Chap 22 (Final)

6.1K 593 208
                                    

#RedAngelchap22
#Buahhatijp
CHAP 22 (FINAL)

“Mom......my~~~” Dean menangis semahunya. Anak kecil itu di kurung dalam kurungan. Dia hanya menangis meraung memanggil ibunya. Claudia duduk di kerusinya. Masih belum puas lagi dia menyiksa Sofea.

Sofea sudah berada dalam tahap yang sangat-sangat sadis. Tangan dan kakinya di ikat lalu dia di masukkan ke dalam sebuah aquarium besar. Dia meronta-ronta lemas. Darah dari bahunya juga tidak henti-henti.

Kepalanya di tarik keluar. Dia cuba mencuri nafas untuk beberapa saat sebelum kepalanya di tolak masuk balik ke dalam air. Claudia terhibur melihat penyiksaan Sofea itu. Dia tidak bercadang untuk terus membunuh Sofea. Dia mau lepaskan semua dendamnya.


Bang! Bang! Bang! Bunyi tembakan di luar mengejutkan mereka. Claudia segera berdiri. Dia memandang kearah beberapa pengikutnya. Baru sahaja mereka mahu melihat pintu utama terbuka.

Dom masuk di ikuti Yalie dan Nathan. Wajah bengis itu menikam setiap orang. Matanya tajam melihat Sofea yang berada di dalam aquarium besar.

“Jahanam!” Dom berlari laju dan melompat. Dia menarik kepala lelaki di depannya lalu di pulas hingga patah. Dia maju lagi menerima serangan dari lelaki kedua. Tangannya sangat pantas menarik dan memulas leher..mencabut nyawa mereka tanpa teragak-agak.

Claudia dan beberapa bodyguards cuba lari dari tempat itu. Yalie berlari laju. Dia melompat ke dinding dan pantas menarik lengan Claudia.

“Argg!” Claudia menjerit terkejut. Nathan melepaskan tembakan kearah bodayguards Claudia. Mereka semua tumbang.

Dom terus berlari menuju ke aquarium. Dia masuk kedalam menarik Sofea keluar. Isterinya itu sudah tidak sedarkan diri. Segera dia memberikan bantuan kecemasan. Nathan mengeluarkan Dean dari kandang. Anak kecil itu berlari mendapatkan Dom dan Sofea.

“Kau memang cari mati...” Yalie menarik kasar lengan Claudia.

*****

Ailee dan Graham tiba di hospital. Mereka segera datang apabila mendapat panggilan dari Dom tadi. Ailee memeluk Dean.

“Cucu nenek...” Air matanya keluar melihat tubuh anak kecil itu. Ada beberapa kesan luka di dahinya.

“Dom, macam mana Angel?”

“Dia masih di dalam lagi. Masa datang sini dia sudah tidak sedarkan diri...” Dom mengusap wajahnya berkali-kali. Nathan dan Yalie yang sejak tadi setia menemani dia juga ikut risau.

“Apa kita mau buat dengan Claudia?” Yalie menggenggam jemarinya.

“Kurung dia. Dia akan tahu nasib dia nanti...” Arah Ailee.

“Baik Madam..” Yalie angguk.

Keadaan di situ agak tegang. Mereka semua menantikan berita dari doktor. Dom tidak dapat duduk dengan tenang selagi dia tidak tahu keadaan isterinya.

'Dear God... Please help me.... Please  give me a chance to be with her.. Angel...my wife...Please be strong...For Dean...For me...For us...'

*****

Rafael memandang kosong ke dinding. Apa lagi yang mampu dia buat selepas dia mendapat khabar dari Max tadi. Claudia sudah berada di tangan Dom. Sofea pula sedang berperang di dalam bilik pembedahan.

“Dear God, kenapa semua ni jadi? Kenapa kau bagi aku ujian yang macam ni? Kalaulah aku boleh putar balik masa.. aku nda akan sia-siakan Sofea. Aku nda akan kejar Claudia... tidak sekali-kali aku akan sakiti dia..lukai hati dia..tidak...kalau aku boleh putar balik masa, aku akan bahagiakan dia..aku akan curahkan semua kasih sayang aku untuk dia..dia tidak perlu jalani kehidupan yang teruk.. kalau aku boleh menolak godaan Claudia, aku mungkin masih boleh selamatkan persahabatan diorang... Kenapa?! Kenapa?!” Rafael menumbuk katilnya yang keras.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 09, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Red AngelWhere stories live. Discover now