Β©π“π€πŠπƒπˆπ‘πŠπ” 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀�...

By rissyaleeya

464K 8.8K 428

[ 𝐜𝐨𝐦𝐩π₯𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim... More

CHARACTER
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
MY OTHER BOOK
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57 (TAMAT)
MY OTHER BOOK
TD SPECIAL CHAPTER
OFFICIAL OST
EDITING DONE
MY OTHER BOOK

BAB 34

6.4K 138 10
By rissyaleeya

KYRA merebahkan badannya di atas katil sebaik sahaja balik dari fashion show. Dia berasa sangat letih sebaik sahaja sampai di rumah, orang gajinya memberitahu bahawa mama dan papanya tidak ada di rumah pada waktu itu.

Baru sahaja ingin melelapkan mata handphone nya berbunyi menandakan ada orang yang membuat panggilan. Kyra dengan malas melekapkan handphone di telinganya.

"Assalamualaikum Kyra saya nak ajak awak keluar boleh tak?" Kedengaran suara Harif di hujung talian.

"Hurmmm... petang tadi kan kita dah keluar." Balas Kyra dengan agak malas.

"Please...."

Lama Kyra diam memikirkan keputusan nya. Oleh kerana dia pergi minum sekejap je dengan Harif petang tadi terpaksa lah dia menerima ajakan itu. Kesian pula lama tak jumpa.

"Awak datang lah. Saya nak siap kejap." Ujar Kyra mengalah jua.

"Ok. Thank you." Balas Harif.

Kyra meletakkan gagang telefon.

Kyra kembali merebahkan badannya di atas katil. Dia mahu melelapkan matanya untuk seketika. 5 minit pun jadilah. Letih sangat ni.

Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik Kyra diketuk.

"Masuk lah cik som! Pintu tak kunci!" Jerit Kyra sambil berbaring. Matanya masih tertutup.

Pintu bilik Kyra dibuka. Kyra membuka matanya untuk melihat cik som. Sebaik sahaja membuka mata, alangkah terkejutnya dia kerana bukan cik som yang berada di biliknya malah seorang lelaki yang berhoodie hitam.

Kyra segera bngun dari pembaringannya.

"Kau siapa hah?!! Macam mana kau boleh ada kat sini?!!" Kyra menjerit dengan harapan cik som mendengar jeritannya.

Lelaki itu tidak mengendahkan pertanyaan Kyra dia malahan mendekatkan dirinya kepada Kyra.

Lelaki itu menutup pintu lalu menuju ke arah Kyra. Kyra pula membaling segala bantal selimut yang sempat dicapainya.

"Hei! Main kasar kau ye!" Lelaki itu juga nampaknya sudah marah dengan tindakan Kyra itu.

Dia menerkam Kyra lalu menolaknya ke katil dengar kasar.

"Tolong!!! Tolong!!" Kyra menjerit sekuat hati namun mulutnya ditekup membuatkan jeritannya tidak kedengaran.

Sedang Kyra bergelut dengan lelaki itu pintu bilik dibuka seseorang.

Puan Qairina dan Tuan Hafreez terkejut apabila melihat anak perempuan mereka bermesraan dengan lelaki lain.

"Kyra! Apa Kyra buat ni?!" Jerkah Puan Qairina.

Kyra segera bangun dari katil dan berlari ke arah Puan Qairina. Dia tahu mama dan papa dah salah faham dengan apa yang dilihat mereka.

"Mama please jangan salah faham. Ada orang cuba rogol Kyra ma.." Kyra memeluk Puan Qairina erat namun dia terkejut apabila Puan Qairina menolak pelukannya.

"Mama tak sangka Kyra macam ni. Mama dengan papa jaga Kyra, besarkan Kyra. Macam ni ke cara Kyra balas budi kami." Ujar Puan Qairina sedih dengan sikap anaknya itu. Tak sangka Kyra sudah pandai bawa masuk lelaki yang tidak dikenali.

"Kau ni siapa?!" Tanya Tuan Hafreez kepada lelaki itu.

"Saya boyfriend Kyra pakcik." Balas lelaki itu dengan selamba.

"Kau ni memang kurang ajar kan! Kau keluar dari sini sekarang! Keluar!" Tengking Kyra sambil menghadiahkan sebiji penampar pada lelaki itu.

"Bukan dia je yang patut keluar. Kyra pun patut keluar dari rumah ni." Ujar Tuan Hafreez dengan dingin.

Kyra tersentak dengan kata kata yang keluar dari mulut Tuan Hafreez itu.

Harif yang baru sampai melihat seorang lelaki keluar dari rumah itu dan terdengar suara seperti orang bergaduh di dalam rumah. Tanpa lengah, dia bergegas masuk ke dalam rumah agam itu.

"Assalamualaikum pakcik. Boleh saya tahu apa yang jadi?" Tanya Harif yang baru sampai di bilik itu. Dia risau melihat Kyra yang sedang menangis dan riak wajah kecewa Puan Qairina serta Than Hafreez.

"Waalaikumussalam. Kau pun nak dekat dia ke? Kalau kau nak back up dia kau bawa dia dengan kau! Aku tak ingin anak macam ni. Buat malu muka mak bapak je!!!" Suara Tuan Hafreez bergema di dalam bilik itu.

"Pakcik kita kan boleh bincang. Pakcik jangan dengar sebelah pihak je." Ujar Harif cuba berbincang dengan Tuan Hafreez. Dia yakin Kyra tak akan buat perkara terkutuk itu.

"Aku tak dengar sebelah pihak aku nampak dengan mata kepala aku sendiri!" Ujar Tuan Hafreez lagi.

"Harif! Tolong percayakan saya! Saya tak buat perkara terkutuk macam tu! Orang perangkap saya! Awak percayakan saya kan Harif?" Kyra beralih pula ke arah Harif dengan masih menangis teresak esak.

"Kyra saya tahu awak takkan buat perkara macam tu. Walau satu dunia tak percayakan awak. Saya tetap akan percayakan awak." Kata Harif untuk menenangkan Kyra. Dia percaya Kyra tak akan sesekali buat perkara terkutuk itu. Itu bukan Kyra yang dia kenal.

"Dah tak payah nak buat drama kat sini. Keluar dari rumah ni. Ikut lah kemana Kyra nak pergi. Kyra memang dah tak sayangkan mama dan papa lagi." Ujar Puan Qairina pula.

"Saya akan bawak Kyra keluar dari sini. Tapi tuan dengan puan jangan menyesal." Pesan Harif lalu menarik tangan Kyra.

Kyra menangis teresak esak sambil memandang mama dan papanya buat kali terakhir. Dia tak percaya ada seseorang yang sanggup buat dia macam ni. Apa salah dia?

Harif membawa Kyra masuk ke dalam keretanya.

"Awak nak bawa saya ke mana?" Tanya Kyra dengan tersedu sedu.

"Buat sementara ni awak tinggal rumah saya dulu. Tapi Mummy saya tak ada pergi oversea. Dalam dua tiga hari lagi dia balik." Jawab Harif. Itu saja tempat yang dia ada untuk Kyra buat sementara waktu.

Membulat mata Kyra apabila Harif berkata begitu.

"Maknanya, kita dua orang je lah kat rumh awak nanti?" Tanya Kyra risau. Takkan lah nak duduk berdua saja. Kena tangkap basah macam mana?

"Awak janganlah risau. Awak kenal saya kan? Kalau saya nak ambil kesempatan, dari dulu lagi saya dah buat bukan sekarang. Saya ikhlas nak tolong awak sementara awak cari rumah sewa baru." Harif meyakinkan Kyra untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.

Kyra hanya mendiamkan diri. Tiada tempat lagi untuk dia tinggal. Dia tak mahu menyusahkan Harif.

VOTE🎀
COMMENT 🎀
FOLLOW 🎀

Continue Reading

You'll Also Like

334K 9.4K 65
Biar beribu kali kau menolak, Aku sasarkan target berpeluru cinta... ****** "Kita tidur asing-asing ke?"Dengan polos aku bertanya. Bukan aku tak tahu...
562K 18.5K 53
Second romance by rosebiru12 Beautiful Cover by @ rosebiru12 Populariti?! Nahh, dia dah tak perlukannya lagi. Yang seorang Daleeya Arina perlu ialah...
296K 10.7K 51
4th Story ❀ Anggun Adhiya Affan Al-Haq Cinta dan Sayang. Dua perkara yang tidak boleh dipaksa dan kehadirannya tidak kita ketahui. ANGGUN ADHIYA...
312K 8.7K 73
"Janji jangan tinggalkan Dhia?" - Zahratul Nadhia "Memiliki sayang adalah detik yang paling bahagia dalam hidup abang." - Iqbal Irsyadi "Aku nak kau...