LAST HUNTER II : VARTRA

By mynameismas

24.1K 2.3K 1.4K

Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang be... More

-01-
-02-
-03-
-04-
-05-
-06-
-07-
-09-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-41-
-42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-49-
-50-
-51-
-52-
-53-
-54-
-55-
-56-
-57-
-58-
-59-
-60-
-61-
-62-
-63-
-64-
-65-
-66-
-67-
-68-
-69-
-70-
-71-
- MERAIKAN PEMBACA-
-BUKAN UPDATE-

-08-

347 34 2
By mynameismas

Darius menghela nafasnya seraya menekankan bingkai kaca mata lebih rapat ke hidung  dengan wajah bertekad namun belum sempat dia melompat turun dari atas tembok tinggi yang susah payah dipanjatnya,satu tangan yang cukup kuat mencengkam pergelangan kaki dan menariknya membuatkan Darius hilang keseimbangan dan akhirnya terjatuh semula ke belakang.

Dirasakannya ada sekurang-kurangnya enam tangan lain yang berusaha menyambutnya agar dia tidak jatuh terhempas ke permukaan tanah dan Darius tahu.

Dia tertangkap lagi !! Untuk kesekian kalinya.

Tangan kukuh yang memeganginya di tepis kasar dan pantas dia berpaling sambil melayangkan tatapan keras kepada empat batang tubuh yang berderet tegak di belakangnya dan sedang memandangnya dengan datar tanpa perasaan.

" Tuan Muda nak keluar lagi?"

Lelaki dengan sut hitam yang dikancing penuh itu memandangnya sambil tersenyum.

" Benarkan saya keluar, Pakcik." Darius menyahut " Saya janji saya tak akan buat hal di luar nanti."

" Maaf Tuan..Saya tak boleh lepaskan Tuan kali ini.Arahan dari Tuan Besar jelas dan.."

Darius tidak mahu ambil perduli dan kembali berusaha untuk memanjat tembok tinggi tersebut.Tembok putih yang menjadi penghalangnya daripada dunia luar hanya setinggi lebih kurang dua meter namun nampaknya dengan arahan daripada ayahnya, tembok tersebut akan menjadi tinggi sekali dan semakin sukar untuk dilepasi.

Dengan hanya satu anggukan kepala daripada lelaki separuh usia itu, empat orang lelaki bertubuh tegap dan berwajah dingin kembali menghulurkan tangan dan Darius kembali berada diatas permukaan tanah.

" Tuan Muda kan boleh minta secara baik kepada Tuan Besar."

Lelaki dengan uban putih mulai menempati sisi pelipis dan tubir anak rambut itu tidak memperdulikan Darius yang meronta-ronta daripada pegangan tangan lelaki-lelaki bertubuh tegap itu yang merengkuh tubuhnya seperti lingkaran rantai besi yang berat.

Walaubagaimana sekalipun Darius meronta dan cuba mengais tanah bagi membenamkan tumit kakinya agar tubuhnya tidak diseret , tenaga yang dimiliki lelaki -lelaki bertubuh tegap itu tidak ubah seperti tenaga kerbau jantan yang jauh lebih besar daripadanya.

" Lepaslah...iskkk..Lepasssssshhhh.."

Jangkauan tangan Darius yang cuba untuk melepaskan diri daripada cengakaman para pengawal keselamatan tersebut sedikit pun tidak menjejaskan mereka malah dalam masa dia meronta-ronta seperti lembu yang naik minyak ,tubuhnya sudah diheret sehingga memasuki taman belakang.

Mendadak pegangan tangan para lelaki pengawal keselamatan tersebut longgar dan jika Darius tidak segera berdiri, pasti dia sudah terjungkal ke belakang.

" Selamat malam, Tuan Muda Keii.."

Lelaki berusia tersebut pantas tunduk rendah hampir sembilan puluh darjah dan diikuti oleh empat lagi lelaki lain yang tadinya memegang Darius dengan kejap.Darius bingkas berdiri tegak sambil menatap tajam wajah para pengawal keselamatan yang menangkap nya itu.

" Melihat siapa yang ada perlukah saya tanya apa yang berlaku?"

Keii yang berada dalam balutan kemeja putih serta seluar kelabu luntur tersebut menatap tajam wajah setiap salah seorang daripada mereka yang berada disitu dan akhirnya mendarat ke wajah Darius yang berpeluh dengan rambut kusut masai.

" Maafkan kami, Tuan Muda.." Senyum lelaki separuh usia tersebut . " Kami tak mahu mengganggu masa rehat Tuan Muda.Selamat malam.."

Keii tidak menyahut tetapi wajah Darius ditatapnya nanar seperti sahaja lelaki yang satu itu sudah melakukan sesuatu kesalahan besar yang sukar diampunkan.Melihat para pengawal keselamatan kembali memegang tangan Darius selepas memberikan tunduk hormat, Keii mencebik sinis.Nyata keturunan memang tidak akan boleh menipu!

" Dasar darah campuran !!"

+            +             +

" Berhentilah buat sesuatu yang menyebabkan Tuan Besar marah, Tuan Muda."

Darius tidak bergerak dalam selimutnya dan dia dapat merasakan selimut tebalnya dirapikan seketika.Dan seketika kemudian kedengaran bunyi klik yang halus petanda ada seseorang menekan butang alat kawalan jauh pendingin hawa yang menderu membiaskan hawa sejuk serta haruman lembut dengan bau bunga Pine hijau.

" Kalau Tuan Muda boleh dengar apa yang saya katakan ni, fikirkannya untuk seketika.Sampai bila Tuan Muda mahu menunjukkan protes dengan melakukan hal-hal yang jauh berbeza daripada kehendak Tuan Besar dan Istana Templar?Tuan fikir Puan Besar akan senang hati dengan apa yang sedang Tuan Muda lakukan sekarang ni? "

Kiyo, lelaki pembantu yang ditugaskan khas melayani anak lelaki bongsu Istana Templar itu hanya menatap bonggolan besar di tengah katil dengan tatapan bercampur-baur.Darius, Tuan Mudanya walaupun tidak secemerlang dan sehebat Tuan Muda Keii-tetapi dia istimewa dalam banyak hal yang lain.

Siapa juga yang tidak mengenali Tuan Muda Keii yang boleh dikatakan hebat serba-serbi.Tanyalah dalam hal apa sekalipun.Urusan perniagaan? Dia tidak pernah tidak berjaya apabila melibatkan hal-hal perniagaan.Ketokohan? Ketokohan apa lagi yang dicari dari susuk tubuh tinggi lampai dengan raut wajah tampan itu?

Lapan keluarga besar Kumpulan Templar semua menghormatinya sama seperti mereka menghormati ayahnya.Kecergasan fizikal? Susuk tubuhnya bukan sahaja tinggi lampai dan punyai wajah seperti model tetapi dia juga punyai hobi pengisi masa lapang yang bukan main-main.Memanah dan berkuda ! Satu sukan yang mampu membentuk keperibdian yang tidak boleh dipandang enteng.

Dia tidak perlu berkata-kata.Hanya cukup dengan tatapan mata,lawan bicaranya pasti tunduk tidak berani macam-macam didepan pemuda tersebut.

Jika Tuan Muda Keii cerah sekali sinarnya seperti matahari, Tuan Muda Darius si bongsu Keluarga Artemis pula selayaknya seperti bulan.Bersinar lembut tetapi hanya kelihatan pada waktu malam tatkala orang sudah ramai yang tidur.

Kemungkinan didikan yang diberikan kepadanya menjadikan dia lain dari yang lain.Walaupun susuk dan tampang fizikalnya tidak terlalu jauh daripada abangnya, tetapi Tuan Muda Darius lebih senang di dekati dan prihatin kepada orang lain.Tanyalah kepada seluruh pembantu dan para pengawal keselamatan.Rata-rata mereka mengatakan Tuan Muda Darius tidak pernah sekalipun meninggikan suara kepada mereka.

Dengan Tuan Muda Keii para pembantu jarang ada yang berani mengangkat wajah apatah lagi membantah kata-katanya tetapi dengan Tuan Muda Darius  ceritanya jauh terbalik.

Anak bongsu Keluarga Artemis itu ringan tulang dan yang anehnya tidak pernah suka dan mahu dilayani selayaknya seorang yang terhormat.Segala-galanya dilakukan sendiri.Dia juga punyai hati yang lembut dan Kiyo tidak terkejut jika ada pembantu yang merungut dengan kelakuannya yang curi-curi melepaskan kawanan tikus yang terperangkap dalam perangkap tikus.

Dia juga rapat dengan para pembantu dan tentu sahaja hal tersebut tidak disenangi Tuan Muda Keii yang menganggap perlu ada batas dalam hubungan antara majikan dengan pekerja tetapi Tuan Muda Darius tidak pernah ambil perduli.Jika hobi Tuan Muda Keii melibatkan aktiviti fizikal yang lasak,Tuan Muda Darius lebih gemar menghabiskan masa didalam perpustakaan untuk bergelumang dengan buku-bukunya.

Dengan himpunan sikap dan sifat Tuan Muda bongsu Keluarga Artemis itu, tidak hairan jika dia lebih disenangi para pembantu dan sisi 'nakal' nya yang kerap curi-curi keluar dari Istana Templar kerap di lepaskan begitu sahaja.Hanya malang melintang lewat malam ini.Yang menyergapnya bukan para pembantu biasa melainkan Ketua Pengurus Istana Templar yang terkenal dingin dan tegas.Maka, disitulah dia.Disergap seperti pencuri kesiangan tatkala cuba memanjat tembok, diheret dan di marahi oleh Tuan Besar Istana Templar yang tentu sahaja atas sebab yang ada benarnya juga.

" Cubalah Tuan minta secara baik dengan Tuan Besar.Selalu curi keluar begini hanya akan mengakibatkan Tuan Muda semakin dikurung nanti."

Hujung tilam terbenam  kebawah sedikit menandakan Kiyo sudah melabuhkan punggungnya di hujung katil.Dia tidaklah mahu mengatakan terang-terangan dia menyokong kelakuan Tuan Muda nya tetapi dia faham apa yang berlegar di benak lelaki tersebut.Mungkin para pembantu istana dan pengawal keselamatan rata-rata baik dengannya tetapi Kiyo masih belum terlalu bengap untuk tidak memahami gelojak politik dalaman Istana Templar.

Menjadi Tuan Muda bongsu Keluarga Artemis tidak lebih daripada satu bebanan yang seakan tidak tertanggungkan.Segala tingkah laku diperhatikan dan sedikit sahaja kesilapan akan membawa akibat yang tidak terduga hanya kerana apa yang dimomokkan para keluarga yang berdiri tegak di belakang Tuan Muda Keii sebagai 'Darah Campuran '.

Satu gelaran yang sangat tidak ada sopan santunnya terutama dalam kalangan para keluarga pengasas Istana Templar.Jika Tuan Muda Keii diangkat dan diagung-agungkan sebagai seorang pemuda yang menghampiri definisi sempurna ,kewujudan Tuan Muda Darius pula dianggap sebagai satu kelahiran yang tabu dan tidak disenangi hanya kerana dia adalah anak yang lahir dari kandungan seorang wanita dari kalangan bangsa manusia.

Kisah yang selalu ditutup-tutupi dan hanya berlegar antara mulut ke mulut itupun sedaya-upaya tidak dibangkitkan demi menjaga kedamaian dan keharmonian Bangsa Athos dan Istana Templar.Dan hanya disebabkan hal begitu sahaja, Tuan Muda Darius sering dipandang sebelah mata terutama oleh lima keluarga besar yang berpegang teguh kepada prinsip mereka untuk menjaga susur galur dan keturunan tulen Bangsa Athos.

Dan isu darah tulen bagaikan satu perkara yang paling kuat mengancam Istana Templar dan hampir benar menjadi punca perpecahan Bangsa Athos kepada dua puak.

Sebahagian besar puak yang berdiri teguh di belakang Tuan Muda Keii dan idea mereka tentang darah tulen sementara baki dua buah keluarga yang lebih sederhana dan bertolak ansur berpihak pula kepada Tuan Muda Darius.

Walaupun hanya disokong oleh dua buah keluarga namun pengaruh dan peranan dua buah keluarga tersebut dalam hal yang melibatkan kelangsungan Bangsa Athos tidak boleh dipandang rendah.Keluarga Nephlin yang menguasai Pangea Tenggara yang makmur dengan sumber galian sementara keluarga yang satu lagi adalah Keluarga Gaiben yang menguasai Pangea Timur Laut.

Dua keluarga yang menguasai hasil bumi dengan nilai aset ratusan trillion NSE dan disebabkan dua buah keluarga tersebut boleh diibaratkan sebagai pemegang kunci perbendaharaan Istana Templar dan Bangsa Athos, maka selain daripada Tuan Muda Keii-sepertinya terlalu sedikit yang berani membicarakan hal itu secara terbuka.

" Saya takkan terus terkurung dalam istana ni dan menerima nasib seperti mana yang menimpa Bonda Puan Besar." Suara Tuan Muda Darius menyahut dari dalam selimut dalam nada serak membuatkan Kiyo tergamam." Apa guna gelaran Tuan Muda jika setiap saat dijadikan bahan gurauan dan sindiran? Saya tak pernah mahupun lahir sebagai Tuan Muda Darius Keluarga Artemis !"

" Tuan Muda !"

" Saya tahu kewujudan saya ni dianggap sebagai bencana kepada garis darah tulen Bangsa Athos !"

" Abaikan sahaja Tuan.Saya , para pekerja dan terutamanya Tuan Besar masih ambil berat dan perduli dengan Tuan."

" Baik !!" Darius bingkas bangun mencampak selimut " Kalau Kiyo betul-betul perduli, bantu saya cari alasan supaya ayah benarkan saya keluar dari Istana."

" Istana ni tempat Tuan..Kenapa fikir yang bukan-bukan?"

" Tak..Istana ni cuma tempat bagi mereka yang berdarah tulen ! Dan jangan fikir saya tidak tahu tentang rancangan jahat untuk menghalau saya dari Istana Templar."

Jawapan Darius yang bernada sinis dan sarkastik membuatkan Kiyo termengkelan dan hanya terkebil-kebil menatap wajah di hadapannya itu.

" Dan, saya akan cari siapa yang menyebabkan kematian Bonda !! " Darius mengetap rahangnya dengan wajah tegang " Siapa sekalipun yang terlibat ,saya akan pastikan mereka menerima balasan yang setimpal "

+            +            +

Continue Reading

You'll Also Like

3K 376 39
Kayra Adreana seorang gadis yg berumur 18 tahun diburu seorang lelaki yang datang dari dunia yg berbeza iaitu thorn world atau lebih dikenali dunia v...
495K 1.2K 17
Mula mula
177K 15.2K 97
Just imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampa...
235K 12K 68
Bosan? Tak tahu nak buat apa? Wattpad sunyi? Jangan risau saya ada jalan penyelesaiannya Hanya tekan button READ dan masalah-masalah anda akan hilan...