ยฉ๐“๐€๐Š๐ƒ๐ˆ๐‘๐Š๐” ๐ƒ๐„๐๐†๐€๏ฟฝ...

By rissyaleeya

482K 9K 439

[ ๐œ๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ญ๐ž ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim... More

CHARACTER
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
MY OTHER BOOK
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57 (TAMAT)
MY OTHER BOOK
TD SPECIAL CHAPTER
OFFICIAL OST
EDITING DONE
MY OTHER BOOK

BAB 18

5K 134 4
By rissyaleeya

PAGI pagi lagi Alia sudah bangun untuk menyediakan sarapan buat Nazrief. Macam dia pula isteri Nazrief yang sebenar. Rajin betul.

Nazrief yang sudah bersiap untuk pergi ke kerja disapa Alia di meja makan.

"Hai Naz! Marilah makan." Alia menggamit Nazrief dengan mesra.

Nazrief mengerling jam di tangannya lalu menuju ke arah Alia. Sempat lagi dia nak breakfast.

"Thanks, mana Amani? Tanya Nazrief sambil mencapai sandwich dan mengambil secawan kopi yang disediakan oleh Alia.

"Amani tengah mandi. Mana Kyra? Mesti dia tak bangun lagi kan? Apalah dia tu, sepatutnya kalau dah jadi isteri tu buatlah makan suami. Kalau you kahwin dengan i dulu mesti tak macam ni." Kata Alia panjang lebar. Ini lah peluangnya nak memburuk burukkan Kyra sebab dia hanya berdua duaan dengan Nazrief.

"Nope, don't make an assumption. I know my wife better. I tak suka you cakap buruk tentang Kyra. I yang suruh dia rehat dekat atas, dia tak sihat." Bidas Nazrief. Tersentak Alia mendengarnya.

"Sorry lah, I bukannya nak burukkan Kyra. You jangan salah faham." Ujar Alia cuba menenangkan suasana kembali. Silap borak pula.

"Nevermind, you bila nak jumpa rumah? Lambat lagi ke? I bukan nak halau but you know right I dah kahwin. We want a privacy."

"Errr kawan I tengah cari lagi rumah sewa. Sorry lah kalau you rasa I menyusahkan you. I.." belum sempat Alia menghabiskan ayatnya, Nazrief sudah bangun dari kerusi dan mengambil briefcase nya.

"Nanti kita borak lain, I dah lambat."

"Mak Ijah! Nanti tolong bawakan makanan ke atas. Puan Kyra tak sihat." Nazrief sempat meninggalkan pesanan kepada pembantu rumah baru mereka iaitu Mak Ijah.

Sebaik sahaja Nazrief pergi ke tempat kerja, Kyra keluar dari bilik dan menuju ke bawah perlahan lahan. Kyra turun ke bawah dan menuju ke dapur. Alia yang baru habis makan menuju ke singki untuk membasuh tangan.

Pak! Pinggan nasi Alia jatuh ke lantai apabila terlanggar Kyra yang juga menuju ke dapur.

Kyra pula terjelepuk jatuh di depan Alia.

"Hey! Kau ni kan lain kali jalan pakai mata bukan pakai lutut!" Jerkah Alia di depan Kyra. Terkeluar perangai sebenarnya di hadapan Kyra.

"Ya allah! Puan tak apa apa ke?" Mak Ijah yang ternampak kejadian itu segera menolong Kyra untuk bangun.

Kyra pula berasap mendengar kata kata Alia. Dah tunjuk perangai sebenar dah perempuan ni.

"Hey! Lebih baik jalan pakai lutut dari pakai mata!" Jerkah Kyra pula.

"Kenapa pulak?"

"Kau tengok bulu mata kau tu, dah macam ekor ayam aku tengok. Kau nampak orang ke dengan ekor ayam dekat mata kau tu?" Balas Kyra geram.

"Kurang ajar punya perempuan!" Sebiji penampar dilepaskan ke muka Kyra.

Kyra memegang pipinya yang agak pijar terkena tamparan Alia. 'Perempuan ni dah melampau.' Desis hati Kyra.

Lalu dengan geram Kyra pula melepaskan tamparannya ke muka Alia. Puas hati dia. Ingat dia tak ada tangan ke nak membalas. Alia ingin menampar Kyra buat kali kedua tetapi satu tangan menghalangnya sebelum sempat dia membalas.

Dia mendongak kepala memandang siapa yang berani menghalangnya. Nazrief! Nazrief melepaskan cengkaman nya dari tangan Alia.

"Naz! Tengok dia ni! Dia tampar I!" Adu Alia sambil memeluk lengan Nazrief. Semakin melampau perangai nya.

Nazrief memandang pipi isterinya yang merah. Kyra terus berlari ke atas dengan perasaan marah. Nazrief segera menolak Alia yang menempel padanya dan mengejar Kyra.

"Aduh! Nazrief! Jangan tinggalkan I! Jerit Alia yang terjatuh akibat tolakan Nazrief.

Tiba tiba Amani muncul di situ sambil mengunyah keropok di tangannya.

"Wei Alia kenapa dengan kau?" Tanya Amani apabila melihat Alia sudah berada di lantai. Langkah Nazrief yang laju dipandang cuma.

"Adik kau lah punya pasal!" Bentak Alia geram.


KYRA duduk di birai katil sambil mengusap ngusap pipinya yang sudah bengkak. Kuat jugak tamparan Alia tu. Memang dah lama dendam ni. Tak sangka dia begitu perangai Alia. Selama ni nampak lembut je.

Nazrief memasuki bilik mereka dan melihat Kyra sedang menuam pipinya sendiri. Nazrief berjalan ke arah Kyra dan duduk di sebelahnya. Wajah isterinya dipandang lama.

"Meh sini abang tuam kan." Nazrief mengambil tuala di tangan Kyra dan sambung menuam pipi Kyra dengan lembut.

Kyra hanya membiarkan sahaja. Membara betul hati dia dengan perangai Alia tadi. Selepas itu, Nazrief melepaskan tuala dan meniup niup pipi Kyra menyebabkan mukanya agak hampir dengan Kyra.

Kyra segera menolak bahu Nazrief menjauhinya.

"Kenapa?" Tanya Nazrief hairan.

"Tuam je lah." Kata Kyra.

"Okay sayang."

"Kenapa abang balik?" Tanya Kyra pula. Pelik dia tiba tiba Nazrief muncul tadi. Ingat dah pergi kerja.

"Abang tertinggal barang." Jawab Nazrief.

"Ouh ni bila nak pergi kerja balik?" Tanya Kyra. Pipinya dipegang sedikit. Pedih.

"Aik! Halau abang ke?" Usik Nazrief.

"Tak, tanya je."

"Tak pergi dah." Jawab Nazrief. Macam mana dia nak pergi kerja kalau tengok keaadaan Kyra macam ni.

"Kenapa pulak?"

"Sebab isteri abang sakit."

"Alah sikit je ni." Ujar Kyra. Dia tak mahu Nazrief cuti demi risaukan dia. Dia okay je.

"Tak apa, abang pun memang nak off day hari ni." Balas Nazrief menenangkan hati Kyra. Kepala Kyra diusap lembut.


NAZRIEF terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi benda terjatuh di dapur. Dia melihat ke sebelah. Kyra tiada disisi.

Dia segera menuju ke dapur senyap senyap. Dia melihat dapur gelap dan tiada orang. Dia meneruskan langkahnya. Dah macam dalam filem aksi pula dia berjalan.

Sebaik sampai di dapur, satu cahaya lilin menerangi dapur. Nazrief melihat Kyra menuju ke arahnya dengan membawa sebiji kek.

"Happy Birthday abang! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sihat selalu." Ucap Kyra sambil meletakkan kek di atas meja dapur.

Nazrief terpaku dan berasa terharu. Dia pun hampir terlupa hari ini ialah hari jadi nya.

"Sayang ingat hari jadi abang?" Tanya Nazrief terharu. Dia ingat Kyra tak pernah tahu pun hari jadi dia.

"Mestilah ingat. Dah jom kita makan kek ni." Kata Kyra lalu membuka lampu dapur. Nazrief memotong sepotong cake itu lalu menyuap Kyra.

"Ini kan kek abang, kenapa suap Kyra?" Soal Kyra sambil mengunyah kek. Sedap juga.

"Biarlah abang nak suap isteri abang." Nazrief tersenyum. Kepala Kyra diusap lembut.

"Meh Kyra suap abang pulak." Kyra mengambil alih tugas Nazrief. Dari tadi asyik suap dia je. Sepotong kek diambil lalu disua ke mulut Nazrief.

Nazrief tanpa banyak soal terus memakannya. Dia mengigit sedikit hujung jari Kyra dengan manja. Kyra pula menepuk bahu Nazrief. Mereka bergelak ketawa dengan gembira.


"JOM tidur sayang. Abang dah mengantuk ni." Adu Nazrief. Matanya digosok beberapa kali. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.

"Kejaplah, Kyra nak bagi hadiah ni." Kata kata Kyra menyegarkan kembali mata Nazrief yang sudah mengantuk.

Kyra menuju ke almari pakaian dan mengambil satu kotak kecil.

"Nah. Hadiah abang. Sorrylah Kyra mampu sediakan tu je sebab kyra tak sempat." Kata Kyra dengan bersalah. Memang dia tak sempat pun nak buat preparation untuk birthday Nazrief.

"Tak apa sayang ini pun dah cukup bermakna bagi abang." Ujar Nazrief. Nazrief segera membuka kotak itu dan melihat sebuah jam tangan.

"Suka tak?"

"Suka sangat. Cantik, pandai sayang pilih ikut cita rasa abang." Kyra tersenyum lega. Lega sebab Nazrief suka. Keadaan diam sebentar di antara mereka bila Nazrief sibuk membelek jam tangan itu.

"Sayang" Kyra mengjongketkan keningnya.

"Abang nak hadiah lain boleh?" Soal Nazrief.

"Hadiah apa?" Tanya Kyra pelik. Tak cukup ke hadiah yang dia bagi tu.

"Abang nak... Ada baby dalam ni." Bisik Nazrief sambil memeluk dan mengusap perut Kyra dari belakang.

"Da..da..lam...ni?" Tanya Kyra sambil memandang perutnya yang masih kempis tidak berisi.

"Yes, twins." Bisik Nazrief lagi.

"Twins??!" Tanya Kyra sedikit terkejut.

"Yes..."

Perlahan lahan Kyra mengangguk membenarkan. Mungkin sudah tiba masanya dia melakukan tanggungjawab nya sebagai seorang isteri. Nazrief tersenyum gembira.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

Continue Reading

You'll Also Like

370K 23.1K 64
๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
204K 7.1K 29
Daniel Farisha ยฉ๏ธ 2017 Status : Completed "Saya harap awak masih anggap saya isteri awak, Niel." "Kita dah tak ada apa- apa." Jelas Farisha sedikit...
322K 14K 39
Cinta? Cinta yang kau buang lima tahun lalu? - Inara Rania 5 tahun Inara Rania hidup tanpa seorang lelaki bernama suami. 5 tahun dia mencari bahagian...
6K 375 49
โ™กโ”โ”โ”โ”โ”โ” โ—ฆ โœค โ—ฆ โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ™ก "Sayang saya tak ni?" "Kalau saya cakap tak?" "Kalau tak sayang rasanya latte tu dah ada atas kepala saya sekarang ni." ๐ฌ๐ข๐ง๏ฟฝ...