Chap 5

2.9K 296 51
                                    

#RedAngelchap5
#Buahhatijp
CHAP 5

Dua bulan berlalu.....

“Wuuekkk! Wuuekkk!!” Sofea muntah lagi. Untuk kali yang ke berapa dia sendiri tidak larat mau kira. Sejak beberapa hari itu tubuhnya lemas dan dia sering sakit kepala. Rasa mual dan muak jangan cakap...balik-balik menyerang.

“Sof, bagus kau pigi klinik cek... keracunan makanan kali kau ni...” Rainie teman serumahnya semakin risau.

“Sia-sia saja saya belajar jadi jururawat kalau saya tidak tahu saya mengandung..” Sofea menghempap tubuhnya ke sofa.

“Apa?!! anak siapa?!” Rainie terus menerkam bahunya.

“Kau rasa?” Sofea memandang dengan wajah malas.

“Rafael?”

“Sebelum kami cerai, brapa bulan dia nda sentuh saya. Mana mungkin ni anak dia...”

“Jadi?? tak kan tu lelaki yang kau jumpa di Bali?” Rainie membesarkan matanya.

“Siapa lagi yang boleh jadi suspek selain dia... sedangkan malam tu entah berapa kali dia 'tembak' aku..” Sofea merebahkan tubuhnya ke tilam sofa.

“Aduh! Jadi sekarang macam mana? Mari kita pigi cari dia...”

“Ah?! Untuk apa? No! Saya nda mau...”

“Jadi siapa mau tanggung ni baby? Kalau Raf tau, dia akan makin pandang rendah sama kau.. kau pun belum dapat kerja yang stabil. Macam mana kau mau jaga ni kandungan kau?”

“Itu biar saya fikir Rai. Lagi pun tu hubungan 1 malam saja. Dia tidak tahu pun siapa yang dia sentuh malam tu. Dia mabuk! Saya mabuk! Untuk apa dia tahu pasal ni kandungan? Mau suruh dia tanggungjawab? Tengok gaya dia tu entah berapa ramai sudah dia kasih bunting termasuk saya? Nda apalah...saya boleh jaga kandungan ni..”

Rainie tunduk. Dia datang memeluk Sofea. Bukannya dia tidak faham apa yang sudah Sofea lalui selama ni. Kehidupannya sudah menderita selama beberapa bulan itu.

“Its okay Sofea.. I am with you...its okay...” Sofea membalas pelukkan sabahatnya itu. Dari dulu sampai sekarang, Rainie lah yang tetap bersama dia. Tidak kisah masa susah atau pun senang.

6 Bulan berlalu.....

Sofea merenung surat dari Mdm Wong. Tuhan sahaja yang tahu betapa hatinya hancur ketika dia harus di buang kerja kerana keadaannya yang sedang sarat itu di anggap tidak boleh melakukan tugas dengan baik.

Rainie sekali lagi meminjamkan bahunya. Besar dugaan yang harus Sofea tanggung ketika itu. Dia sebagai sahabat hanya mampu duduk menangis bersama.

“Saya mesti cari kerja lain...”

“Sofea, bagus kau rehat sampai kau bersalin. Lepas tu baru kau cari kerja? Lagi pun kita ada simpanan kan.. cukup juga tu untuk cover sewa rumah sama makan kita sampai kau beranak..” Kata Rai.

“Tapi..”

“Janganlah tapi-tapi. Kau di rumah sajalah. Okay..”

Tiba hari kelahiran.....

Seorang bayi lelaki comel di lahirkan dari rahim Sofea. Tanpa bapa.. Sofea memberikan sepenuhnya kasih sayang dan perhatian untuk satu-satunya harta yang dia ada.

Bayi itu di namakan Dean. Nama itu sengaja dia pilih untuk Dominic. Lelaki yang tidak dia kenal dan langsung tidak mengenali dia. Bah kan Dominic sendiri tidak tahu dia punya anak.

Masa berlalu dengan pantas. Dean kini sudah berumur 5 tahun. Anak yang sangat pintar itu menjadi kesayangan Sofea dan Rainie. Walaupun tanpa suami dia masih mampu mendidik anak itu dengan baik sekali.

Red AngelWhere stories live. Discover now