Mr. Doktor I love you

By thenurulaisyah

1M 31.6K 540

Irdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
AUTHOR NOTE
MDILY RAYA
AUTHOR NOTE 2.0
AUTHOR NOTES 3.0

Bab 21

16.6K 533 10
By thenurulaisyah

Sudah genap sebulan Nazran dan Irdina mendirikan rumah tangga. Sudah sebulan juga mereka tinggal di banglo itu. Sekarang ini, layanan mereka hanya sekadar kawan walaupun mereka suami isteri. Tiada perubahan.

Hari ini, mereka berada di rumah agam Dato' Azhar dan Datin Najihah. Pada hari ini, mereka ingin membuat satu majlis untuk meraikan ulangtahun pekahwinan yang ke-30 tahun. Majlis ini diadakan di kediaman rumah agam mereka. Sungguh mereka setia dengan pasangannya.

Masih ada sehari lagi persiapan untuk majlis itu.Segala persiapan seperti khemah kanopi, catering, dekorasi dan sebagainya telah pun dirancang dan hanya mahu dilaksanakan sahaja.

Begitu juga dengan Irdina yang sibuk mengemas rumah kerana kehadiran orang tuanya. Cadangan mereka ialah bermalam di di hotel untuk pergi ke majlis itu tetapi ditegah oleh Irdina. Katanya bermalam sahaja di rumah mereka. Namun orang tua Irdina bersetuju dengan cadangan Irdina.

Dimulai dengan ruang tamu, dapur dan bilik tetamu dikemas oleh Irdina dengan bersungguh-sungguh. Sedang Irdina berkemas, Nazran jadi pemerhati. semakin rimas pula Nazran melihat Irdina bersungguh-sungguh mengemas.

"Kau ni, tak penat ke? Daripada tadi aku tengok kau tak boleh duduk diam. Ibu dan ayah sahaja yang datang. Bukan orang lain pun." Nazran bersuara.

"Sebab ibu datanglah saya kena kemas. Kalau tak, memang awak kena tadah telinga dan dengar bebelan dia dari dia tinggal sini sampai dia balik." Balas Irdina.

"Takkanlah sampai macam tu sekali."

"Yup, dia memang suka membebel. Sampaikan sakit telinga saya mendengarnya."

"Masa dia membebel, ada kau menjawab?"

"Kadang-kadanglah. Kalau saya geram sangat."

"Patutlah pandai menjawab."

"Haaa?"

"Tak ada apa-apa."

"Eleh, kutuk sayalah tu. Ingat saya tak dengar." Jawab Irdina. Dia kembali melakukan tugasnya yang tergendala disebabkan layan Nazran.

~~~
Ting tong!

Bunyi loceng bergema di dalam banglo itu sebanyak dua kali menandakan ada tetamu. Irdina segera menyarung kardigan dan tudung untuk melihat tetamunya.

Dia membuka pintu. Ya, Puan Iffah dan Encik Adam berada di hadapannya. Irdina terus memeluk ibunya sehinggakan Puan Iffah tidak boleh bernafas.

"Eh dahlah tu. Sesak nafas dah ni." Tercungap-cungap Puan Iffah berkata sambil menepuk-nepuk belakang Irdina tanda untuk berhenti.

Irdina meleraikan pelukannya. Dia tersengih. Macam kerang busuk pun ada.

"Ibu, ayah jemputlah masuk." Pelawa Irdina. Mereka menuju ke ruang tamu di banglo itu.

"Mana Nazran?" Soal Encik Adam.

"Dia ada dekat bilik. Kejap eh, Dina panggil." Irdina meminta diri untuk menuju ke biliknya.

Pintu dikuak. Kelihatan Nazran baru sahaja keluar dari bilik air. Nazran mengangkat keningnya.

"Ibu dan ayah dah sampai. Dia orang dekat bawah."

Mereka keluar dari bilik itu. Irdina menurun tangga. Tidak sampai kakinya memijak lantai, Nazran menarik tangannya. Nasib baik tak jatuh.

"Sekejap." Nazran memperkemaskan pegangan tangannya dan Irdina.

"So depan ibu ayah, panggil a-bang, okay sayang." Kata Nazran.

Irdina sudah membuat mahu nak muntah. Bukan disebabkan panggilan abang tetapi panggilan sayang. Geli bulu telinga mendengarnya!

Langkah demi langkah diatur untuk menurun tangga. Senyum bahagia dilemparkan ke arah orang tua Irdina. Nazran menyalami ibu bapa mertuanya.

"Sihat?" Soal Nazran.

"Sihat, alhamdullilah." Kata Encik Adam.

"Dina dengan Naz macam mana? Okey?"
Soal Encik Adam. Nazran dan Irdina saling berpandangan. Tangan yang dipegang daripada tadi digenggam kuat sedikit oleh Irdina tanda Nazran perlu menjawab.

"Okey macam mana tu ayah?"

"Okey ke tak korang berdua lepas kahwin?"

"Ouh. Kita orang okey. Okey sangat. Kami bahagia." Jawab Nazran.

"Kita orang pun dah saling mengenali dah." Tutur Irdina. Dia mengeluh tanda selesai menjawab soalan itu.

"Irdina dah ada isi ke belum?" Soal Puan Iffah pula.

Irdina menbulatkan matanya. Terkejut kerana soalan itu keluar dari bibir Puan Iffah. Kenapa soalan maut jugak ditanya.

"Belum lagi ibu. Tak ada rezeki lagi." Kata Irdina dengan nada suaranya yang perlahan. Maklumlah soalan sensitif.

"Kalau macam tu ambiklah cuti. Pergi honeymoon." Cadang Puan Iffah.

"Dalam perancangan lagi ibu. Lagipun kami sibuk." Jawab Nazran.

"Ibu bukan apa. Kalau boleh, ibu naklah jugak timang anak kamu Dina. Biarlah keluarga kita ni ramai ahli keluarga." Tutur Puan Iffah.

Irdina hanya melemparkan senyuman kelat. Soalan sensitif kot. Memang selalu sangat ditanya oleh pasangan yang baru berkahwin. Memang Irdina mengiimpikan untik menjadi ibu. Dan itu adalah impian di setiap wanita yang baru berkahwin. Tetapi dia pun belum disentuh lagi.

"Dina, bila majlis mama kamu tu?" Soal Puan Iffah.

"Esok malam ibu. Eh jomlah kita makan. Dina dah masak. Nanti makanan tu sejuk pulak." Pelawa Irdina.

Mereka semua menuju ke ruang meja makan. Irdina menuang air ke dalam gelas. Usai membaca doa mereka menikmati masakan yang dihidangkan oleh Irdina.

~~~
Majlis yang mewah itu diadakan malam ini. Ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja dijemput untuk memeriahkan majlis ini. Makanan sudah pun dihidang untuk tetamu.

Irdina dan Nazran berjalan beriringan masuk ke kediaman Dato' Azhar dan Datin Najihah. Begitu juga dengan Encik Adam dan Puan Najihah. Mereka mencari kelibat Dato' Azhar dan Datin Najihah. Kelihatan mereka sedang berborak dengan tetamu lain. Puan Iffah melambai ke arah Datin Najihah. Encik Adam dan isterinya berjalan menuju di tempat Dato' Azhar dan Datin Najihah.

"Jihah, canntiknya kau. Macam muda-muda dulu." Puji Puan Iffah apabila Datin Najihah mengenakan gaun yang ditempah khas dari butik.

"Ada-ada jelah kau ni." Datin Najihah tersengih.

"Oh ya. Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke..." percakapan itu terhenti kerana Puan Iffah tidak tahu berapa usia perkahwinan kawannya.

"Ke-30 tahun." Ucap Datin Najihah.

Irdina mehampiri ibu dan ibu mertuanya yang dari tadi rancak bersembang. Dia merapati dan menegur kedua-dua orang tua itu.

"Ibu, mama." Tegur Irdina.

"Dina. Lawanya Dina malam ni. Kalah mama." Datin Najihah memuji. Irdina dengan persalinannya gaun berwarna dusty pink dan tudung yang hanya diselempang di bahu.

Irdina tersengih seperti kerang busuk.

"Mana adalah mama. Mama tu yang cantik sangat." Tutur Irdina. Mereka bertiga sengih. Tiba-tiba,kelihatan susuk tubuh yang sangat dikenali oleh Datin Najihah.

"Sorry, papa nak pinjam mama sekejap. Jihah jom, kawan kita nak jumpa awak tadi." Kata Dato' Azhar untuk meminta diri bersama isterinya. Dia menarik sedikit tangan Datin Najihah.

"Okaylah, nanti kita sambung." Kata Datin Najihah. Tidak lama kemudian, mereka berdua beredar dari situ.

Tinggallah Puan Iffah bersama anaknya, Irdina. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

"Ibu nak makan?" Soal Irdina.

"Ibu nak makan dengan ayah sekali. Jom nak pergi dekat ayah."

"Kalau macam tu Irdina ikut sekali." Mereka meninggalkan tempat itu. Mereka menuju ke sekelompok manusia yang sedang berbual-bual. Kelihatan Encik Adam dan menantunya, Nazran yang sedang bersembang bersama dengan ahli perniagaan.

"Nanti kita sembang lagi. Kau orang makanlah dulu." Kata Encik Adam. Semua ahli perniagaan di situ bersurai. Tinggal mereka berdua sahaja. Irdina dan Puan Iffah menuju ke arah mereka.

"Amboi, rancaknya bersembang." Sindir Puan Iffah.

"Dah lama tak jumpa. Dia orang tu kawan saya semasa saya study dekat UK. Macam awaklah jugak, dah lama tak jumpa Najihah." Tutur Encik Adam.

"Abang dah makan?" Soal Puan Iffah.

"Belum lagi. Awak?" Soal pula Encik Adam.

"Belum. Saya tunggu awaklah. Jom makan." Ajak Puan Iffah.

"Naz dengan Dina tak nak makan?" Soal Puan Iffah.

"Nak makanlah ni. Jom sayang." Kata Nazran. Dia merangkul pinggang Irdina.

"Hai Nazran." Langkah sekeluarga itu terhenti apabila terdengar suara itu. Suara yang agak dikenali oleh Irdina.
Ya. Itu ialah Maya. Maya dijemput kerana mummynya, Melissa antara orang yang memegang saham di syarikat milik Dato' Azhar.

"Oh ya, Irdina pun ada sekali. Eh Encik Adam." Katanya sambil ditudung jari telunjuknya ke arah Encik Adam yang berada di sebelah Puan Iffah.

"You kenal parents I?" Soal Irdina.

"Mestilah I kenal parents you, Dina." Jawab Maya. Tutur katanya membuatkan Irdina mengangkat kening tanda tak faham.

"Dah berapa lama you kenal parents I?" Soal Irdina. Dia perlu menyiasat siapa manusia yang bernama Maya.

"Since I kecil lagi. Naz, how are you?" Maya mula mengubah topik.

"Good. Bahagia sangat bila I ada isteri yang bernama Irdina." Pinggang Irdina dirangkul dengan kuat.

"Ouh. I nak makanlah. After makan nanti, kita borak lagi." Kata Maya. Selepas itu, dia menuju ke buffet yang dihidang dengan pelbagai menu.

Kau tak layak bahagia, Irdina. Kau tak layak. Sepatutnya, aku yang layak. Memang kau rampas kebahagiaan aku. Kau tunggu je Dina. Satu hari nanti kau akan derita! Jerit Maya di dalam hatinya.

~~~
"Dr. Iskandar, datang dengan siapa?" Sapa Irdina.

Dia melihat Irdina kemudian dia melihat Hani dan kembali memandang Irdina. Irdina cuma tersengih.

"Amboi, dah pandai bawak anak dara orang dah sekarang." Perli Nazran. Dia baru sahaja muncul ke arah sekumpulan manusia.

"Aku tak ada partner nak bawaklah. Takkan nak datang sorang. Lagipun Hani pun tak ada partner. So, kita orang plan datang sama-samalah." Jawab Iskandar. Hani cuma tersenyum.

"Doktor, kalau partner tu biarlah partner sampai ke akhir hayat macam kami." Kata Irdina.

"Ye tak ye jugakkan, senang cerita kau hantar jelah rombongan meminang." Sambung Nazran. Muka Hani sudah seperti buah tomato akibat kata-kata Irdina dan Nazran.

"Aku pun terfikir-fikir jugak sebenarnya." Jawab Iskandar.

"Saya nak pergi ambil makananlah. Tiba-tiba terasa lapar pulak." Sampuk Hani.

"Tadi dalam kereta kata dah kenyang. Tiba-tiba lapar pulak." Kata Iskandar.

"Tu tadi. Yang ni sekarang." Jawab Hani.

Hani berlalu pergi. Perasaannya yang malu sangat apabila persoalkan meminang dan seangkatan  di hadapan Iskandar. Sebenarnya, Puan Maria, Mak kepada Hani hampir terima pinangan orang lain tetapi ditolak Hani sekeras-kerasnya kerana perasaan dia pada Iskandar.

Tanpa Hani sedar, Irdina berdiri di sebelah Hani.

"So Hani, kau dah confess ke?" Soal Irdina secara tiba-tiba.

"Kau ni, kalau aku cabut heels aku, ketuk kepala dia, berlubang tak? Suka terkejutkan orang!" Marah Hani sambil mengurut dadanya akibat terkejut.

"Eleh, tak payah lah macam tu sekali. Back to my question, kau dah confess ke?" Soal Irdina.

"Belum lagilah. Dia belum confess lagi."

"Kau ni, confess jelah. Luahkan apa yang ada dalam hati kau, perasaan kau. Nanti kalau terlepas macam mana?"

"Masalahnya aku ni perempuan, aku ni tahu erti malu. Takkan aku nak confess dulu kot."

"Apa salahnya. Melepas nanti macam mana?"

"Anggaplah tak ada jodoh. Eh dahlah, aku nak ambil makanan. Dah pergi sana. Aku nak makan."

"Amboi kau! Halau aku eh."

"Tak adalah. Saja je. Kau dah makan ke?"

"Dah. Kau makanlah dulu. Nanti kita borak lagi." Kata Irdina.

Dia meminta diri lalu pergi ke arah suaminya yang sedang berbual dengan sahabatnya. Tiba-tiba, cecair yang berwarna itu disimbahi oleh seseorang di gaun Irdina.

"Opps, sorry Dina. I tak sengaja. Tiba-tiba ada orang tolak I. I'm so sorry." Rayu Maya.

Semua orang melihat kejadian itu. Nazran juga turut sama melihat. Dia pergi ke arah Irdina.

"Sayang, kenapa ni?" Soal Nazran. Irdina sudah memeluk tubuhnya.

"Maya, apa yang you buat ni?" Soal Nazran tetapi dengan nada yang tinggi.

Nazran membuka blazzernya lalu menyarungkan ke tubuh Irdina untuk menutup bahagian yang terkena dengan cecair. Setelah itu,  dia membawa Irdina masuk ke dalam rumah agam itu. Mereka menuju ke bilik mereka. Selepas itu, Nazran turun mencari kelibat Maya. Dia sedang minum air. Dia menuju ke arah di mana Maya berada. Tangan Maya di tarik oleh Nazran yang membawanya ke tempat yang sunyi sedikit.

"Apahal dengan you ni Maya?! You perlu ke simbah air dekat Dina?" Soal Nazran dengan nada yang tinggi.

"Hey, you ingat I saja-saja je nak simbah. Kan I dah cakap tak sengaja!"

"I kenal you Maya. You takkan saja-saja nak buat macam tu dekat orang."

"Yang you nak bela dia kenapa?"

"Because she's my wife, Maya. So, I nak tanya you, apa motif you buat macam tu dekat Irdina? You dendam dengan dia sebab dia kahwin dengan I, macam tu?"

"No, sebab dia bahagia, Naz. Dari dulu sampai sekarang hidup dia bahagia tapi I... I derita Naz. I derita disebabkan dia." Kolam air mata Maya sudah pecah tatkala dalam fikirannya terngiang perkara yang sudah berlalu.

~~~
"No sebab dia bahagia, Naz. Dari dulu sampai sekarang hidup dia bahagia tapi I... I derita Naz. I derita disebabkan dia."

"Mestilah I kenal parents you, Dina."

"Since I kecil lagi. Naz, how are you?"

Itulah yang didengarinya tadi.Masih terngiang dibenak fikiran Irdina. Dia masih memikirkan siapa Maya di dalam hidupnya. Setahu dia, dia tak pernah ada musuh. Dan Maya tidak pernah muncul dalam hidup dia.

Dia memandang Nazran yang lena diulik mimpi. Inilah suaminya yang membantu dia dalam insiden tadi.

Kali ini, dia dalam posisi menyiarap. Tubuhnya didekati sedikit. Dia menatap wajah suaminya.

Dia bersyukur kerana memiliki suami seperti Nazran yang sanggup menolongnya tadi. Walaupun hatinya sekeras-keras batu. Masih ber kau aku kasar didengari tetapi dia cukup bahagia apabila tinggal bersamanya.

Ditilik wajahnya dari dahi ke dagu. Tiada cacat cela. Semuanya sempurna. Dari dahinya yang tiada sebarang jerawat berkampung di situ. Matanya sangat cantik. Teringat pula semasa lawan mata hari itu. Hidungnya mancung. Bibirnya merah seperti bukan perokok.
Wajahnya bersih dan putih. Tetapi apabila dia memakai songkok, buat Irdina cair! Irdina tersenyum sendiri.

Irdina menguap. Menatap wajah sehingga mengantuk. Irdina meletakkan kepalanya di bidang dada Nazran. Sungguh selesa. Tidak lama kemudian, dia terlena.

Nazran membuka mata. Terasa sesuatu yang berat di bidang dadanya. Ternyata kepala Irdina di situ. Dia tersenyum. Alahai, Irdina.

~~~
Sorry sbb update lambat. Sis busy. Lately ni memang sibuk sgt. So nak tak ke tahu pasal dendam Maya tu. So kalau nak tahu, vote and comment. Kalau rate vote tu 10, sis update lagi.

Continue Reading

You'll Also Like

26.2K 319 12
Dendam menjadikan hidup Naura Insyirah huru-hara. Apabila nyawanya menjadi taruhan, dirinya terpaksa menjadi tawanan. Bagi Fakhrul Raihan pula, gadis...
35.8K 901 10
"Awak ni budak baru ke?" Tanya pengawas tu lalu aku mengangguk . "Ouh . Mari ikut saya" aku hanya mengangguk saja . Aku pun ikut dia hingga ke pejaba...
1.8M 51K 69
COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah 360 darjah apabila dituduh berhubungan b...
2.7K 409 52
Penemuan yang tidak dijangka diantara seorang gadis melayu yang berumur 20 tahun dan lelaki berkacukan China yang berumur 21 tahun. Gadis ini mahir d...