LAST HUNTER II : VARTRA

By mynameismas

24.1K 2.3K 1.4K

Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang be... More

-01-
-02-
-03-
-04-
-05-
-06-
-07-
-08-
-09-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-41-
-42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-49-
-50-
-51-
-52-
-53-
-54-
-55-
-56-
-57-
-58-
-60-
-61-
-62-
-63-
-64-
-65-
-66-
-67-
-68-
-69-
-70-
-71-
- MERAIKAN PEMBACA-
-BUKAN UPDATE-

-59-

271 33 65
By mynameismas

Keii serta-merta menerpa susuk tubuh sang ayah dan memeluknya kejap sambil mengungkapkan perkataan maaf berkali-kali manakala Kiyo yang berdarah di sana-sini akibat terkena serpihan kaca terpegun dengan mata membulat.

Sementara itu di luar sana,suara sorak-sorai dan bunyi tembakan serta dentingan pedang berlaga tidak lagi kedengaran tetapi digantikan dengan bunyi siren pasukan keselamatan memenuhi indera pendengaran dan bunyi bising siren tersebut hampir sahaja ditenggelami oleh bunyi menderu-deru daripada kipas helikopter yang terapung rendah di halaman hadapan muncul entah dari mana.

Lelaki-lelaki penyerang Istana Templar itu kucar-kacir dengan kemunculan pasukan elit Biro Keselamatan Persekutuan tersebut.

Serentak dengan itu juga,anggota-anggota pasukan keselamatan yang lengkap berpakaian kalis peluru,menyarung but getah berzip dan mengenakan topeng ski dan lengkap dengan alat pendengaran dua hala yang berpakaian serba hitam menggelongsor turun menggunakan tali dari dalam perut helikopter tersebut.

Suara  mengarahkan agar para penyerang Istana Templar menyerah diri secara sukarela jika tidak ingin menghadapi natijah lebih buruk yang bergema-gema melalui pembesar suara juga kedengaran.

Di halaman hadapan pula,dari  dalam perut beberapa buah kenderaan yang tertera jata rasmi pasukan keselamatan,puluhan anggota pasukan elit  yang lengkap bersenjata bertebaran ke segenap pelusuk halaman dan mengacu senjata api ditangan masing-masing dengan lagak siaga ke arah lelaki-lelaki penyerang berpakaian hitam itu yang mendadak tidak tentu arah dengan situasi yang tiba-tiba sahaja bertukar 180 darjah begitu.

Daun pintu dibuka dengan kasar dari luar dan beberapa susuk tubuh anggota pasukan keselamatan menyerbu masuk secara serentak tetapi dalam posisi menyerang dan bertahan dalam masa yang sama sambil mengacu senjata.

Sinar laser kemerahan yang lurus daripada muncung senjata api yang diacu kelihatan berselirat di serata arah tepat pada bahagiana dahi  lelaki- lelaki penyerang Istana Templar yang sudah tidak bermaya di atas lantai akibat menerima serangan Eiiden dan yang lain-lain itu.

Melihat keadaan tersebut,wajah Pembantu Eiyo semakin pucat apatah lagi sepucuk senjata HK MP 05 diacu tepat ke dahinya.Riak angkuh dan biadapnya sekejap tadi hilang entah ke mana.

Salah seorang daripada anggota pasukan keselamatan tersebut maju ke hadapan lalu merendahkan muncung senjata api yang berada di dalam genggamannya.Dengan menggunakan jari-jemari tangan kanannya yang dibaluti sarung tangan kulit berwarna hitam yang direka khas mendedahkan hujung jari itu,dia pantas meraba nadi salah seorang daripada lelaki yang tersembam di permukaan meja.

Kedengaran dia mendengus sebentar sebelum menarik topeng ski yang menyamarkan wajah sebenarnya itu dan seketika dia membetul-betulkan rambut hitam berkilat yang sedikit berantakan itu.

Wajah berkulit cerah dengan dibingkaikan oleh rahang tirus yang tegas itu terserlah.Dengan pantas jari telunjuk kanannya menekan alat perhubungan yang terpasang pada cuping telinga kanannya yang kelihatan disambungkan terus kepada peranti khusus di dalam jaket kalis peluru yang melekap pada tubuh tegap lampai itu melalui wayar putih halus yang berlingkar pada sisi rahangnya.

" Paramedik dari Pronto Alfa 1,
panggilan." ujar nya tenang sahaja tetapi membiaskan karisma yang bukan sebarangan." Paramedik dari Pronto Alfa 1, hantarkan pasukan kecemasan ke bilik perjumpaan di sayap barat Istana Templar dengan kadar segera."

Suaranya jeda sebentar menerima maklum balas daripada pasukan paramedik dihujung talian sana dan kemudian dia menoleh.

" Semua orang tak apa-apa, Eiiden?"

" Setakat ini kami semua baik-baik sahaja,Tuan Ryo.."

Hanya dalam selang masa beberapa saat selepas itu ,anggota pasukan paramedik tiba separuh berlari dengan membawa pengusung .Sementara anggota pasukan paramedik mengangkat setiap tubuh mereka yang terbaring diatas lantai itu ke dalam pengusung,anggota pasukan keselamatan yang menyerbu masuk sebentar tadi pantas menggari lelaki-lelaki penyerang tersebut sedangkan beberapa anggota pasukan keselamatan itu tetap bersiaga dengan senjata ditangan masing-masing.

" Keii.." Ryo menepuk bahu Keii yang masih melutut di sisi Tuan Zhenith " Saya fikir,lebih baik Tuan Zhenith dibawa ke hospital dengan segera."

Begitu katanya sebaik sahaja Pembantu Eiyo yang  sudah digari itu ditolak kasar melintasi mereka dan Keii menatap wajah lelaki itu dengan tatapan membunuh.

" Kiyo.."  toleh Keii ke arah Kiyo yang masih sahaja  tergamam .

" Saya,Tuan.."

" Uruskan hal di sini sementara saya mengiringi ayah .."

Kiyo sekadar mengangguk dan mengekori sahaja susuk tubuh Keii dengan riak wajah masih tidak percaya.Apatah lagi apabila melihat dengan mata kepalanya sendiri susuk tubuh anak sulung Keluarga Artemis itu kelihatan sihat dan baik-baik sahaja menggendong tubuh lemah Tuan Zhenith sedangkan beberapa minggu yang lepas dia juga melihat sendiri tubuh yang sama disempurnakan mengikut tradisi Bangsa Athos dan abu sisa tubuh itu malahan ditaburkan ke dalam tasik.

" Saya perlu pergi sekarang,Eiiden." Ryo menghulur tangannya kejap ke arah Eiiden " Mungkin pihak kami akan memanggil semua orang untuk mendapatkan maklumat berkenaan kejadian ini.."

" Baik,Tuan Ryo.Kami gembira dapat bekerjasama dengan Tuan.."

" Sama-sama,Vixx.Dan terima kasih kerana memberikan kerjasama serta mempercayai kami."

Begitu kata Ryo lalu mengisyaratkan kepada beberapa orang anggota pasukan keselamatan yang masih berada di dalam ruangan tersebut untuk segera beredar.

" Kiyo,betulkan?" Aiiden menyoal seraya menoleh ke arah Kiyo yang baru sahaja hendak keluar dari situ melalui pintu yang terbuka lebar." Pembantu khas Darius?"

Demi mendengar sahaja nama tersebut,langkah kaki pemuda itu terhenti dan pantas dia memalingkan tubuhnya menghadap gerombolan lapan orang pemuda itu.

" Saya."

" Boleh bawa kami ke bilik Darius? Rasanya Darius memerlukan dos ubat-ubatan yang selama ini diambilnya."

" Maksud ,tuan?" Kiyo tergamam lagi." Tuan Muda Darius masih sel..."

" Selamat."

N mengangguk melengkapkan perkataan yang terputus daripada mulut Kiyo itu.

" Terlalu panjang untuk kami menceritakan semuanya sekarang.Walaupun Darius terselamat daripada rancangan jahat tersebut,tetapi kini dia berada dalam keadaan yang tidak berapa baik."

Kiyo yang seakan-akan disimbah sebaldi air sejuk itu pantas mengisyaratkan kepada mereka agar segera mengekorinya.Sekilas Eiiden mengangguk dan N pantas memahaminya sebagai gestur yang mengarahkannya untuk mengikuti Kiyo menuju ke bilik Darius.

Susun atur bilik tersebut sebenarnya tidak asing kepada N dan yang lain-lain kerana ia sentiasa berada dalam pengawasan kamera pengintipan Mark.N tegak sahaja berdiri di tengah ruang  tersebut tatkala Kiyo mencelah masuk ke dalam sebuah bilik lain disitu yang diyakini N sebagai bilik mandi yang biasa digunakan oleh Darius.Selebihnya tidak ada apa-apa yang aneh dan rak-rak tinggi dengan buku tersusun kemas itu jelas memperlihatkan imej Darius itu bagaimana.

Sementara menunggu Kiyo keluar semula,N menghampiri sebuah rak kaca yang mempamerkan banyak sekali piala dan medal berwarna keemasan serta sijil-sijil penghargaan yang kesemuanya mencatatkan nama Darius sebagai juara kepada sesuatu yang dibaca N sebagai Mov.

Ada gambar-gambarnya mempamerkan medal yang tergantung di leher dengan raut wajah yang tersenyum lebar.Dan diatas rak rendah berhampiran tingkap,sebuah papan leper berpetak-petak segi empat sama dengan batu-batu leper berwarna hitam putih terletak disitu.

N menyentuh papan tersebut tanpa sedar dan suara Kiyo dari belakangnya membuatkan N tersentak lalu menoleh pantas.

" Itu semua piala dan sijil penghargaan yang diperolehi oleh  Tuan Muda Darius."Wajah Kiyo mengisi pandangan N "Selain hobi,Permainan Mov juga adalah bakat istimewa Tuan Muda Darius."

Pintasan aneh yang menyambar penglihatan N seperti kilat itu menyebabkan N tergamam.Tanpa memperdulikan Kiyo yang masih berkata-kata dalam nada yang membanggakan bakat Darius sebagai pemain Mov paling hebat,N berlari pantas dengan jantungnya seakan-akan hendak melompat daripada sangkar rusuk.Darahnya bagaikan kering mendadak dan bulu roma N tegak berdiri.

" N.." Eiiden kehairanan menatap wajah sahabatnya itu yang pucat-lesi dengan bibir menggeletar." Kenapa?"

" Ara,Eiid !!"

N mencengkam lengan pemuda Bangsa Zinxs itu kuat sekali.Segenap sendinya terasa longgar.

" Ara !!"

+             +              +


Ditinggalkan oleh susuk tubuh Ken yang lesap di hadapan mata bagaikan meresap ke dalam dinding bilik tersebut beberapa jam yang lepas menyebabkan Ara terkebil-kebil sendiri.

Seketika akalnya buntu tetapi rasa lega juga menyergap hatinya apabila mendapat perkhabaran daripada Ken bahawa Eiiden dan yang lain-lain semuanya selamat dan usaha mereka untuk menyelamatkan tebusan yang merupakan ahli keluarga tujuh keluarga besar Bangsa Athos itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Selepas seorang demi seorang dibawa oleh Ken dan Ryu secara berteleportasi ke villa kecil di hadapan tasik itu,seperti yang dirancangkan lama dulu-Eiiden dan yang lain-lain pergi lagi dan kali ini Istana Templar adalah tujuan mereka.

Seperti kata Eiiden.Hal tersebut perlu diselesaikan secepatnya sebelum kekecohan yang lebih besar akan tercetus .Huru-hara rampasan kuasa Istana Templar juga bermakna kacau-bilau hubungan mereka dengan bangsa manusia dan untuk mereka berhenti setakat itu sahaja adalah amat mustahil.

Mereka terlibat sudah terlalu jauh dalam masalah Kumpulan Templar lama dulu semenjak keterlibatan Ara dengan Darius dan juga Keii.

Sebaik sahaja Ara menapak menuruni tangga,wajahnya menjadi sasaran tujahan beberapa pasang mata yang berada di ruang tamu tersebut.Walaupun wanita dan anak-anak yang berjaya diselamatkan oleh Eiiden dan yang lain-lain itu sudah kelihatan bersih tetapi wajah masing-masing tetap juga menyiratkan seribu satu persoalan yang Ara sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya.

Hari mulai berganjak menuju ke petang tetapi aneh bagaimana ketika Ara keluar ke halaman,suasana yang menyelubungi villa tersebut hangat dan luar biasa pula senyapnya seolah-olah sahaja villa tersebut amat terpencil daripada sebarang peradaban manusia.

Tidak kedengaran bunyi kenderaan ataupun hiruk-pikuk kehidupan pinggir bandar.Hanya sinar matahari yang terasa menyapa kulit dan tiupan angin perlahan  yang tenang.Satu sahaja penjelasannya.

Trio bangsa penyihir yakni N-Vixx dan Rein pasti telah meletakkan pagar sihir yang tak kasat mata untuk melindungi seluruh villa tersebut daripada sebarang ancaman yang tidak dijangka.

Keadaan Darius pula tidak bertambah baik.Demam yang dialaminya menyebabkan pemuda tersebut menggigil dan ada butir peluh yang kelihatan pada dahinya malahan wajahnya juga semakin pucat dan Darius yang seperti diserang sawan itu benar-benar merisaukan Ara.Setelah memastikan segala keperluan tetamu villa kecil itu dipenuhi, Ara kembali menjenguk pemuda tersebut di tingkat atas.

Ara menolak daun pintu perlahan-lahan bagi mengelakkan bunyi keriut engsel pintu tersebut daripada menjadi penyebab Darius terjaga kerana baru sahaja demamnya beransur kebah dan ketika Ara keluar untuk menemui tetamu-tetamu villa tersebut berupa anak dan isteri para ketua keluarga Bangsa Athos itu,pemuda tersebut kelihatan sedang tidur dengan nyenyak.

Tetapi daun tingkap yang ternganga lebar menyisakan langsir berkibar-kibar ditiup angin walhal amat diyakini Ara sudah ditutupnya apabila hendak keluar tadi serta-merta menerbitkan rasa aneh didalam fikirannya.

Apatah lagi dengan melihat selimut yang sekejap tadi membaluti Darius dari leher ke mata kaki itu sudah bergumpal di atas lantai dan Darius pula tidak kelihatan di mana-mana walaupun baunya masih berada di situ.

" Dariuuuuummphhhhhhhh..."

Tanpa sempat menyudahkannya,Ara merasakan ada satu tangan yang sejuk menekup mulutnya dengan kuat dan hembusan nafas panas menyapu pipinya dengan lengan yang kukuh melingkari lehernya membuatkan nafas Ara tersekat-sekat malahan rontaannya langsung tidak menjejaskan cengkaman jari-jari kaku itu pada lehernya.Tidak cukup dengan itu,ada sesuatu yang tajam dan sejuk menancap ke kulit lalu terbenam pada leher Ara.

" Kenapalah kau muncul dan merosakkan rancangan aku,Ara ??"

+              +               +

Continue Reading

You'll Also Like

235K 12K 68
Bosan? Tak tahu nak buat apa? Wattpad sunyi? Jangan risau saya ada jalan penyelesaiannya Hanya tekan button READ dan masalah-masalah anda akan hilan...
177K 15.2K 97
Just imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampa...
10.2K 68 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
213K 8.8K 63
[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari...