LAST HUNTER II : VARTRA

By mynameismas

24.1K 2.3K 1.4K

Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang be... More

-01-
-02-
-03-
-04-
-05-
-06-
-07-
-08-
-09-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-41-
-42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-49-
-50-
-51-
-52-
-53-
-54-
-55-
-56-
-57-
-58-
-59-
-60-
-61-
-62-
-63-
-64-
-66-
-67-
-68-
-69-
-70-
-71-
- MERAIKAN PEMBACA-
-BUKAN UPDATE-

-65-

268 32 12
By mynameismas

Ara kembali membuka matanya apabila sayup-sayup dia mendengar ada suara kuda yang meringkik di selang-seli dengan bunyi riuh-rendah kanak-kanak sedang bermain malahan ada pula suara tertawa.

Dengan siaga,Ara bingkas bangun dan serta-merta pandangannya menyeluruhi kawasan tersebut.Dua pohon berakar timbul diantara batu-batu berlumut dengan ranting yang saling bertaut antara satu sama lain bagaikan membentuk gerbang diantara perkampungan tersebut dengan dunia luar.

Ada pula sungai yang mengalir tenang membelah lembah hijau yang subur dengan rumah-rumah kediaman yang aneh bentuknya seperti bukit kecil tetapi memiliki pintu dan tingkap berbingkai daripada jalinan kemas ranting-ranting halus.

Pasu-pasu bunga berderet memagari halaman malahan cerobong asap dari tiap rumah tersebut mengepulkan asap yang membawa aroma masakan.

Melihatnya,Ara menyedari ia adalah Perkampungan Nymph beberapa puluh tahun yang silam kerana rumah-rumah yang ada di situ masih belum banyak seperti kali terakhir Ara melihatnya dulu.

Ara pantas menghindar apabila ada beberapa orang kanak-kanak dalam usia lingkungan tidak melebihi sepuluh tahun saling berkejaran seperti sedang merebutkan sesuatu tetapi sepertinya kehadiran Ara di situ tidak dilihat dan dirasakan oleh mereka malahan sebatang kayu dengan panjang hampir sejengkal yang melayang entah dari mana itu menembusi tubuh Ara begitu sahaja.

" Mynhy.."

Satu suara dari belakang Ara membuatkan dia menoleh.Seorang kanak-kanak dalam usia sepuluh tahun dengan rambut putih yang masih pendek dengan potongan kemas pantas berdiri menyapu debu yang melekat pada pakaiannya.

Mynhy.Ara merasakan bagai ada satu loceng tembaga yang diketuk berhampiran cuping telinganya demi mendengarkan nama tersebut.Sah.Seratus peratus Ara yakin bahawa kanak-kanak yang berada di hadapannya itu adalah versi kecil Tetua Myn.

Tidak sukar menebak mengapa dia dihantar ke dalam ingatan  dan memori zaman kanak-kanak Tetua Myn .Jelas sekali kerana zaman kanak-kanak adalah waktu di mana sesiapa pun masih memiliki kebaikan dalam hati masing-masing.Masa kecil adalah masa dimana seseorang masih terlalu polos dan bersih tanpa terlalu banyak memikirkan kejahatan dan keburukan.

" Termasuk kali ini sudah berapa kali Mynhy buka pintu bangsal kuda?"

Wanita berambut putih keperakan yang disanggul dan ada anak-anak rambut yang menjulai pada sisi telinganya.

" Umma.." kanak-kanak tersebut tunduk mengisar kakinya ke permukaan tanah  dengan riak wajah yang gelisah bagaikan tahu natijah yang akan menimpanya sebentar lagi " Erdo dan Elfry ..."

" Erdo ? Elfry?"

" Kuda Abba.." Jawabnya masih tunduk dan jelas pada penglihatan Ara wanita tersebut menarik nafasnya sambil menatap Mynhy tajam " Erdo dan Elfry minta saya lepaskan mereka.."

" Mynhy.."

Wanita itu menghampiri anak kecil itu lalu berlutut menyebabkan wajahnya berada separas dengan
wajah anak tersebut

" Kuda-kuda tu semuanya binatang yang kita bela untuk membantu kita bekerja.Berapa kali Umma katakan pada Mynhy?"

" Memanglah.Tapi,Umma..Mynhy kasihan pada Erdo dan Elfry.Kenapa tidak lepaskan saja dan biarkan Erdo juga Elfry hidup bebas?"

" Ada Mynhy nampak Abba menzalimi Erdo dan Elfry?"

Pertanyaan sang ibu dibalas dengan gelengan kepala dari anak kecil itu tetapi jelas bagaimana bibirnya mulai bergerak dan hidungnya memerah.

" Kita melayani Erdo dan Elfry seperti keluarga sendiri,Mynhy.Umma tahu Mynhy sayangkan Erdo dan Elfry tapi  Mynhy lupa apa yang menimpa Odea dulu? Mynhy lepaskan Odea tapi apa yang jadi?"

" Odea ditelan oleh ular.."

Tanpa sedar air mata anak itu mulai meleleh menuruni cerun pipinya dan pantas sang ibu mendakap tubuh kecil tersebut rapat ke dadanya.

" Setiap mahkluk yang diciptakan mempunyai tujuan dan fungsi masing-masing Mynhy.Seperti mana kita diciptakan untuk memakmurkan dunia,begitu juga dengan Erdo dan Elfry.Umma tahu niat Mynhy baik tapi Mynhy kena fikir jauh ke hadapan.Dengan melepaskan kuda-kuda peliharaan Abba,apa Mynhy dapat menjamin yang Erdo dan Elfry akan selamat dan tidak ditangkap oleh keluarga lain nanti?"

Kata-kata sang ibu terhenti mendadak oleh suara tangisan yang pecah dan anak kecil itu membenamkan seluruh wajahnya seraya menangis teresak-esak.

Ara yang memerhatikan keadaan tersebut dengan senyap dan mencerunkan penglihatannya semakin terpinga-pinga apabila telinganya mendengar bunyi menderu yang kuat dengan diselang-seli dengan bunyi berdesing dan serta-merta imej wanita berambut putih bersanggul  yang sedang mendakap anak kecilnya itu berubah menjadi seperti kepulan asap dan akhirnya meliang-liuk menuju kepada Ara yang tergamam.

Dengan bunyi berdesing yang kuat pada indera pendengaran Ara,gadis itu terpaksa menutup mata dengan menghadang kedua-dua tangannya ke hadapan mata.

Sekali lagi tubuh Ara seperti tersedut ke dalam satu pusaran angin yang kuat dan selepas beberapa detik,kaki Ara terasa berpijak lagi ke atas permukaan tanah yang kali ini tidak lagi di litupi daun kering sebaliknya kaki Ara terbenam ke dalam salji setinggi lutut.

Mendadak angin sejuk terasa mengigit kulit dan seluruh penglihatan Ara dipenuhi warna salji di mana-mana sejauh mata memandang dan yang kelihatan hanyalah tumbuh-tumbuhan hijau yang merunduk layu di litupi salji.Kaku dan senyap menadah taburan butir salji dari langit yang berguguran menimpa kepala.

Ara kaget sekali apabila ada satu susuk tubuh dalam balutan mantel labuh daripada bulu tebal berjalan meranduk salji tebal dan menembusinya begitu sahaja.

Melihat susuk tubuh tersebut,Ara tahu begitu-begitu sahaja bahawa anak remaja di hadapannya yang sedang bersusah payah memikul beberapa batang ranting kecil itu adalah Tetua Myn tetapi dalam versi umur belasan tahun.

Dengan senyap,Ara mengekori sahaja susuk tubuh remaja tersebut yang akhirnya membawa Ara ke dalam sebuah gua kecil di kaki gunung berbatu.Sama seperti tadi,kehadiran Ara juga tidak disedari oleh anak remaja tersebut.

Anak itu menanggalkan mantelnya dan menyelimutkan pakaian tebalnya ke tubuh seseorang yang bila diamat-amati adalah seorang lelaki  separuh usia yang berambut putih seperti dipenuhi uban dengan wajah yang lebam membiru di mana-mana.

Tanpa bersuara apa-apa,anak remaja itu mematahkan ranting kayu yang di bawanya dan pantas menyalakan api hanya dengan menggumamkan mantera aneh yang sangat diyakini Ara mantera sihir dalam Bahasa Nymphoria.

Dari dalam bungkusan yang dijinjingnya pada tangan kiri,anak tersebut menngeluarkan beberapa ketul roti dan hirisan daging salai.Tubuh tua lelaki tersebut dipapah perlahan menghampiri unggun api dan kemudian disuakan dengan potongan roti serta kepingan daging salai.

" Makanlah,pakcik.Saya akan datang
lagi esok .."

Kata-kata anak itu benar-benar membuatkan lelaki  tersebut tunduk hormat dan kedengaran suara esakan kecil pada suaranya.

" Saya tidak layak menerima kebaikan hati Tuan Mynhy.Setelah puak kami cuba menyerang perkampungan Nymph,Tuan Mynhy masih juga menyelamatkan saya dan sanggup meredah salji menghantarkan makanan kepada saya."

" Kejahatan tidak akan berakhir apabila dibalas dengan kejahatan,pakcik.Ia hanya akan membawa kita jatuh semakin dalam dalam kebencian.Pakcik memang bersalah kerana menyerang perkampungan kami tapi saya tak akan menjadi seperti pakcik.Apa beza saya dengan pakcik jika saya membalas kejahatan pakcik dengan kejahatan?"

Suara anak tersebut menyebabkan Ara terpegun.Kagum dan rasa hormat terbit tanpa sedar.

Apa sebenarnya yang sudah berlaku kepada anak itu sehingga apabila dewasa dia berubah menjadi satu susuk licik yang dipenuhi kejahatan malah menebarkan kerosakan dimana-mana?

Telah dikemanakan Mynhy ,anak remaja yang sanggup meredah salji demi menghantarkan makanan dan ubat-ubatan kepada seorang musuh yang terang-terangan menyerang permukiman mereka?

Seberapa besar kejahatan yang mampu mengubah anak baik hati itu dengan begitu dahsyat sehingga dia berpaling seratus lapan puluh darjah daripada keperibadian asalnya?

+               +             +

Tetua Myn bertempik kasar dan memaki dengan perkataan kesat apabila percubaannya untuk 'memasuki'  fikiran N,Vixx dan Rein gagal dan serta-merta ketiga-tiga susuk tubuh itu terjelepok ke atas permukaan tanah yang kasar.

Mungkin dalam pandangan mata kasar,tidak ada apa yang berlaku kepada mereka berlapan tetapi sebenarnya ia jauh lebih daripada itu.Niatnya untuk memasuki fikiran ketiga-tiga pemuda tersebut terhalang apabila sihirnya tidak dapat menembusi pertahanan N-Vixx dan Rein.

Silapnya kerana memandang rendah kepada ketiga-tiga susuk tubuh penyihir dari Bangsa Myrth dan Nymph tersebut.Walaupun mereka masih terbilang cukup muda,tetapi kebolehan mereka memang mengejutkan.Satu keadaan yang sukar difahami oleh mereka yang tidak mempunyai kemampuan sihir .

N sendiri yang memasang benteng sihir aneh Bangsa Myrth itu sangat sukar ditembusi.Di dalam dunia maya fikiran N,kemana-mana sahaja Tetua Myn hendak menyusup masuk kelihatan tembok-tembok batu yang tinggi dan ratusan susuk berpakaian putih berkibar menghujaninya dengan anak panah berapi.

Ia menyebabkan Tetua Myn terpaksa menyurutkan niatnya hendak menyusup masuk ke dalam fikiran pemuda tersebut bagi mencari walaupun sedikit sahaja kejahatan di dalamnya dan akan dimanipulasikan agar kejahatan tersebut menjadi kuat berkali-kali ganda.

Menguasai titik kegelapan dan kejahatan dalam diri N bermakna dia akan boleh menguasai fikiran pemuda tersebut dan menjadikannya boneka sama seperti yang dilakukannya kepada Darius.

Rein dan Vixx juga sama.Seperti N kedua-dua adik-beradik daripada Bangsa Nymph itu juga semakin lama semakin sukar ditandingi.Kemana sahaja Tetua Myn cuba menyusup masuk kedalam fikiran mereka,akan ada batang tubuh Rein ataupun Vixx yang menghunus pedang masing-masing dengan mata pedang yang berbeza kekuatannya.

Ada susuk tubuh Vixx dengan Pedang Orrez nya dengan mata pedang daripada unsur api ataupun dengan unsur besi yang sukar ditewaskan.Ataupun ada pula susuk tubuh Rein dalam wujud susuk pemuda tinggi lampai berpakaian khas Bangsa Nymph yang berdiri seperti gerbang yang bersiap melibasnya tanpa teragak-agak dengan Pedang Oricon kepunyaannya.

Dan yang aneh daripada sekian banyak hal tidak difahaminya adalah bagaimana setiap kali dia mengitari tubuh lima pemuda lain itu dadanya seperti terasa dijerut dengan tali.

Tetua Myn sedar dia sebenarnya berada dalam keadaan paling rapuh apabila terpaksa membahagi-bahagikan jiwanya bagi menyusupi fikiran lapan susuk tubuh di hadapannya itu untuk meniupkan kejahatan tersembunyi yang jauh didalam hati mereka tetapi setakat ini ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Jika N ,Vixx dan Rein memang di ketahuinya membina benteng sihir tidak kelihatan untuk menghalangnya daripada menyusupi fikiran mereka ,namun ia bukan masalah apabila dia merasakan tidak ada tentangan langsung daripada si kembar Alfa Lycan,Alfa dari Suku Evas serta dua pemuda berbangsa Athos itu.

Namun setiap kali dia mencuba untuk memasuki fikiran pemuda-pemuda tersebut dengan segala kekuatan daripada tenaga kejahatan yang berjaya diserapnya sebelum ini,tiba-tiba sahaja pandangan matanya berpinar dan dadanya seperti ditembusi sesuatu yang tajam yang sesekali menyebabkan tubuhnya menggigil.

Sungguh.Tidak pernah dia merasakan hal begitu melainkan......

Tetua Myn mengetap gigi apabila mendadak dia teringatkan seseorang dan dengan mata yang semakin memerah,lehernya tertoleh pantas.

" Bangsat !!"

Suara Tetua Myn menggelegar dan sepantas kilat tubuhnya melayang ke arah Ara yang sedang duduk bersila sambil menggumamkan sesuatu dari dua ulas bibirnya yang pecah dan berdarah.

Mata Tetua Myn terbeliak ngeri.Bagaimana mungkin gadis itu mampu melakukan hal yang sama kepadanya seperti apa yang dilakukannya kepada tujuh susuk tubuh pemuda yang pernah menjadi anak didiknya lama dulu?

Sekelibat bayangan aneh mulai bergentayangan di tubir matanya dan ia semakin membuatkan Tetua Myn ketakutan. Dari mana dia.....

"Sihir Hesperia?"

+                 +                 +

Continue Reading

You'll Also Like

120K 521 4
🐬PAID VERSION. DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 Semuanya bermula sewaktu beberapa tahun yang lepas. Sewaktu dia berusia 8 tahun. Zaman gelap dia yang berime...
DOUBLE DATE? By nur irwarda

Historical Fiction

538 121 28
a woman who has two boyfriend S1 female hunter.more about her? read yourself>•< update setiap Random muah 💋
3.8K 397 15
[COMPLETED] Achievement~ 🌹2nd of The Uranus Mystery Horror-𝓡𝓮𝓪𝓵𝓰𝓪𝓵𝓪𝔁𝔂𝓪𝔀𝓪𝓻𝓭🌹 Kerana jiwa yang sangat ingin tahu, Emma Anderson (17 t...
44.6K 5.9K 40
Melody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu...