eiiden menjarakkan diri di antara mereka .Eiiden melompat tinggi manakala Vixx menggolekkan tubuhnya ke kanan dan bangkit lagi dengan pantas kali ini hulu Pedang Orrez sudah kejap dalam genggamannya dan hulu yang mencuar daripada hulu pedang tersebut bukan lagi daripada besi biasa yang berkilat melainkan sebilah pedang daripada besi yang merah menyala  seperti bara api.

Mata kemerahan Tetua Myn saling silih berganti menatap di antara Rein yang masih tegap bersila walaupun wajahnya semakin pucat dan ada butir peluh yang membasahi dahi sementara pada sudut bibir dan hidungnya sudah lecun dengan darah yang meleleh perlahan.

Sementara itu,N yang juga masih seperti tadi berada dalam keadaan bersila rapat memejamkan mata dan Tetua Myn tahu pemuda dari Bangsa Myrth itu sedang cuba merungkaikan sihir yang dikenakannya kepada Aiiden,Mark,Ken dan Ryu ketika itu.

Rasa jengkel dan marah yang di rasakannya seperti akan membuatkan kepalanya meletup.Kenapa setiap kali apabila dia sudah terlalu hampir untuk menjayakan rancangannya,Ara akan selalu muncul menjadi aral ?

Dan paling menyakitkan hati adalah  berurusan dengan Ara bermakna dia juga perlu berurusan dengan lapan saudaranya yang lain.Apa sebenarnya kelebihan Ara jika dibandingkan dengannya?

Sama seperti halnya dengan Darius.Anak muda berjiwa rapuh yang ditemuinya secara tidak sengaja pada suatu hari dan serta-merta dia tahu Darius adalah seseorang yang paling sesuai dalam menjayakan rancangannya bukan sahaja kerana jiwanya yang terlalu lemah dan dipenuhi dendam bahkan dia juga memiliki kekuasaan sebagai anak bongsu kepada sebuah keluarga yang menduduki posisi teratas dalam hierarki Bangsa Athos di alam manusia.

Dengan Darius dia tidak perlu melakukan apa-apa.Hanya membisikkan hasutan dan pemuda itu melakukan segalanya sendiri dan merancangkan semuanya dengan penuh teliti yang ada ketikanya membuatkan Tetua Myn sedikit kagum.

Walaupun wujud satu watak yang menamakan dirinya sebagai Hunter dalam diri Darius sendiri sebagai tindak balas di luar batas kesedarannya di atas kekejaman yang dilakukannya selama ini-yang mana Hunter adalah kebalikan 180 darjah kepada sifat Darius yang sebenar-masih tidak terlalu sukar untuknya mengendalikan dan mempergunakan tubuh Darius bagi menjamin kejayaan rancangan jahatnya.

Malahan tidak pernah terlintas dalam fikiran Tetua Myn untuk bertindak jauh seperti Darius yang berjaya mengelabui pandangan orang lain dengan keberkesanan lakonannya sebagai mangsa dalam sebuah konspirasi yang sebenarnya dirancangnya sendiri dan melaksanakan rancangannya melalui orang lain.

Kerana Darius tahu mereka pasti akan menyelamatkannya,dia sanggup mengambil risiko atas nyawa dan keselamatannya sendiri demi kesumat dendamnya kepada seluruh Bangsa Athos yang menyebabkan dia membesar dalam keadaan bersendirian,dihina dan dimomokkan sebagai darah campur malah kewujudannya tidak pernah dianggap oleh hampir kesemua keluarga besar Bangsa Athos.

Hanya sahaja ketika watak Hunter menguasai tubuh Darius,dia memang tidak dapat melakukan apa-apa kerana Hunter sendiri adalah manifestasi kebaikan yang jauh tersembunyi di sebalik watak Darius yang kejam,licik dan manipulatif.

Maka untuk menguasai tubuh Darius sepenuhnya, Hunter perlu dihapuskan dari dalam diri Darius.Sekali lagi dia tidak melakukan apa-apa melainkan mengambil peluang diatas kerapuhan dan kecelaruan jiwa pemuda itu.

Sehingga kini rancangannya berjalan dengan lancar andai saja Ara tidak muncul dan berjaya menghidu muslihatnya menggunakan Darius !

Tetua Myn tersentak lagi apabila merasakan ada satu kelibat terbayang di dalam penglihatannya dan kemarahannya semakin membuak melihat satu persatu pemuda yang sempat dibelenggunya dalam pukauan sihir kejahatan itu melangkah perlahan dengan wajah yang pucat dan berdarah di sana-sini tetapi sinar mata mereka aneh sekali memancarkan keazaman yang menakutkan seolah-olah mereka sudah siap mempertaruhkan nyawa masing-masing tanpa ada rasa sedikit pun penyesalan.

Eiiden yang menatapnya dengan pandangan aneh,Vixx yang pucat lesi dengan sudut bibir mengalirkan darah,Aiiden yang lebam-lebam,Mark dengan wajah tegangnya sementara Ken dan Ryu memapah N yang kelihatan pucat dengan bibir seperti kertas serta peluh yang meleleh di pelipisnya.

Ketujuh-tujuhnya berdiri saling bahu -membahu seperti membentuk perisai bagi melindungi Rein yang masih duduk bersila memejamkan matanya dan menggumamkan mantera sihir Bangsa Nymph.

" Berapa kali aku kata yang kalian bukan tandingan aku??!!"

Tetua Myn menatap satu demi satu wajah tujuh pemuda yang ada dihadapannya dengan pandangan meremehkan dan hanya dengan satu libasan tangan beratus-ratus bilah pedang muncul dan terapung di udara.Bergetar-getar seakan tidak sabar dan hanya menunggu isyarat untuk menghabisi musuh di hadapannya.

" Matilah kalian tak guna !!!!"

Suara tempikan menggegar Tetua Myn serentak diikuti dengan ratusan bilah pedang yang digerakkan oleh kuasa sihir itu berterbangan laju berdesing membelah udara menuju ke sasaran.

" Lindungi Rein dan Ara,Vixx !"

Suara Eiiden kedengaran dan serentak dengan itu juga dia menoleh ke arah Mark juga Aiiden yang berada di sebelahnya.Disertai anggukan kecil,tubuh Mark melompat ke kiri sementara Aiiden bergolek lalu menyambar Pedang Armos kepunyaan Ara yang tergeletak di atas tanah.

Menyisakan Vixx dan N yang berdiri goyah akibat menggunakan seluruh tenaga bagi menegapkan benteng sihir yang melindungi Rein juga Ara-lima susuk tubuh yang sudah lebam dan berdarah di mana-mana itu berpecah menjarakkan diri masing-masing bagi membolehkan mereka mengelakkan serangan pedang yang bertali-arus begitu.

Nekad niat mereka menyebabkan Tetua Myn semakin tertawa kasar dan dicelah-celah tawa penuh kejahatannya dia menyeringai.Pemuda-pemuda di hadapannya itu terlalu mudah dibaca fikiran mereka.Sanggup mengorbankan diri sendiri demi menyelamatkan mereka yang lain.Kebodohan apakah??

Kalau itu yang kalian mahukan,aku akan tunaikan dengan senang hati !

Tetua Myn tertawa lagi melihat ketujuh-tujuh pemuda di hadapannya itu seakan terpaku ke permukaan tanah apabila melihat satu bayang-bayang hitam yang besar menaik ke udara lalu berpusar dengan laju mengakibatkan angin bertiup semakin kencang manakala tanah dibawah tapak kaki mereka terasa panas dan perlahan-lahan merekah.

Bayang-bayang hitam tersebut perlahan-lahan bercantum dan membentuk satu imej yang besar.Hitam kemerahan.Tinggi dan membiaskan aura kejahatan yang meremangkan.

Sebilah pedang !

" Aku mahu tahu sejauh mana kalian mampu menahan pedang aku
kali ini !"

Begitu desis Tetua Myn lantas mengibaskan tangannya dan ketika itu jugalah bilah mata pedang hitam kemerahan yang terapung di udara tersebut melibas laju dalam sekelip mata ke arah lapan orang pemuda yang masing-masing terundur kaget dengan kemunculan pedang raksasa begitu.

" Matilah !!!!!"

+             +              +

Continue Reading

You'll Also Like

853K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...
177K 15.2K 97
Just imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampa...
68.2K 8.3K 67
Suhu badan dibawah 27 darjah. Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah. Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang ob...