LAST HUNTER II : VARTRA

By mynameismas

24.1K 2.3K 1.4K

Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang be... More

-01-
-02-
-03-
-04-
-05-
-06-
-07-
-08-
-09-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-41-
-42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-49-
-50-
-51-
-52-
-53-
-54-
-55-
-56-
-57-
-58-
-59-
-60-
-61-
-62-
-63-
-65-
-66-
-67-
-68-
-69-
-70-
-71-
- MERAIKAN PEMBACA-
-BUKAN UPDATE-

-64-

266 37 27
By mynameismas

" Lepaskan Ara,jahanam !!"

Eiiden bertempik dan menyerbu ke arah Tetua Myn yang terkekeh melihat Ara terawang-awang di atas permukaan tanah dengan sepasang kakinya terayun lemah namun teriakannya langsung tidak memberi kesan kepada lelaki berbangsa Nymphoria itu.

Bola mata hitam Tetua Myn semakin menggelap dengan kejahatan dan keinginan untuk mendapatkan kembali apa yang pernah cuba untuk dimilikinya lama dulu iaitu segala kekuatan dan kekuasaan yang ada pada gadis tersebut.

Tetapi sama seperti sebelumnya,serangan Eiiden tidak dapat mengapa-apakan Tetua Myn malahan sebaliknya pemuda Alfa Zinxs itu pula yang terhempas ke tanah hanya dengan satu kibasan tangan membuatkan Aiiden pantas menerpa tubuh abang kembarnya itu.

Berang dengan serangan daripada pemuda-pemuda tersebut,Tetua Myn menoleh perlahan bersama seraut wajah yang menyeringai kejam dengan tatapan mata yang tajam terpancar dari kedua-dua bola matanya yang hitam pekat seperti arang menyisakan anak mata yang merah seperti seketul bara api yang kecil.

Melihat sahaja susuk tubuh seperti asap hitam yang melayang rendah menyeret hujung kakinya yang terawang-awang menuju ke arah mereka,Eiiden dan tujuh pemuda tersebut pantas merapatkan diri di antara satu sama lain dan bersiaga dengan senjata masing-masing.

Menghadapi puluhan malah ratusan orang musuh bukanlah suatu hal yang terlalu sukar bagi mereka namun menghadapi musuh dalam wujud seperti Tetua Myn sekarang adalah suatu kejadian yang tidak pernah diduga sama sekali.

Hendak dilibas dengan pedang,mata pedang mereka tidak menjejaskan sedikitpun wujud Tetua Myn yang tidak ubah seperti asap itu.Sebaliknya,hanya dengan satu libasan tangan mereka yang akan terhumban ke belakang.

" Kenapa kalian selalu sahaja menjadi penghalang kepada rancangan aku??"

Eiiden mengetapkan giginya dan tanpa sedar dia menolak tubuh Aiiden ke belakang dengan merentangkan tangannya melintang pada dada adik kembarnya itu.

Sementara Vixx juga melakukan hal yang sama kepada Rein membuatkan pemuda tinggi lampai itu cuba menolak tangan abangnya tetapi tidak berdaya apabila Ken juga Mark saling membahu antara satu sama lain untuk membentenginya bersama Ryu dan N di belakang mereka.

" Cuba berlagak menjadi wira?"

" Kau yang tidak punya siapa-siapa untuk dilindungi pasti tidak akan faham !"

Vixx menjawab dalam nada sinis dan dari hujung ekor matanya dia dapat melihat Ken mengangguk sekilas.Rancangan mereka jelas walaupun tidak ada sesiapa yang memulakannya.

Tetua Myn perlu dilengahkan sementara waktu daripada rancangannya untuk menguasai tubuh serta kekuatan yang dimiliki Ara walau apapun risiko yang terpaksa mereka hadapi.

" Memang betul orang lain akan tunduk dan takut dengan kekuasaan yang kau miliki tetapi berapa ramai yang akan kekal setia dan bersama kau dalam apa juga keadaan?"

Suara Eiiden pula kedengaran dan jelas sekali kata-kata pemuda itu memberikan tamparan hebat kepada Tetua Myn kerana bola mata kemerahannya semakin membesar dan rasa dingin yang dirasai mereka semakin mengigit kulit.

" Patutkah aku bertepuk tangan ?"

Seringai Tetua Myn melebar dan angin sejuk terasa menampar pipi setiap kali dia berlegar-legar mengelilingi lapan susuk tubuh yang saling berhimpitan di antara satu sama lain itu.Menatap mereka dengan riak wajah kebencian.

" Jangan terlalu yakin ! Mengorbankan diri demi keselamatan yang lain-lain?? Aku ada idea yang lebih bagus.Apa kata jika kalian saling berbunuhan sesama sendiri?" Tawa Tetua Myn yang kering dan tajam menusuk pendengaran mereka " Hanya yang paling kuat akan terselamat dan aku akan melepaskan Ara !"

" Gila !!" Ken berteriak " Setelah apa yang kau lakukan sebelum ini,kau fikir kami akan percaya lagi ??"

" Tidak buruk sangatkan idea tersebut?"

" Kau memang memandang rendah kepada kami." Aiiden mara ke hadapan dengan wajah memerah menahan marah " Kami tak akan pernah sama seperti kau dari sudut apa sekalipun.Kalau kau sanggup membunuh keluarga sendiri untuk terus hidup,kami adalah sebaliknya."

" Kami tak akan pernah teragak-agak untuk mengorbankan diri demi keluarga dan orang-orang yang penting kepada kami.." Mark pula mendesis benci seraya mengetapkan giginya.

" Baik.." Tetua Myn mengilai nyaring " Kita akan lihat hal tu nanti !"

+             +              +

Ara yang masih terawang-awang di udara akibat cengkaman tangan tidak kelihatan Tetua Myn mendadak terhempas ke tanah dan nafasnya yang seakan hendak putus kembali mulai teratur walaupun dadanya masih terasa sempit .Pandangannya yang mulai kabur sebentar tadi perlahan jelas semula dan dengan kaki yang goyah,Ara berdiri terhuyung-hayang.

Dalam suasana yang semakin gelap aneh sekali bagaimana tempat tersebut kelihatan terang benderang seperti sedang di sorot oleh beberapa buah lampu limpah dan angin sejuk berhembus kasar entah dari mana menerbangkan daun-daun kering yang berselerak di lantai hutan.

" Eiidennnn !! Aiiden !! "

Ara berteriak sehinggakan tekaknya terasa perit apabila melihat kedua-dua susuk tubuh di hadapannya itu tegak seperti patung tembikar dengan mata mereka menyorot kosong ke hadapan.

Begitu juga dengan Mark,Ken,Ryu,N,Vixx dan Rein dan situasi tersebut membuatkan Ara dihambat ketakutan yang bukan kecil apatah lagi apabila melihat Tetua Myn melayang rendah diantara mereka sambil tertawa menghilai.

Daripada pandangan Eiiden yang kosong sahaja Ara pasti Tetua Myn telah melakukan sesuatu kepada Eiiden dan yang lain-lain.Wolf Ara yang berwujud serigala berbulu putih dengan sepasang mata yang bening kebiruan sudah berpusing-pusing gelisah di dalam sana dan berkali-kali melolong panjang.

Ikatan pertalian darah diantara mereka membuatkan Wolf  Ara yang bernama Luna itu seakan dapat merasakan ada sesuatu yang sedang berlaku kepada saudara-saudaranya ketika itu.

Jika Wolf Ara gelisah ,sisi Ara yang satu lagi tidak kurang resahnya.Sama sahaja risih nya kerana mereka tidak dapat melakukan apa-apa demi menyelamatkan saudara-saudaranya yang  sangat diyakini sedang berada dalam belenggu sihir Tetua Myn.

" Apa yang sedang kau lakukan tak guna??" Tempik Ara dengan air mata berjurai pada pipinya " Apa yang kau lakukan kepada mereka??!!"

Sambaran hawa dingin  terasa pada pipi Ara tatkala Tetua Myn melayang pula ke arahnya dan berhenti tepat di hadapan wajahnya sehingga nafas nya yang dingin menyerbu   bersama suaranya yang rendah tetapi tajam dalam nada yang aneh.

" Nikmati sahaja pemandangan begini,Yang Terpilih.Aku tak akan melepaskan peluang melihat mereka saling berbunuhan sesama sendiri." Wajah seperti asap itu menyeringai lagi " Sanggup berkorban untuk yang lain? Huh !! Tidak ada hal yang seperti itu !"

" Lepaskan mereka!! Kalau kau mahukan aku,aku tidak akan melawan sama sekali.Tapi jangan apa-apakan mereka.Mereka tidak bersalah."

" Kau fikir aku percaya kan kau?"

Tetua Myn memekik lagi dan serentak dengan itu juga angin kasar bertiup ke arah tubuh Ara membuatkan tubuh coreng-moreng nya tercampak ke belakang.Ara merasakan tulang belakangnya seperti direntap akibat mendarat pada permukaan batu yang kasar di tubir gaung.

" Ara..berhenti menaikkan kemarahan Tetua Myn."

Susuk tubuh 'Ara'  satu lagi di dalam sana yang dikenali dengan nama Layra dalam balutan pakaian putih juga rambut keperakan yang mengurai melepasi pinggangnya itu bersuara.

" Aku pasti Tetua Myn sedang mengenakan sihir kepada mereka dan kita tidak akan mampu membantu mereka melepaskan diri daripada sihir tersebut.Sihir Ordethea.Meniupkan bisikan,manipulasi dan jarum kejahatan ke dalam diri mereka untuk melemahkan kebaikan yang ada .."

" Tidak ada apa-apa yang boleh kita lakukan?"

" Malangnya tidak ada kerana ia adalah pertarungan mereka menentang kejahatan yang ada di dalam diri sendiri."

Ara mengepal penumbuknya dan mengetap gigi untuk kembali bangkit dengan sekujur tubuhnya terasa remuk.Hilai tawa kejam Tetua Myn semakin membuatkan Ara merasakan kemarahannya semakin menongkat ke ubun-ubun.

Demi apa pun.Belum pernah Ara bertemu dengan makhluk sejahat Tetua Myn sebelum ini.Jauh di dalam sana Ara bagaikan dapat memahami apa yang diinginkan lelaki kejam dan licik itu.Dia sedang merancang sesuatu !

" Aku tak sanggup berdiam diri begini sahaja,Layra ! Mereka itu saudara -saudara aku !"

" Kawal kemarahan kau,Ara.Ingat.Tetua Myn akan semakin kuat dengan menyerap tenaga kejahatan daripada orang lain !"

Suara sisi Ara yang satu lagi dalam pakaian serba hitam itu memberi amaran apabila sekoyong-koyong dia dapat merasakan segenap bulu roma nya menegak setiap kali Ara mengepal penumbuk dengan air mata yang berjuraian dan dalam masa yang sama dia merasakan suhu persekitaran semakin dingin menandakan aura jahat Tetua Myn semakin kuat.

" Aku sebagai Napaheas.." bisik Ara tiba-tiba sahaja seakan-akan ada fikiran aneh menyambar benaknya " Bukankah itu bermakna aku mempunyai pertalian yang kuat dengan Tetua Myn? "

" Dan dalam keadaan Ara juga mempunyai susur galur darah Bangsa Nymph melalui Tetua Thierasias?"

Suara 'Ara' dalam wujud gadis berbangsa Athos itu menyampuk dari dalam sana seakan memahami ke mana arah fikiran sebenar Ara .

" Aku tak percaya langsung tidak terdapat sedikitpun kebaikan dalam diri Tetua Myn." Sinar mata Ara berubah mendadak dan tiga lagi ' Ara ' di dalam dirinya terdiam serentak ." Kita perlu mencarinya semula.Hanya kebaikan yang dapat mengalahkan kejahatan !"

" Aku dapat merasakan Tetua Myn memerlukan tumpuan dan tenaga sihir yang banyak untuk memerangkap Eiiden dan yang lain-lain sekarang ini didalam manipulasi Sihir Ordethea dan aku juga sangat yakin Vixx,N juga Rein sedang cuba menembusi sihir Tetua Myn dari dalam."

"Maknanya,Tetua Myn sedang berada dalam keadaan paling rapuh bukan sahaja susuk tubuh nya tetapi juga tenaga sihir dan..."

" Fikirannya !" Sahut Ara pantas."Layra,aku fikir kita patut mencubanya.."

" Baik. Hanya sahaja kita perlu pantas sebelum Tetua Myn menyedarinya.."

Ara mengangguk dan dengan sudut bibir yang berdarah serta calar-balar pada sekujur tubuhnya,Ara pantas duduk bersila dan memejamkan matanya.Lalu,hampir serta-merta pandangannya menggelap dan telinganya dipenuhi desingan aneh yang bergema-gema.

Bertahanlah wahai Eiiden-Aiiden-Mark-Ken-Ryu-Vixx-Rein dan N !!

+              +                +

Continue Reading

You'll Also Like

853K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...
120K 521 4
๐ŸฌPAID VERSION. DAPATKAN DI NOVELPLUS ๐Ÿฌ Semuanya bermula sewaktu beberapa tahun yang lepas. Sewaktu dia berusia 8 tahun. Zaman gelap dia yang berime...
3.8K 397 15
[COMPLETED] Achievement~ ๐ŸŒน2nd of The Uranus Mystery Horror-๐“ก๐“ฎ๐“ช๐“ต๐“ฐ๐“ช๐“ต๐“ช๐”๐”‚๐“ช๐”€๐“ช๐“ป๐“ญ๐ŸŒน Kerana jiwa yang sangat ingin tahu, Emma Anderson (17 t...
135K 1.6K 18
Selamat Datang Ke Kampung Celah Bedah Siri 4 , Adault Malay Scandel Story , kesinambungan dari siri siri sediada . Banyak berkisar peristiwa yang ber...