Chap 13

3.3K 367 59
                                    

#RedAngelchap13
#Buahhatijp
CHAP 13

Dom memimpin tangan Dean. Mereka melangkah masuk ke dalam villa itu bersama. Dari luar sahaja mereka sudah dengar tangisan Sofea. Yalie duduk di sofa menggaru kepalanya seperti orang yang sudah hilang akal. Berjam lamanya dia mendengar tangisan Sofea.

Dom memandang Sofea dengan wajah tidak bersalah tetapi rasa kasihan melihat wanita itu. Menangis seperti anaknya mati sahaja. Dom memandang Dean.

“Go to your mommy..” Arah Dom. Dean angguk dan berlari memeluk Sofea. Sofea angkat kepala dan memandang Dean. Dia menarik dan memeluk Dean erat. Seakan-akan lama tidak bertemu.

“Dean! Anak mommy! Dean....” Sofea menangis teresak-esak lagi.

“Fuh! I am done... 3 jam dia meraung non stop!” Yalie bangun dengan rambutnya yang sudah serabut terus berjalan keluar. Sempat dia tunduk hormat pada Dom.

Dom memeluk lengannya. Dia memandang Sofea yang tidak habis-habis mencium Dean. Dean pula memeluk dan membiarkan Sofea mencium dia semahunya namun Sofea tiba-tiba seperti kekejang dan dalam beberapa saat dia jatuh pengsan. Mungkin akibat terlalu menangis.

“Mommy!” Dean menjerit comel. Dia menarik tubuh Sofea. Dom berlari dan terus memeluk Sofea ke dalam dakapannya. Terkejut tambah risau melihat keadaan wanita itu.

“Your mommy mesti sudah nangis teruk sampai pengsan-pengsan ni..” Dom geleng kepala. Dia mengangkat tubuh Sofea dan terus berjalan naik ke atas. Dean mengekori langkahnya.

Dom letakkan Sofea atas katil. Dia memandang Dean.

“Biar mommy rest dulu. Dean sudah makan?” Dean angguk kepalanya. Dom percaya Ailee mesti menjaga Dean dengan baik.

Tengahari tadi dia mendapat panggilan dari ibunya. Ailee mahu bersama Dean kerana sudah lama dia inginkan cucu. Tidak sangka pula Sofea akan menjadi histeria seperti itu. Dom gelengkan kepalanyanya.

“Uncle...” Dean memanggil comel.

“A..a... daddy..” Dom menggoyangkan jari telunjuknya.

“Oh! Daddy... mommy punya muka putih....” Dom angguk faham maksud Dean. Dia perhatikan wajah Sofea yang pucat itu. Mesti dia menangis terlalu lama.

“Dean... its too late now... tidur okay?” Dom mengusap rambut anak kecil itu.

“Okay daddy...” Dean angguk.  Memandangkan Sofea tidak sihat. Dom berdiri dan terus membawa Dean ke biliknya.

Malam itu Dom menggantikan Sofea untuk bacakan buku cerita pada Dean. Nasib baik juga dia membesar dengan kasih sayang Ailee dan Graham. Dia tidak kekok ketika bersama Dean. Dia seakan dapat rasakan satu aura antara dia dan anak kecil itu. Dean akhirnya terlena. Dom membetulkan selimut Dean sebelum dia keluar dari bilik itu.

Selepas menidurkan Dean, Dom masuk semula ke dalam biliknya. Dia memandang Sofea yang masih belum sedarkan diri. Perlahan dia mendekati wanita itu. Dia cuba menyentuh dahi Sofea.

“Panas! Kau demam? Hrmmm...” Dom gelengkan kepalanya. Dia bangun dan turun ke bawah.

Dom kini berada di dapur. Dia cuba masakkan bubur untuk Sofea. Sudah lama dia tidak beraksi di dapur. Kali terakhir entah bila.

“You're lucky Angel! I never made this only for Dayana..” Dom terdiam sejenak. Ingatannya kembali pada Dayana.

Apa sahaja akan dia lakukan untuk Dayana. Dayana adalah cinta pertamanya. Walaupun dia tahu hubungan sulit Dayana dan Aaron sebulan sebelum perkahwinan mereka, dia masih mahu memberi peluang pada Dayana. Dia mahu mahu mendapatkan hati wanita itu.

Red AngelWhere stories live. Discover now