|√| [S1 & S2] Isteri Palsu...

By idaekim-

247K 21.3K 3K

[idaekim's romance angst fanfiction] S1 Completed (2017-2018) S2 Completed (2018-2019) Kim Taehyung X Shin Y... More

Prologue
01 + First Of All
02 + First Night
03 + Memory
04 + Busted
05 + Almost
06 + Drunk
07 + Grandchild?
08 + But, why?
09 + Missing You
10 + Worry
11 + Curious
12 + Misunderstood
13 + Secret
14 + Flashbacks
15 + Good News?
16+ Bad Dreams?
17 + Depression
18+ My Child
19+ Meet Again
20+ I'm Begging You
21+ New Lover?
22+ Dilemma
23+ Pity Love
24+ Punishment
25+ Happy
26+ Ignore Him
27+ Approval
28+ Old Lover
29+ Who's Her?
30+ Get Out From Hell
31+ Unexpected Incident
32+ Don't Touch Her
33+ Don't Leave Me
34+ He's Missing?
35+ Promise Me?
36+ I Choose You
37+ Yeon Tae
38+ Go Die, Bitch
39+ Still Thinking
40+ The Finale
Special Chapter
Notes From Author
Preview S2
01S2
02S2
04S2
05S2
06S2
07S2
08S2
09S2
10S2
11S2
12S2
13S2
14S2
15S2
16S2
17S2
18S2
19S2
20S2
21S2
22S2
23S2
24S2
25S2

03S2

1.9K 191 60
By idaekim-

Triple update for today. Esok pulak ye? Hehe😚

Buona Lettura♡

•••

"Ingat. Jangan tunggu abang balik. Abang tak nak abang balik malam ni tengok sayang tidur atas sofa. Abang nak sayang tidur kat dalam bilik. Faham?", Taehyung berkata pada Yeora dan Yeora hanya mengangguk perlahan.

Seusai melihat kereta Taehyung menghilang dari pandangan matanya, hatinya tiba-tiba diserang rasa tidak sedap hati.

Dia menggelengkan kepalanya laju, cuba untuk menghilang perasaan negatif yang mula menyerang lubuk hatinya.

---

"Mama. Mana papa? Lama tak main dengan papa", Yeosoo yang sedang bermain bersama Yeon Tae itu tiba-tiba bertanya pada Yeora yang membuat Yeora terpempan.

"Papa kerjalah sayang. Nanti malam papa balik ye?", Yeora menjawab dengan senyuman nipis dihadiahkan pada Yeosoo.

"Papa asyik kerja je. Bila kita nak bercuti? Yeosoo cemburu dengan kawan-kawan Yeosoo yang selalu cerita pasal percutian diorang", Yeosoo berkata sambil tangannya masih sibuk membelek mainannya.

"Kim Yeosoo. Behave", Yeon Tae berkata pada Yeosoo lalu Yeosoo menekup mulutnya tanda dia tidak akan berkata lagi.

Yeora hanya diam. Tak tahu nak cakap apa lagi. Dia terus bangun lalu naik ke biliknya. Dia tahu ada kebenaran terselit pada penyataan Yeosoo tadi.

Dia membuka pintu dan melihat Taesoo sedang nyenyak tidur di atas katil. Dia hanya tersenyum lalu terus menuju ke arah katilnya.

Diusap lembut rambut anaknya itu. Fikirannya sudah melayang ke tempat lain.

"Mama harap papa memang bekerja setiap kali dia pulang lewat"

---

"You", terasa seperti tersangkut suaranya apabila Taehyung mengamuk di hadapannya.

Taehyung memandang tajam ke arah Reena dengan nafasnya yang tidak stabil. Peluh menitik di dahinya.

"Aku penat! Kau kerja nak semak! Aku tolong kau sebelum ni, dah selesai, berambuslah! Yang kau nak berkepit kat laki orang dah kenapa?!", Taehyung menjerit. Tiada siapa yang berani masuk ke dalam pejabatnya.

Jarang melihat Taehyung begini. Sekali dia bertukar rupa, sisinya yang disembunyikan akan dizahirkan juga. Dan, sekarang ialah buktinya.

Reena terdiam. Matanya terkebil-kebil melihat Taehyung yang sudah menyelerakkan meja pejabatnya. Reena dengan beraninya berjalan menuju ke arah Taehyung.

"Jangan datang dekat!", jerit Taehyung lagi. Reena masih berjalan perlahan-lahan ke arah Taehyung.

"You ni kenapa nak marah-marah I? Apa yang you dapat daripada kemarahan you tu? Kalau you layan I baik-baik, I pun akan selalu dengar cakap you. Tak adalah I asyik melawan je. Lagipun, sejak you tolong I, I dapat rasa yang kita dah ditakdirkan bersama", Reena mula berkata-kata.

Dia telah menaruh cintanya sejak Taehyung membantunya dulu. Di saat dia susah itulah, dia rasa Taehyung satu-satunya pengubat segala kepayahannya.

Hampir tangan Taehyung ingin mendarat pada pipi kiri Reena, tangannya ditahan oleh Reena. Reena dengan pantas mencium bibir Taehyung.

Taehyung terus menolak tubuh Reena lalu ditampar kuat pada pipi yang ingin ditamparnya tadi.

"Kau sedar tak yang aku ni suami orang?! Kau bodoh ke apa?!", Taehyung menjerit lalu disapu bibirnya dengan tisu yang tersedia di atas meja pejabatnya.

Reena sudah jatuh tersungkur akibat ditampar oleh Taehyung tadi. Dipegang pipi yang mula terasa perit bisa daripada tamparan itu.

Taehyung meramas rambutnya kasar lalu menjerit kuat sebelum dia mengambil kit kerjanya dan keluar dari pejabatnya meninggalkan barang-barang yang berselerak di dalam pejabatnya bersama Reena.

Reena tersenyum sinis sebelum mengaduh sakit apabila pipinya mula berbisa kembali.

---

"Mama nak pergi mana?", Taesoo yang baru bangun tidur bertanya pada Yeora yang sedang menukar pakaian untuk keluar.

Yeora terdiam sebelum berpaling pada Taesoo yang berada di atas katil.

"Mama nak keluar jap", jawabnya sebelum mengambil dompetnya serta telefon pintarnya.

"Nak ikut", tiba-tiba Taesoo berkata. Yeora terdiam. Tak tahu sama ada nak bawa Taesoo bersama ataupun tidak.

Dia sebenarnya bertekad ingin pergi ke pejebat Taehyung sekali gus memberinya bekal makanan untuk makan malam. Takut juga Taehyung tidak makan malam.

"Hmm. Jomlah. Mari sini", Yeora mendepakan tangannya lalu Taesoo berlari ke arahnya. Didukung Taesoo lalu terus Yeora turun ke tingkat bawah.

"Yeon Tae! Jaga Yeosoo jap. Mama nak keluar dengan Taesoo. Kalau lapar, ada makanan dalam microwave", Yeora menjerit sebelum keluar dari rumahnya.

Sampai sahaja keretanya yang dinaikinya di tempat parkir berhadapan dengan syarikat Taehyung, terus dia keluar dari perut kereta bersama Taesoo di dukungannya.

"Ni kat mana mama?", Taesoo bertanya sambil menepuk bahu Yeora.

"Tempat kerja papa kamu. Mama nak bagi makanan kat papa kamu", Yeora menjawab lalu Taesoo hanya mengangguk sambil bermain dengan rambut Yeora.

Semua staf di situ menunduk hormat apabila mata mereka ternampak kelibat Yeora yang merupakan isteri kepada CEO mereka.

Terus lif ditujunya dan dimasukki perut lif itu apabila pintu lif terbuka. Taesoo hanya diam begitu juga Yeora. Menanti lif untuk berhenti di tingkat di mana terletaknya pejabat Taehyung.

Nasib sahaja dia pernah datang beberapa kali dulu ke sini.

"Saya nak jumpa suami saya", Yeora berkata pada setiausaha Taehyung. Setiausahanya kelihatan gelabah.

"Tapi, puan. Sekarang erm. Dia ada tetamu", setiausahanya berkata. Yeora hanya mengangguk faham, baru sahaja dia ingin neredar ke ruang menunggu berdekatan situ, telinganya berjaya menangkap bunyi barang dijatuhkan dengan kuat dan tengkingan dari dalam bilik Taehyung.

Yeora dengan laju terus menuju ke arah pintu pejabat Taehyung.

"Err, puan-", Yeora terus mengangkat tangannya tanda suruh setiausaha Taehyung itu berhenti bercakap.

Dibuka sedikit pintu pejabat Taehyung dan matanya cuba melihat apa yang berlaku. Kelihatan seorang perempuan sedang berjalan ke arah Taehyung dan seperti sedang bercakap sesuatu pada Taehyung.

Barang-barang Taehyung kelihatan berselerak di atas lantai pejabatnya.

"Mama. Mama. Taesoo lapar", Taesoo berkata lalu ditarik tangan Yeora yang berada dipintu. Pintu pejabat Taehyung tertutup kembali.

"Kejaplah, Taesoo. Nanti kita singgah kedai runcit beli makanan", dibuka semula pintu pejabat Taehyung dan apa yang mengejutkan, Taehyung sedang bercium dengan perempuan tersebut.

Tangan Yeora terlepas daripada menahan pintu itu. Tangannya yang sedang memegang bekal makanan Taehyung juga terlepas sehingga tumpas di lantai.

Matanya berkelip-kelip. Digosok matanya perlahan kerana masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Tidak dia sangka, inilah apa yang membuatkan Taehyung sering pulang lewat ke rumah. Harapannya yang mengharap agar Taehyung benarhbenar bekerja lewat malam punah apabila bukti sudah tertayang di hadapan matanya tadi.

Matanya bergetar. Taesoo yang berada di dalam dukungannya itu sudah mengelap air mata yang mula mengalir.

"Mama jangan nangis"

Yeora terus tersenyum nipis.

"Mana ada. Mata mama masuk habuk je ni. Entah kenapa melebih pula", Yeora tersengih cuba untuk menenangkan diri.

Perkara yang dia lihat benar-benar buat hatinya memberontak. Terpempan dirinya melihat adegan tersebut.

Yeora sudah menapak perlahan-lahan kebelakang. Lalu, dia ingin berpaling tetapi lain yang jadi apabila pintu pejabat Taehyung dibuka dengan kasar.

Taehyung terpempan. Yeora yang matanya sudah merah itu mengalirkan air mata kembali.

"Sayang", Taehyung memanggil Yeora tetapi Yeora diam.

"Papa. Taesoo rindu papa", Taesoo memanggil Taehyung tetapi Yeora dengan pantas terus berlari ke arah lif tadi.

"Sayang!"

Continue Reading

You'll Also Like

76.4K 4.8K 25
Apa akan jadi pada rumah tangga Raeun dan jungkook bila kekasih lama Jungkook kembali untuk menagih kasih sayang lelaki itu , macam mana pula dengan...
72.8K 4.5K 25
ᴀᴘᴀᴋᴀʜ ᴊᴀᴅɪɴʏᴀ ʙɪʟᴀ ᴋɪᴛᴀ ᴍᴇᴍʙᴜᴋᴀ ᴍᴀᴛᴀ ᴅᴀɴ ꜱᴇᴅᴀʀ ᴋɪᴛᴀ ꜱᴜᴅᴀʜ ʙᴇʀᴀᴅᴀ ᴅɪ ᴢᴀᴍᴀɴ ʟᴀɪɴ? ᴅɪᴋᴇʟɪʟɪɴɢɪ ᴘᴇʀꜱᴇᴋɪᴛᴀʀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀꜱɪɴɢ, ᴀᴢʜᴀʀ ᴍᴇᴍᴜᴛᴜꜱᴋᴀɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴᴄᴀʀɪ...
818K 27.9K 19
"Aku terima nikahnya Wafa Nur Zara Binti Abdul Malik dengan mas kahwin RM250 tunai." -Taufiq Danial Jeon ••• - Isl...
16.7K 2.1K 24
[ YOON JAEHYUK FANFICTION ] Bila kau seorang yang nakal, tak ikut peraturan sekolah. Lalu crush kat seorang pengawas sekolah. Rasanya seperti anda me...