LAST HUNTER II : VARTRA

By mynameismas

24.1K 2.3K 1.4K

Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang be... More

-01-
-02-
-03-
-04-
-05-
-06-
-07-
-08-
-09-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-41-
-42-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-49-
-50-
-51-
-52-
-53-
-54-
-55-
-56-
-57-
-58-
-59-
-60-
-61-
-62-
-63-
-64-
-65-
-66-
-67-
-68-
-69-
-70-
-71-
- MERAIKAN PEMBACA-
-BUKAN UPDATE-

-43-

265 31 10
By mynameismas

Suaranya serak tenggelam timbul dalam jeritan yang semakin perlahan melihat kenderaan dihadapannya yang terbalik dengan empat roda ke atas itu mulai tidak kelihatan dalam julangan api yang berkobar-kobar.

Percikan air dari muncung paip besar yang diacukan anggota bantuan kecemasan responder pertama bagaikan butiran halus gerimis yang turun dari langit sementara sambaran lampu biru putih dan siren kenderaan peronda pasukan keselamatan tidak ubah bagaikan denyar kilat yang menyambar penglihatannya.

Dia memang tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya kerana tatkala kenderaan tersebut memasuki lorong menuju ke arah jambatan yang merentangi sungai separuh beku itu,dia hampir terlelap kerana hari yang sejuk dan semakin menghampiri lewat malam.

Dan tahu-tahu sahaja dia sudah terbaring di atas pengusung dan kenderaan yang dipandu oleh ibunya itu melintang terbalik di lorong sebelah.Sementara sayup-sayup terasa pipinya di tepuk dan baju yang dipakainya di gunting dengan cepat manakala pada mulutnya diserkupkan sesuatu.Dan hampir serta-merta seluruh sendinya mendadak kebas dan tubuhnya terasa ringan melayang.

Terjaga semula dia membuka mata dalam satu persekitaran yang asing dengan serba-serbinya berwarna putih.Kaki kanannya berbalut simen dan pergelangan tangan kirinya disambungkan kepada satu cairan merah pekat melalui tiub halus.Disisi katilnya, wajah ayahnya dalam kot hitam dengan wajah paling murung yang pernah dilihatnya.Dan dari riak wajah ayahnya begitu tahulah dia bahawa ada sesuatu yang buruk telah berlaku.

Hujan gerimis yang turun perlahan-lahan seakan lirih dengan suasana suram di kawasan tanah perkuburan tersebut semakin menambahkan rasa remuk yang dirasakannya tatkala abu jasad sang ibu di taburkan perlahan ke permukaan tasik.Riak halus dan gelombang kecil di permukaan tasik menghantar rasa pedih yang tidak terkira didalam hatinya.

Mulai saat tersebut, tasik hijau yang dikelilingi pohon rimbun itu adalah tempat dimana dia selalu menumpahkan keluh kesah kerana riak air yang ditiup angin terasa seperti gumaman halus kata-kata memujuk dari sang ibu.

" Tuan Muda.."

Satu suara menendang gegendang telinganya pada suatu hari semasa kunjungannya yang entah ke berapa ratus kali.Ada wajah asing yang sama sekali tidak dikenalinya sedang menatap dengan senyuman lebar dan bersahabat.

" Siapa?"

Segera lelaki itu melutut menyebabkan wajahnya yang tampak baik hati serta sisa garis tampan dari masa mudanya itu berada separas .Kedua-dua tangan lelaki itu mencengkam kejap bahunya.

" Nama pakcik Erytheia.Sahabat Puan Besar.."

Mendengar sahaja nama itu disebutkan,dia menghamburkan diri kedalam pelukan lelaki separuh usia tersebut dan menangis semahu-mahunya menumpahkan seluruh redam dan remuk perasaannya apabila ditinggalkan oleh ibu tercinta dalam usia yang masih terbilang sangat muda.

" Pakcik ada membawakan sesuatu.."

Dalam linang air mata,dia menatap wajah lelaki tersebut sebaik sahaja lelaki itu mengeluarkan satu kantung daripada kain yang dijahit kemas.

" Hidup kita adalah sebuah perjudian, Tuan Muda..Kalau kita tidak berani mengambil risiko,kita tidak akan sampai ke mana-mana." senyuman lelaki itu masih bergayut pada dua ulas bibirnya." Tuan Muda berani mengambil risiko?"

Dia tidak tahu bagaimana hendak memberikan respon kepada pernyataan sekaligus pertanyaan itu tetapi tahu-tahu sahaja dia menganggukkan kepala.Sungguh.Buat pertama kali dia terpesona dengan kebijakan yang dirasakannya daripada pilihan kata-kata lelaki tersebut.

" Didalam uncang ini ada 100 butir batu pelbagai warna.Kalau Tuan Muda berjaya memilih batu yang berwarna hitam, pakcik.."

Kata-kata lelaki itu jeda seketika sambil meletakkan tangan kanannya pada dada dan menatap dengan sinar
mata yakin.

" Pakcik akan melindungi Tuan Muda dengan nyawa pakcik sendiri sesuai dengan permintaan Puan Besar
lama dulu."

Bagaikan dipukau dengan mantera ajaib , dia menjulurkan tangan ke dalam uncang tersebut sambil menutup mata dan berharap agar butiran kecil didalam genggamannya itu adalah butir batu berwarna hitam.

Dengan kelopak mata yang gementar,dia membuka matanya dan alangkah ajaibnya-butir batu leper dan halus diatas tapak tangannya itu berkilauan ditampan sinar matahari.

Batu hitam !

Tanpa sebarang kata,lelaki itu memeluk kejap tubuhnya dan entah mengapa dia berasa selamat dalam rengkuhan tangan susuk tubuh tersebut.Rasa nyaman mengalir perlahan dan merambat didalam urat darahnya.

Dan begitulah .Lelaki dengan nama Erytheia itu menjadi sahabat terbaik yang dia ada malah lelaki itu selalu ada untuknya pada saat dan ketika ayahnya sendiri sentiasa sibuk dengan hal-hal Kumpulan Templar.

Lelaki itu berjaya mengubah sudut pandangnya tentang hidup dan kehidupan secara total.Daripada seorang anak yang terpuruk akibat kehilangan tempat bergantung harap, dia berubah menjadi seorang yang kuat dan penuh dengan rasa percaya diri.

Lelaki itu adalah sahabat terbaiknya,susuk pelindung kiriman sang ibu malahan menjadi gurunya hampir dalam semua hal.

Susuk tubuh itu mengajarinya bagaimana untuk selalu tegar dan mengasah keperibadiannya agar lebih kuat.Malah dia juga mengajarinya bagaimana untuk mempertahankan diri,mengajarnya bermain pedang dan menunggang kuda serta segala selok-belok tentang permainan Mov-satu permainan perang minda yang dipenuhi strategi serta kelicikan tersendiri.

Dan jauh lebih besar daripada itu, sang guru ada disampingnya dan selalu menunjukkan sokongan tatkala Istana Templar huru-hara akibat keputusan ayanhnya untuk berkahwin sekali lagi itupun dengan seseorang yang mengejutkan.Seorang wanita dari kalangan bangsa manusia.Satu bangsa yang berada dalam hierarki dibawah Bangsa Athos sendiri.

Satu prinsip permainan Mov yang difahami dan diadaptasi dalam kehidupannya adalah kebijakan menyembunyikan perasaan yang sebenar agar tidak dapat dibaca dengan mudah oleh pihak musuh.

Ya.Dia berjaya menyembunyikan rasa marah,rasa dikhianati,rasa dipinggirkan dan pelbagai rasa yang bercampur-baur itu daripada musuh sebenarnya iaitu susuk tubuh wanita dari bangsa manusia yang tiba-tiba memegang status Puan Besar Istana Templar.

Luka hatinya tidak pernah sembuh malahan setiap hari luka itu menganga lagi dan semakin sakit seperti ditaburi garam apabila dia mendapat tahu bahawa dia akan menjadi seorang abang tidak lama lagi.Kemuncak kepada seluruh rasa bencinya tiba pada suatu petang penghujung musim panas apabila seorang bayi lelaki bermata hitam bersinar dengan kulit putih dan punya raut wajah teduh seperti embun dinihari diletakkan kedalam pangkuannya bersama deret senyum lebar dari sang ayah.

Rasa teruja dan gementar berbaur membuatkan jari-jemarinya tanpa sedar menelusuri lekuk wajah sang bayi yang dinamakan Darius itu.Membawa makna 'Bulan Purnama' dalam Bahasa Athos kuno.Raut wajah damai bayi mungil seakan membiusnya dan antara sedar dengan tidak,bibirnya melorekkan senyuman.

" Tuan Muda adalah kebanggaan Istana Templar dan menjadi tanggungjawab Tuan Muda untuk mempertahankan Istana Templar dan garis darah tulen Bangsa Athos.Kelemahan yang Tuan Muda tunjukkan hanya membenarkan tanggapan bahawa Puan Besar Istana Templar-ibu Tuan Muda sendiri gagal mendidik Tuan Muda menjadi anak yang baik !!"

Suara sang guru menerjah pendengarannya dan bagaikan disengat hujung besi panas,dia mematikan senyuman dan mengetatkan garis wajahnya.Ibunya dan segala amanat yang disampaikan melalui sang guru adalah seluruh martabat dan harkaat harga dirinya sebagai Tuan Muda Istana Templar yang berdarah tulen dan kedudukan itu tidak akan dapat digugat oleh seorang bayi berdarah campuran seperti Darius !

TIDAK AKAN PERNAH SAMA SEKALI !

Hari demi hari,musim demi musim dan tahun demi tahun-bayi kecil dengan nama Darius itu secara perlahan-lahan menjadi tumpuan seluruh Istana Templar dan kadang-kadang dia tidak habis fikir apa kelebihan anak berdarah campuran itu jika dibandingkan dengan dia.

Dan perkara paling dibencinya daripada seluruh kejadian itu adalah Darius tidak ubah seperti lintah yang melekat dan menempel kepadanya kemana-mana.Anak itu meraung-raung menangisinya setiap hari jika dia berangkat awal pagi dihantarkan pemandu ke sekolah sehingga memaksa ayahnya mengambil jalan pintas dengan mengupah guru peribadi dan dia terpaksa mempelajari silibus pendidikan formal melalui sistem persekolahan di rumah yang sudah tentu bukan sebarangan orang boleh memperolehinya.

Dengan mulut masih bersumbat puting getah, Darius pernah menujah kaki Guru Erytheia menggunakan pedang plastik tumpul nya apabila dia terjelepok dengan bibir berdarah semasa latihan pedang pada suatu petang.

Ajaib sekali bagaimana susuk tubuh kecil Darius selalu tampak kuat dan tampil berani apabila menyangkut hal sesiapa sahaja yang pada anggapannya boleh mendatangkan mudarat kepada sang abang.Bukan tidak pernah anak itu merengek-rengek mahukan dia sebagai peneman tidur apabila tidak sihat.

Dan hal paling menjengkelkan hatinya adalah bagaimana dia sendiri ...

" Tuan Muda.."

Keii pantas mengerdipkan matanya yang terasa pijar apabila mendengar suara pembantunya kedengaran begitu dekat.

" Ada apa?" Dia berdehem sedikit dan kembali mempamerkan raut wajah biasanya.Datar.Dingin dan tidak bersahabat.

"Tuan Muda Darius baru sampai dan nampak seperti dia tidak begitu
sihat."

Keii tidak menyahut.Jari-jarinya pantas mengumpulkan butiran batu kecil yang menjadi buah kepada permainan Mov itu yang sebenarnya sejak dari tadi sudah lama diabaikan kerana dia entah mengapa tenggelam sekali lagi dalam hambatan memori lampaunya tentang seluruh hidupnya itu.

" Arahkan pembantu supaya menyediakan makanan kegemaran Darius."

" Baik,Tuan.." Angguk sang pembantu dengan takzim.

" Sediakan ubat-ubatan herba.Darius tak suka dengan ubat moden.Dan jangan lupa mengingatkan kepada para pembantu jangan letakkan sebarang cendawan dalam masakan selagi Darius ada.Dia alergik deng.."

" Tuan.." Senyum lembut sang pembantu mematikan kata-kata Keii " Berapa lama lagi Tuan perlu berlakon pura-pura membenci Tuan Muda Darius sedangkan Tuan sangat mengambil berat tentang dia?"

" Exxe." Suara Keii menderam rendah dan menatap wajah pembantu khasnya itu tajam sekali " Kau tahukan aku tak boleh??"

" Tuan."

" Aku perlu berkasar dan bersifat kejam kepada dia supaya nanti dia kuat dan boleh menghadapi ancaman musuh dari dalam dan luar Istana Templar yang hanya menanti masa untuk mengacu pedang ke lehernya ! Kalau dia membesar menjadi seseorang yang bergantung kepada orang lain,bagaimana hidupnya nanti setelah aku tidak ada? Apa jaminan ahli-ahli Kumpulan Templar akan tetap menghormati dia seperti sekarang apabila aku dan ayah sudah tidak ada nanti ??"

" Saya tahu niat Tuan baik tapi Tuan sedar atau tidak tindakan Tuan ni melukakan hati Tuan Muda Darius? Tuan fikir saya tidak tahu yang Tuan selalu melindungi dia dalam diam-diam? Bagaimana Tuan selalu dihukum oleh Tuan Besar apabila Tuan selalu berkelahi dengan mereka yang membuli Tuan Muda Darius lama dulu?"

" Semua itu tidak akan bermakna jika dia tahu hal yang sebenar bahawa aku yang membunuh ibunya."

" Tapi Tuan tidak sengaja!!" Tukas Exxe pantas." Masa Tuan memasuki bilik Puan Besar,Puan Besar memang sudah meninggal dunia."

" Semuanya kelihatan seperti aku yang membunuh Puan Emerya jika bukan kerana Guru mencipta alibi dan memberi keterangan pada pasukan keselamatan pada masa tu !"

+              +              +

Ara terpaksa menggigit bibirnya bagi memastikan dia tidak terjerit tatkala butir-butir pertengkaran diantara Tuan Muda Keii dan pembantu peribadi khasnya itu kedengaran jelas daripada peranti pengawasan khas yang dipasangan mereka di dalam bilik tersebut.

" Ara." Mark menoleh dengan
wajah pucat " Nampaknya kita telah mengetahui sesuatu perkara yang tak patut kita ketahui !!"

+             +             +

Continue Reading

You'll Also Like

176K 15.2K 97
Just imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampa...
135K 10.7K 59
Kelangsungan hidup. Good vs evil, courage dan heroism, pemberontakkan dan banyak lagi konsep dalam hidup ni mengambarkan sikap seseorang. Lagi-lagi p...
13.1K 1K 62
Hye semua... Nama saya...ermm...korang boleh panggil saya 'Sya' je...junior saya pun panggil saya 'Kak Sya'. Sebelum korang baca cerita saya ni,koran...
61K 230 13
HANYA SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA