LAST HUNTER II : VARTRA

By mynameismas

24.1K 2.3K 1.4K

Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang be... More

-01-
-02-
-03-
-04-
-05-
-06-
-07-
-08-
-09-
-10-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-41-
-42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-49-
-50-
-51-
-52-
-53-
-54-
-55-
-56-
-57-
-58-
-59-
-60-
-61-
-62-
-63-
-64-
-65-
-66-
-67-
-68-
-69-
-70-
-71-
- MERAIKAN PEMBACA-
-BUKAN UPDATE-

-11-

319 35 4
By mynameismas

Tuan Zhenith yang duduk bersandar pada sofa berukir bersebelahan tingkap hanya menoleh apabila kedengaran pintu ditolak dari luar dan memperlihatkan wajah Kiyo di celah daun pintu.Sebaik sahaja dia menutup semula pintu, Kiyo membongkok hormat.

" Kalau Kiyo datang pasal Darius, saya tak boleh benarkan."

Tuan Zhenith menghembus nafas  seraya menyandarkan kepalanya ke bahagian atas sofa tersebut dan kemudian menutup mata. Pusing dengan permintaan yang aneh-aneh dari anak  lelaki bongsunya sekejap tadi.Memberikan apa sahaja bukan perkara sukar kepada Tuan Zhenith namun permintaan Darius kali itu dianggapnya sedikit melampau.

Mungkin bagi Darius ia bukan membawa makna apa-apa tetapi bagi Tuan Zhenith,permintaan Darius agar membenarkannya keluar dari Istana Templar dan cuba untuk hidup berdikari di luar sangat tidak boleh diterima.Rasanya tidak ada yang kurang di Istana Templar.Segalanya ada tetapi tetap sahaja Darius mengatakan hal sebaliknya.

Berdikari dan cuba untuk hidup seperti orang lain adalah antara alasan yang disebutkan anak bongsunya itu sebentar tadi.Merasa tidak diendahkan, Darius keluar tanpa sebarang kata dengan bahu yang merosot lemah dan muncung panjang sejengkal.

" Boleh saya bercakap bukan sebagai penjaga Darius, Tuan? " Kiyo menatap wajah Tuan Zhenith yang memejam mata"Tapi sebagai seorang sahabat dan saudaranya."

Mendengar kata-kata lelaki tersebut, Tuan Zhenith membuka semula matanya dan menatap Kiyo dalam-dalam.Jarang.Malah amat jarang Kiyo membangkitkan hal itu di hadapannya dan ia membuatkan Tuan Zhenith menyedari ada sesuatu yang jauh lebih serius daripada sekadar tentang permintaan aneh daripada  Darius -anak lelaki bongsunya itu.

" Sepanjang hidup saya, saya tak pernah meminta apa-apa , Tuan.Jasa Tuan menyelamatkan saya dan Puan Besar ketika saya hampir menjadi mangsa kepada Foxit Greyback belasan tahun lalu tak akan mampu saya balas sampai bila-bila dan kerana jasa Tuan jugalah saya berada ditempat saya sekarang."

"Darius kah yang minta supaya Kiyo datang jumpa saya?"

" Tidak,Tuan " Kiyo menggelengkan kepalanya seraya tersenyum " Cuma saya minta Tuan tunaikanlah permintaan Tuan Muda Darius demi saya dan janji saya kepada Puan Besar."

Tuan Zhenith menatap wajah Kiyo yang bersungguh-sungguh itu dengan pandangan menyelidik.Kiyo, anak kecil yang membesar menjadi teman dan sekaligus penjaga kepada Darius dengan menyembunyikan identiti sebenarnya yang hanya diketahui mereka berdua waima Darius sekalipun.

Walaupun puluhan tahun sudah berlalu dan Kiyo sudah membesar menjadi seorang pemuda yang boleh diharapkan, namun rahsia tentang kelahiran sebenarnya tetap sahaja tersimpan rapi sebagai rahsia yang akan dibawa mati oleh mereka berdua bahawa Kiyo dan Darius adalah adik-beradik daripada ibu yang sama !

Memandang wajah Kiyo, Tuan Zhenith tidak dapat menafikan dia melihat sekelibat bayangan wajah Emerya -ibu kepada  Kiyo.Wanita yang memegang seluruh hati dan kehidupannya selepas kematian ibu kepada Keii.Bertahun-tahun  hidup bersendirian membesarkan Keii tidak pernah sekalipun dia terfikir bahawa dia akan bertemu lagi dengan seorang wanita terlebih lagi seorang wanita daripada kalangan bangsa manusia yang berjaya menyita seluruh perhatian hanya dalam sekelip mata.

Namun ternyata wanita berwajah redup dan senyuman teduh itu membuatkan hidupnya kucar-kacir buat seketika.Tangisan lirih wanita itu yang menatapnya dengan wajah basah meminta agar dia dan anak kecilnya dilepaskan dalam satu situasi dimana sepatutnya dia dan rakan karibnya-Tuan Muda Foxit dari Keluarga Grayback berkongsi habuan lama dulu tatkala pemburuan terbuka masih dibenarkan seakan-akan membius segenap kewarasan akalnya ketika itu.Mendadak sahaja entah dari mana, rasa laparnya hilang serta-merta dan digantikan dengan rasa kasihan dan tidak sanggup melihat wanita tersebut memeluk kejap satu susuk tubuh anak kecil yang menangis ketakutan.

Hampir ke semua keluarga besar menentang keras hasratnya untuk mengahwini wanita tersebut tetapi tidak ada sesiapa yang mampu menahan kehendaknya jika dia sudah benar-benar membulatkan tekad dan kadangkala dia sedar sikap degil dan keras kepalanya itu diwariskan kepada kedua-dua anak lelakinya-Keii dan Darius.

Keluarga-keluarga besar tersebut menganggap dia telah melakukan satu kesalahan besar dan ia adalah satu bentuk pengkhianatan kepada seluruh Bangsa Athos apabila dia menguatkan seluruh tekadnya dan mengahwini wanita tersebut dalam satu situasi yang suram dan dipenuhi cemuhan.

Sementara anak kecil yang bernama Kiyo itu dititipkan kepada seseorang nun jauh di Pangea Selatan agar keberadaannya tidak diketahui dan akan menghadapi ancaman dari mereka yang mahukan kehidupan Puan Besar Istana Templar yang baru itu berakhir dengan sangat tragis,Darius dilahirkan setahun kemudian.

Itupun lahir dalam keadaan pergolakan terhebat yang pernah dialami Istana Templar.Membesar sebagai bahan cemuhan kerana dianggap mencemarkan darah tulen Bangsa Athos,pakatan-pakatan sulit untuk menumbangkan Istana Templar dan pergolakan tentang persoalan keluarga mana yang paling layak menerajui Kumpulan Templar mencapai kemuncak apabila Puan Besar Istana Templar ditemui terbujur kaku dengan sebilah pisau menancap tepat ke jantungnya pada suatu pagi dan sehingga kini dalang sebenar disebalik pembunuhan tersebut masih belum diketahui.

Darius yang ketika itu masih berusia belasan tahun ditinggalkan bersendirian tanpa ada sesiapa pun disisinya.Dicemuh.Diejek dan dijadikan bahan sindiran dan ketika itulah muncul idea untuk membawa Kiyo memasuki Istana Templar dengan menyembunyikan hakikat kebenaran yang sebenar.

Sekurang-kurangnya dengan keberadaan Kiyo di istana, keselamatannya dapat dijamin kerana berada di bawah pengawasannya dan akhirnya Kiyo diperkenalkan sebagai rakan sepermainan dari bangsa manusia  sekaligus penjaga dan pembantu khas kepada Darius yang kelihatan trauma dan terganggu sekali dengan tragedi yang menimpa ibunya.

Dan lebih daripada itu,dia juga dapat melunaskan hutang janji untuk melindungi Kiyo dan memastikan anak itu membesar dalam keadaan yang baik sebagai galang ganti kepada tindakannya menghantar Kiyo jauh daripada ibunya sendiri suatu ketika dulu demi memastikan dia tidak terpalit sama dengan ancaman yang mengintai wanita dari semua arah.

" Maaf jika terdengar biadap,Tuan.Saya rasa mengekang Tuan Muda Darius sama saja seperti mengempang aliran air sungai yang deras.Lama-kelamaan empangan akan retak juga.Pada hemat saya, daripada Tuan cuba mengempang aliran air tu secara terus-memang berkesan tetapi kita tidak dapat menjamin bila masa empangan itu akan pecah. Lebih baik lepaskan tapi Tuan boleh mengawal arah aliran nya dengan membina terusan."

" Terus saja pada intinya,Kiyo.."

Tuan Zhenith memicit pelipisnya yang sedikit berdenyut.Kagum dengan kata-kata Kiyo tetapi dia tidak terlalu suka akan perkataan yang meleret-leret dalam keadaan kepalanya sedikit pusing menghadapi karenah Darius.

" Sedar tak sedar Tuan Muda Darius sudah lama terkurung dalam istana ni,Tuan.Tuan dapat bayangkan tidak apabila kewujudan Tuan tidak diakui,tidak dianggap penting dan selalu dijadikan bahan ejekan selama puluhan tahun?"

" Jadi maksudnya,kamu menyalahkan saya atas apa yang berlaku Kiyo?"

" Saya tak berani , Tuan.Saya cuma mahukan yang terbaik untuk adik saya.Itu saja."

" Kamu pasti?" Tatapan Tuan Zhenith mencerun.

" Percaya kepada Tuan Muda kali ini saja,Tuan.Saya yakin Tuan Muda lebih dari sekadar apa yang kita biasa lihat.Harus saya akui dia tidaklah secemerlang Tuan Muda Keii namun dia juga ada kelebihan yang tersendiri."

+            +            +

Kiyo menahan senyumannya daripada meletus melihat Darius menatapnya dengan tidak percaya.Wajah moyoknya serta-merta cerah dan tanpa sedar dia memeluk tubuh Kiyo dengan kejap.

" Betul?"

" Pernah tidak saya bohong dengan Tuan Muda?"

" Banyak kali." Darius membentuk-bentuk mukanya membuatkan senyuman Kiyo semakin lebar.

"Sebenarnya,idea gila apa yang merasuk Tuan Muda kali ni?"

Darius tidak menyahut tetapi mendadak wajah Ara melintas dalam pandangan matanya namun cepat-cepat dia mengalihkan topik perbualan.

" Apa syarat yang Ayah kenakan?"

" Saya akan turut serta."

Wajah bersahaja Kiyo yang menyahut kata-katanya sebentar tadi membuatkan  Darius menatapnya tidak percaya.Dengan keberadaan Kiyo yang ke hulu-ke hilir melarangnya melakukan hampir semua perkara dan disertai panggilan 'Tuan Muda' tersebut,bagaimana mungkin dia akan tampil normal seperti kebanyakan orang dan bekerja di restoren kecil M&M tanpa disyaki sesiapa?

" Serius??" Wajah lelaki itu lucu sekali pada penglihatan Kiyo " Kiyo? Ikut sekali?"

" Tuan Muda tak ada pilihan pun.Tuan Muda tak dapat bayangkan apa yang saya hadapi untuk menghadapi kemarahan Tuan Besar."

Darius hampir serta-merta menerpa Kiyo dan membelek-belek lengan serta leher pemuda tersebut bagi memastikan yang dia tidak mendapat kecederaan hanya kerana berusaha untuk meyakinkan ayahnya agar bersetuju dengan permintaanya.

Dia tahu persis.Sudah menjadi kebiasaan ada dalam kalangan keluarga besar Kumpulan Templar yang melayan para pembantu dengan kasar sekali dan tidak teragak-agak untuk melakukan kekerasan fizikal sesuka hati mereka hanya disebabkan hal kecil sekalipun.

" Saya tak apa-apa Tuan.."

Darius mendengus.Lega kerana mendapati Kiyo tidak apa-apa.Baginya, Kiyo lebih daripada sekadar pembantu khasnya.Kiyo sudah seperti abangnya sendiri, rakan dan sahabat terbaik yang dia ada.Rakan sepermainan yang membesar bersama dan hanya di hadapan Kiyo dia tidak perlu berpura-pura tentang dirinya yang sebenar kerana Kiyo mengetahui hampir segala cacat cela yang dia miliki tanpa sekalipun pernah menilai dan menghakiminya.Kiyo menerima dia apa seadanya.

" Tapi di luar nanti, jangan berani panggil saya Tuan Muda." Darius mengancam namun hanya dibalas dengan tawa kecil dari Kiyo.

" Tentu tidak masuk akal bagaimana seorang penganggur yang sedang mencari kerja mampu mengupah seorang pembantu pula."

" Jangan risau, Kiyo.Saya sudah mereka cerita yang boleh dipercayai tentang dua orang adik beradik yatim piatu yang baru sampai dari kampung." Kening Darius terangkat-angkat sambil tersengih.

" Huh.." Kiyo mencebik " Otak Tuan Muda kalau bab-bab menipu memang bijak !"

" Eii..Dalam hal-hal lain pun saya bijaklah!"

" Iya lah tu !! Ingat sikit.Tuan Muda berhutang banyak dengan saya,tau!"

Darius melonjak tepat ke tengah belakang Kiyo menyebabkan pemuda itu terhuyung-hayang cuba menampung berat tubuh Darius yang bergayut dibelakangnya seperti anak kera.

" Dahlah.Saya ada hal yang perlu dibereskan.Saya kena pergi nanti Puan Ertha bising pula."

Walaupun rasa hati Kiyo lebih lega melihat Darius tertawa riang begitu,namun dia terpaksa mengakhiri euforia gembira Darius dengan menyebutkan nama Puan Ertha yang terkenal berhati dingin kepada para pembantu di bawah seliaannya itu dan demi mendengar saja nama itu , Darius pantas melepaskan tautannya pada tubuh lampai Kiyo.

" Terima kasih, Kiyo.."

Kiyo hanya mengangguk dan tersenyum sebelum menunduk hormat dan kembali menyelinap keluar dari celah tautan daun pintu.Yakin Kiyo tidak melihatnya lagi,sorot mata nakal Darius mendadak padam dan senyuman riangnya juga surut serta-merta.Dengan separuh berbisik dan mengepal penumbuknya, Darius bersuara perlahan.Raut wajahnya juga bertukar serius.

" Aku jumpa juga kau akhirnya.."

+            +            +

Continue Reading

You'll Also Like

4.1K 551 6
Fleurisella bangkit dari mimpi. Hidupnya musnah dalam satu malam. Peristiwa berdarah itu menjadi satu mimpi ngeri. Dendam dan bencimenjadi satu. Dia...
235K 12K 68
Bosan? Tak tahu nak buat apa? Wattpad sunyi? Jangan risau saya ada jalan penyelesaiannya Hanya tekan button READ dan masalah-masalah anda akan hilan...
478K 1.2K 17
Mula mula
111K 779 8
duniaku yg penuh dgn dugaan