Mr. Doktor I love you

By thenurulaisyah

1M 31.5K 540

Irdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
AUTHOR NOTE
MDILY RAYA
AUTHOR NOTE 2.0
AUTHOR NOTES 3.0

Bab 16

17.6K 580 11
By thenurulaisyah

Malam ini, Keluarga Irdina menerima seseorang untuk dijadikan sebagai ahli keluarga iaitu Nazran.

Makan malam dimasak oleh Puan Iffah dan dibantu oleh anaknya dan menantu perempuannya. Sangat riuh apabila mereka berjumpa.

Izhar, Nazran dan Encik Adam berbual-bual di ruang tamu. Nazran menceritakan latar belakangnya sedikit. Irdina yang melihat rasa Nazran dapat membiasakan dirinya dengan keluarga. Irdina tersenyum sendiri. Irdina pergi ke arah ruang tamu.

"Abang Iz, ayah. Jom makan. Kita orang dah siap masak." Pelawa Dina.

"Haih, ajak abang dengan ayah je ke? Lupa yang kau dah ada laki?" Perli Izhar.

Irdina menggaru kepalanya yang tak gatal. Nazran cuma tahan apabila Irdina diperli oleh abangnya.

"Lupa. Jom abang." Pelawa Irdina. Terasa awkward pulak panggil 'abang'.

Mereka bergerak menuju ke meja makan. Irdina mengambil tempat di sebelah Nazran. Irdina menyenduk nasi untuk Nazran. Selepas itu, Irdina mengambil lauk-pauk untuk dihidangkan untuk Nazran.

"Cukup?" Soal Irdina.

"Cukup sayang." Kata Nazran.

Apa? Dia panggil aku sayang. Arghhhhh! Jerit Irdina dalam hati.

"Ibu, terasa semut dah berjalan dekat atas mejalah." Perli Izhar.

"Ishh abang ni! Kalau tak sehari tak kacau Dina tak boleh ke?" Marah Irdina.

"Dah. Jangan bergaduh depan rezeki. Izhar, baca doa." Arah Puan Iffah.

Mereka manadah tangan untuk membaca doa. Usai membaca doa, mereka menjamu hidangan yang disediakan oleh Puan Iffah.

~~~
Kedengaran azan isya' sudah berkumandang. Irdina pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu. Usai mengambil wudhu, Irdina terus mengambil telekung yang tergantung lalu memakai.

Pintu dibuka oleh Nazran. Dia melihat Irdina yang sedang memebetulkan telekung di hadapan cermin.

"Nak solat isya' ke?" Soal Nazran.

"Yup."

"Okay. Kalau macam tu, tunggu aku. Kita isya' sama-sama." Kata Nazran.

Irdina membentangkan sejadah sambil menunggu Nazran. Lima minit kemudian, Nazran keluar dari bilik air lalu mengimamkan Irdina untuk solat isya'.

Usai solat isya', Irdina menyalam tangan Nazran. Tangan Nazran ditahan oleh Irdina apabila Nazran mahu bangun.

"Nazran."

"Yes."

"Saya tahu yang saya bukan pilihan hati awak dan kita kahwin atas aturan keluarga. Saya tahu jugak yang awak tak cintakan saya dan saya tak cintakan awak. Memang saya mengaku yang saya tak layak untuk jadi isteri awak tapi saya akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak. Dan saya akan buka hati saya untuk terima awak sebagai suami saya. Tolong bimbing saya sebagai isteri awak. Tolong tegur saya bila saya salah." Kata Irdina.

Nazran mengusap kepala Irdina yang berlapikkan telekung. Nazran tersenyum.

"Nazran."

"Yes."

"Izinkan saya jadi isteri yang terbaik untuk awak?" Ucap Irdina dengan penuh syahdu.

"Dan izinkan aku menjadi suami kau?" Soal Nazran.

Irdina mengangguk. Irdina memeluk tubuh lelakinya itu. Nazran hanya membiarkan sahaja perbuatan. Nazran tersenyum bahagia.

~~~
Di pagi hari, Irdina keluar pergi ke sawah padi. Dia mengatur langkah menuju ke jalan antara pemisah sawah padi. Dia berdiri ditengah-tengah sawah padi. Dia melihat padi-padi yang masih menghijau. Dia mencari ketenangan di situ. Tudung shawlnya yang diletakkan di bahu terjatuh lalu dia kembali meletakkan tudungnya di bahu.

"Baaa!" Sergah Nazran.

Irdina terkejut. Dia mengurut dadanya. Nasiblah kau tu suami aku kalau tak penumbuk sampai dekat muka kau.

"Awak ni! Janganlah sergah saya macam tu." Marah Irdina.

"Okay. Janji tak buat lagi dah. By the way, kau buat apa dekat sini?" Soal Nazran.

"Cari ketenangan."

"Well, aku rasa better kau tengok muka suami kau ni yang handsome ni. Plus kau dapat pahala." Puji Nazran diri sendiri.

"Eeeiii! Daripada saya tengok muka awak, lebih baik saya tengok kerbau tu." Ujar Irdina.

"Dina."

"Yup."

"Kau menyesal tak kahwin dengan aku?" Soal Nazran tiba-tiba.

"Nazran, kalau saya menyesal kahwin dengan awak, saya takkan berdiri sebelah awak macam ni. Lagipun perasaan menyesal dalam hati saya sikit pun tak datang." Ucap Irdina.

"Andai ditakdirkan aku menutuk mata dulu dari kau, kau akan setia tak?"

"Wait, kenapa tanya soalan pelik-pelik ni?" Soal Irdina dengan berasa pelik.

"Aku just tanya je. Hey! Jawablah soalan aku."

"Mestilah saya setia." Ucap Irdina. Kata-kata itu keluar tanpa Irdina sedari. Walaupun Irdina tak cintakan Nazran tetapi kata-kata itu keluar dari hati Irdina sendiri.

Haih Dina. Kau tak ada perasaan cinta tapi kau cakap yang kau akan setia? Mungkin kau dah mula cintakan dia?" Monolog Irdina.

"Dahlah tak payah termenung sangat. Jom masuk." Kata Nazran sambil memeluk pinggang Irdina. Jantung Irdina berdetak laju. Haih jantung. Kau tak penat ke?

Mereka menuju ke rumah Irdina. Mereka masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu, terdapat Husna yang bermain dengan Raisya dan Izhar yang menonton televisyen. Irdina pergi ke arah Raisya. Irdina meminta keizinan untuk mendukung Raisya lalu Husna hanya mengangguk.

"Alah Raisya. Comelnya dia ni. Anak buah siapa? Anak buah mak ngah." Main Irdina dengan Raisya.

"Naz. Si Dina nak anak sangat tu. Kau bagilah anak buah dekat aku. Teringin jugak aku nak merasa." Gurau Izhar.

"Okay. Sayang nak berapa?" Soal Nazran.

Irdina menggerakkan rahangnya. Haih Nazran ni!

Irdina mencubit pinggan Nazran yang dari tadi ketawa tak henti. Tak payahlah gurau benda tu.

~~~
Hari ketiga Irdina berada di kampung. Dia terpaksa mengikut suaminya ke Shah Alam atas beberapa persiapan perkahwinan mereka belum selesai.

Nazran mengambil dua beg bagasi lalu dimasukkan ke dalam bonet keretanya. Selesai memasukkan bagasi, dia pergi ke arah keluarga mertuanya.

Kelihatan Irdina memeluk Puan Iffah.
Anak manja kot.

"Dina, lepas ni Dina kena dengar cakap suami. Ingat, syurga di bawak telapak kaki suami. Bukan ibu lagi tau." Nasihat Puan Iffah.

Irdina melepaskan pelukannya.

"Okay." Jawab Irdina.

Nazran menyalam Encik Adam.

"Naz, jaga Dina macam mana ayah jaga Dina ye." Pesan Encik Adam.

"Ye ayah. Naz akan jaga dia." Kata Nazran.

Usai mereka salam kedua orang tua Irdina, mereka masuk ke dalam perut kereta lalu kereta itu keluar dari halaman rumah Encik Adam.

~~~
Semasa perjalanan, Irdina tidur sahaja. Irdina yang terlena diulik mimpi dilihat oleh Nazran.

Haih bini aku ni. Tidur pun comel.

Tanpa Nazran sedar, dia mengukir senyuman di bibirnya. Entah kenapa bahagia bila melihat Irdina tidur.

Tiba-tiba, Irdina melentokkan kepalanya dibahu Nazran. Lagilah senyuman Nazran hingga ke telinga. Haih. Bahagianya!

~~~
Kereta Nazran sudah pun tiba di kawasan rumah agam keluarga Nazran. Nazran menutup enjin kereta. Dia mahu mengejutkan isterinya yang diulik mimpi.

"Dina bangun."

"Dina, kita dah sampai ni bangunlah."

"Taknak bangun eh. Takpe."

Nazran mencucuk-cucuk pinggan Irdina. Irdina yang terlena tadi bangun dari tidurnya.

"Eeeeiii! Apa awak ni. Kejut saya macam tu!" Marah Irdina.

"Dah kau tak nak bangun. Aku terpaksalah buat tu." Kata Nazran.

Irdina menggosok matanya. Dia melihat sekelilingnya. Dia berada di rumah agam keluarga Nazran. Dia keluar dari perut kereta Nazran. Mereka pergi ke pintu utama rumah agam itu. Irdina yang mahu mengetuk pintu disambut oleh Datin Najihah.

"Dina dengan Naz bila sampai?" Soal Datin Najihah apabila usai sahaja duduk di ruang tamu.

"Baru je aunty." Kata Irdina.

"Kenapa panggil aunty? Panggillah mama. Dina kan dah jadi menantu mama." Arah Datin Najihah.

"Sorrylah mama. Selama ni dah terbiasa panggil aunty." Kata Irdina.

"Papa pergi mana ma?" Soal Nazran.

"Papa keluar jumpa kawan dia." Jawab Datin Najihah.

"Naz, ajaklah Dina masuk bilik. Kamukan baru je balik. Mesti penatkan?" Kata Datin Najihah.

Nazran mengangguk. Dia membawa Irdina menuju ke biliknya. Nazran memulas tombol pintu.

"Okay. Ni bilik aku. Kau rehatlah dulu. Sambung tidur balik." Kata Nazran.

"Saya dah cukup tidur dah. I think you should rest, Naz. Awak yang drive tadikan, so awak tidurlah. Nanti asar, saya kejut awak. Kita solat sama-sama." Kata Irdina.

Nazran tersenyum. Dia masuk ke dalam biliknya. Dia menghempaskan badannya ke katil.

Irdina tergelak melihat perbuatan Nazran. Penat sangat suami aku ni.
Irdina menuju ke ruang tamu semula. Dia melihat Datin Najihah yang sedang menonton televisyen. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Datin Najihah.

"Bukan ke Dina dekat atas tadi?" Soal Datin Najihah.

"Memang Dina ada dekat atas tapi Dina turun bawah balik. Lagipun Dina bosan. Baik Dina borak dengan mama." Kata Irdina.

"Ouh. Dina, mama nak tanya sikit."

"Tanyalah."

"Semenjak Naz kahwin dengan Dina, dia layan Dina baik tak?"

"Baik sangat ma."

"Alhamdulillah. Mama harap kau orang berdua bahagia."

"Aamin." Ucap Irdina. Dia harap apa yang diperkatakan oleh mamanya menjadi kenyataan.


Continue Reading

You'll Also Like

14.4K 287 100
"Tuan Ash, saya nak kahwin dengan tuan Ash!" "Kau boleh terima apa kekurangan aku? Kau boleh terima adik aku sebagai adik ipar kau?" "Saya terima Tua...
400K 8.1K 61
[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ El Naura Elena seorang pelakon dan model terkenal terpaksa dikahwinkan bersama Amsyar Qairi seorang lelaki yang miskin dan kek...
504K 12.5K 61
BOOK 1: ADQIL X ARIDA Tengku Adqil Arzan-seorang ahli korporat yang berjaya dan dikenali. Dia dikenali kerana mempunyai wajah yang serba full pakej d...
1.8M 51K 69
COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah 360 darjah apabila dituduh berhubungan b...