Chap 11

3.5K 358 84
                                    

#RedAngelchap11
#Buahhatijp
CHAP 11

Dom melepaskan toxedonya. Dia duduk di sofa dalam bilik super mega itu. Pintu di buka dan Sofea masuk. Wajahnya nampak betul penat. Majlis perkahwinan kali ini lebih besar dari majlisnya yang pertama dulu sewaktu dengan Rafael. Malah tetamu yang hadir tidak seorang pun dia kenal. Dia hanya mengikut rentak Dom sahaja. Apabila di kenalkan dia hanya angguk dan senyum seperti yang di arahkan. Nasib baik dia boleh buat sebaiknya.

“Dean sudah tidur?” Dom bertanya. Suara agak perlahan berbanding kebiasaannya. Sofea angguk perlahan. Dia melepaskan crown di kepalanya.

“Sudah. ah..Dom, malam ni..” Sofea memandang Dom dengan wajah yang meminta kesian. Dia masih belum sedia mahu sebilik dengan jejaka itu. Belum ada perasaan di hatinya lagi untuk bersama Dom.

“Kenapa malam ni?” Dom menaikkan keningnya dan wajahnya di pamerkan serius.

“Malam ni...boleh saya tidur sama Dean?” Sofea tunduk. Takut menentang mata Dom.

“Why? Kita sudah kawin dan kau patut tahu di mana kau tidur...” Dom menyasarkan matanya pada wajah Sofea.

“Tapi...”

“Ini bukan permintaan. Ini arahan...” Dom bangun. Dia berjalan mendekati Sofea yang masih dengan gaun pengantinnya. Dom menarik lembut pinggang Sofea mendekat tubuhnya. Wajah Sofea di tarik lembut memandang wajahnya.

“pigilah mandi...” Kata Dom sambil matanya masih berbalas tenung dengan Sofea. Wanita itu mengetap bibirnya membuatkan Dom semakin tidak tahan dengan godaan itu. Tubuh Sofea terus di angkat ke katil.

Macam mana dia mau lepaskan malam pertamanya dengan melihat wajah Sofea? Dalam diam dia mengakui Sofea mempunyai pesona yang jauh lebih hebat dari Dayana.

“Ah! Saya mandi dulu!” Sofea yang juga tidak tahan dengan sikap dan kelakuan Dom terus menolak kasar tubuh Dom yang sudah hampir naik ke tubuhnya. Segera dia berlari masuk ke dalam bilik mandi. Dom terbaring lemah atas katil. Dia menepuk dahinya berkali-kali.

“Dom! Relax! Goshh!!” Dom mengeluh. Entah kenapa dia seakan tidak dapat menahan dirinya ketika Sofea berada di sampingnya.

“Tapi..nda salah pun! She is my wife!” Dom mendabik dadanya. Dia cuba bertenang dan menunggu dengan sabar.

Hampir setengah jam menunggu Sofea keluar. Dom pula yang menjadi tidak keruan apabila melihat Sofea dengan pakaian tidur yang nipis berwarna merah. Bra dan pantynya jelas kelihatan. Dom bangun dan mendekati Sofea yang tertunduk malu. Mahu sahaja dia menerkam tubuh Sofea ketika itu.

Lagipula Sofea sudah menjadi miliknya secara sah. Tidak mungkin dia lepaskan malam itu. Tubuh Sofea di tarik ke dalam dakapannya. Haruman tubuh wanita itu buat dia selesa.

“Wangi...” Bisik Dom. Sofea menelan air liur.

“Kau naik atas katil tu..tunggu aku... aku mau mandi dulu..” Arah Dom dengan tegas. Sofea memandang Dom.

Entah apa yang buatkan dia mahu mendengar kata-kata lelaki itu. Dia naik atas katil dan baring kaku. Dom masuk ke bilik mandi. Sofea seakan balik ke malam pertamanya. Sedangkan dia perna lalui malam-malam seperti itu sebelum ini. Mungkin kerana dia sudah lama tidak merasakan malam seperti itu menyebabkan dia sedikit kekok. Tambahan pula perkahwinan itu bukan atas dasar cinta.

“Apa kau buat ni Sofea? Kau gila sudah?!” Sofea mencubit lengannya.

Setengah jam menunggu Dom keluar dengan hanya memakai tuala putih. Rambutnya yang panjang paras bahu itu separuh kering. Dia nampak sangat kacak sekali! Berderau darah Sofea ketika itu.

Red AngelWhere stories live. Discover now