LAST HUNTER II : VARTRA

By mynameismas

24.1K 2.3K 1.4K

Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang be... More

-01-
-02-
-03-
-04-
-05-
-06-
-07-
-08-
-09-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-41-
-42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-49-
-50-
-51-
-52-
-53-
-55-
-56-
-57-
-58-
-59-
-60-
-61-
-62-
-63-
-64-
-65-
-66-
-67-
-68-
-69-
-70-
-71-
- MERAIKAN PEMBACA-
-BUKAN UPDATE-

-54-

258 32 12
By mynameismas

IMBAS SEMULA
KEII

Bayang-bayang tinggi lelaki bertubuh kekar itu menutupi wajah Keii dan imej terakhir yang dilihat Keii adalah sebilah pedang yang diangkat tinggi melebihi paras kepala dan kemudian dihayun sepenuh tenaga tepat ke arah lehernya sebelum telinganya menangkap bunyi berdesing yang tajam dan nyaring  lalu segalanya bertukar gelap.Dia tidak mampu untuk mengelakkan libasan mata pedang tersebut sama sekali.

Namun penglihatan gelap yang membungkus penglihatannya itu perlahan-lahan bertukar kemerahan dan semakin terang dengan cahaya putih yang berkilauan sementara rasa sejuk yang merambati tubuhnya terasa mulai hangat lagi.Telinganya yang tadi hanya dipenuhi kesenyapan entah sejak bila mulai menangkap bunyi besi berlaga dan sorak-sorai yang sayup.Malahan tidak ada pula mata pedang yang menyinggahi mana-mana bahagian tubuhnya.

" Keii.."

Tangan yang hangat menepuk pipinya berkali-kali memaksanya kembali membuka mata dan seraut wajah tirus berambut perang sedang menatapnya dengan senyuman terkembang pada bibirnya.

Sementara pemuda itu melelapkan tangan pada luka-luka kecil di sekujur tubuh Keii,matanya menangkap tiga susuk tubuh lain di hadapan sana sedang menghunus senjata masing-masing.Aneh dan langsung tidak masuk akal bagaimana setiap kali tangan pemuda tersebut dilekapkan ke arah luka pada tubuhnya,setiap kali itu jugalah ada cahaya hijau yang terbit dari celah jari pemuda tersebut bersama rasa hangat yang nyaman.

Salah seorang daripadanya berambut hitam arang dan kelihatan sedang tunduk mengelakkan libasan potongan besi yang dihayunkan tidak teragak-agak kepadanya.Ada ketikanya dia menggolekkan diri ke tepi dan bingkas sepantas kilat lalu melibaskan pedang membuatkan penyerangnya kucar-kacir.Malahan bukan sekadar libasan pedangnya pantas bahkan tatkala dia melompat tinggi,tubuhnya ringan sahaja seolah-olah menafikan hukum tarikan graviti.

Di satu sudut yang lain,kelihatan pula seorang lelaki lain berambut hitam kemerahan yang tinggi lampai dan berkulit cerah sedang menghadapi serangan tiga orang lelaki sekaligus dengan tangan kosong.Dengan gerakan yang lincah,tepat dan tangkas-salah seorang daripada penyerangnya terlentang akibat menerima satu penumbuk tepat di bawah dagu.

Manakala lelaki terakhir yang dilihat Keii berambut hitam dengan tona keunguan itu walaupun tubuhnya nampak tidak setegap dua susuk tubuh yang lain,Keii tahu pemuda itu juga memiliki kemahiran mempertahankan diri yang cukup bagus.

Maka tidak sukar baginya untuk mengelakkan serangan lelaki bersenjatakan besi pendek ataupun kayu baseball yang jauh lebih tegap daripada tubuhnya sendiri.Pemuda itu kelihatan ringan meliang-liuk tetapi penumbuk dan penendangnya padu sekali membuatkan penyerangnya tumbang tertiarap ke atas permukaan jalan.

" Tunggu disini dan jangan bergerak ke mana-mana.."

Begitu kata pemuda berambut perang tersebut lalu berdiri sambil menyinsing lengan baju yang membalut tubuh tegapnya.Selepas berundur dua tiga tapak menjauhi Keii yang terbaring berlumuran darah,dia berdiri tegak dan mulai menggumamkan sesuatu dalam bahasa aneh yang tidak pernah didengari oleh Keii selama ini.Dan serta-merta tubuh Keii seperti dibaluti satu hawa suam dan kontra sekali dengan suhu dingin malam penghujung musim luruh ketika itu.

Sambil terbatuk,Keii bangun perlahan bertunjangkan sikunya yang berdarah dan dalam keadaan masih terpinga-pinga dengan kedatangan empat susuk tubuh pemuda dihadapannya itu,melalui sinaran lampu kenderaan dihadapannya-Keii dapat melihat bagaikan ada satu tabir tipis seperti buih sabun yang mengelilinginya dan melindunginya daripada asakan angin sejuk malam itu.Dan Keii tidak tahu bagaimana atau dari mana ia muncul.

Berada dalam keadaan luka dan cuaca sejuk adalah dua perkara yang disedari Keii akan membunuhnya dengan pantas jika tidak diselamatkan oleh susuk tubuh misteri tersebut.Luka  parah pada paha dan perut kirinya yang mengakibatkan kehilangan darah yang banyak malahan diburukkan lagi dengan cuaca sejuk lembap yang mempercepatkan hipotermia ataupun gejala penurunan suhu badan yang melampau dan boleh mengakibatkan kematian.

Dalam pandangannya yang semakin terang dan perkara paling ajaib daripada hal itu adalah bagaimana darah yang mengalir daripada luka pada paha dan perut kirinya yang menganga itu sudah berhenti,Keii tergamam lagi untuk kesekian kalinya.

Dan kali ini di hadapan matanya sendiri dia menyaksikan bagaimana lelaki berambut hitam kemerahan itu tegak sahaja bagaikan menunggu lelaki berpakaian hitam yang bersenjatakan pedang pendek,batang besi dan kayu pemukul baseball itu menyerbunya seperti hilang akal barangkali apabila melihat rakan mereka yang lain sudah terkapar tidak sedarkan diri.

Namun belum sempat senjata lelaki-lelaki penyerang itu hinggap ke tubuh pemuda tersebut,mereka sudah tercampak ke belakang semula seperti terlanggar satu dinding getah yang lutsinar sedangkan pemilik susuk tubuh berambut hitam kemerahan itu di hadapan hanya sekadar berdiri tegak menyampirkan pedangnya ke bahu

Berkali-kali Keii mengerjapkan matanya apabila dia seakan-akan tidak percaya bahawa dihadapan matanya sendiri ,susuk tubuh itu menjelma menjadi satu susuk tubuh berambut putih keperakan yang panjang sebahu yang berkibar ditampan angin malam yang mendadak berhembus kencang membawa bersama daun-daun kering di atas permukaan jalan.

Sementara itu,pemuda berambut perang itu berdiri sahaja memerhatikan keadaan dengan gestur tenang dan selamba.Berpeluk tubuh gagah menahan rempuhan angin kasar yang menggigit kulit.

Mata Keii seakan hendak bergolek keluar apabila entah mengapa seperti dirasuki semangat jahat yang bergentayangan,lelaki-lelaki penyerang itu mulai melibas senjata masing-masing sesama mereka dan membiarkan sahaja tiga susuk tubuh dengan warna rambut yang berbeza itu berjalan melepasi mereka bagaikan tidak ada apa-apa yang berlaku sebelum itu.

Dan dengan bersahaja,pemuda berambut perang itu meraih salah satu tubuh yang sudah terlentang dengan kepala senget hanya menyisakan kulit leher yang kecil akibat disinggahi mata pedang rakannya sendiri lalu menghadap Keii dengan wajah selamba sedangkan Keii sudah kaget bercampur hairan yang bukan kepalang.

Hairan melihat bagaimana rambut putih keperakan pemuda tinggi lampai itu bertukar lagi kepada warna  hitam kemerahan seperti warna asal yang dilihatnya sebentar tadi.

Hairan dengan kelakuan para penyerang tersebut yang bertindak liar  sesama mereka dan hairan bagaimana dua lagi susuk tubuh lain itu melangkah tenang bersebelahan sambil menyarung kembali pedang masing-masing yang dilihat Keii hanya digunakan untuk menangkis serangan daripada pihak lawan dan langsung tidak berniat untuk membunuh mereka.

Pemuda berambut perang itu menoleh lalu membengkokkan lututnya separuh mencangkung . Menjulurkan tangan menembusi dinding yang kelihatan seperti buih sabun tersebut dan Keii yang masih tidak berdaya untuk menggerakkan anggota tubuhnya hanya pasrah apabila cincin dengan motif khusus Kumpulan Templar itu dilucutkan daripada jarinya.

Tanpa memperdulikan Keii yang masih terpinga-pinga,cincin tersebut disarungkan ke jari kepunyaan tubuh lelaki yang diraihnya tadi dan Keii benar-benar hendak tumbang apabila dalam sekelip mata sahaja,susuk tubuh hampir tidak berkepala itu bertukar menjadi tubuh yang menyerupai Keii sendiri malahan mengenakan pakaian yang sama seperti apa yang dipakainya.

Dia melihat replika tubuhnya sendiri dihadapan sana.Terbaring dengan berlumuran darah dan kepalanya tersangkut senget ke bahu hanya oleh cebisan kulit leher yang kecil dalam satu pandangan yang sangat mengerikan.

" Mark,Rein dan N boleh uruskan semuanya?"

Begitu lelaki berambut hitam arang itu bertanya sambil menoleh kearah tiga lagi pemuda yang berada disitu .

" Ya." Angguk lelaki berambut hitam keunguan tersebut sambil tersenyum sekilas .

" Baik..Aku pergi dulu.."

Sahut lelaki berambut hitam itu lalu melangkah menghampiri Keii yan masih terkebil-kebil.Dan sebaik sahaja tangannya menyentuh lengan Keii,dia merasakan tubuhnya seperti disedut oleh satu tenaga aneh menyebabkan dia seperti berpusing dengan ligat dan penglihatannya dipenuhi warna putih silau yang bergerak dengan kepantasan luar biasa memaksanya menutup mata sambil berpaut sekuat yang dia mampu ke lengan pemuda tersebut.

Dan apabila dia membuka matanya semula,dia sudah berada di dalam sebuah ruang tamu berwarna hijau epal yang cerah dengan susunan perabot yang kemas malahan ada wajah Ara yang tersenyum lebar menatapnya dan seorang demi seorang ada empat susuk tubuh lain datang menghampirinya.

+                +               +

Continue Reading

You'll Also Like

3.8K 397 15
[COMPLETED] Achievement~ 🌹2nd of The Uranus Mystery Horror-𝓡𝓮𝓪𝓵𝓰𝓪𝓵𝓪𝔁𝔂𝓪𝔀𝓪𝓻𝓭🌹 Kerana jiwa yang sangat ingin tahu, Emma Anderson (17 t...
SELINDUNG✔ By Aîm

Mystery / Thriller

187K 20K 50
"Kalau kau boleh berselindung atas nama syaitan, aku akan berselindung atas nama Tuhan," - Hazrel Dalam tidak sedar dia menempah sekelumit dendam pad...
147K 841 4
Kisah seorang suami pendiam dan tidak berani bersuara untuk mempertahankn haknya. Dia hanya mampu melihat kawannya mencabul dan mengerjakan bininya h...
69.5K 3.5K 26
Atisya-Aurora. Mereka adalah perempuan dari dunia yang berbeza. Aurora merupakan masa silam yang begitu lama dilupakan orang. Manakala Atisya perempu...