LAST HUNTER II : VARTRA

By mynameismas

24.1K 2.3K 1.4K

Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang be... More

-01-
-02-
-03-
-04-
-05-
-06-
-07-
-08-
-09-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-41-
-42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-49-
-50-
-51-
-52-
-53-
-54-
-55-
-57-
-58-
-59-
-60-
-61-
-62-
-63-
-64-
-65-
-66-
-67-
-68-
-69-
-70-
-71-
- MERAIKAN PEMBACA-
-BUKAN UPDATE-

-56-

267 32 1
By mynameismas

Dinding-dinding Istana Templar yang berwarna putih sementara bumbung-bumbung tirus berwarna merah bata yang direka sedemikian rupa agar tidak mengumpulkan salji semasa musim sejuk itu senyap seakan sedang mengempang bermacam-macam cerita yang tersendiri.

Istana Templar yang lazimnya senyap,tegak dan kukuh dipeluk juraian kabus pada setiap waktu pagi luar biasa senyapnya hari tersebut.

Belasan kenderaan mewah pelbagai jenama keluar dan masuk malah ada yang sudah menginap di Istana Templar sejak sehari yang lepas.

Kawalan keselamatan diperketatkan dua kali ganda dan semua pekerja tidak kira sama ada mereka yang bertanggungjawab dalam hal hospitaliti ataupun keselamatan menjadi lebih sibuk daripada biasa demi menyambut kedatangan semua orang penting lapan keluarga besar Bangsa Athos dan juga para sekutu mereka daripada kalangan bangsa manusia.

Sementara itu,Kiyo yang berdiri takzim di sebelah katil Tuan Zhenith hanya mendengarkan dengan saksama perbualan diantara doktor peribadi Keluarga Artemis dengan Pembantu Eiyo yang merupakan pembantu khas Tuan Zhenith.

" Macam mana keadaan Tuan Besar,doktor?"

Suara lelaki tersebut perlahan sahaja seraya matanya menatap susuk tubuh Tuan Zhenith yang terbaring diatas katil.

" Kejutan yang dialami Tuan Zhenith sangat besar sehingga beliau benar-benar kehilangan semangat untuk terus hidup."

" Tak adakah jalan supaya Tuan Besar dapat menghadiri perjumpaan tersebut sekarang?"

" Maafkan saya,Eiyo.Seperti yang anda lihat keadaan kesihatan Tuan Zhenith lebih buruk daripada apa yang kita lihat."

" Tapi,doktor.." Suara Pembantu Eiyo bernada gusar sekali " Doktor tahukan tujuan mereka yang berada di luar sana adalah untuk.."

"Saya faham.Memang sangat tidak adil untuk mereka melakukan hal tersebut dalam keadaan Tuan Zhenith sekarang.Mereka seolah-olah hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengacu pistol kepada Tuan Zhenith."

Suasana di dalam bilik tersebut menjadi sunyi kerana Pembantu Eiyo kelihatan sedang berfikir dengan keras sambil mundar-mandir.

Kiyo sendiri tidak menafikan hal tersebut merupakan kebimbangan terbesar baginya.Dia tahu betapa kejam dan kasarnya dunia politik Kumpulan Templar walaupun dia tidak pernah mahu mengambil tahu tentangnya sebelum ini.

Lagi pula,siapalah dia dalam kalangan mereka?

Dia hanyalah pembantu peribadi kepada Tuan Muda Bongsu Keluarga Artemis.Tidak.Padamkan itu.Bekas pembantu sebenarnya.Dengan ketiadaan Darius di situ,dia memang bukan siapa-siapa lagi.Hanya janji nya kepada Darius untuk menjaga Tuan Zhenith yang menambatnya di Istana Templar.

Jika hal tersebut sudah selesai,dia akan meminta secara baik untuk meninggalkan Istana Templar bagi memulakan kehidupannya yang baru.Tanpa Darius,tidak ada sebab untuk nya terus berada di istana kota tersebut.

" Doktor." Pembantu Eiyo tiba-tiba mencengkam bahu doktor tersebut dengan mata yang bersinar"Saya perlukan bantuan doktor
sekejap lagi. "

" Maksud Eiyo?"

" Buat kenyataan di hadapan ahli majlis bahawa keadaan Tuan Zhenith adalah bersifat sementara.Sementara itu,saya akan mengesyorkan agar seseorang dilantik untuk mengetuai Kumpulan Templar buat sementara waktu sehingga Tuan Besar sihat.Hanya dengan cara tersebut kita dapat membantu Tuan Besar menghadapi mereka yang mahu menjatuhkan Tuan Besar "

Kiyo terkebil-kebil sementara doktor dalam pertemgahan usia 30-an itu menatap wajah Pembantu Eiyo dalam-dalam.

" Doktor,tolonglah !" Seru Pembantu
Eiyo " Doktor tahukan mereka memang mahu menyingkirkan Tuan Besar sejak lama dulu? Saya tidak perduli urusan politik Kumpulan Templar tetapi sekurang-kurangnya biarlah proses tersebut berjalan secara adil.Bukan dalam keadaan Tuan Besar begini !"

+ + +

Eiiden dengan wajah aneh mendakap kejap satu persatu susuk tubuh para sahabatnya dan apabila tiba di hadapan Aiiden,adik kembarnya itu didakap lama sekali bagaikan menyalurkan rasa hatinya yang bergelojak tidak senang ketika itu.

Malahan Ryo yang juga berada di situ dijabatnya dengan kuat sambil mengangguk.Setiap salah seorang daripada mereka tidak ada yang bersuara melainkan saling berbalas pandang sementara Ara yang berada paling hujung sekadar tunduk mencengkam lengan Mark di sebelahnya.Wajah keanak-anakan Ara pias sekali.

" Walau apa sekalipun,utamakan keselamatan kalian semua.Mahu tidak mahu ,kita terpaksa akur ini adalah harinya.."

" Eiid.." Ara menatap Eiiden yang sejak tadi tidak menoleh sedikitpun
kearahnya" Tak bolehkah aku ..."

Kata-kata Ara mati apabila Mark mencengkam bahunya sambil menggelengkan kepala dan mengisyaratkan agar Ara tidak melanjutkan walau apa sahaja yang ingin dikatakannya kepada Eiiden yang sudah pasti merupakan protes terhadap tindakan mereka mengecualikannya.

" Seseorang perlu tinggal untuk menjaga Darius.." Ken pula menyampuk tenang sahaja sambil mengejapkan ikatan sarung pedang pada belakangnya." Ara tahukan keadaan Darius bagaimana?"

" Janganlah risau,Ara..Kami akan baik-baik saja.." Rein menyahut sambil melorekkan senyuman cerahnya. " Ara lupa yang kita pernah menghadapai situasi jauh lebih teruk daripada ini?"

+ + +

Keriut bunyi kerusi roda ditolak perlahan menarik perhatian setiap orang yang sudah lama menunggu di ruang tersebut membuatkan mereka serentak menoleh ke muka pintu.

Pembantu Eiyo muncul menguak daun pintu dan diikuti dengan Kiyo yang menolak kerusi roda yang diduduki Tuan Zhenith dan akhir sekali di belakang kelihatan Puan Ertha.

Mata setiap orang yang berada didalam bilik tersebut tertumpu kepada susuk tubuh Tuan Zhenith yang berada diatas kerusi roda tersebut.

Wajah ketua Keluarga Artemis itu seperti bertambah tua beberapa tahun.Dagunya yang membingkai raut tegas semakin tirus dan mulai dirayapi jambang nan kian meliar tidak terurus.Tulang pipinya membonjol dan sinar mata lelaki itu hilang digantikan oleh kosong dan kelam yang luar biasa malahan sisa tampan masa mudanya turut sirna entah kemana.

Wajahnya menatap kosong ke hadapan dan dengan selimut tebal menyerkup tubuhnya juga mafela kelabu daripada benang panas yang melilit lehernya,tubuh Tuan Zhenith yang cergas dulu semakin susut dan kelihatan renta.

" Maaf kalau tuan-tuan lama
menunggu.."

Pembantu Eiyo berdiri takzim merapatkan kedua-dua tangannya ke paras perut lalu tunduk hampir 90 darjah,menghormati tujuh lagi ketua keluarga yang berada didalam ruangan tersebut.

Selain Tuan Kreyo tentunya,enam ketua keluarga besar Kumpulan Templar hanya mengangguk dan ada pula yang berdiri seraya menatap Tuan Zhenith dengan pandangan risau.

Bukan sahaja mereka malahan ada pula sekutu dari kalangan bangsa manusia yang berada disitu.Berkumpul buat kali pertama bagi menentukan hala tuju Kumpulan Templar.

" Saya perkenalkan kepada tuan-tuan.Ini ialah Doktor Andrew ,doktor peribadi Keluarga Artemis yang merawat Tuan Zhenith selama ini."

Kiyo yang berdiri senyap di samping Tuan Zhenith menatap satu persatu wajah tetamu yang berada didalam bilik itu.Mereka tenang sahaja tetapi percayalah ia tidak lebih dan tidak kurang daripada suasana tenang yang terasa sebelum kedatangan ribut dan ombak Tsunami yang dahsyat.

Walaupun hampir seumur hidupnya dia berkhidmat dengan Keluarga Artemis,Kiyo mengakui dia memang tidak dapat mengagak ke mana arah fikiran lelaki-lelaki separuh umur tersebut apabila menyangkut hal politik Istana Templar.

Bak kata Darius kepadanya lama dulu.Politik adalah dunia yang kejam dan menakutkan dan ia tidak ubah seperti medan laga yang menyanjung hukum rimba bahawa siapa yang paling kuat dialah yang akan menang.Dan kerana itulah Darius tidak pernah mahu untuk melibatkan diri dalam hal-hal politik Bangsa Athos.

" Seperti yang tuan-tuan nampak." Doktor Andrew memulakan bicara.

" Keadaan Tuan Zhenith memang tidak mengizinkan untuk beliau melakukan kerja-kerja pengurusan Istana Templar tetapi saya beri jaminan bahawa keadaan beliau hanya bersifat sementara.Apa yang tuan-tuan harapkan daripada seorang ayah yang kehilangan dua orang anak sekaligus?"

Tuan Hefaistos sang kepala Keluarga Nephlin dan juga Tuan Aletheia yang merupakan ketua bagi Keluarga Gaiben kelihatan mengganggukkan kepala masing-masing dan mengeluh dengan nada berat.

Kiyo tahu dua orang tersebut yang berpihak kepada Tuan Muda Darius lebih sederhana dalam banyak hal.Tidak banyak ulah dan tingkah tetapi mereka tetap tidak boleh dipandang enteng kerana mereka adalah dua buah keluarga yang dianggap sebagai pemegang kunci perbendaharaan Bangsa Athos.

Selain Tuan Kreyo yang memang semua orang tahu ada dendam belum langsai dengan Keluarga Artemis yang berpunca daripada penolakan Tuan Muda Keii untuk dijodohkan dengan Puan Muda Esteia, Tuan Armeia ketua Keluarga Greyback-ketua Keluarga Fenrir iaitu Tuan Ardios-Tuan Naizei kepala Keluarga Legion serta Tuan Eidothea ketua Keluarga Styx pula saling berbalas pandangan sesama mereka.

" Memang kami nampak .." Suara berat milik Tuan Kreyo mencelah " Sementara Tuan Zhenith tidak sihat-apa wajar Kumpulan Templar terumbang-ambing tanpa ketua apatah lagi dengan masalah penyebaran Virus Hybrid sekarang?"

" Virus Hybrid tidak lagi dapat disembunyikan daripada pengetahuan orang awam,tuan-tuan."

Seorang lelaki berambut hitam yang sejak tadi memerhatikan keadaan tiba-tiba mencelah.Kiyo mengenalinya sebagai Tuan Zane antara pengantara Bangsa Athos dengan bangsa manusia.Lelaki jutawan punyai rangkaian gedung membeli-belah yang menjadi topeng untuk menyamarkan kekayaannya hasil daripada penglibatannya dengan Bangsa Athos.

Malahan bukan rahsia bahawa dia adalah penyokong kuat di belakang Tuan Galion yang sedang bertanding sebagai calon Datuk Bandar dalam pemilihan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Jika Tuan Galion memenangi pilihanraya tersebut,kedudukan Bangsa Athos akan semakin tidak dapat digugat membuatkan Kiyo meraskan betapa menakutkan kuasa yang tersembunyi disebalik not-not NSE tersebut kerana ia sebenarnya adalah akar umbi kepada semua kejahatan dalam dunia manusia !

" Walaupun kami sedang mengusahakan antidot untuk virus tersebut,sehingga kini kami masih belum mendapat apa-apa hasil yang positif."

Mendadak ruangan tersebut hingar-bingar dengan suara yang tenggelam timbul saling bersahutan antara satu sama lain memaksa Pembantu Eiyo berdehem.

" Dan kerana itulah kita berada di bilik ini.Bukan begitu,tuan-tuan?"

" Walau apa sekali pun, seorang ketua perlu dilantik sementara bagi menggantikan Tuan Zhenith.Kapal tanpa nakhoda tidak akan bertahan dalam badai."

Tuan Kreyo masih sahaja mencebik dan memang tidak dinafikan Kiyo dia melihat riak wajah sinis lelaki itu setiap kali menatap Tuan Zhenith.

" Masalahnya siapa yang perlu dilantik bagi mengetuai Kumpulan Templar buat sementara waktu?"

Pertanyaan Pembantu Eiyo kembali menghadirkan suasana bingar di dalam ruangan tersebut dan setiap seorang daripada wajah ketua keluarga di situ berkerut dengan biasan-biasan tegang.

Malahan ada pula yang mendadak pucat membuatkan hati Kiyo disergap rasa aneh yang bukan kepalang.Malahan Tuan Kreyo yang paling lantang dan vokal serta tidak berfikir dua kali menghamburkan kebenciannya terhadap Tuan Zhenith juga tidak berkutik dan kelihatan teragak-agak.

" Saya tidak boleh.." Tuan Hefaistos mengangkat bicara " Saya pasti tidak dapat membahagikan masa antara Kumpulan Templar dengan urusan pembinaan Kompleks Perubatan Kumpulan Templar yang sedang berjalan sekarang "

Aneh tetapi benar walaupun sukar dipercayai apabila seorang demi seorang daripada tujuh ketua keluarga besar Bangsa Athos tersebut bagaikan bergilir-gilir menolak untuk dicalonkan sebagai pengganti sementara kepada Tuan Zhenith.

" Jika semua orang tidak dapat menjanjikan komitmen bagi mengetuai Kumpulan Templar,siapa lagi yang layak?"

" Pembantu Eiyo?"

Tuan Zane mencelah dan suara berbisik-bisik didalam ruangan tersebut mendadak mati dan serentak setiap pasang mata yang berada didalam ruang itu menatap lelaki dari bangsa manusia tersebut dengan tatapan tidak percaya.

"Jangan pandang saya seolah-olah saya sudah melakukan kesilapan besar " Lelaki itu nenjawab dengan nada berani " Terus-terang.Jika semua orang menolak,tak kan saya yang mengetuai Kumpulan Templar?"

" Tuan Zane !" Pembantu Eiyo tersentak dan menatap wajah lelaki tersebut dengan pandangan memberi amaran " Jaga lisan anda ! Saya tidak layak untuk itu! Ramai lagi yang paling layak dan berhak untuk menggantikan Tuan Zhenith.."

" Cuba tuan-tuan fikirkan semula.Siapa yang paling rapat dan paling tahu agenda serta perancangan Tuan Zhenith untuk Kumpulan Templar selain Pembantu Eiyo?Dan apabila Tuan Zhenith sembuh kelak,bukankah perlantikan bagi menggantikan beliau dalam keadaan beliau tidak sihat bagaikan satu konspirasi terancang untuk menggulingkan Keluarga Artemis dan perjumpaan kali ini tidak lebih daripada pemilihan seekor kambing hitam yang akan dipersalahkan nanti?"

Demi apapun !

Kiyo tidak tahu dari mana lelaki tersebut mendapat kekuatan dan keberanian bagi mengatakan hal yang memang sedang berlegar didalam benak Kiyo sebaik sahaja rancangan untuk mengadakan majlis tersebut diutarakan.Nampaknya bukan Kiyo seorang sahaja yang berfikir sedemikian .

Kata-kata kasar Tuan Zane yang menyentap kemarahan itu berhasil membuatkan Tuan Kreyo bingkas menumbuk meja dan wajah lelaki itu merah padam seperti udang rebus dan serta-merta para pengawal keselamatan keluarga masing-masing serentak mengacu pistol ke arah para pengawal keluarga yang lain.

" Walau siapa pun anda Tuan Zane, jangan lupa kedudukan anda di sini!!"

Suara Tuan Kreyo menggeram dan menatap wajah lelaki dari bangsa manusia itu dengan pandangan sengit dan berbaur kebencian.

" Seharusnya anda juga jangan terlalu memandang rendah kepada bangsa manusia,Tuan Kreyo.Tanpa kami,Bangsa Athos juga bukan apa-apa !"

" Sudah !! " Pembantu Eiyo memekik
" Sudah!! Hentikan semuanya,Tuan
Zane.!!"

Tangan Pembantu Eiyo kelihatan menggeletar dan wajahnya merah padam silih berganti menatap wajah tegang Tuan Zane dan Tuan Kreyo.Jika tidak dihentikan,majlis mesyuarat tersebut pasti akan bertukar menjadi medan pertumpahan darah kerana semuanya tahu.Para pengawal keselamatan keluarga masing-masing tidak akan teragak-agak memetik picu senjata api di tangan masing-masing jika majikan mereka diancam bahaya.

" Tolong ketepikan ego tuan-tuan demi kesinambungan hubungan baik antara Kumpulan Templar dengan bangsa manusia.Selama ini kita boleh sahaja bekerjasama dengan baik dalam situasi menang-menang.Kenapa di sebabkan hal kecil,kita semua berbalah?"

Mendengar kata-kata Pembantu Eiyo,Tuan Kreyo kembali duduk walaupun wajahnya masih membera sementara Tuan Zane mengisyaratkan kepada pengawal peribadinya agar kembali menyarungkan pistol yang sudah di acu sebentar tadi.

" Puan Ertha.." Toleh Pembantu Eiyo kearah wanita berpakaian kemas di sebelahnya." Taipkan satu draf perjanjian sementara dengan pasukan guaman setiap keluarga dengan kadar segera.Kita mesti memutuskan siapa yang bakal mengetuai Kumpulan Templar secara sementara bagi menggantikan Tuan Zhenith."

+ + +

Continue Reading

You'll Also Like

10.9K 39 3
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg
45.4K 10.6K 25
K A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tib...
45.5K 2.8K 33
Qays Nufail. Nama diberi oleh ibu ayahnya yang tercinta. Walaupun hidup sebagai anak yatim, Qays tetap tabah hidup bersama ibunya, Puan Mariam. Anak...
852K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...