Red Angel

By BuahhatiJP

83.9K 8.1K 1.8K

COMING SOON AFTER MY LOVE MR GANGSTA! RED ANGEL Rumahtangga Sofea akhirnya berakhir selepas kebahagiaannya d... More

Chap 1
Chap 2
Chap 3
Chap 4
Chap 5
Chap 6
Chap 7
Chap 8
Chap 9
Chap 10
Chap 11
Chap 12
Chap 14
Chap 15
Chap 16
Chap 17
Chap 18
Chap 19
Chap 20
Chap 21
Chap 22 (Final)

Chap 13

3.3K 367 59
By BuahhatiJP

#RedAngelchap13
#Buahhatijp
CHAP 13

Dom memimpin tangan Dean. Mereka melangkah masuk ke dalam villa itu bersama. Dari luar sahaja mereka sudah dengar tangisan Sofea. Yalie duduk di sofa menggaru kepalanya seperti orang yang sudah hilang akal. Berjam lamanya dia mendengar tangisan Sofea.

Dom memandang Sofea dengan wajah tidak bersalah tetapi rasa kasihan melihat wanita itu. Menangis seperti anaknya mati sahaja. Dom memandang Dean.

“Go to your mommy..” Arah Dom. Dean angguk dan berlari memeluk Sofea. Sofea angkat kepala dan memandang Dean. Dia menarik dan memeluk Dean erat. Seakan-akan lama tidak bertemu.

“Dean! Anak mommy! Dean....” Sofea menangis teresak-esak lagi.

“Fuh! I am done... 3 jam dia meraung non stop!” Yalie bangun dengan rambutnya yang sudah serabut terus berjalan keluar. Sempat dia tunduk hormat pada Dom.

Dom memeluk lengannya. Dia memandang Sofea yang tidak habis-habis mencium Dean. Dean pula memeluk dan membiarkan Sofea mencium dia semahunya namun Sofea tiba-tiba seperti kekejang dan dalam beberapa saat dia jatuh pengsan. Mungkin akibat terlalu menangis.

“Mommy!” Dean menjerit comel. Dia menarik tubuh Sofea. Dom berlari dan terus memeluk Sofea ke dalam dakapannya. Terkejut tambah risau melihat keadaan wanita itu.

“Your mommy mesti sudah nangis teruk sampai pengsan-pengsan ni..” Dom geleng kepala. Dia mengangkat tubuh Sofea dan terus berjalan naik ke atas. Dean mengekori langkahnya.

Dom letakkan Sofea atas katil. Dia memandang Dean.

“Biar mommy rest dulu. Dean sudah makan?” Dean angguk kepalanya. Dom percaya Ailee mesti menjaga Dean dengan baik.

Tengahari tadi dia mendapat panggilan dari ibunya. Ailee mahu bersama Dean kerana sudah lama dia inginkan cucu. Tidak sangka pula Sofea akan menjadi histeria seperti itu. Dom gelengkan kepalanyanya.

“Uncle...” Dean memanggil comel.

“A..a... daddy..” Dom menggoyangkan jari telunjuknya.

“Oh! Daddy... mommy punya muka putih....” Dom angguk faham maksud Dean. Dia perhatikan wajah Sofea yang pucat itu. Mesti dia menangis terlalu lama.

“Dean... its too late now... tidur okay?” Dom mengusap rambut anak kecil itu.

“Okay daddy...” Dean angguk.  Memandangkan Sofea tidak sihat. Dom berdiri dan terus membawa Dean ke biliknya.

Malam itu Dom menggantikan Sofea untuk bacakan buku cerita pada Dean. Nasib baik juga dia membesar dengan kasih sayang Ailee dan Graham. Dia tidak kekok ketika bersama Dean. Dia seakan dapat rasakan satu aura antara dia dan anak kecil itu. Dean akhirnya terlena. Dom membetulkan selimut Dean sebelum dia keluar dari bilik itu.

Selepas menidurkan Dean, Dom masuk semula ke dalam biliknya. Dia memandang Sofea yang masih belum sedarkan diri. Perlahan dia mendekati wanita itu. Dia cuba menyentuh dahi Sofea.

“Panas! Kau demam? Hrmmm...” Dom gelengkan kepalanya. Dia bangun dan turun ke bawah.

Dom kini berada di dapur. Dia cuba masakkan bubur untuk Sofea. Sudah lama dia tidak beraksi di dapur. Kali terakhir entah bila.

“You're lucky Angel! I never made this only for Dayana..” Dom terdiam sejenak. Ingatannya kembali pada Dayana.

Apa sahaja akan dia lakukan untuk Dayana. Dayana adalah cinta pertamanya. Walaupun dia tahu hubungan sulit Dayana dan Aaron sebulan sebelum perkahwinan mereka, dia masih mahu memberi peluang pada Dayana. Dia mahu mahu mendapatkan hati wanita itu.

Masih dia ingat macam mana gila cintanya pada Dayana dulu. Macam mana hatinya menginginkan Dayana dahulu. Sebesar apa cintanya pada Dayana. Semuanya tentang Dayana....Malangnya..Dayana memilih untuk mengkhianati dia...Dayana memilih untuk pergi tinggalkan dia dan menjadi koleksi musuhnya...

“Why Dayan? Why? Kenapa kau pilih untuk jadi pengkhianat?” Dom menggenggam jemarinya. Tanpa sedar dia menaikkan marahnya sendiri. Dom bertenang dan menarik nafas dalam-dalam sebelum menyiapkan bubur Sofea.

Selesai berperang di dapur. Dia naik membawa bubur itu. Masuk sahaja ke dalam bilik dia tidak melihat Sofea. Dom meletakkan mangkuk berisi bubur itu di atas meja solek. Dia masuk ke dalam bilik mandi mencari Sofea tetapi tidak ada.

Dom keluar dan berjalan ke bilik Dean. Dia mengeluh melihat Sofea yang sedang memeluk Dean. Dom menolak daun pintu. Sofea menoleh sekilas dengan wajah yang pucat. Matanya juga bengkak akibat menangis.

“Are you okay?” Tanya Dom perlahan tetapi tegas. Matanya yang tajam sekali memandang wanita itu. Sofea membalas renungan tajamnya.

“Tidak! Saya tidak okay! Your mom datang! Dia mau ambil Dean dari saya!” Sofea menjerit. Dom memandang Sofea tanpa kelip.

Matanya yang tajam itu di redupkan sedikit. Sofea berdiri dan berjalan ke arah dia. Wanita itu menarik lengan Dom keluar dari bilik. Pintu di tutup.

“Mr Dominic Pride, saya setuju dengan semua syarat kau. Tapi! Saya nda perna setuju untuk kau dan family kau pisahkan saya dari Dean! Tolonglah...tolonglah...saya tiada sesiapa lagi selain Dean..saya cuma ada dia...tolonglah...saya merayu..” Sofea terus melutut dan memeluk kaki Dom.

Buat pertama kali dia merasakan sangat tersentuh. Melihat tangsisan dan rayuan Sofea..membuatkan hatinya sedikit tergugat. Perasaannya gementar.

“No one will take him from you..not even me..” Dom bersuara tenang. Sofea bangun. Dia memandang Dom. Air matanya di biarkan mengalir.

“Apa pun yang kau mau saya buat, saya buat...tapi jangan pisahkan saya dari Dean...” Sofea memandang Dom dengan mata yang berkaca.

“Okay... as you wish... Okay?” Dom angguk.

“Thank you...” Sofea angguk lemah. Dom menarik lengannya menuju ke bilik mereka. Masuk dalam bilik Dom terus tutup pintu. Sekilas matanya memandang bubur yang hampir sejuk.

“Makan tu.” Arah Dom. Sofea memandang mangkuk berisi bubur itu. Berkerut dahinya. Apa angin Dom?

“Kau masak bubur?” Sofea terpinga-pinga.

“Hrmm.” Dom tunduk. Entah kenapa rasa segan tiba-tiba.

“Makanlah. Nanti sejuk. Lepas tu pigi rehat.” Dom terus masuk ke dalam bilik air. Sofea mengeluh dan mencapai mangkuk berisi bubur itu. Dia makan hingga habis.

“Sedap! Pandai juga dia masak ah...hrmmm...” Puji dia. Ingatannya kembali pada Dayana.

“Dia sama Dayana tu bercintakah dulu? Urmm...penyibuk juga kau ni Sofea! Ingat! Bukan hal kau tu! Jaga Dean saja kau. Jangan peduli hal si Dom!” Sofea mengetuk kepalanya dengan sudu.

“Ehem! Aku suruh makan saja. Bukan suruh kau ketuk kepala kau sama sudu..” Dom menaikkan keningnya. Dom yang hanya memakai tuala di paras pinggang itu berdiri sambil berpeluk lengan.

“Er..” Sofea segera bangun dan terus bawa mangkuk kosong itu keluar dari bilik. Walaupun tubuhnya masih lemah dan kepalanya berdenyut sebab terlalu menangis, dia tidak mahu terus berada di bilik yang tiba-tiba rasa 'panas' itu.

Dom mengeringkan rambutnya sebelum naik ke atas katil. Jam ketika itu sudah pun pukul 1 pagi. Dia perlu rehatkan tubuh dan otaknya. Seharian dia sibuk di luar sana dengan kerja dan hal legasi. Kediaman itu untuk dia bertenang dan nikmati hidupnya.

Sofea pula duduk di sofa ruang tamu sambil merenung lukisan yang bertabur berlian atas dinding itu. Dia sudah bertenang soal Dean. Tetapi hatinya gatal mahu sibuk pasal Dayana dan Dom.

“Bukanlah mau sibuk, tapi mau juga saya tahu apa hubungan diorang? Kan Dayana tu kakak ipar dia.. jangan-jangan diorang skandal kali ni...” Sofea membuat andaian sendiri. Dia berfikir sampailah dia terlena.

Dom yang sejak tadi memerhatikan dia menggelengkan kepalanya. Terlalu lama dia menunggu Sofea tadi menyebabkan dia turun ke bawah. Matanya memandang ke dinding. Dia sudah lupa soal itu.

“Kalau Dayan nampak dia mesti fikir aku masih ada hati sama dia..” Dom menjeling tajam. Dia menuju ke sofa. Dia pandang wajah Sofea yang masih pucat itu. Rasa kasihan... dia tunduk dan angkat tubuh wanita itu bawa naik ke atas.

*****

Sofea terbangun dari tidurnya. Dia memandang Dom yang tidak berbaju di sebelahnya. Tubuh lelaki itu membuatkan air liurnya balik-balik di telan. Dia bangun dan turun dari katil.

Perlahan dia keluar dari bilik dan menuju ke bilik Dean. Anak kecil itu masih lagi tidur. Sofea naik ke atas katil Dean dan baring. Tidak ada apa yang dapat tenangkan dia melainkan dapat memeluk Dean.

“Mommy...” Dean terjaga dari tidurnya.

“Dean...” Sofea memeluk cium anaknya.

“Semalam mommy jatuh... (pengsan)..” Dean duduk bersila di depan Sofea.

“Mommy okay sudah. Semalam Dean pigi mana?”

“Nenek ambil dari taska lepas tu kami pigi makan donut yang banyak..! lepas tu kami pigi main! Lepas tu kami pigi rumah nenek! Besar! Macam ni...!” Dean mengangkat tangannya. Sofea senyum.

“Lepas tu kami main masak-masak. Nenek cakap tunggu daddy ambil Dean..” Sofea mengerutkan dahinya. Nampak sangat Ailee sudah permainkan dia. Sofea mengetap bibirnya.

“Dean, jom! Pigi dapur sama mommy...kita main masak-masak...” Sofea bangun.

Dua beranak itu terus turun ke bawah. Dean membantu Sofea menyediakan sarapan pagi sebelum Dom bangun.

Dom tersedar dari tidurnya bila dia cuba memeluk Sofea. Wanita itu tidak ada. Dia bangun perlahan dan terus masuk ke dalam bilik mandi.

Selesai mandi dia bersiap dan turun ke bawah. Sofea dan Dean baru selesai siapkan sarapan. Dom duduk dan memanggil Dean duduk di sebelah dia. Tanpa pedulikan Sofea yang berdiri di depannya. Sikapnya yang dingin itu kembali lagi.

Sofea tunduk dan melayani Dom dan Dean makan. Dia duduk di sebelah Dom dan mengaut sarapannya sendiri. Dom masih tidak pedulikan dia. Tidak ada sepatah kata pun dari Dom untuk dia.

“Hai guys!” Yalie muncul dengan senyuman yang kacak. Matanya memandang Dean yang comel. Anak kecil itu tersenyum riang.

“Come and breakfats with us..” Pelawa Dom. Yalie duduk di sebelah Dean. Dia menjamah apa sahaja yang ada di depan matanya. Semua nampak sangat menyelerakan.

“Ehem! Dean..mari naik. Mommy kasih mandi...” Sofea bersuara bila nampak Dean sudah selesai makan. Dean angguk dan terus mengikut Sofea.

Yalie menunggu Sofea dan Dean naik ke atas baru dia buka mulut depan Dom.

“Master.. kemarin Dayan datang sini...” Yalie memandang Dom. Dom meletakkan sudunya di atas meja. Nafasnya satu per satu. Dia memandang Yalie dengan mata tajam.

“Siapa benarkan dia masuk?”

“I dont know. You know her right. Dia bagi tahu Madam Sofea pasal hubungan kamu dua. Dan lukisan pada dinding tu...” Yalie membalas renungan tajam Dom.

Dom geleng kepala dan senyum. Seperti apa yang dia duga. Dayana pasti berbangga dengan itu.

“Master, Madam Sofea..”

“Yal, panggil orang ubah tu nama...”

“Ubah? D&S?” Dom geleng kepala.

“Jadi?”

“Red Angel.”

“Hah? Apa tu?”

“Just do it...” Dom teruskan makan sarapan paginya.

Bersambung....

Continue Reading

You'll Also Like

3.1M 130K 59
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
931K 11.7K 52
NOT EDITED YET Gracie Owen's a headstrong journalist major rooms with her childhood best friend JJ Anderson for junior year, little does she know she...
319K 12K 81
"Leave, you're free. Don't ever come back here again." She said, hoping he wouldn't return and she'll get to live Hael was shocked, "Are you abandon...
1.1M 45.8K 63
Isha singh Raizadha is a girl from one of the renowned business families of Rajasthan. She completed her masters in business administration. She is...